Aku menekan butang cermin tingkap kereta lalu undurkan kereta. Aku terus mencari tanda jalan 'keluar' dari shopping mall. Sampai di mesin 'autopay' aku menghulur kad parking ke alur halus di mesin itu. Palang naik. Seterusnya aku melalui curam - (ramp). Dalam hati aku terfikir kalaulah ramp ni curam sangat dan berderet kereta tunggu giliran untuk sampai tanah rata memang aku 'fail'. Aku tak suka berhenti-henti di tempat yang curam sebab tidak berapa mahir bila di tempat curam memandangkan kereta aku adalah 'manual'.
Aku terfikir jika tempat letak kereta di shoping mall ini terlalu-lalu curam sehingga memaksa pihak shopping komplek meletak papan tanda amaran 'Jika anda tidak mahir memandu di cerun ini semasa sesak, sila guna jalan alternatif tiang 3b', aku pasti cari tiang 3b dan keluar lalu situ, jika kereta berderet di sini. Aku lihat cahaya benderang di depan, dah sampai luar. Tak jauh aku lihat mesin 'autopay' terus aku cari kad parking aku dalam dompet. Aku selak di celah di dalam dompet tetapi tiada. Aku gelabah. Aku berhentikan kereta di tepi jalan.
Di sebarang sana aku lihat seorang perempuan berpakaian seragam - Mak Guard sedang mengarah kereta masuk ke dalam shopping mall. Sesekali dia memandang ke kereta aku. Aku masih mencari kad parking di celah2 kerusi tempat duduk dan kerusi di sebelah. Tiada. Aku memandang Mak-Guard datang menghampiri aku. Aku buka pintu, aku cari lagi kad itu di balik-balik kerusi. Tiada juga. Aku masuk ke dalam kereta semula.
Mak-Guard sampai ke keretaku. Kenapa dik? Tak boleh parking kat sini. Tan Sri ada hari ni. Kalau dia nampak, nanti saya kena marah.
"Kad saya hilang kak"
"Adik nak ke mana?"
"Saya nak keluar lah"
"Keluar ikut depan ni lah"
"Kad saya hilanglah"
"Kad apa??"
"Kad parking"
"Sebelum keluarkan dah cucuk kad parking" Mak-Guard hairan.
Masya-Allah!!!
"Muda-muda dah lupa" Senyum sambil geleng kepala si Mak-Guard tu.
Aku mendengus senyum terperanjat.
"Ok kak terima kasih"
Aku menutup cermin kereta. Berlalu pergi kemudian berpaling pada Mak-Guard tadi sambil tersenyum lebar. Aku malu. Itulah akibat banyak memikir perkara remeh dengus Johan dalam hati.
No comments:
Post a Comment