2 Nov 2011

5 Jenis Pengarah Yang....

Mesti tertanya-tanya dengan entry ni kan? Bukan apa, saja nak buat curious je. Bukan nak menjatuhkan tapi sekadar suka-suka. Kalau nak buat senarai betul-betul memang makan masa laaa dan perlu buat kajian segala bagai. Jadi, PF tawarkan di sini senarai jenis pengarah yang tak berapa nak berjaya dari segi idea (subjektif) dan memang PF tak minat filem-filem mereka. Sebelum ni buat carta berbau positif, kali ini yang negatif pula. Tidak mengira siapa yang buat skrip atau pun lakonlayar. Mungkin ramai tanpa disedari PF, cukup 5 contoh saja pengarah yang....  :


5. Zulkiflee M. Osman : Rasanya dah lama beliau terlibat dlm industri. Sejak Mira Edora, Sahabat, Suci Dalam Debu, Kekasih, Awal Dan Akhir etc. Beliau mewakili pengarah-pengarah yang PF rasa hanya mengarah filem tapi belum cukup memberi impak besar dlm sinema Malaysia. Photo : kredit Sensasi Selebriti. p/s : mana filem Gentayangan?


4. Sharad Sharan : Dua filem yang diarahkan oleh beliau, Diva dan Tipu Kanan Tipu Kiri. Dua-dua berkenaan kehidupan artis tetapi hasilnya tidak menggambarkan kilauan glamour. Lagenda Budak Setan pula entah bagaimana tak menarik minat PF. Beliau mewakili contoh pengarah bukan Melayu yang belum berjaya tapi hampir berjaya. Taklah teruk sangatkan?


3. Aziz 'Chunk' Adnan : Cuba menghasilkan sesuatu yang baru dalam sinema Malaysia dengan dua filem Antoo Fighter dan Kaapow tapi gagal memikat penonton Malaysia lalu menyalahkan penonton Malaysia (ada baca artikel di suratkhabar). Beliau contoh pengarah yang putus asa lalu merajuk dengan industri (kata laporan akhbar, tak silap Berita Harian).


2. P. Razak Mohaideen : Tanpa disangkal lagi, penambah filem-filem &^%$# di Malaysia seperti Tangkai Jering, Ratu, Mistik, Potret Mistik, dan apa cerita kembar siam yang melekat kat rambut tu? dan banyak lagi lah. Tapi, sekurang-kurangnya memeriahkan industri filem bagi memenuhi kehendak penonton kelas ke tiga (ada ke?). Beliau mewakili pengarah yang menghasilkan filem bergenre DBKL.


1. Zek Lokman : Beliau mewakili pengarah yang tak boleh PF terangkan. PF mula-mula kenal beliau melalui Mendam Berahi yang masyaallah.... (tengok kat wayang ok!) Masa dulu-dulu la... Mengarah sejak 1982 (Raja Laut) - sumber Sinema Malaysia. Pernah merajuk juga dalam industri katanya, pernah menjual goreng pisang (menurut laporan akhbar). Berbanding P. Razak Mohaideen, PF lebih mengenali filemnya berbanding Z. Lokman sebab zaman Z. Lokman bukanlah zaman PF. Walaupun begitu, beliau muncul dengan Toyol Nakal pada tahun ini (2011) dan sekali lagi masyaallah.....

9 comments:

Hans said...

aku ingat lagi...filem Zek Lokman memang hauk(kejam tak statement nih?)..hahha
aku sampai skrg tak mampu nak habiskan tgok filem No Problem dengan Mendam Berahi

PerangFilem said...

enuf said....

Hans said...

hahahaha.....
lepas tu yang Sharad apa tu yang buat Tipu Kiri Tipu Kanan tu
itu pun hauk punya filem
sakit hati jer tgok dkt panggung

asrap virtuoso said...

zek lokman nih bukan pengarah "2 alam" ke? sori aku maleh nak gugel, tapi rasa cam ye jer..

PerangFilem said...

Asrap : 2 Alam bukan Zek Lokman. Katanya Ed Zarith dan Hairie Othman. Entry ni utk at least dah arah 2 movie dan merajuk. hehe.

Aliff Ihsan Rahman said...

Zek Lokman buat Syukur 21 ok plak kan?

PerangFilem said...

Syukur 21 Eddie Pak lah Encik Aliff..

Anonymous said...

nnt aku pun nk buat filem.the chronicle of the merajuks pengarah filems!

PERANGFILEM said...

En. Anon. lets do it!