4 Nov 2011

Review Don't Be Afraid Of The Dark




Genre : Seram

Seorang kanak-kanak perempuan (Sally - Bailee Madison) dihantar oleh ibunya untuk tinggal dengan ayahnya (Alex - Guy Pearce) yang mempunyai kekasih baru. Mereka tinggal di rumah (agam) yang telah lama ditinggalkan. Ayahnya Alex, mengubahsuai rumah itu memandangkan kekasihnya itu (Kim – Katie Holmes) seorang pereka dalaman. Penghuni rumah agam sebelum itu seorang pelukis yang popular hilang dengan misterinya. Sally kemudiannya menemui penyebab kehilangan pelukis itu.

Cerita ini agak menarik juga bagi PF yang tak menonton versi filem ini tahun 1973. Tapi banyak plot yang agak boleh dipertikaikanlah. Antaranya (spoiler) :

1. Katanya makhluk tu tak boleh berada dlm kawasan terang gara-gara dah duduk lama dalam tanah tu, tapi boleh je serang Sally kat dalam bilik air yang samar-samar, semasa parti yang mana lampu terang benderang walaupun makhluk tu dlm pokok bunga dan bawah meja makan.

2. Bila makhluk tu tersepit di rak buku dalam library, terus hilangkah makhluk tu? Sehingga mereka yang ramai-ramai masa parti tu tak tengok benda tu tersepit dengan tangan makhluk tu terputus atas lantai. Boleh dibiarkan lagi Sally tidur dalam bilik dalam gelap. Tak call polis pun.

3. Mana pergi orang gaji perempuan ketika adegan klimaks cerita ini, semasa Kim jatuh tangga dan diserang makhluk dan Sally menjerit-jerit ketika itu? Tidur mati kot. 

4. Alex tak pergi selamatkan Kim yang jatuh dalam lubang tu. Dibiarkan begitu saja sampai habis cerita. Mungkin ingin membiarkan lubang itu menjadi misteri.

Citer ni boleh kata seram jugalah tapi tak terlalu extreme. Makhluk atau fairy/evil yang ‘bersifat manusia’ yang boleh berbisik dan berfikir boleh dikatakan scary juga nak-nak lagi bila dia mendengus marah. Berfikir di sini bermaksud boleh memikirkan teknik mahu memerangkap Alex di garaj kereta dan mencarik gambar photo sendiri. Lakonan Bailee Madison amat berkesan. Bila di belek-belek rupanya dia juga berlakon filem Brothers bersama Tobey Maguire yang aku puji sangat masa dia bertekak dgn Tobey di meja makan (tak silap PF). Lakonannya dalam DBAOTD ini bersahaja dalam bentuk physco. Filem ini sama prinsip dengan Hide And Seek di mana orang dewasa tidak percaya dengan kata-kata anak mereka sedangkan apa yang berlaku adalah benar dan menjangka anak mereka mengalami masalah mental.


3/5

5 comments:

zhu m said...

i guess it works as a horror film in general, but i expect more than just that because it was written by guillermo del toro.

PerangFilem said...

yeap, knp dia bole biarkan lompong2 tu. sedangkan bole buat lagi baik citer ni. lihat sajlah Pan's labyrinth.

Anonymous said...

mrPF.Try tgk filem Julia's eyes (los ojos del julia's) dr pengarah yg sama.bg sy sgt best n fresh.hehehe.

PerangFilem said...

TQ anonymous, PF akan masukkan tajuk filem yg dicangkan dlm list tontonan PF akan dtg.

fina.S said...

filem Brothers tu x silap dgn Jake Gylenhal kan (malas nk igt nma dia) , x tengok smpai habis cerita tu. t.t