Showing posts with label Poll Result. Show all posts
Showing posts with label Poll Result. Show all posts

27 Oct 2014

Result Poll 14: FFM26




Menurut pelawat PF, berikut adalah jangkaan mereka berkenaan filem mana yang bakal merangkul filem terbaik pada FFM ke 26:


KIL : 40%
Rock Oo! : 20%
Sembunyi : 20%
KL Gangster 2 : 20%
Penanggal : 0%





27 Feb 2014

Result Poll : Oscar 86

Pelawat PerangFilem telah bersuara mengatakan :


bakal memenagi Filem Terbaik pada Oscar ke 86 yang akan berlangsung pada 2 Mac 2014 dengan undian sebanyak 42%.

Lain-lain keputusan :

12 Years A Slave 28%
Captain Phillips 14%
American Hustle 14%

Her, Gravity, Nebraska, Philomena & Dallas Buyers Club tidak mendapat sebarang undian.

14 Oct 2013

Result Poll 10 : Ramalan Filem Terbaik MPFKL 2013



Ramalan para pelawat PerangFilem kata, filem KIL arahan Nik Amir Mustafa adalah calon favorite bagi menggondol Filem Terbaik MPFKL 2013 dengan undian 50%.

Diikuti dengan :
Istanbul Aku Datang 33%
Rock Oo! 16%
Filem Misteri Bisikan Pontianak dan Sembunyi tidak mendapat sebarang undian.


 Sama-sama kita tunggu keputusan penuhnya nanti.




6 Oct 2013

Poll Result 9 : Tanda Putera Pilihan


Tanda Putera (2013) mendapat pilihan yang disukai oleh pelawat PF sebanyak 26% dari filem yang sama genre dengannya. Filem penuh kontroversi dan beberapa kali ditangguh tayangan ini mendapat banyak kritikan negatif dari pengkritik filem.

Lain-lain filem adalah :

Leftenan Adnan (2000) - 21%
Hati Malaya (2007) - 21%
Embun (2002) - 17%
Paloh (2003) - 13%


1 Jul 2013

Result Poll 9 : Man Of Steel & Star Trek I.D




Stylo kan poster atas ni. Sebab apa PF buat poll bagi 2 filem blokbuster Man of Steel dan Star Trek Into Darkness? Kerana PF suka akan kedua-duanya dan sengaja biarkan pelawat memilih mana satu filem yang memberi kepuasan maksima semasa menonton kedua-dua filem tersebut. Maklumlah, dengan efek kesan khas yang sangat meletup lagi best daripada menonton Iron-Man 3, Fast & Furious 6 dan The Oz dalam setengah tahun yang pertama ini. Akan tetapi Star Trek Into Darkness rasa-rasanya akan masuk Top 10 semasa Festival PF hujung tahun ini. Ah, pecah rahsia.

Kita lihat filem apakah yang dipilih oleh pelawat :

MAN OF STEEL - 70%

STAR TREK INTO DARKNESS - 30%


7 Apr 2013

Result Poll 9 : Mamat Khalid


Para pelawat PF diberi tempoh sebulan bagi mengundi filem-filem Mamat Khalid yang dianggap terbaik oleh mereka. Dan keputusan mengatakan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah :


dianggap terbaik dengan undian 35%. 

Lain-lain keputusan :

Rock Oo : Rimba Bara Kembali - 25%
Man Laksa - 12%
Rock - 9%
Zombie Kampung Pisang - 9%
Kala Malam Bulan Mengambang - 6%
Lang Buana, Estet & (Husin, Mon & Jin Pakai Toncit) - 0%


6 Feb 2013

Result Poll 8 : FFM 25


Sebanyak 28 undian atau 68% pelawat PerangFilem mengatakan Bunohan akan memenagi Filem Terbaik FFM25 yang diuar-uarkan akan berlangsung pada Mac 2013 tapi itu pun sudah 3 kali tertunda dari perancangan awal pada hujung Disember 2012, kemudian Januari, akhir sekali kemudian pada Mac pula. Ermm. Filem yang baik memang akan diingati dan disebut-sebut sampai kesudah. 

Songlap tempat kedua dengan 19%.

Lain-lain filem dalam poll :

SAM
29 September
Misteri Jalan Lama
Ombak Rindu
Chow Kit

Website : FFM 25

27 Aug 2012

Result Poll 7 : Penapisan Filem



Pelawat PF mengatakan :

88% setuju supaya penerbit menapis filem mereka sendiri.
11% pula tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Antara yang membicarakan perkara ini :

Sinar Harian

Harian Metro

Malaysia Kini

Utusan Malaysia

10 Jul 2012

Result Poll 6 : 70 Filem 2012


Pengundi PF telah sebuat suara mengatakan :


Poll : Lebih 70 filem Malaysia pada tahun 2012, rekod tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Pada pandangan anda baguskah fenomena ini?

Ya. Banyak pilihan untuk menonton - 10%
Ya. Industri filem makin berkembang - 5%
Tidak. Kebanyakannya filem sampah - 60%
Tidak. Tiada guna hasilkan banyak filem dalam masa sama kebanjiran filem luar tidak dibendung - 5%
Banyak atau sedikit, mutu perfileman masih ditakuk lama - 20%

Filmakers, wake up!
Link berkaitan : Apabila Pengarah Jadi Operator Pengeluaran.
Alamak, lepas poll tamat aje ada artikel dari Utusan Malaysia : Filem Malaysia Sampah?

Apa dalam fikiran anda apabila melihat poster ini?



FILEM MALAYSIA JAN. - JUN 2012 - Cuba kira berapa banyak sampah dalam list ni :
SESUATU YANG TERTINGGAL
KERAMAT
BUJANG TELAJAK
SUMPAHAN KUM KUM
AZURA
HANTU DALAM BOTOL KICAP
CHANTEK
ADNAN SEMPIT 2
FIST OF DRAGON
CINTA KURA-KURA
BUNOHAN
SEEFOOD
PETALA CINTA
JIDIN SENGAL
JANGAN PANDANG-PANDANG
3 TEMUJANJI
UNCLE USIN
BERANI PUNYA BUDAK
CHOW KIT
NONGKRONG
GHOST BUDDIES
MANTERA
YOU BELIEVE IN GHOST?
AKU ADA, KAU ADA?
HOORE! HOORE!
MAN SEWEL DATANG KL
GERIMIS MENGUNDANG
X
JALAN KEMBALI : BOHSIA 2
JIWA TAIKO
AIR MATA IBU (TEARS OF MOM)
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
MAEL LAMBONG
BAIK GILER
AKU, KAU DAN DIA 

6 May 2012

Result Poll 5 : Filem Ditunggu



Pelawat PerangFilem lebih menantikan filem HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT (36%) berbanding filem-filem lain iaitu :

KL Gangster 2 (11%)
Apokalips (11%)
Vikingdom (21%)
Hanyut (21%)

Sama-sama kita nantikan filem sambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah ini yang dijadualkan pada penghujung tahun 2012. 

Gambar kredit Blog Mamat Khalid


**Filem yang berperang : Senarai filem Januari - Jun 2012

2 Apr 2012

Result Poll 4

*Gambar sekadar hiasan


PF akan mengekalkan apa seadanya ;)

Sejak berblogging, apa yang PF dapati adalah mengkomen filem tempatan lebih banyak diviews oleh pelayar-pelayar maya berbanding filem luar. Tapi nak buat mcm mana kan.......


TQ ;)

12 Feb 2012

Result Poll 3 : Pengarah Favorite

Pengarah kegemaran pelawat PF ialah U-Wei Hj Shaari & Khabir Bhatia.


*****
Photo credit Khabir Bhatia twitter

Nama Penuh :Mohd Kabir Bhatia Bin Abdullah
Tempat Lahir :New Delhi
Bangsa :India
Kerjaya :Pengarah, Penyunting Filem, Penyunting Video, Penerbit Filem, Penerbit TV, Penulis


Photo credit Senimamalaysia


Nama Penuh :Zuhir Bin Haji Saari
Tempat Lahir :Bentong, Pahang.
Bangsa :Melayu
Kerjaya :Pengarah, Penerbit Filem, Penulis

Film terbaik dari Khabir Bhatia menurut PF :

1. Cinta (2006)
2. Setem (2009)
3. Sepi (2008)
4. Nurkasih The Movie (2011)

Filem terbaik dari U-Wei Hj. Shaari menurut PF :

1. Perempuan Isteri & ... (1993)
2. Kaki Bakar (2001)
3. Jogho (1999)
4. Buai Laju-laju (2004)
-------------------
Tidak tonton
5. Black Widow - Wajah Ayu (1994)
6. Hanyut (belum tayang) (2012)

Sumber : Sinemamalaysia

5 Jan 2012

Poll Result 2 : Box Office Collection


Pelawat PerangFilem menganggap, fenomena yang melanda sinema Malaysia sekarang sepatutnya meletakkan RM5 juta sebagai filem box office Malaysia (tanpa mengira jumlah panggung yang menayang). Purata kos bagi filem di Malaysia yang diterbitkan pada kos sekitar RM 1.2 - 2 juta, angka RM5 juta boleh dianggap logik kerana jumlah penonton dan panggung pun semakin bertambah. Mari kita semak berapa filem Malaysia yang BOX OFFICE pada tahun 2011! 

1. KL GANGSTER (RM11.74) - 71 pawagam
2. OMBAK RINDU (10.79) - 73 pawagam
3. HANTU BONCENG (8.53) - 68 pawagam
4. KONGSI (8.09) - 87 pawagam (filem terbanyak membuat tayangan)
5. KHURAFAT (8.08) - 65 pawagam
6. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (6.50) - 67 pawagam

6 filem dari 42 jumlah filem yang ditayang pada 2011. Tepuk tangan!!

Sumber : Finas

6 Oct 2011

Result Poll 1 : (FFM24)

Di antara filem yang telah PerangFilem shortlist bagi FFM24 bagi JANGKAAN filem terbaik :

Khurafat
Seru
...Dalam Botol
Hikayat Merong Mahawangsa
Nur Kasih
Mantra
Dilarang Masuk
Crayon
KL Gangster

Result Poll mulanya adalah seri di antara :

KL Gangster
...Dalam Botol

Di Poll kedua, pelawat blog ini telah bersuara bahawa jangkaan filem terbaik adalah :


Adakah juri-juri FFM24 akan mengangkat filem ganas sebagai Filem Terbaik? Kita nantikan November nanti. Ramai orang kata malam kemuncak FFM biasanya bosanlah, hambarlah, bagi PF yang penting adalah result!