Genre : Drama (Komedi Romantik)
Arahan : Bernard Chauly
Pelakon : Beto Kusyairy, Lisa Surihani, Tomok
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5
Diringkaskan, Dian terbang ke Istanbul untuk mengharap sesuatu hubungan lebih bermakna dari kekasihnya Azad. Walau bagaimanapun, manusia hanya dapat merancang, tuhan yang menentukan tatkala pertemuan dengan Haris merumitkan lagi keadaan.
Di mana nak mula ya? Konsep filem ini comel-comel je dengan Dian yang berblogging pasal kehidupannya. Dengan visual komen-komen blog yang super cute. Budak-budak perempuan suka benda-benda gini terutama mereka yang aktif berblogging ditambah dengan busana Dian yang fashionable. Dian pulak menggeletis pada mulanya. PF menganggap Dian adalah masa muda Maya Karin dalam Pisau Cukur. Tulisan Rafidah Abdullah (penulis Pisau Cukur juga) ini tak lepas dari elemen-elemen homoseksual lucu. PF rasa isu tinggal serumah dengan lelaki bukan muhrim pasti menjadi kokokan sesetengah pihak, tetapi dalam keadaan terdesak yang dialami oleh gadis seperti Dian di negara orang, pasti kalian akan faham.
Ok, serius. Permulaan Istanbul Aku Datang (IAD) agak janggal atau ada sesuatu yang tak kena.
Pertama yang nyata, lakonan Tomok, aduhai. Agaknya penerbit tidak ada calon lain yang sesuaikah? Adakah pelakon lain tak
available? PF sudah cukup merana dengannya dalam filem MANTERA. Gandingan Lisa-Tomok sedikit tiada kimia. Yang peliknya, apabila babak tegang, skil lakonan Tomok nampak agak baik pulak. Bab cintun… errmm.. Walaupun di suatu tahap Tomok sudah mencuba (babak waktu malamdibangku dengan Dian). Tambah mengurangkan skor ialah lakonan Aizat Amdan.Filem ini
debut dia kan?
PF harus mengakui, Lisa Surihani semakin baik dari segi lakonan. Sesiapa yang kata dia kaku, kena tonton IAD. Ketika menggelitis dan sedih berjaya dibawa dengan elok emosinya. Tahniah la disitu. Cuma pelat ‘R’nya masih bersepah sana-sini. Lagi satu yang membuatkan IAD kureng di awalan adalah sikap alim Azad (Tomok) yang tak bertempat.
Masa kat bilik berdua ko tak nak bercium, tapi masa kat restoren ko sibuk nak menggesel. Sumpah, korang akan marah Azad
time ni. WTH! Rasa nak aje marah si
Rafidah yang buat skrip ni, sebab apahal Azad tak tolong Dian cari rumah sewa padahal baru je 2-3 hari sampai Istanbul. Tapi jawapannya ada dihujung, PF tak nak bagi
spoiler.
|
Dian & Haris |
Ok, cukup part yang tak best. Dan selepas saja dari tu,
towards the end, IAD menjanjikan sesuatu yang enak dinikmati sehingga habis! Dah la suasana di Istanbul di papar dengan cantik. Memang tak rugi
shoot kat sana 100%. Harus diingat, penggambaran diluar negara jika tidak bijak mengguna dan mengaplikasikan, alamatnya, faham-faham sendiri sajalah. PF berani kata korang akan
feeling habis, sehingga PF merasakan penonton turut serta meraikan cinta. Penglibatan pelakon Turki juga bukan tangkap muat. Jika tadi penonton puas disogok dengan adegan manja-manja lepas tu bersedialah untuk
feeling-feeling not well haha. Beto Kusyairy (kena eja betul-betul –nanti dia marah), pertama kali rasanya dia berlakon watak romantik dalam filem juga meyakinkan walaupun kita tahu dia tak memiliki rupa paras komersial tapi dibalas dengan kejituan watak Haris yang boleh buat para hati wanita tercair sendiri.
Walaupun sebenarnya IAD taklah berapa original dan ending boleh diagak, IAD boleh dikata sebagai komedi romantik yang sangat baik dalam konteks sinema Malaysia dalam masa yang sama memaparkan konflik yang tidak dipaksa-paksa seperti sesetangah filem bergenre sama. Ada teman kata, IAD is the next Sembilu tapi di zaman 2010an. Betul ke tidak, korang saksikan sendiri. Adalah menjadi harapan agar Bernard Chauly dan team Grand Brilliance & Red Films terus bergabung bagi memantapkan lagi perfileman kita yang sendu sejak akhir-akhir ini.
*Bernard Chauly sudah kurus sekarang! hampir tak kenal..
6 comments:
Macam best jer cerita ni... :D
perghhhh...memang kena tengook..beto memang dah lama buat aku cair...grrr
Insyaallah korg akan suka
saya da nng0k citer nie.. pada saya OK.. xpi sy kurang selesa bila ader ayat lebih kurang macam nie..
Azad: Jangan la peluk I kat sini
Dian: Eh, ape plak. Biasa kat KL ok je kita peluk2….
Azad : Yela, tapi Istanbul sini orang pandang. Lagipun ni kan Negara Islam.
mungkin ader sindiran @ tersirat di ayat ni.. mungkin en. perangfilem boleh bagi pendapat.. terima kasih.. =)
Mmg diakui, Dian agak terlalu urban/terbuka dan jahil agama, di mana dia tak kisah jika serumah dgn lelaki; rujuk semasa dialog di bilik rumah Azad(biasa pelajar2 kita di oversea bkongsi lelaki & perempuan pun).
Mungkin mmg takde yg tersirat sbb Dian mmg gatal haha.
dah tonton siap beli dvd lagi, biasanya saya kalau movie2 tempatan, I main download je. kehkeh.. I paling suka scenery dia mmg cantik2, gambar pemandangan dia mcm imej2 kt Tumblr tuh cntik gilaa :D
Post a Comment