18 Oct 2013

Claypot Curry Killers (2013) & To Live (1994)


Genre : Thriller/Ganas
Arahan : James Lee
Pelakon : Debbie Goh, Mandy Chen, Olivia Kang, Pearly Chua, Steve Yap
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5



Filem ni takde poster ke? Filem keluaran 2011 baru kini muncul di TV Malaysia menerusi Astro First pada tahun ini. Setelah ditayangkan pada INAFFF200 di Indonesia, ianya mendapat review positif dari penggemar filem di sana. Contohnya, sila lihat INI dan INI, mereka menonton versi uncut. Bila baca review INI mengatakan Xi Xi ada memotong kemaluan dibahagian akhir filem. Seakan metafora pula, filem potong-daging manusia-kerat. Cerita sebegini jarang diangkat di sinema kita akibat kekangan penapisan dan sebagainya membuatkan filem ni hanya betul-betul di atas landasan yang selamat. Cuba bayangkan kalau ada babak Chew si ibu atau anak-anaknya memotong daging manusia lalu memasukkannya ke dalam kari, perggh lagi 'best'kan impak dia macam Ebola Syndrome sebagai contoh. Walau pun begitu Claypot Curry Killers dikira berjaya menayangkan sisi ganas yang cuba disampaikan. Cuba lihat babak betapa gelojohnya pelanggan-pelanggan makan mi kari setelah ramuan daging manusia dijadikan resepi, di situ adalah satu visual bukti yang impressive. Lakonan ketiga-tiga adik beradik perempuan amat meyakinkan terutama watak Xi Xi (Debbie Goh) sebagai kakak sulong dan si ibu (Chew - Pearly Chua). Semua ada ciri khas untuk menggerakkan plot cerita. Cubaan yang jarang dilakukan oleh filem Malaysia dan persembahan yang baik maka layak mendapat 3.5/5 dari PF. 




Genre : Drama
Arahan : Zhang Yimou
Pelakon : Gong Li, You Ge, Tao Guo, Deng Fei, Tianchi Liu
Tahun : 1994
Rating : 4.5/5


Setelah penghargaan diberikan kepada pengarah ini, nampaknya PF tidak dikecewakan lagi dengan naskahnya yang ini. Kalau ikutkan pemahaman PF tentang arthouse film, To Live kurang elemen itu berbanding The Road Home, Rise The Red Lantern atau The Story of Qiu Ju arahan pengarah yang sama. Berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh novelis Yu Hua ini berlatarbelakangkan tahun 1940. Dengan durasi 2 jam 5 minit filem ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Zhang Yimou kerana beliau tahu semua isi penting novel mesti dimasukkan ke dalam filem, memang banyak. Cerita asas To Live sangat rapat dengan kita iaitu tema kekeluargaan tapi latarbelakangnya dengan zaman Chinese Civil War yang huru-hara ketika ini dianggap memberatkan lagi isu yang ringan (agak-agaknya filem tempatan apa yang anda gambarkan bila baca ayat ini) tetapi itu sesuatu yang menarik malah mencantikkan atau Yimou ada agenda yang kita tidak ketahui sehingga beliau dibanned dari membuat filem selama dua tahun selepas filem ini ditayangkan (SUMBER)

Tatkala minit pertama lagi terus masuk plot di mana Jiazhen (Gong Li) tak suka dengan suaminya Fugui yang suka berjudi, malah merugikan sehingga rumah mereka digadaikan dan isteri meninggalkannya. Kemudian masuk pula plot dimana ianya terperangkap dalam peperangan di Kuomintang (sebelum itu dia menjadi tukang pemain wayang kulit kerana tiada modal untuk buka kedai). Kemudian dapat peluang untuk pulang ke pangkuan isteri dan menyedari anak perempuannya bisu setelah demam panas, kemudian banyak lagilah cabarannya mereka sekeluarga sehingga kematian kedua-dua anaknya. Rakan baik Fugui pula, Chunsheng menyesali akibat kelalaiannya menyebabkan anak lelaki kawannya mati. PF sangat kagum dengan Gong Li. Memang banyak kali dia berlakon di bawah Yimao, kali ini watak ibu benar-benar tulen seumpama Gong Li memang benar-benar berkahwin dengan You Ge (nama watak Fugui). Fugui pula berfizikal kurus dan cengkung seakan itu realitinya seorang kaki judi. Apa yang menarik wayang kulit sebagai alat hiburan juga adalah rezeki Fugui yang pada mulanya dia tak sedari, bakat sebagai penyanyi wayang kulit ada dalam dirinya. Eh, wayang kulit ni asal mana sebenarnya ha?

Naratif yang lancar, penataan seni yang gemilang membawakan suasana yang sebenar/real memberi filem ini sesuatu yang bukan saja bermakna malahan merelakan kita menongkah erti kehidupan dengan sendirinya. 'Lama tak rasa pengalaman menonton sebegini' bak kata orang........

Pencapaian :
Grand Prix Du Jury Cannes 1994

2 comments:

Wan Dinnie said...

EBOLA SYNDROME? ye, dari segi GORE mungkin ada. Tapi kalau nak dibandingkan secara TELUS, lebih baik jika anda cari filem yang berkaitan premisnya. Contohnya, filem HK Kategori III, ya filem Untold Story lakonan Anthony Wong, sudah tonton belum? ia mengisahkan pengusaha restoran yang membunuh, memotong manusia untuk hasilkan inti pau. emm..ala2 filem Dumpling juga. Filem Malaysia sebelum ni pun ada, tapi ia telemovie ja, yakni filem Nasi Lemak Dina (bunuh laki yang digoda, jadi inti dalam nasi lemak, tapi tak ditonjolkan onscreen), dan salah satu segmen dalam Bilik 13, hok kisah Aziz Sattar dan bini bunuh orang yang ada masalah kreta rosak (sengaja diletak paku) dan buat jadi inti karipap, ini agak GORE sebab Aziz Sattar kakinya pun kena kapak sampai putus dan ia onscreen. Ataupun filem Thailand, Meat Grinder. Ya,nak bandingkan, biar ia sama premis, baru la sesuai k. :)

PerangFilem said...

Dalam komen kamu, PF pernah dgr Meat Grinder saja, ada la tgk sedutan kat ytube. semua belum tonton. Sbb tu hanya banding dgn movie yang pernah ditonton saja.