Genre : Drama
Sinopis yang dicilok dari internet : Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
*****
Percubaan kali kedua jika tak silap dari penerbit Sharad Sharan yang dahulu menerbitkan Lagenda Budak Setan (LBS) yang sememangnya bukan genre PF untuk pergi menonton. Mungkin kejayaan LBS menarik Astro Shaw sekali lagi untuk mengangkat satu lagi novel iaitu Ombak Rindu ke layar lebar. Dan, dari hip oleh media dan peminat novel ini, PF terpanggil untuk menonton. Bukan sebab pelakon-pelakonnya. PF tak tahu sebab apa novel ini dipilih oleh pihak produksi. Mungkin ianya popular dulu sehingga diulangcetak dan mungkin juga ada sesuatu yang boleh 'dijual' dari novel ini. Maklumlah, PF bukan peminat novel.
Filem ini pada dasar, tiada cacatnya dari segi lakonan atau part2 teknikal yang boleh dipandang dari mata kasar. Mungkin cuma watak Mila (Lisa Surahani) mungkin ada sikit tak cukup perencah tapi pada orang lain mungkin Lisa sudah beri yang terbaik. Walau bagaimanapun PF merasakannya filem ini agak bosan. Maaf jika ada peminat novel ini yang tidak setuju. Tetapi tak semua filem bosan adalah teruk. Tema yang dipaparkan tak banyak beza dengan drama-drama di tv. Jadi, apakah elemen-elemen yang boleh 'dijual' itu? Maaf PF tak dapat mencarinya selain kepopularitian pelakonnya. Mungkin hujah ini boleh disoal balik kerana banyak juga filem lain yang temanya sama di kaca tv. Tetapi harus diingatkan apabila bercakap tentang naskhah novel yang ingin dibawa ke skrin besar, orang selalu perkata isi yang istimewa yang hendak diketengahkan ke khalayak harus mempunyai 'sesuatu' kerana penonton telah disediakan dengan teksnya terlebih dahulu dan kenal intipatinya. Tetapi tak kisahlah sebab akhirnya penonton mahukan hiburan kan? Walau bagaimanapun, senimatografi dan lakonlayarnya amat baik.
Konflik besar Ombak rindu bermula bila Hariz tidak lagi mencintai Mila dan ingin membatalkan perkahwinan mereka kerana mungkin tertarik dengan penampilan Izzah yang taat pada agama dan mula membibitkan rasa cinta. Agak pelik juga, Izzah yang sanggup menyuruh Hariz mengahwininya atas alasan Hariz adalah lelaki pertama yang 'menyentuhnya'. Hariz bukan lelaki sekampung ataupun teman lelakinya yang telah lama dikenali untuk dipertanggubgjawabkan. Hariz is totally stranger. Ini bertentangan dengan norma cerita-cerita melayu biasanya mangsa akan benci dengan perogol etc, malah boleh ikut pula si lelaki jadi perempuan simpanan. Apatah lagi dia digelar ustazah di kampung. Boleh saja dia lari terus.
Adakah Izzah sendiri terpana dengan kekacakan dan dapat 'menghidu' kemewahan Hariz dengan kereta yang dibawanya pulang ke rumah kayu milik Hariz? Mungkin lain skripnya jika Hariz itu berperwatakan selekeh atau naik Kancil saja. Tapi itulah jalan cerita Fauziah Ashari penulis novel ini yang menongkah arus yang biasa. Selebihnya hanya jalan cerita biasa sang ibu yang sudah ada calon isteri untuk anaknya. Filem ini mula menarik apabila semua rahsia terbongkar dihujung cerita dan yang paling meruntun adalah semasa Hariz 'membuang' Izzah ketika Hariz datang ke rumah Pak Dollah (Dollah kan?) dan Maya memberikan lakonan yang berkesan sekali.
Macam mana pun filem melankolik dan sarat air mata tetap mempunyai peminat yang tersendiri terutama peminat novel cinta sebegini. Sejauh mana naskhah ini berjaya diterjemah ke audio dan visual hanya yang membaca novel ini yang tahu. Selainnya, tepuk dada tanya selera.
3/5
p/s :panggung hampir penuh semasa show tadi..
6 comments:
review filem ini pada pandangan aku
Review Filem Ombak Rindu
: Review dan Movie Mistakes: OMBAK RINDU
review aku ... :-)
hmmmmm... 2.5 jek...isk!
jangan percaya rating ni, pergi sendiri tengok.
tak best eh?? salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)
mungkin tak baca novelnya..so terasa bosan ditengah2 nya...
Post a Comment