18 Oct 2011

Emak Ingin Naik Haji


Genre : Drama (Indonesia)


Zain seorang duda yang mempunyai emak berumur 61 berhasrat untuk pergi ke haji dengan wang simpanannya. Zain yang hanya bekerja sebagai pelukis menjual hasil lukisannya di bandar. Bekas isterinya zain hanya menuntut haknya sebagai bekas isteri ditambah pula dgn anak mereka yg sakit. Isinya ini.

Dua lagi cerita yang berlingkaran di sisi isi cerita itu, sebenarnya nak diikutkan tidak berkait walaupun ‘bersentuh’ mengingatkan aku filem Cinta oleh Khabir Bhatia. Sebuah keluarga berada  yang beberapa kali menunai haji mahupun umrah dan satu lagi seorang boleh dikatakan orang penting dalam masyarakat hanya ingin merebut jawatan wali kota dengan gelaran haji sebagai umpan undi rakyat. Walaupun judulnya begitu, hal-hal agama tak terlalu berat dipaparkan bukan seperti Ketika Cinta Bertasbih atau pun Ayat-ayat Cinta. Cuma tak lepas dari filem bermesej yang mendidik berlandaskan agama. Tapi apa yang nyata, semua cerita dalam filem ini adalah bertunjangkan duit. Ibu Zain yang kekurangan duit untuk pergi Haji, wakil rakyat yang diperas ugut dengan duit dan keluarga berada banyak duit sehingga pergi haji/umrah beberapa kali.

Tiba pada satu peringkat, PF dah agak jalan cerita filem ini, dan berharap perkara itu tak berlaku. Malangnya ia benar-benar terjadi. Dan pada ketika itu juga, mood PF mula down. Memang spoillahkan kalau kita dapat baca apa yang jadi seterusnya. Sebelum menonton, jangkaan agak besar juga terhadap filem ini memandangkan mendengar pertama kali tajuknya dahulu, amat menarik dan kelihatan satu tema yang baru. Kerana hanya dengan tajuk itu, kita sudah tahu gambaran serba sedikit dan tertanya berjayakah impian murni emak Zain untuk ke tanah suci. Sebab itu filem ini menjadi pilihan pertama untuk ditonton dalam lebih kurang 10 judul filem yang PF terima (versi dowload internet).

3 cerita yang berlainan tadi yang ‘bertembung’ dihujung cerita sebenarnya tidak memeranjatkan. Walau bagaimanapun sempat juga airmata menerjah ke pipi di hujung cerita hanya kerana satu keinginan seorang ibu. Perasaan 'down' yang tadi kini berbalas...


3/5

No comments: