Oleh kerana tak nak blog picisan ini sunyi (ada ke korang kisah kan? haha..), aku postkan cerita pendek pertama yang aku tulis yang pernah aku letak di NOTE di Facebook aku. Aku tengok tarikh aku post di FB adalah bertarikh 5 Mac 2009. Aku sebenarnya tak pandai menulis. Begitu juga dengan kononnya mengulas filem yang aku tonton. Dah lama tak menulis kisah pendek pun. Mungkin dengan adanya blog ini, semangat tu wujud kembali.
Dipersembahkan, sisi lain PerangFilem - Kisah Pendek. Akan dipost kisah pendek yang lain dari semasa ke semasa :-)
Dipersembahkan, sisi lain PerangFilem - Kisah Pendek. Akan dipost kisah pendek yang lain dari semasa ke semasa :-)
************************************************************************
Zakwan sudah terlewat hendak pergi kerja. Tergopoh-gapah dia memanjat anak tangga LRT stesen Jelatek. Jam di stesen LRT memamerkan 2.50 petang sedangkan dia sepatutnya masuk kerja pada pukul 3 petang. Gamaknya, dia kena maki hamunlah dengan Zetty yang bertugas sebagai cashier pada shif pagi sebab terpaksa melanjutkan jam kerjanya. Nasib Zakwan baik kerana tren tiba serentak apabila kaki kanannya menyentuh anak tangga yang paling atas sekali. Terus dia meluru masuk ke perut tren. Berdiri lagi seperti biasa kerana tiada tempat duduk yang kosong. Sudahlah di tempat kerja di kafe pun kena berdiri. Keluhnya.
Sepasang kekasih yang dilihatnya duduk berdua saling memasamkan muka. Bergaduh barangkali. Tiba-tiba dia teringat perisitiwa sepasangan kekasih bergaduh semasa si gadis sedang beratur untuk memesan roti canai di medan selera KLCC. Tak pasal-pasal awek itu kena lempang dengan balaknya di situ juga sambil terdengar pergaduhan yang sederhana kuatnya. Cukup membuat mata orang sekeliling memandang. Lamunannya terhenti pabila gadis yang sedang bermasam muka itu berdiri tetapi tangannya di tarik oleh teman lelakinya. Gadis tadi meronta-ronta dan berjaya meleraikannya tangannya lalu berdiri di satu sudut di pintu LRT. Wah! Drama ni! Kata Zakwan dalam hati.
“Saya nak tanya awak, patut ke saya bagi hati saya pada orang yang salah? Bukan orang yang sepatutnya saya cintai? Tapi dah terlewat. Nak patah balik pun dah tak boleh” matanya sedikit berkaca tetapi tak tertumpah lagi. Zakwan tergamam. Gadis itu bercakap padanya! “Eer…” Zakwan malu dia tak menjawap lalu matanya di alihkan ke lantai. Teman lelaki tadi segera bingkas dan berkata-kata di depan gadis itu dengan perlahan. Tiba-tiba tanpa di rancang oleh otaknya dia segera duduk di tempat kosong peninggalan pasangan itu. Makcik yang duduk di depannya hanya terdiam.
“Stesen berikutnya, Dato’ Keramat. Next Station Dato’ Keramat”. Rakaman suara bergema di celah-celah perbualan manusia di dalam tren.
Pasangan tadi keluar. Ramai penumpang yang masuk. Khalid cepat-cepat mencari tiang tengah untuk berpaut. Keadaan di dalam tren agak ramai dengan penumpang. Dia memandang seseorang yang semacam dia kenal. Dengan pakaian seragam kerja dengan lambang Café Cruise di dadanya. Oh! Baru dia pasti bahawa dialah pekerja kafe itu di mana selalu dia meluangkan masa berwifi di kafe kegemarannya. Tiba-tiba telefon mamat Café Cruise itu berdering. Dijawabnya “Aku takde lah! Boleh tak kau cari orang lain! Yang dulu pun tak bayar lagi!” Kuat juga dia bercakap di telefon seakan geram dengan pemanggil yang meminta pinjam duit agaknya. “Takde!” Ulang mamat itu. Muka mamat tu masam. Khalid hanya memandang teragak-agak dia hendak melemparkan senyuman padanya. Mamat itu selalu juga melayannya ketika dia lepak di kafe.
Khalid terpaksa mengambil cuti hari ini kerana anak lelakinya yang berumur 12 tahun meragam tak mahu ke sekolah sebab dia tak jadi mengajaknya menonton filem Toy Story II semalam. Khalid sangat sayangkan Amin. Selepas Khalid dan Salbiah mendapat Amin cinta seakan hilang di antara mereka. Bayangkan sehingga Amin berusia 12 tahun, memang sudah tiada lagi indah dalam perkahwinan mereka. Salbiah berpendapat zuriat yang satu itu cukup bersamanya hingga ke akhir. Memang cinta benar-benar luput.
“Stesen berikutnya, Damai. Next Station Damai”
**8 tahun kemudian.
Teresak-esak
Di hujung tren di bahagian belakang, seorang gadis remaja menghenjut-henjutkan kepala asyik mendengar lagu melalui telefon bimbit sambil earphone tersumbat di kedua-dua telinga. Majalah URTV tersela kerana dua tangan memegangnya. Seorang remaja lelaki yang agak segak duduk di sebelahnya pula sedari tadi asyik mengerling gadis itu. Di jenguk-jenguk majalah URTV kepunyaan gadis tadi. Cuba dibaca apa yang gadis itu baca. Gadis tadi mengerling semula ke arah lelaki itu. Lelaki tersengih. Si gadis melucutkan earphone. Tak tumpu apa yang di bacanya.
“Saya dah tengok cerita ni” Kata remaja lelaki itu kepada gadis yang sedang membaca ulasan filem Pan’s Labyrinth.
“Ada aku kisah!” Jawab gadis kepada lelaki itu.
“Best cerita ni. Menang Best Foreign Film kat Oscar tahun lepas. Baik awak tengok. Ni nak pergi tengok wayang dengan boyfriend ke?” Lelaki itu cuba ajak berbual tapi tak diendahkan.
Gadis tadi terus memasang semula earphone ke telinga. Remaja lelaki tadi tersenyum. Dia tak malu sedikit pun. Dua orang kakak bertudung yang duduk di depan mereka tertewa kecil sambil menekup mulut dengan tangan melihat aksi remaja berkenaan.
“Satu mesej masuk. Bukak ler… bukak laa bang!” suara bapok kedengaran dari telefon bimbit lelaki itu. Alamak! dia terlupa nak tukar setting deringan mesejnya. Satu LRT dengar suara bapok yang dia lupa nak tukar sebelum keluar rumah. Beberapa penumpang memandang ke arahnya.
“Hehehe dapat aku merasa nasi lemak antarabangsa yeay!” Bunyi sms yang baru masuk itu.
Seorang remaja lelaki lain yang berdiri tidak jauh dari lelaki tadi tersenyum puas. Misi mengurat gadis tadi gagal dan terpaksalah dia belanja kawannya itu nasi lemak seperti yang dipertaruhkan.
“Stesen berikutnya, Ampang Park. Next Station Ampang Park”
Ramai penumpang yang masuk ke dalam perut LRT. Lelaki remaja tadi masih duduk bersebelahan dengan gadis URTV. Dia tidak dapat melihat kawan lelakinya dek kerana penumpang-penumpang yang berdiri di hadapannya. Dalam hatinya terdetik ingin bertanya lagi tetapi si gadis masih mendengar lagu melalui telefon bimbit. Tiba-tiba kedengaran suara makcik menangis teresak-esak tetapi masih dapat dikawalnya. Seorang lelaki kelihatan seperti anaknya cuba menenangkan makcik itu.
“Dah la tu mak.. tadi kat balai dah menangis kat sini pun menangis.” Makcik itu mengesat air mata dengan lengan bajunya. Matanya merah sangat. Apa entah sebabnya dia menangis. Bisik penumpang sekeliling.
“Kita kan dah report polis. Ok la tu nanti, penipu tu nanti mesti kena tangkap” Anak lelakinya itu cuba menenangkan ibunya dengan nada yang perlahan. Sesekali dia menggaru tahi lalat yang selebar wang syiling lima puluh sen di tepi dagunya. Tahi lalatnya itu tidak gatal sebenarnya tetapi pening dengan sikap ibunya sedari tadi menangis tak sudah gara-gara hilang RM7 ribu dek tertipu dengan peraduan koyak dan menang. Penjual jualan langsung memang licik dan pandai memujuk. Setelah pihak berkuasa berjaya membongkar perihal peraduan gores dan menang mereka tidak serik dan mencuba taktik lain asalkan dapat mendapat duit apa cara sekalipun.
“Mak nak tulis surat dekat Di Celah-Celah Kehidupan tu. Biar padan muka dia”
“Ya lah, ya lah.. apa-apa je lah” Keluh si anak.
Remaja lelaki yang duduk di sebelah gadis URTV yang terdengar perbualan anak beranak itu, berbisik dalam hati sendiri : dunia punya dalam…
“Mak ok kan..? Dah Ajiz dah nak pergi kerja dulu” Emaknya hanya mengangguk. Ajiz bersedia untuk keluar dari LRT.
“Stesen berikutnya, KLCC. Next station KLCC”
Seperti biasa ramai penumpang yang turun di stesen KLCC sehingga lengang keadaan di dalam LRT. Khalid sudah terlambat. Dia jalan laju menuju keluar. Sudah beberapa tahun dia tidak menjejakkan kaki ke KLCC. Dia tak bercadang nak melencong ke mana-mana memandangkan dia sudah terlambat. Oh ya baru dia terfikir, dia sedang melalui depan Café Cruise lantas terpandang Zakwan yang sedang bertugas di situ. Sempat dilambainya. Sudah lama dia tak berjumpa dengan Zakwan sejak dia berpindah ke Kuantan. Namun kadang-kadang mereka berhubung melalui sms. Mungkin lepas menonton wayang nanti dia akan singgah minum dengan anaknya di kafe itu. Dia berbangga Zakwan kini sudah jadi pengurus di Café Cruise.
Dengar cerita dia akan dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Operasi bagi seluruh cawangan Lembah Klang. Apa pun kini Khalid dah tak sabar ingin berjumpa dengan Amin setelah pertemuan pertama mereka 2 minggu lepas. Jika bukan kerana tugas di Kuala Lumpur dia tak akan berjumpa. Itu pun sekejap sahaja. Salbiah sebenarnya melarang anaknya berjumpa dengan bekas suaminya itu. Bila sudah besar ni pun Salbiah tetap melarang. Dia ada sebab berbuat begitu.
Khalid kini sudah tercegat di depan panggung wayang Tanjung Golden Village KLCC. Punyalah dia tergesa-gesa ingatkan dia yang terlambat. Amin baru saja sms kepadanya bahawa dia lambat setengah jam. Haai! mentang-mentanglah dia duduk di KL, saja nak buat lambat-lambat. Khalid merungut. Dia yang dari Kuantan pun lebih cepat dari Amin walaupun lewat 15 minit seperti yang dijanjikan. Khalid mengambil keputusan untuk membeli tiket dahulu. Khalid mula beratur dan melihat pekerja yang menjual tiket marah-marah sejak tadi. Entah apa puncanya. Mungkin bil air lama sudah tertunggak. Kini, giliran Khalid dilayan oleh pekerja itu.
“Love of Honour pukul 5, 3 orang” Kata Khalid membeli tiket filem Jepun dari slot tayangan International Screen. Dekat Kuantan tiada tayangan filem dari Jepun atau yang bukan dari Hollywood. Amin pun memang gemar filem seperti itu. Lagi pula Yasmin Ahmad memuji filem ini di dalam blognya.
“Pilih seat!” Kata pekerja itu sambil mengeruk-ngeruk tahi lalat selebar duit syiling 50 sen di tepi dagunya. Muka masam. Khalid menunjuk tempat duduk yang sesuai.
“RM30!” Kata petugas tiket. Khalid membayar harga tiket lalu beredar.
“Abah!” Tiba-tiba suara Amin kedengaran. Amin meluru mendapatkan ayahnya yang dipanggil abah. Terkejut pula dia datang bertiga bukan berdua seperti yang dijanjikan. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Kata datang dengan Zul aje” Khalid bertanya.
“Panjang ceritanya uncle” Zul cepat menjawab lalu bersalaman dengan Khalid sambil tersengeh.
“Alamak lupa nak suruh beli tiket lebih. Kawan Amin ni.. err kenalkan Su, ini abah saya. Abah, ini Su” Khalid bersalaman dengan Su. Khalid hanya mampu tersenyum kepada Amin.
“Takpelah. Kita lupakan Love of Honour. Nak beli satu lagi, orang pun ramai yang beratur. Dah jumpa anak abah ni pun kira Alhamdulillah”
Mereka pun beredar dari situ. Su menjeling kepada Amin yang baru saja mereka kenal di LRT sebentar tadi. Melepas nasi lemak antarabangsa! Kata Zul dalam hati.
P/s : masih tak sangka review Al Hijab melonjak naik :)
P/s : masih tak sangka review Al Hijab melonjak naik :)
No comments:
Post a Comment