25 Feb 2012

Uncle Boonmie Who Can Recall His Past Lives Adalah Filem Art Mistik Sebenarnya


Genre : Drama (+ Misteri) - Thailand
Arahan : Apichatpong Weerasethakul
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Thanapat Saisaymar, Jenjira Pongpas, Sakda Kabuadee
Tahun : 2010
Filem Seumpamanya : The Scent of Green Papaya
Rating : 4/5

Boonmie yang menghidap sakit buah pinggang mengambil keputusan menghabiskan sisa hidupnya bersama orang-orang tersayang di sebuah rumah lama di mana dia dibesarkan dalam perkampungan terpencil dan memiliki sebuah ladang di situ.

Hantu Monyet mata merah

Filem art house yang memenangi Palme D'or di Cannes 2010 ini pada mata PF adalah filem art yang sederhana. Bermula dengan seekor kerbau yang terlepas daripada tambatnya, cuba menggambarkan/metafora roh-roh dari masa lalu datang kepada insan masa sekarang, dalam filem ini adalah Boonmie (PF cuba membaca filem, haha...)  Dengan tidak menyangka bahawa filem ini mempunyai unsur-unsur mistik yang 'memeranjatkan', PF teruja menontonnya. Di rumah lamanya itulah, mendiang isterinya melawat sedang mereka makan malam. Kadangkala amat keliru bila hantu isterinya boleh disentuh dan dipeluk lalu semua itu membuatkan Boonmie terkenang peristiwa-peristiwa lama. Satu detik yang amat menggerunkan apabila anak Boonmie, Boonsang yang hilang turut pulang melawat ayahnya tetapi dalam bukan dalam bentuk manusia tetapi berupa Monyet Hantu seperti dalam cerita-cerita dongeng zaman kecil Boonsang.

Isteri Boonmie, Huay datang melawat 
Boonmie dengan tiba-tiba

Kehadiran Monyet Hantu Bermata Merah, 
Boonsang amat menakutkan

Satu ketakutan amat dirasakan apabila Boonsang menaiki tangga dengan hanya matanya saja yang menyala benar-benar satu petanda seram dalam filem ini. Di masa ini, PF mula bertanya, oh apa jadi dengan filem ini? Suatu yang amat tidak dijangkakan. Sesunggunya, PF amat sukakan surprise! Bukan sesuatu yang kita jangka jalan ceritanya. Dengan mengambil keputusan untuk mati dengan isterinya, Boonmie, Jen, Tong dan Huay berjalan malam ke dalam hutan menuju ke dalam gua menimbulkan seram yang senyap (tak perlu terpekik terlolong nak buat rasa takut). 

Filem yang perlahan semestinya ini, buat PF keliru di mana gambar-gambar still photo askar dipaparkan dekat-dekat penghabisan cerita. Begitu juga babak Tong yang telah menjadi sami di dalam bilik hotel dengan Jen(?) dan seorang remaja perempuan. Jika sesiapa bijak pandai yang telah menonton, bolehlah tolong beritahu. Penantian PF untuk menonton filem ini rasanya tidaklah terlalu berbaloi tetapi masih boleh ditonton ditambah pula dengan kejutan yang tidak disangka.


p/s : pernah lihat ikan keli 'godam' perempuan?


No comments: