5 Feb 2012

Cacamarba : The Grey, My Sister's Keeper & Undertow



Genre : Aksi 1
Arahan : Joe Carnahan
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Lian Neeson, Dallas Robert, Frank Grillo, Joe Anderson, Nonso Anozie dll.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : The Way Back
Rating : 3.5/5

Menonton The Grey mengajak anda terlibat sama dalam ketakutan apabila diburu serigala di Alaska. Kapal terbang yang dinaiki oleh sekumpulan pasukan 'oil drilling' diketuai oleh Liam Neeson terhempas di kawasan Alaska yang diselubungi salji tebal. Dalam keadaan cuaca yang amat sejuk dan buruk mereka struggle untuk melarikan diri dari dikejar serigala liar yang memerhati gerak geri mereka yang dianggap sebagai penceroboh. Ottway yang berpengalaman,seorang berpengetahuan tentang spesis serigala yang mendiami kawasan itu.
Dalam usaha mereka berusaha survival, takdir tidak dapat dielakkan apabila seorang demi seorang mati dibunuh oleh serigala.  



Genre : Drama
Arahan : Nick Cassavetes
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Abigail Breslin, Sofia Vassilieva, Cameron Diaz, Alex Baldwin
Tahun : 2009
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5

Berdasarkan novel Jodi Picoult, Anna Fitzgerald ingin mendapatkan 'medical emancipation' dari ibunya yang mahukan Anna menderma buah pinggangnya kepada kakaknya, Kate yang menderita sakit leukimia. Anna yang lahirnya dirancang semata-mata bertujuan untuk menyelamatkan kakaknya itu. Anna telah menderma apa yang perlu kepada Kate sejak umurnya 5 tahun. Apabila umur Anna berusia 11 tahun dia mula mencari peguam untuk menguruskan 'medical emancipation'nya lalu bertemu dengan Campbell Alexander (Alex Baldwin) untuk tidak lagi menderma organnya kepada kakaknya itu atas tujuan dirinya juga berharga untuk meneruskan kehidupan. Selepas Anna sendiri berlawan dengan ibunya di mahkamah barulah disedari mengapa Anna berbuat demikian. 

My Sister's Keeper menelusuri jiwa pesakit leukimia yang cuba memenuhi permintaan ibunya Sara (Cameron Diaz) untuk terus melawan sakitnya kerana terlalu sayang dengan anaknya itu. Kate sedar dirinya tidak akan hidup lama cuba mendapatkan apa yang diinginkan selagi sempat. Rasanya berbaloi mengeluarkan air mata menonton filem sedih ini berbanding filem cinta yang mendayu-dayu.




Genre : Drama (Peru) 
Arahan : Javier Fuentes-Leon
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Cristian Mercado, Tatiana Astengo, Manalo Cardona
Tahun : 2009
Filem Seumpamanya : Eyes Wide Open
Rating : 3/5

Berlatarbelakangkan sebuah perkampungan nelayan di Peru mengisahkan Miguel dan Mariela menunggu anak pertama dilahirkan. Dalam pada masa yang sama Miguel mempunyai kekasih Santiago seorang pelukis. Miguel cuba menyembunyikan hubungan mereka dari masyarakat di situ. Cuba lari dari konsep Eyes Wide Open, penulis skrip, Javier juga pengarah cuba mewujudkan watak 'hantu' pada watak Santiago apabila dia mati di dasar laut dan  selalu datang melawat Miguel. Santiago mengatakan yang rohnya tak tenteram selagi Miguel tidak menyatakan hal yang dia sembunyikan dari isterinya. Isaura yang terjumpa gambar bogel yang dilukis Santiago di rumah Santiago menamatkan teka-teki beberapa orang penduduk di situ. 

Memang benarlah apabila kita menonton filem kita seakan dapat 'travel' ke suatu tempat yang mungkin tidak ada dalam list tempat yang akan kita lawati. Sebuah perkampungan nelayan di Peru dengan kehidupan sederhana, keadaan rumah, kita  boleh buat bandingan dengan rumah-rumah nelayan di Terengganu atau Kelantan. Bagaimana penduduk nelayan di sana menghabiskan masa lepak di kedai 'kopi' dan bergembira. Berbalik kepada Undertow, tema drama yang berat dari segi isunya cuba di bawa ke alam mistik Miguel. Filem yang memenangi Audience Award di Fest. Filem Sundance 2010 bagi kategori Best World Dramatic Feature, sekali lagi satu filem yang wujud selepas bangkitnya Brokeback Mountain di Oscar.

No comments: