16 Feb 2012

The Descendants : Pengalaman Berbeza


Genre : Drama
Arahan : Alexander Payne
Kos : US 20 juta (anggaran)
Pelakon : George Clooney, Shailene Woodley, Amara Miller, Nick Krause
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Genre Family Drama etc...
Rating : 3.5/5

Seorang ayah ingin memperbaiki hubungan kekeluargaan dengan keluarganya iaitu 2 anak perempuan setelah isterinya koma akibat kemalangan jetski di Waikiki, Hawai.

Ketika menonton trailer filem ini bagaikan tidak ada kuasa langsung untuk menarik PF pergi menonton. Apatah lagi seakan kisah family drama biasa. Oleh kerana antara 10 filem terbaik Oscar tahun ini hanya beberapa saja yang memikat selera 'tekak' PF, kiranya The Descendents masih boleh diterima. Trailer yang seakan tak 'promising' rupanya ada kilauan disebaliknya. Bergenre family drama berlatarbelakangkan kepulauan Hawaii, mungkin ini antara satu yang membuatnya unik berscorekan muzik Hawaii yang santai. Walaupun filem kemelut kekeluargaan yang ditonton biasanya disalut  dengan konflik disadur dengan 'drama' yang vokal, tetapi The Descendent mempersembah dengan keadaan santai sekali. Pertama, muzik latarnya, kedua komedi gelapnya. Pada mulanya filem ini agak kurang menarik, serius, seakan PF pun hilang minat. Walau bagaimanapun tidak dibahagian seterusnya hingga ke akhir.

Adegan Matt King berlari ke rumah rakan isterinya mengingatkan 
PF, Orked berlari ke rumah Mukhsin

Mulut celupar hadiahnya penumbuk

Ketika ibu mereka koma dihospital, anak-anaknya seakan 'normal' tidak ditunjukkan berkesedihan melampau pula. Malah penonton dialihkan fokus ke satu cerita yang yang kurang baik tentang ibunya di mana, ibunya tidak sempat untuk mengetahui segalanya telah terbongkar. Malas cerita banyak, The Descendants satu pengalaman berbeza.


No comments: