Genre : Drama (Filipina)
Arahan : Joel Lamangan
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Polo Ravales, Joseph Bitangcol, Emilio Garcia, Jean Garcia
Pelakon : Polo Ravales, Joseph Bitangcol, Emilio Garcia, Jean Garcia
Tahun : 2008
Filem Seumpamanya : Love To Hide
Rating : 3.5/5
Joaquin yang bekerja sebagai nelayan di sebuah perkampungan nelayan di Filipina mempunyai seorang isteri yang baru pulang dari luar negara kerana bekerja lantas terlalu teringin mempunyai anak. Waldo yg berusia 19 tahun iaitu teman lelaki Joquin mula tak mempercayai Joaquin lalu lari ke Manila. Selepas beberapa bulan, Joquin yang tidak mencintai isterinya pergi Manila untuk mencari Waldo.
Joaquin mendapati Waldo pernah dilanggan oleh Rufo, seorang polis biseksual yang amat berbahaya seterusnya mendapat bayangan di mana Waldo menghilang. Rufo menangkap Joaquin dan mengurung dirumahnya sama seperti apa yang dibuat kepada Waldo sebagai hamba seks dan ingin memperdagangkan mereka ke Sabah dengan mangsa-mangsa yang lain. Isteri Rufo yang sering dipukul oleh Rufo menolong Joaquin dan Waldo melarikan diri.
Waldo tak dapat terima isteri Joaquin mengandung
Tema sebegini amat jarang sekali diangkat dalam genrenya. Bukan sekadar konflik kekeluargaan atau institusi perkahwinan dalam Eyes Wide Open (2009), Undertow (2009) mahupun Brokeback Mountain (2005) malahan jenayah dan pemerdagangan orang menjadi isu utama. Jangan bercakap tentang isu moral di sini kerana semua yang dipaparkan hanyalah sisi gelap kota Manila, tiada yang murni. Dari kelab gay dan penyalahgunaan kuasa seorang polis hinggalah pemerdagangan orang.
Sesuatu yang PF kira agak jarang ditonton adalah watak polis iaitu Rufo yang amat hitam wataknya. Bukan saja biseksual, kuat cemburu, kaki pukul, panas baran, menyalahguna kuasa serta terlibat dengan kerja jenayah di mana ia bertentangan dengan kerjanya sendiri. Rufo bukan hadir diawal filem, tetapi menjadi ‘hero’ di bahagian 3/4 filem ini. Watak utama Joaquin dibantu oleh Waldo dirasakan sedikit tenggelam sehingga ke habisnya. Walau bagaimanapun kisah naif mereka di tangan Rufo amat di’kasihani’ kerana latar Joaquin dan Waldo yang berasal dari luar bandar. Bayangkan Rufo menyalahguna kuasa menangkap Waldo dan Joaquin (berasingan) lalu mengurung dirumahnya hanya untuk memuas nafsu sebelum dijual ke Sabah. Malahan isteri Rufo, Beng hanya mendiamkan diri dengan apa yang berlaku di bilik atas dan ini sesuatu yang menjadi pantang dalam 3 filem lain yang di sebut di atas tadi. Beng meminum secawan air perlambangan sebenarnya gejolak dalam hati Beng.
Rufo cuba menakluk mangsa-mangsanya
Beng yang tidak dapat melahirkan anak, menjadikan ikan yang dibelanya di dalam aquarium sebagai ‘peneman’ sepi. Simbol ikan ini juga dikaitkan dengan kerja Joaquin sebagai sebagai nelayan di mana Beng dan Joaquin bertemu di rumah yang membuatkan Rufo naik berang. Rufo disifatkan sebagai penakluk kepada semua watak; di kelab gay sebagai pelanggan yang disegani, sebagai polis (sudah tentu), di rumah dan sebagai bos menjual orang. Bagaimanakah kesudahannya? Adakah Waldo dan Joaquin selamat dari dijual?
PF merasakan Walang Kawala melukis satu kisah moral yang sangat teruk dalam keseluruhan filem. Oleh itu, jangan biarkan budak bawah umur menonton filem ini.
No comments:
Post a Comment