5 Jan 2013

Cacamarba : A Royal Affair, Seraphine, Life Is Beautiful



Genre : Drama (Denmark)
Arahan : Nikolaj Arcel
Pelakon : Alicia Vikander, Mads Mikkelsen, Mikkel Boe
Tahun : 2012
Rating : 3.5/5


Sebenarnya PF kurang gemar costume drama. Oleh kerana, filem ini disebut-sebut sebagai top 5 Filem Bahasa Asing Terbaik Oscar ke 85, PF cuba meneroka keistimewaannya. Selain busana dan latarbelakangnya yang cuba direalisasikan pada zaman tersebut, ARA membawa konflik permaisuri yang jatuh cinta dengan physician peribadi suaminya King Christian VII yang agak gila-gila perangainya. Melakukan seks dengan wanita lain walaupun telah berkahwin, tidak serius dalam memerintah dan tidak pandai akan hal-hal undang-undang/politik negaranya. Dr Johann Struensee yang bijak mengawal Christian cuba mempengaruhinya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah membuntingkan permaisuri. Christian membuat penonton tertanya akan kewibawaannya dan tiada sifat kepimpinan semulajadi hanya kerana mewarisi takhta raja sebelumnya. Filem ini sebenarnya milik Caroline, isteri kepada King Christian. Susunan plot yang teratur buat penonton tidak sukar untuk menelusuri ARA. Dr Johann baik di tangan Mads Mikkelsen dan penamat yang bagi PF tidak dijangka.




Genre : Drama (Perancis)
Arahan : Martin Provost
Pelakon : Yolande Moreau, Ulrich Tukur
Tahun : 2008
Rating : 3/5

Kisah benar tentang Seraphine dalam lingkungan 40an seorang tukang cuci rumah yang sebenarnya memiliki bakat melukis yang luarbiasa. Bakatnya dikesan oleh Wilhelm Uhde lalu membawa lukisannya ke galerinya. Sayang sebenarnya, bakatnya samada lambat dikesan oleh dirinya atau tuhan baru hendak beri dia anugerah melukis pada usia sebegitu. Digambarkan sebagai andartu dan tinggal keseorangan di bilik sewa yang kecil. Lukisannya lebih kepada alam dengan lebih terperinci lagi lukisan dedaunan dan buah-buahan di mana rapat dengan kehidupannya. Filem ini sangat minimal dialog dan bukan kepada peminat filem bising-bising. Banyak scene yang 'begitu saja' tanpa 'keputusan' contohnya dia memanjat pokok dan berjalan ke pokok besar sambil membawa kerusi dan duduk di bawahnya. Mendapat ilham dengan memandang pokok-pokok yang ditiup angin. Mungkin kerana jalan hidupnya sebegitu, maka tiada konflik yang benar-benar maka kita harus terima filem ini seadanya. Melihat lukisannya memang cantik bagi yang pandai menafsir. Bagi mata PF, ada lukisannya yang memang mempunyai sesuatu. Katanya dia ada rahsia dalam bahan-bahan campuran melukis. Diperhatikan dia mengambil darah babi sebagai pewarna merah dan cairan lilin. Kisah benar ini membawa kepahitan pada zaman kemashyurannya. 




Genre : Drama (Itali)
Arahan : Roberto Benigni
Pelakon : Roberto Benigni, Nicolette Braschi, Giorgio Cantarini
Tahun : 1997
Rating : 3/5

Filem ini dua jam. Satu jam pertama berkonsep komedi romatik dan PF sangat tak menggemarinya seperti filem komedi murahan. PF memang tak mengenali Roberto Benigni (Guido) pada mulanya. Seperti pelakon komedi yang bodoh-bodoh alang untuk memikat Dora. Masuk jam kedua berkenaan dia dan keluarganya yang berbangsa Yahudi ditangkap pihak Nazi dan ditempatkan disatu tempat dan dikerah bekerja. Nazi, German... apa-apa jelah yang berkaitan pasal tu. Pada jam kedua ini Guido berubah dari sifat ceria dan gila-gila tu kepada seorang ayah yang penyayang dalam melindungi anaknya dari apa yang berlaku di tempat tahanan dengan mengatakan itu hanyalah permainan untuk mendapatkan hadiah kereta kebal kepada anak lelakinya supaya tidak mengalami perasaan ketakutan. Bagusnya, Guido hanya senyum dan ketawa yang ditunjukkan kepada anaknya dan seberapa boleh mencari muslihat agar anaknya tidak tahu perkara sebenar. Filem ini pasal itulah. Pasal dia mengorat Dora memula itu terlalu panjang dan macam tak perlu kot sampai 1 jam. Atau ada benda-benda yang PF kurang tangkap? Walaupun ada tragedi di hujung cerita, ianya disembunyikan agar happy ending memihak kepada Joshua, anak Gudio itu. Filem ini menang Filem Bahasa Asing Terbaik semasa Oscar 71 dan Grand Prix di Cannes 1998.


No comments: