Genre : Drama (Filipina)
Arahan : Briliante Ma. Mendoza
Pelakon : Gina Pareno, Coco Martin, Jacklyn Jose, Mercedes Cabral
Tahun : 2008
Rating : 3.5
Sudah termengandung baru nak menyesal |
Terdapat seorang pencuri yang melarikan diri dan dikejar ke segenap ruang panggung sehingga ke tingkat atas adalah untuk memberitahu penonton panggung itu ada tingkat atas dan di atas keadaannya agak baik dari tingkat bawah yang kotor. Manakala, kambing pula sebagai 'pemberitahu kepada penonton' apa yang berlaku di dalam panggung (dalam keadaan cahaya terang). Filem ini menyaksikan konflik bagi setiap ahli keluarga di situ, kecuali Lando (suami Nayda) yang hidup dalam dunianya sendiri seakan sudah biasa dengan keadaan disitu dan kurang ambil port. Dan bagaimana anak lelaki Nayda yang kecil tu mula bergelumang dengan tempat kotor? Ah, dunia semakin pincang. Alan yang menghamilkan Merly belum bersedia mendirikan rumah tangga lalu pergi dari situ sebagai penamat filem ini.
Bolehkah kita pergi Cannes dengan bukan cerita sebegini? Sedangkan jiran-jiran pernah meraih sesuatu di Cannes, contoh lain filem Uncle Boonmie... (Thai). Hanyut terlepas peluang dengarnya kerana telah world premier di Dubai Disember lalu. Serbis tidak sesuai untuk tontonan di bawah umur.
Bolehkah kita pergi Cannes dengan bukan cerita sebegini? Sedangkan jiran-jiran pernah meraih sesuatu di Cannes, contoh lain filem Uncle Boonmie... (Thai). Hanyut terlepas peluang dengarnya kerana telah world premier di Dubai Disember lalu. Serbis tidak sesuai untuk tontonan di bawah umur.
Sekilas :
Les Miserable (2012) Tom Hooper : Menonton dua kali filem ini. Muzikal yang hebat dengan prop yang spektakular. Pernah menonton sedikit Phantom Of The Opera tetapi tidak dapat menerimanya dan tak habis tengok. Les Miserable hebat dari lagu-lagu dan lakonan terutama Hugh Jackman, Anne Hathaway tetapi tidak Russel Crow walau bagaimanapun dia telah mencuba. Bukan mudah menghafal banyak lirik tu! Pasti menjadi favourite filem muzikal selepas Sound of Music!
"Look down.... look down......!"
"Look down.... look down......!"
4.5/5
Compliance (2012) Craig Zobel : Bila nak tulis ni, baru tahu ianya terbitan 2012. Berdasarkan kisah benar. PF dapat tahu filem ini dari pengarah James Lee kat satu group di FB dan dia recommend filem ni. Filem ini tak salah kerana ia hanya alat penyampai saja. Tak sangka orang Amerika ni bodoh juga terutama si pengurus perempuan restoren makanan segera tu. Takkan polis menyiasat guna telefon saja dan lama pulak tu! Harold juga yang bijak tak percaya kata-kata 'polis' tu. Becky pun sama juga bodoh, takpelah baru 19 tahun. Ada 70 kes yang sama sebegini dilaporkan di US. Ada juga orang yang sakit buat kerja bodoh macam Daniel tu.
2.5/5
4 comments:
xsangka pf bagi 4.5 for les miserables. tontonan tempoh hari di sebuah panggung di ipoh. ramai jugak yg keluar panggung. surely not my favourite. boring dan meleret2.
Mula2 takut juga nak tgk, bila dah tgk suka pula. Awalnya nak bagi 4 tp difikir2 layak dapat 4.5. Mmg xsemua suka muzikal. Apatah lg yg 100% muzikal.
pf xnak buat list pasal filem2 bertema LBGT?
tak payah kot :)
Post a Comment