Genre : Drama (China)
Arahan : Wong Kar Wai
Pelakon : Tony Leung, Maggie Cheung
Tahun : 2000
Rating : 4/5
PF sedar, Wong Kar Wai adalah salah sorang lagi pengarah hebat dari tanah China selain Zhang Yimou. Bertahun dulu ada tonton Chungking Express tapi masa tu tengok begitu-gitu saja tanpa apresiasi dan tak sampai habis pun.
Chou dan Chan baru tinggal di apartment sewa bersebelahan dan kebetulan pindah pada hari yang sama. Lama-kelamaan mereka jatuh cinta walaupun masing-masing telah berumahtangga. Ini kerana suami dan isteri mereka berjauhan atas tuntutan kerja. In The Mood for Love (ITMFL) adalah kisah perasaan yang terbina atas rasa kekurangan yang sedia ada. Ada beberapa babak yang diulang 2 kali semasa mereka dibangunan terbiar tu iaitu semasa Chan (Maggie) berkata "tak kisahkah isterimu, apabila kamu pulang lewat.." dan kemudian giliran Chow pula berkata demikian bagi pihaknya. Apa maksudnya tak berapa PF nak tangkap. Sepanjang menontonnya, harus teliti akan busana Chan kerana tiap kali bertukar babak adalah bermaksud hari yang berlainan tetapi tempat yang sama. Walaupun score muzik ini yang juga lagu tema Song Jumeji's theme seringkali berkumandang menandakan terdapat sentuhan perasaan antara Chan dan Chow, tiada rasa bosan kerana mood cinta terbit dihati penonton malah kita seakan menanti apa akan jadi pada babak itu yang semua dipapar dalam gerak perlahan. Oh! Sungguh terbuai.
Terdapat satu babak di mana Chan memandang ke luar tingkap sambil minum kemudian Chow juga memandang ke luar tingkap pejabatnya sambil merokok bermaksud mereka saling mengingati antara satu sama lain walaupun mereka di tengah ramai. Ini berlawanan dengan satu babak telefon di antara mereka tidak berbicara. Dan apa maksud shot jam dinding yang lama-kelamaan kamera turun ke bawah? Dan yang unik tentang perhubungan ini kerana, Chan selalu melatih untuk 'berpisah' dengan Chow walaupun ianya perit. Yang bagusnya, tiada adegan intimate dalam ITMFL, hanya berpelukan oleh Chan itu pun hanya menjatuhkan kepala ke bahu Chow.
Kesimpulan cinta Chow, ianya sangat dalam tetapi perasaan itu tidak sepatutnya ada dan dia ingin merahsiakannya di satu lubang dinding batu dan disumbat dengan lumpur. Sangat syahdu menonton filem ini.
Where The Friend's Home, The White Ballon, The Mirror
Genre : Drama (Iran)Arahan : Abbas Kiarostami, Jaafar Panahi
Pelakon : Various Kids Actors
Tahun : 1987, 1995, 1997
Rating : 3/2.5/3
Kenapa PF gabungkan ketiga-tiga filem ini? Sebab semuanya berkonsep sama saja. Filem kanak-kanak yang tak dapat lari dari karya Iran. Tema yang senang dan tiada kejutan bagi PF yang selalu menonton filem dari sana :
Where The Friend's Home - Ingin memulangkan buku sekolah kawan
The White Ballon - Kanak-kanak perempuan ingin membeli ikan emas sempena tahun baru
The Mirror - Kanak-kanak perempuan yang sesat ketika pulang dari sekolah
Kecuali The Mirror ada sedikit kelainan yang cuba untuk memaparkan realiti di balik tabir. Tahun lepas ada menonton Hayat yang lebih kurang sama. Mungkin adegan berlari-lari dalam keempat-empat filem ini mempunyai signifikan dalam filem kanak-kanak mereka dan semuanya mempunyai lapisan kedua yang PF tidak sentuh di sini kerana kurang ilmu :) Semuanya boleh tonton di Youtube.
Selamat Tahun Baru 2013!!
2 comments:
tgok dkt mana filem Mirror?
aku rasa macam nak tgok lah
Kat youtube Hans.. Boleh search ek.
Post a Comment