3 Jan 2013

The Fall : Fantasi Yang DiManfaatkan


Genre : Aksi2
Arahan : Tarsem Singh
Pelakon : Lee Pace, Catinca Untaru dll
Tahun : 2006
Rating : 4/5



Alexandria
Ada beberapa sebab PF sangat suka filem ini. Filem fantasi yang mempunyai warna yang cantik, sinematografi yang excellent dan entah.. selamba je movie ni walaupun ada aksi-aksi. Dan tak perlulah siap buat gambarajah untuk faham jalan cerita dan watak seperti Inception dan Cloud Atlas kan? Permulaan filem ini sama seperti filem Antichrist - hitam putih dan dalam gerak perlahan. Roy Walker seorang pelakon lagak ngeri mengalami kemalangan lumpuh kaki dan terlantar di hospital di Los Angeles pada tahun 1915. Seorang kanak-kanak perempuan, Alexandria yang patah tangan di hospital yang sama menjadi kawan Roy. Roy bercerita tentang satu cerita epik kepada Alexandria. Roy bukan cerita kosong sebaliknya ada hajat supaya Alexandria membantu cita-citanya untuk mengambil pil di farmasi supaya Roy dapat membunuh diri atas sebab...

Cerita epik yang diceritakan oleh Roy itulah yang menjadi inti filem ini. 5 watak fantasi - bandit yang menjadi mainan Roy direka dan Alexandria terpegun mendengarnya sehingga teruja untuk mengikutinya sampai habis.  Alexandria (Catinca Untaru) dalam filem ini nampak natural dengan sikap semulajadi seorang kanak-kanak, terpesona dengannya. Watak-watak bandit terdiri dari orang-orang di hospital itu sendiri dan juga rakan setugas semasa dia berlakon. PF ingin memetik komentar Tonton Filem tentang adegan bayangan kuda di pintu :

"8 minit awal dan menyedari ini sebuah filem tentang WAYANG, tentu jadi kegemaran peribadi (rujuk babak si budak tgk kuda terbalik di balik dinding dan bila dibuka kuda dibalik cahaya: petanda kisah yg diceritakan adalah dibuat-buat dgn TUJUAN oleh si lelaki atas katil)."


Sutradaranya Tarsem tak mengehadkan khayalan di mana fantasinya menyeberangi beberapa negara di dunia. Tetiba saja kat mereka di Bali, India, China dan lain-lain negara. Bila selak imdb katanya melibatkan 28 negara dan ambil masa 4 tahun untuk siapkan filem ini (tak pasti benar atau palsu). Mula-mula keliru juga, lama-kelamaan sedar ini fantasi ciptaan pengarah dan para penulis lakolanyarnya. Selain babak-babak 5 bandit yang menarik tak lepas mata ini menontonnya, keyakinan Roy menceritakan kisah itu berjaya menarik Alexandria turut menjadi watak dalam kisah dongeng, itu yang menyentuh hati. Hanya dengan kisah itu kita dapat merasakan hubungan yang rapat antara lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. Rujuk Roy yang berkerusi roda dan menangis melawat Alexandria dan menghabiskan kisahnya. Dan akhir sekali, momen manis pabila Alexandria menganggap semua pelakon lagak ngeri yang ditontonnya di'flickers' adalah Roy Walker. Rasa macam rugi pulak baru sekarang dapat tengok filem ni.

Imaginasi Roy untuk mencipta watak The Mystic, paling suka babak ni.
Bandit
Babak di gurun memang lawa
Adakah Roy meneruskan hasratnya itu? The Fall ada jawapannya. Macam iklan ler pulak. Huhu.

2 comments:

Azrul Azly said...

Tengok trailernya hebat. Roger Ebert beri 4/4.

PerangFilem said...

Mix review actually, ada yg tak suka. Ada yg bagi 2 1/2 bntg je.