16 May 2013

AKAN DATANG : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman DAN Amir & Loqman Pergi ke Laut


Pak Hasan ialah seorang tukang cerita yang berkahwin dengan Selamah dan di kurniakan dua orang anak – Senah dan Mat Junuh. Semasa melahirkan Mat Junuh, Selamah meninggal dunia akibat pendarahan. Mat Junuh pula di serang demam panas dan menjadi terencat akal. Segala keperluan di rumah seperti memasak dan membasuh menjadi tanggung jawab Senah. Pak Hasan hidup dalam suasana aman damai. Penduduk-penduduk di kampungnya mempunyai ikatan silaturrahim yang baik antara satu sama lain.

Semakin hari semakin sedikit orang datang ke rumah Pak Hasan mendengar cerita tambah-tambah apabila Paman Bahari membeli sebuah radio. Maka ramailah orang kampung ke rumah Paman Bahari. Rumah Pak Hasan menjadi sunyi sepi. Hidup Pak Hasan menjadi kosong setelah kematian isterinya. Dia banyak menghabiskan masa berbual dengan Selamah di kubur bagi mengubat rindu. Kemudian, datang berita Jepun akan datang ke kampung mereka. Sebagai langkah keselamatan, orang-orang perempuan di letakkan di satu kawasan untuk tujuan perlindungan dan yang lelaki meneruskan tugas masing-masing.

Satu hari, ketika waktu maghrib, Senah yang ingin turun untuk mengambil wuduk telah di perkosa oleh seorang lelaki bertopeng. Bermulalah hari buruk dalam kehidupan Pak Hasan. Pak Hasan memohon kepada Allah supaya orang yang bertanggung jawab mendapat balasan. Keesokan harinya, Mansoor telah di jumpai tergantung di sebatang pokok – bunuh diri. Maka tahulah Pak Hasan bahawa Mansoor yang bertanggung jawab mencela kehormatan Senah. Berita Senah hilang kehormatan hanya di ketahui oleh Imam Mahali sahaja kerana Imam Mahali berkenan kepada Senah untuk di jodohkan dengan anak saudaranya.

Semasa meraikan Maulud Nabi, ketika Senah sedang memegang dulang, Saleh menyakat Som Latah dengan berkata tupai lalu Som Latah berkata Senah di tebuk tupai. Senah yang menyangkakan seluruh penduduk kampung telah mengetahui berita malang itu membawa hati. Kehilangan Senah mmeberi kesan kepada Mat Junuh kerana Mat Junuh amat rapat dengan Senah dan menganggap Senah seperti ibunya. Dua minggu selepas kehilangan Senah, Mat Junuh pula melarikan diri. Puas di cari tetapi tidak di jumpai kedua-duanya.

Pak Hasan amat tertekan kerana kehilangan kedua-dua orang anaknya. Pada suatu malam, Pak Hasan membawa jala ke kawasan pucuk pujangga songsang. Pucuk pujangga songsang ini hanya wujud dalam cerita-cerita Pak Hasan sahaja tetapi kerana keyakinannya yang pucuk ini wujud, dia pergi mencari pucuk pujangga songsang. Esoknya, Pak Hasan di jumpai meninggal dunia di tali air berhampiran kawasan pucuk pujangga songsang dan di kebumikan di sebelah kubur isterinya, Selamah.


Filem/telefilem yang diangkat dari novel sasterawan Anwar Ridhwan akan ditayangkan di saluran 952 Astro Premium bermula 1 Jun.




*Photo kredit FB Amir & Lokman Pergi Ke Laut


Sebuah lagi filem arahan Mamat Khalid ini membawa penceritaan kisah lucu dua sahabat baik, Amir dan Loqman (Shuk Balas & Shuib Sepah) yang mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan kongsi gelap untuk memulakan hidup baru. Malangnya, mereka perlu menyempurnakan satu misi sebelum dibenarkan keluar dari kumpulan tersebut.


Facebook Amir & Loqman


No comments: