Genre : Drama
Arahan : Khairil M. Bahar
Kos : Tidak diketahui
Pelakon : Gavin Yap, Davina Goh, Tony Eusoff, Daphne Iking, Baki Zainal
Ruzana Ibrahim, Amanda Ang, Benji Lim, Adeline Ong, Susan Lankester
Tahun : 2012
Pelakon : Gavin Yap, Davina Goh, Tony Eusoff, Daphne Iking, Baki Zainal
Ruzana Ibrahim, Amanda Ang, Benji Lim, Adeline Ong, Susan Lankester
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Love Actually, CINTA
Rating : 3/5
Kaki wayang macam PerangFilem memang tak suka kalau beli tiket berharga RM14. Rasa agak mahal terutama filem yang baru keluar tak kiralah filem tempatan atau filem luar. Nak tunggu hari Rabu? Tak semestinya hari Rabu kita free. Okaylah, PerangFilem nak ulas ringkas saja pasal filem ini.
Filem ini yang 95% berbahasa Inggeris dan tanpa sarikata amatlah tidak membantu filem ini sendiri. Sedangkan filem luarpun ada sarikata BM, inikan pula filem Malaysia yang berbahasa Inggeris, tapi takde! Rasa macam duduk Britain pulak. Mungkin bajet filem ini rendah dengarnya, tiada peruntukan untuk penterjemah profesioanal kot. Filem yang memuatkan ensemble cast ini mengisahkan relationship status mereka di Facebook yang menggerakkan keseluruhan cerita. Status peribadi yang diletakkan di bahagian profail FB bukanlah penentu dan mengehadkan batas seseorang.
Secara ringkasnya hubungan watak dalam filem ini :
David (Gavin Yap) – Jo (Khairil. M. Bahar sendiri!) – baru aku kenal…. Haha
= Mereka yang teman se’apartment’, Jo yg baru putus dgn gf, dinasihat oleh David supaya buat akaun FB untuk mencari perempuan lain bla bla bla…
David (BF) – Anna (GF - Davina Goh)
= Anna yang belum sedia dgn perhubungan dgn David sebgai ‘pasangan kekasih’.
??? (Bekas Suami - Tony Eusoff) – ??? (Bekas Isteri - Daphne Iking) - Anna (kekasih lama)
= Tony yang bercerai dgn Daphne sbb gambar Tony yg dimuatnaik di FB mengundang spekulasi dan Dahpne tak sanggup hadapinya etc. Dalam masa sama Anna masih menaruh hati pada Tony.
??? (Suami - Baki Zainal) - ??? (Isteri - Ruzana Ibrahim) - ??? (Skandal - Daphne Iking)
= Baki yang kononnya jujur dgn perkahwinan rupanya main skandal dgn kawan isterinya tanpa disedari oleh Daphne.
Lee (BF - Benji Lim) – (GF - Amanda Ang) – Kakak Lee (Adeline Ong)
= Kakak Lee tak setuju dgn pilihan adiknya untuk dijadikan bakal isteri seorang filmmaker dan kebaratan.
Selina (Susan Lankaster) – David - various
= Selina tak sanggup melihat FB akaun mendiang suaminya masih aktif disebabkan mesej dan ucapan2 dari rakan-rakan mereka, seolah-olah suaminya masih hidup etc.
*sorry, malas nak ingat nama watak…
Secara umumnya, filem ini adalah kisah nyata generasi sekarang yang kita baca di dalam akhbar, internet dsb tentang konflik yang berlaku disebabkan FB. Secara jujur, PerangFilem biasa dengan cerita-cerita di atas kerana ada membaca di akhbar ataupun (sedikit) merasainya sendiri (seperti kes Selina). Setiap permasalahan yang dibawa diantarai oleh dialog yang sarat kadangkala dalam durasi yang panjang. Contoh antara David dan Jo di rumah mereka dan perbualan di Skype antara Selina dan anaknya. Tak hairanlah, ada penonton yang beransur keluar panggung kerana tak biasa dengan filem yang ‘banyak cakap’. Mungkin writernya (Khairil juga) banyak sangat idea dan banyak buat homework mungkin, atau banyak input yang disumbat oleh pengalaman sekeliling dia :p Menyentuh bab lakonan pula, Gavin Yap dan Khairil sbg Jo nampak sangat natural. PF suka babak Dahpne Iking berjumpa dengan Ruziana sewaktu lunch, pun nampak natural lakonan mereka. Susan Lankester, jangan nak dinafikanlah. Rata-rata persembahan mereka tak mengecewakan. Baki Zainal yang sebelum ini dikenali dengan watak komedi dalam Sini Ada Hantu, kali ini memegang watak sederhana serius sekadar average.
Cerita antara David dan Jo, kemudian Lee dan GFnya agak sedikit bosan pada PF. PF tidak bersetuju yang katanya dengan meletak status ‘single’, individu itu kelihatan terdesak dan kesepian. Selainnya kira OK la. Kisah Selina dan akaun mendiang suaminya benar-benar mempunyai ‘elemen’ FB. Dan jika diamati semua cerita yang dipamerkan mempunyai unsur negatif termasuklah hubungan jejaka cina dan wanita India yang manis di awalnya tetapi pahit dihujungnya. Begitulah perhubungan antara manusia bertunjangkan teknologi versi Khairil. Apakah mesej yang cuba disampaikan di sini? Mungkinkah manusia di zaman teknologi begitu bebas dalam berhubung mengakibatkan kemelut yang akhirnya membinasakan hidup mereka?
PF taknak menyentuh dari aspek teknikal kerana tidak berilmu tentang itu. Tapi apa yang dibaca, hanya dgn menggunakan kamera DSLR, warnanya amat jelas dan terang. Sedikit keliru dengan adegan flashback kerana peralihan antara ‘past’ dan ‘present’ agak lancar, sama warna dan tiada bunyi efek (haha…) Oh ya, theme song lagu ini pada ‘intro’nya amat – amat (aku tau salah tatabahasa) mengelirukan sama ada lagu ni Bahasa Melayu ke, bahasa Inggeris? PF cuba menangkap butiran lirik yang dinyanyikan pada intro itu tapi tak jelas! Bila dengar chorus baru la jelas BMnya. Dan satu yang amat mengganggu pandangan mata ini adalah perut ibu mengandung yang teramat palsu, tak balance, nampak bucu, berkotak. Ya, sepatutnya, tiket wayang ini ada diskaun untuk itu *berseloroh.
Kita tahu di Malaysia filem bercorak urban agak kurang sambutannya. Apatah lagi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai skripnya. Kecuali Pisau Cukur (yang berkonsep urban juga) mendapat kutipan memberangsangkan RM2.32 juta pada 2009. Namun terpulang kepada pengkarya untuk berkarya. Namun usaha Relationship Status amat baik sebagai alternatif penontonan sinema di Malaysia.
No comments:
Post a Comment