11 Dec 2012

Hanyut Premier di Dubai! Dan Teaser (Bukan Trailer)


Satu daripada poster Hanyut yang belum dipastikan. Sumber : FB Hanyut

Filem besar Malaysia seterusnya Hanyut akan memulakan kempennya dengan penyertaan di Festival filem Dubai yang ke 9 pada 9-6 Disember 2012. Nampaknya, orang luar dahulu yang dapat tonton filem ini haa... Di Malaysia, tayangan dijangka pada awal 2013. 

Berdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini bercerita tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Dia berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, intrik politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta putrinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan.



Nak tengok sedutan Hanyut? (Bukan trailer). Pergi link ni :

http://samhobbsdesign.com/film/hanyut--almayers-folly/hanyut-clip.html


3 comments:

Anak Pak Muin said...

masih tertunggu tunggu untuk filem ni

Anonymous said...

songlap pun bertanding jua kan...

PerangFilem said...

Songlap di Abu Dhabi. Bukan Dubai.