Genre : Drama (Indonesia)
Arahan : Hanung Bramantyo
Pelakon : Maudy Ayunda, Adipati Dolken, Reza Rahadian, Elyza Mulachela, Kimberly Rider, Sylvia Full R, Fauzan Smith
Tahun : 2012
Rating : 3.5/5
Menonton minit-minit awal filem ini agak 'tak boleh masuk' sikit sebab pelakon Maudy Ayunda. Tak pasti kenapa mungkin PF tak familiar dengan pelakon Indonesia. Maksud PF pelakon yang berbahasa nusantara. Ah kalau korang tak dapat tangkap apa yang cuba PF nak sampaikan takpe.
Berdasarkan novel Perahu Kertas (PK) karya Dewi Lestari sebenarnya mengangkat isu percintaan biasa-biasa budak kolej tapi lebih terhormat persembahannya, serius. Ya lah, pasal cinta tak terungkap yang masing-masing memendam rasa itu semua. Keenan (Adipati Dolken) seorang pelukis berbakat tetapi belajar jurusan ekonomi atas paksaan bapanya. Kugy pula (Maudy, perempuan ya..) yang belajar di Fakulti Sastera bercita-cita untuk menjadi penulis kisah dongeng punyai hobi membuat perahu kertas yang bertulis cerita yang direka dan dilepaskan di sungai. Karakter Kugy dianggap sebagai agen Neptunus (planet) dengan trademark tangan melekat dikepala dan jari menunjuk ke langit bagi mendapat idea/inspirasi. Dengan perkenalan yang singkat mereka berdua terus rapat kerana minat dalam aliran yang sama. Kedua-dua watak ini sarat dengan seni dalam diri. Penjiwaan mereka hampir sampai ke situ tapi belum ke tahap maksimum.
Menelusuri cerpen Kugy dan karya-karya lukisan Keenan (Adipati Dolken) menjadikan ia sesuatu yang berbeza. Lukisan-lukisan yang perlu kita tafsir sendiri. Diakui lukisan adalah sesuatu yang subjektif untuk diberi tafsiran tetapi malangnya PF tiada 'kemahiran' untuk mengapresiasinya. Semua ini dapat memberi pengalaman untuk kita menerokai lain cabang seni itu dalam medium filem.
Berbalik kepada percintaan empat manusia dalam PK. Persembahan yang sederhana melodramanya walaupun ada airmata dan tidak berlebih-lebih. Membuat kelainan disitu walaupun (contoh) Kugy masih terlalu muda - 20 tahun menghadapi konflik percintaan i.e tidak merebahkan diri ke katil dan menangis dibantal. Visual yang paling memberi kesan adalah Kugy yang menutup pintu kerana ketidakhadirannya ke majlis harijadi Noni di rumah Wanda, kerana Wanda yang cuba merapati Keenan. Begitu juga saat Luhde memberi motivasi kepada Keenan yang buntu berkarya. Walaupun secara umumnya, filem ini tiada klimaks yang memuncak tetapi ianya boleh diterima sebab tiap-tiap adegan yang berterusan dan berpaut berkepentingan. Bagaimana Keenan berjumpa Luhde - ayah Keenan memarahinya - Wanda menipu Keenan - dan - Remi berbicara dengan Kugy di tepi laut mengingatkan PF pada Haris dan Dian (Istandul Aku Datang).
Dan seperti tidak dijangka pengakhiran kisah mereka berempat macam bait lagu Judika "aku ingin bahagia walau tak bersama dia....." amat mengusik. Dengar-dengar ada sekuel PK2 sebab 4 watak utama belum 'diikat', tetapi itu bukan jaminan penamat cerita. Walau bagaimanapun PF lebih memilih aliran seni lukisan dan sastera dalam filem ini.
No comments:
Post a Comment