2 Dec 2012

Maaf.. Katerina



Genre : Drama
Arahan : Sharad Sharan
Pelakon : Maya Karin, Farid Kamil, Azri Iskandar, Sheila Mambo, Marisa Yasmin, Zack Kool
Tahun : 2012
Rating : 2.5/5


Mengandungi spoiler.

1 jam 52 minit boleh dikata panjang juga untuk filem cereka kerana menghampiri 2 jam. Standard kebanyakan filem melayu 1 jam 30 minit rasanya. Tapi entah mengapa menonton LBS2 seakan terkejar-kejar tanpa sempat penonton menyelam isi mampannya. Agaknya semua dalam novel nak disumbat itu yang kelam kabut kot. PF memanglah tak suka sangat baca novel. LBS1 tak tengok, jadi buta-buta menonton apa saje yang dihidang. Katanya watak Fazura tu diganti dengan Maya Karin. Ada juga risik-risik pada teman-teman tentang isi LBS1 untuk dapat gambaran.

Nak tau tak, babak-babak ibu Kate memujuk Katerina (Kate) yang putus cinta dan berkurung dalam bilik tu mengulang adegan dalam filem Aku, Kau & Dia (AKD - Remi Ishak & pelakon wanita baru Zarina Jamalullail) - OK lah, novel LBS keluar dahulu dari filem AKD – so kebetulan la kan. Tak salah pun cuma PF nak bagitau saja dan PF tak suka tonasi ibu Kate dalam AKD dan LBS2 ni kebetulan juga pelakon yang sama; Marisa Yasmin. Agak lemau dan membosankan kata-kata motivasinya.

Pada PF, cerita Iskandar agak membazir saja. Terlebih expose  jika hanya bertujuan ‘memberi’ bayi anak luar nikahnya kepada Katerina dihujung cerita sebagai alasan Kate mempunyai hati yang suci jika menerima Kasyah. Ingat tak watak anak Hantu Kak Limah yang di pegang Pekin Ibrahim dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah? Keberadaan Pekin hanya seadanya walaupun ia watak yang penting dan tidak perlu di explore. Cerita panjang Iskandar (Azri Iskandar) yang seboleh-bolehnya nak tunjuk haprak itu boleh diganti dengan cerita  Kasyah dan Katerina di Bhutan yang dilihat tidak berapa nak significant sangat shooting di sana. Jadi, tidaklah perasaan 'kembali terjalin' antara mereka hanya sekadar cukup syarat. Mungkin boleh tambah plot atau konflik lagi di Bhutan tu. Apakan daya, kena la ikut novel.

Mungkin sebab semuanya nak cepat, Zahirah (Lana Nordin) tetiba je bagitau kisah sebenar kat Kate ketika bertembung. Nampak sangat rushing. Lagi satu yang mengarut, panggil Kate balik dari South Afrika semata-mata nak tunjuk print out gambar & video Kasyah dan Zahirah kantoi di pejabat? Cammon, emelkan ada! Takpun whatssap ke. Nak kata citer ni zaman takde smartphone tak jugak sebab dah ada Blackberry kat situ. Inilah yang pantangnya, kalau bukti bergambar aje mesti kena ada hardcopy. Sampai bila la nak berubah. Kalau kes polis tu lainlah. Adoiyai.

Tu belum lagi konflik yang dipakai lagi dan lagi pasal mak bapak tak restu pilihan anak seperti mana dalam 29 Februari. Watak Lily sangat annoying manakala Bront pulak agak over, rasanya cukup-cukup lah watak jahat Bront seumpamanya dalam Jiwa Taiko dan LBS2. Carilah watak lain pulak. Dah bosan rasanya. Semasa dia bunuh watak Ning Baizura tu Hisyam (Bront) tak disyak ke? 2 babak yang PF suka, ketika Lisa Surihani memakai baju kuning itu, bahawa cinta lama Kasyah terigau dan Athirah meninggal dunia. Agak surprise juga, Athirah seorang bayi boleh melakukan apa yang sepatutnya sebab mengawal bayi dalam lakonan amat sukar.

Jadi, tidak ada yang menariklah dalam LBS2 nih? Macam kata Tontonfilem, filem-filem yag diangkat dari novel ini meneruskan amalan seperti itu. Bagi PF, ia tidak mengubah apa-apa persepsi  tentang Sharad Sharan seperti mana filem DIVA yang ditonton kat tv. Boleh ke dapat RM20 juta yang seperti disasarkan oleh penerbitnya, Sharad sendiri? Tiba-tiba ada sedutan LBS3 : Kasyah di hujung filem ini dan nampak gaya lebih tragik dari LBS2. Nak tengok ke tak?

ps : ada berapa adegan panggilan telefon? banyak sangat pun merimaskan..


2 comments:

Anonymous said...

setuju dgn anda... sayang seribu kali sayang. jika kisah Kasyah, Katerina dan bayi ini dibawah tangan Osman Ali, pasti ia akn diolah dgn lebih baik dan tiada pembaziran. bukan mudah buat adaptasi kerana terikat dgn jalan cerita..tetapi pengarah tidak patut membzir waktu dgn adegan2 yg tidak serius dan kononnya 'sweet'.. sharad..sharad! anda ada farid, bront dan MAYA KARIN tapi anda buang masa mcm tu je. cepatlah2 tayang LBS3 supaya lemau LBS2 tak membusuk. bgimanapun saya percaya LBS2 adalah babak pengenalan utk LBS3...

Hans Hanis said...

hahahaha....sama lah pandangan kita...Sharad membosankan....ingatkan Kasyah tu nak bagi dekat pengarah lain...tapi dah kalau kata siap confirm2 dia juga yg buat...haihhhhh...