28 Aug 2012

SAM Yang Bergaya


Genre : Aksi 1 
Arahan : Syafiq Yusof
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Shaheizey Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Hide & Seek
Rating : 3.5/5


Terus terang PF katakan PF tertarik untuk menonton filem ini kerana trailernya, bukan kerana filem ini menjual frasa pengarah termuda. Sebelum ini pengarah termuda tidak silap PF adalah Yana Samsuddin dengan filem Selamat Pagi Cinta yang PF tak minat nak tonton tu. Apa yang PF boleh rumuskan adalah tidak sangka pengarah muda berusia 18 tahun ini boleh buat filem sebegini. Dan sorry kalau terlampau sangat PF nak kata pengarah prolifik pun yang katanya dah buat banyak filem rasanya tak boleh buat macam ini (atau sebab taknak buat genre yang berlainan sebegini) kerana hanya mendewakan komedi yang berulang-ulang sebab nak survive dalam industri which is korang akan kata "memang tak salah pun". 

Hanya babak permulaan yang agak meleret-leret mungkin 45 minit pertama agak membuai-buai perasaan penonton sebelum isi sebenar dihidang. Agak terfikir, kenapa Jeff jadi cemburu sebegitu terhadap Sam dan Lisa? Mungkin dia manusia jenis tak boleh tengok kebahagiaan orang lain 'yang melampau'. Apatah lagi mamat ni syok kat Lisa. Kenapa Jeff jadi macam itu, tidak dibongkar. Sampai satu tahap, PF terfikir, jangan-jangan ini semua rancangan si Syamsul tu. Fuh! nasib baik bukan begitu jalan ceritanya. 

Lupakan unsur-unsur filem SAW, Matrix atau game apa kejadah tu, sebab PF sangat puas hati semua adegan di dalam kilang dan sekitarnya. Lakonan Sam pula sangat dramatik! Walaupun PF seperti pernah lihat filem sama konsep sebegini tapi di bawah arahan anak muda belasan tahun (!) dan teamnya, ianya sangatlah berbaloi bagi filem tempatan. Nampaknya darah seni itu memang mengalir terus ke anak tapi dengan gaya yang berbeza. Korang kena tengok kay.

Syabas!

4 comments:

Anonymous said...

jeff tu nama watak syamsul. watak jahat tu haikal. i think u got it mixed up. anyway, 4/5 utk filem ni, 45 minit pertama meleret sgt.

PerangFilem said...

Thank you! PF silap.

Anonymous said...

Salam..
Saya dah tgk dah filem SAM ni dan saya rasa industri filem tempatan akan bertambah maju jika industri kita dipelopori oleh pengarah seperti Syafiq Yusof yg berani melawan arus dengan mengetengahkan genre filem yg lain drpd yg lain... Rating drpd saya 4.5/5

Saya berharap sekali agar saudara boleh membuat review secara menyeluruh bagi filem ini seperti review2 yg sebelumnya.. Terima kasih

PerangFilem said...

Mustahillah PF nak review semua filem yg PF tonton. Saudara juga boleh baca ulasan yang baik pasal filem ini di Blog Orang Perlis Menulis di sini :

http://cikgumanstation.blogspot.com/search?q=SAM Kita mmg perlu ramai pengarah Seperti Syafiq Yusof