Genre : Aksi [2]
Arahan : Peter Berg
Kos : US200 juta (anggaran)
Pelakon : Liam Neeson, Taylor Kitsch, Rihanna, Alexander Skarsgard
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Transformers, Battle LA
Rating : 3.5/5
Setelah tahun lepas PF sangatlah berketerujaan menonton Battle LA, tahun ini filem dari genre yang sama boleh dikatakan telah memberi hiburan yang boleh dikatakan sama level dalam aksi peperangan alien ini. Satu planet yang mempunyai ciri-ciri sama dengan kehidupan di bumi telah dikesan oleh sekumpulan manusia. Lalu mereka menghantar isyarat ke planet tersebut dan hidupan di sana pun menghantar 6 (rasanya) benda asing yang berbentuk space craft ke bumi. Satunya telah terjatuh di Hong Kong, yang lain di lautan Pasifik dan sedia berperang dengan angkatan laut Amerika di kepulauan Hawaii. Hopper (Taylor Kitsch) yang tiba-tiba menjadi bidan terjun mengetuai angkatan tentera laut setelah kapal laut dan ketua mereka dikepung oleh kuasa makhluk asing, cuba menggalas tugas tersebut. Maka berlakulah peperangan antara kapal laut dan kapal makhluk asing yang berkuasa hebat.
Permulaan filem ini agak lovey dovey dan cuba memasukkan unsur-unsur humanity antara hero yang bertemu dengan anak admiral (Brooklyn Decker) iaitu Admiral Shane (Liam) dan juga perlawanan bolasepak. Mungkin cuba tak mahu memberi tekanan kepada penonton. Kadang-kadang PF merasakan membazir saja plot-plot sebegini.Yang bestnya, pada awal2 filem ni Liam Neeson ada menyebut nama Malaysia! hehe. Dengan kapal angkasa yang canggih, penonton terpukau dengan teknologi alien dengan senjata mereka yang jitu. Dengan segala imaginasi Hollywood yang pernah membikin filem alien sebelum ini, rupa bentuk alien dalam Battleship kali ini agak biasa yang diimaginasi lebih kurang sama dengan bentuk manusia dan berjanggut seperti bulu landak tetapi 'pakaian' mereka ala Iron-Man tapi lebih cantik.
Apa yang menariknya, mesin gergasi ala Yo-Yo yang dilepaskan oleh alien daripada kapal mereka sangat memakukan mata pabila menontonnya. Namun, apa yang menghairankan, apa tujuan Yo-Yo ni membinasakan jalanraya tu? Jika ingin memusnahkan bandar tapi kenapa hanya jalanraya saja? Satu perkara yang boleh dipersoalkan dalam filem yang berbajet US200 juta ini ialah, walaupun telekomunikasi telah terputus, takkan tiada info yang dapat disampaikan kepada pihak lain contohnya tentera darat ke, udara ke.. untuk datang membantu sehingga kapal laut muzium saja alternatif terakhir ketika itu? PF faham mungkin ingin menonjolkan tentera armada dalam filem ni. Dah namapun Battleship, bukan perang manusia-alien tetapi lebih kepada kapal angkasa - kapal laut. Tapi tak mengapalah. Kita Enjoy saja. Selamat menonton!
Oh ya! Lakonan Rihanna biasa-biasa saja..
p/s : semasa menulis Battleship ni, terasa goyang di kediaman PF akibat gempa bumi kat Acheh 8.9 skala richter!
No comments:
Post a Comment