Walaupun PF agak skeptikal dengan filem-filem KRU termasuklah Vikingdom, PF nak promosi filem KRU yang akan ditayang sempena merdeka nanti iaitu pada 30 Ogos 2012. Layan je lah trailernya :
Apa kata Pancaindera :
BUAT julung kalinya, penyokong industri layar perak tempatan bakal dihidangkan naskah ulung terbitan KRU Studios menggunakan teknologi stereoscopic 3D setaraf dengan pembikin filem luar negara berjudul 29 Februari pada Ogos ini.
Karya arahan Edry Abdul Halim ini membawa kelainan apabila semua penonton tidak lagi disogokkan dengan hiburan semata-mata bahkan pengalaman menonton filem yang sebenar.
Penonton sendiri dapat menjiwai mesej yang ingin disampaikan Edry menerusi bantuan teknologi yang diperkenalkan, sekali gus menaikkan graf teruja berbanding jika menonton filem biasa.
Pengalaman teknologi stereoscopic 3D lebih menarik apabila 29 Februari adalah filem muzikal yang turut mengetengahkan kisah cinta yang penuh melankolik.
"Perlu diingat bahawa teknologi stereoscopic 3D yang dimaksudkan bukan digunakan untuk filem animasi, tapi memerlukan setiap penonton memakai kaca mata untuk merasai kelainan kesan khas di skrin.
"Teknologi sebegini sudah lama digunakan di negara luar seperti Avatar atau 2012 tetapi tidak di Malaysia. Atas sebab itu, KRU Studios mengambil langkah berani menghasilkan filem bersama teknologi itu untuk rakyat Malaysia," katanya pada perbualan Rabu lalu.
"Penonton akan menyusuri kisah susah senang Budi yang awet muda dan berdepan dengan kisah cinta terhalang sebab berlainan bangsa. Kita himpunkan era transformasi Tanah Melayu dari zaman British, Jepun sehingga ke zaman kemerdekaan," katanya.
Selain itu, Edry menambah perisa dalam karyanya dengan teknologi imej janaan komputer (CGI) pada lebih 1,000 babak dalam 29 Februari tanpa disedari kerana ia bersifat organik.
Katanya, CGI pada filem kali ini diwujudkan untuk menjadikan setiap babak itu lebih hidup seperti zaman Tanah Melayu diserang Jepun dan beberapa lagi babak yang difikirkan bersesuaian.
Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) itu turut mengekalkan ciri latar belakang negara pada 29 Februari seperti mana yang dilakukan pada filem terbitan KRU Studios sebelum ini iaitu Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa.
Baginya, elemen berkenaan bukan saja menjadi identiti KRU Studios malah sebagai pembikin filem tempatan, ia menjadi tanggungjawab utama untuk mengetengahkan nilai murni dan keunikan negara bagi tontonan sedunia.
"Untuk lebih jelas, 29 Februari seperti filem yang dapat 11 Anugerah Akademi pada 1998,Titanic yang cukup tragis dan sarat dengan elemen yang menyentuh jiwa. Cuma saya ubah dan suntik sesuatu yang sesuai dan dibanggakan orang kita," sambung Edry lagi.
Ditanya tentang cabaran yang dihadapi sepanjang menyiapkan 29 Februari, Edry memberitahu bahawa dia berdepan dengan kesukaran teknikal stereoscopic 3D sewaktu penggambaran yang memerlukan dia bekerja sekali ganda.
Itu termasuk penggunaan dua kamera sepanjang penggambaran yang mana salah satunya bertindak sebagai kesan khas untuk paparan 3D.
Link asal kat SINI
No comments:
Post a Comment