TWO LEGGED HORSE
Genre : Drama (Iran)
Filem arahan Samira Makhmalbaf ini mengisahkan seorang lelaki berada menawarkan kerja kepada sesiapa budak lelaki sebagai pendukung anaknya yang kudung kaki akibat terkena periuk api. Dengan membayar satu dollar sehari, satu ‘ujibakat’ sebelumnya diadakan untuk memilih budak lelaki yang sesuai. Seorang budak lelaki istimewa terpilih untuk kerja itu. Maka bermulalah, rutin budak istimewa itu menghantar dan menjemput si kanak-kanak kudung itu dari sekolah. Sehinggakan mereka pulang ke sekolah sambil berlumba dengan keldai-keldai, perhubungan mereka semakin lebih daripada rutin seharian ; bermain, memandikan, dan menyertai perlawanan gusti kanak-kanak di situ. Sampai satu masa apa yang dikehendaki oleh kanak-kanak kudung itu, bukanlah seorang budak, tetapi kuda.
Tiap kali menonton filem dari timur tengah khususnya dari Iran, pasti tema berbeza-beza yang aku tonton. Antaranya Heiran – kisah remaja perempuan yang sanggup lari dari rumah kerana ingin mencari teman lelakinya di bandar, Song of Sparrows – kisah seorang bapa menyara keluarganya di Iran dan yang terkenal Children of Heaven – adik beradik yg berkongsi kasut ke sekolah. Kali ini , seperti sinopsis di atas, satu cerita yang unik yang aku rasa tak pernah terfikir dek fikiran kita. Satunya, kerana latar belakang tempat cerita ini dan satu lagi kerana betapa kreatifnya pemikiran si pembikinnya. Aku rasa satu contoh yang baik bagi filem Malaysia yang setanding filem-filem sebegini adalah filem Pensel.
Berbalik kepada Two Legged Horse, kita tak mengetahui nama kedua-dua watak utamanya, seorang dipanggil ‘Master’ – si kudung, seorang di panggil ‘Horse’ – pendukung si kudung. Penonton akan kasihan kerana Horse yg sebatang kara hanya tinggal di ‘rumah’ seakan terowong yang panjang dan gelap, aku tak pasti apakah benda itu tapi yang pasti mukanya yg comot hitam setiap kali keluar dari situ di waktu pagi. Yang aku geram tentang Master, walaupun kudung kaki tapi keletahnya tak kalah sebagai budak nakal dan sewenang-wenangnya memperlekehkan si Horse. Satu lagi yang unik, ramai pelakon extra kanak-kanak lelaki yang kelihatan seakan sama kerana memakai pakaian tradisional mereka mungkin.
Walaupun begitu, filem yang sunyi tanpa muzik latar ini membuat aku ketawa kecil melihat keletah mereka berdua (kadang-kadang tanpa muzik latar menspoilkan mood aku kerana ada bab2 yang menyentuh tapi disokong oleh diam). Horse yang cukup sifat fizikal, cuma jalan tak berapa nak betul dan sedikit terencat. Mungkin kerana anak orang berada, Master boleh sesuka hati memecat Horse ketika kalah bergusti dan ketika itu ungkit-mengungkit apa berlaku antara mereka lalu menjadi adegan yang sangat menarik.
Aku tak pasti adakah Horse itu, diluar filem memang istimewa kerana lakonannya memang menjadi. Tapi tak mustahil pelakon yg baik boleh membawa watak sedemikian seperti lakonan M. Subash dalam Pensel walaupun dia sebenarnya manusia normal di luar. Bagitu juga Master, walaupun OKU tapi berbakat sebagai seorang pelakon cilik. Bayangkan pelakon OKU sebegini ada peluang berlakon… plus berbakat? Mana nak cari?
Filem ini sebenarnya ingin memberitahu bahawa sahabat itu sangat penting walaupun kita mungkin hidup selesa. Dengan digambarkan sebagai Master mendapat tricycle (basikal beroda tiga) ingatkan dia boleh berdikari tetapi pemikiran kanak-kanak usianya mana boleh memikir nasib di hadapan. Begitu juga dengan hal cinta, Horse yang cemburu lalu meninggalkan Master terkapai-kapai, dia sanggup ‘berlari’ jauh mengejar Horse… Masa inilah scene menangis si Master amat bermakna sekali dimana tangisan kehilangan dan penyesalan amat dirasai aku. Horse tahu, jalan hidupnya bergantung kepada Master lalu ‘mengambilnya’ semula.
Tetapi takdir hidup Horse yang bergantung kepada Master membiarkan hidupnya di atur oleh budak yang jauh lebih muda daripadanya. Dan aku tak sanggup melihat pengakhirannya di mana, Horse adalah kuda berkaki dua. Seperti kata pengarahnya : Let’s ask ourselves how many times has each of us become somebody else’s horse? Or used someone as our horse? klik >> : http://www.makhmalbaf.com/movies.php?m=61
*Two-Legged Horse ditayang di International Screen GSC terpilih sekarang.
4/5
2 comments:
nak tanye skit...
pada pendapat awak sape perempuan yg kaki ber'cutex' & pakai high heels tu..? pelacur kah..?
saya rasa bukan. dia kan nak mengemas rumah tu. yang aku konfius, kenapa Master umpan budak perempuan peminta sedekah tu dengan wang syiling masuk ke dalam rumah? Nervous aku tgk scene tu.
Post a Comment