31 Dec 2013

Senarai 71 Filem Malaysia 2013


71 Filem Malaysia pada 2013:

MINYAK DAGU | MIG PICTURES SDN. BHD.  
PAPER MOON (MANDARIN) | DOUBLE VISION SDN. BHD. 
JUVANA | FILMSCAPE SDN. BHD. 
WAWA SEMPUT | METROWEALTH PICTURES 
HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT | TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD. 
THE WEDDING DIARY 2 (MANDARIN) | ASIA TROPICAL FILMS SDN. BHD. 
ONCE UPON A TIME (KANTONIS) | THE FILM ENGINE SDN. BHD. 
KERAT 14 | WHITE MERPATI ENTERTAINMENT SDN. BHD.
GANGSTER CELOP | EXCELLENT PIC. S/B. & SKOP PROD.
PADA SUATU CINTA DAHULU | MIG PICTURES SDN. BHD. 

ROCK OO! | PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. (GRAND BRILLIANCE) 
CERITA KITA | MIG PICTURES SDN. BHD. 
LAWAK KE DER? | TALL ORDER PRODUCTION SDN. BHD. 
AWAN DANIA THE MOVIE | TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD. 
OPS KOSSA DAPPA 3 (TAMIL) | ATV PICTURES SDN. BHD. 
BOLA KAMPUNG - THE MOVIE (ANIMASI) | ANIMASIA STUDIOS SDN. BHD. 
GILA-GILA REMAJA 2 | MEGAMOVIE SDN. BHD. 
SEMBUNYI | PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. (GRAND BRILLIANCE) 
2 KALIMAH | MIG PICTURES SDN. BHD. 
LANGGAR | TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD. 

KECOH HANTU RAYA TOK CHAI | 3LINE MEDIA SDN. BHD. 
MENCARI CINTA | ARMNET INTEGRATED SDN. BHD. 
BISIKAN SYAITAN | PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. (GRAND BRILLIANCE) 
KALIYUGHA (TAMIL) | FENOMENA SENI PRODUKSI (M) SDN. BHD.  
99 KALI RINDU | MIG PICTURES SDN. BHD. 1
OH MAK KAU (O.M.K) | STAR SCOPE PRODUCTION SDN. BHD. 
OLLI (TAMIL) | NOVA RIMBUN SDN. BHD. 
BIKERS KENTAL | ASTRO SHAW SDN. BHD. 
KIL | PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. (GRAND BRILLIANCE)  
BRO, NAMPAK MOTOR GUA? | MIG PICTURES SDN. BHD. 

LARI EXCELLENT | PICTURES SDN. BHD. 
PECAH | PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. (GRAND BRILLIANCE) 
TOKAK | MIG PRODUCTION SDN. BHD. 
1 LAWAN 1 | MIG PRODUCTION SDN. BHD. 
OLIPATHIVU (TAMIL) | SNAP PRODUCTION SDN. BHD. 
MISTERI BISIKAN PONTIANAK | GENIUS PARADE SDN. BHD. 
KARA KING (MANDARIN) | PRODIGEE MEDIA SDN. BHD. 
ADNAN SEMPIT 3 | MIG PRODUCTION SDN. BHD.  
LEMAK KAMPUNG SANTAN | TALL ORDER PRODUCTION SDN. BHD. 
GE MEI LIA (MANDARIN) | ASIA TROPICAL FILMS SDN. BHD.  

PAKU PONTIANAK | MIG PICTURES SDN. BHD. 
KL ZOMBIE PRIMEWORKS STUDIOS | SDN. BHD. (GRAND BRILLIANCE) 
TANDA PUTERA | PESONA PICTURES SDN. BHD. 
DHUSRAJANAM (TAMIL) | GENIUS PARADE SDN. BHD. 
PSIKO PENCURI HATI | FILMMECCA STUDIO SDN. BHD. 
LAGENDA BUDAK HOSTEL | MIG PICTURES SDN. BHD. 
VIKINGDOM (BAHASA INGGERIS) | KRU INTERNATIONAL SDN. BHD. 
MARAIMUGAM (TAMIL) | BOSS PICTURES SDN. BHD  
DAMPAK OPS | PICTURE SDN. BHD. 
BENCINTA | MIG PICTURES SDN. BHD.  

GHOST GHOST GHOST! | GENIUS PARADE SDN. BHD. 
KL GANGSTER 2 | SKOP PRODUCTIONS & PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. (GRAND BRILLIANCE) 
LONGKAI | MIG PICTURES SDN. BHD. 
HELLO | NUSANBAKTI CORPORATION SDN. BHD. 
BALADA PENCINTA | PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. (GRAND BRILLIANCE) 
HIGHLAND TOWER | MIG PICTURES SDN. BHD. 
MALAM...PENUH MISTERI | SK MOVIE MAKERS SDN. BHD. 
AKU PILIH KAMU | MIG PICTURES SDN. BHD.  
FIREFLY (MANDARIN) | EVO PICTURES SDN. BHD.  
KISAH PALING GANGSTER | B & L KREATIF SDN. BHD.  

HANTU TOK MUDIM | SHOWBIZ PROD. SDN. BHD. 
PENANGGAL | ASTRO SHAW SDN. BHD. 2
USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG | MIG PICTURES SDN. BHD.  
ULAR | SHOWBIZ PRODUCTION SDN. BHD. 
KOLUMPO | OTTO FILMS SDN. BHD. 
PAKU | NUSANTARA SENI KARYA 
PAPADOM 2 | ASTRO SHAW SDN. BHD./ISMAIL HOLDINGS S/B 
LAKI-LAKI | MIG PICTURES SDN. BHD. 
CINDERELLA | EXCELLENT PICTURES SDN. BHD. 
CHIKARO | SHOWBIZ PRODUCTION SDN. BHD. 
  
TOKAN | PENCIL PICTURES SDN. BHD. 


30 Dec 2013

FPF 2013 : TOP10 Filem Malaysia








Seperti yang diketahui filem terbaik bagi tahun ini, sekarang tiba masa untuk menyemak 10 senarai lengkap filem terbaik bagi tahun 2013 menurut PerangFilem:





(Kabir Bhatia)


(Syamsul Yusoff)


(Loong Ah & Chong Tee Chua)


(James Lee)


(Mamat Khalid)


5. KIL
(Nik Amir Mustapha)


4. PAPADOM 2
(Afdlin Shauki)


(M. Suurya)


2. KOLUMPO
(Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar)


(Namron)



SEBELUMNYA


FPF 2013 : Keputusan


Setiap tahun sejak 2009, FPF tidak mempunyai format yang tetap dalam meraikan filem-filem terbaik, bergantung kepada bilangan filem dan genre yang banyak ditonton. 

1. PELAKON LELAKI PILIHAN
2. PELAKON WANITA PILIHAN
3. FILEM TERBAIK MALAYSIA
4. FILEM PILIHAN (keseluruhan)
5. FILEM TERBURUK MALAYSIA



*Berikut adalah hasil-hasil tontonan 2013 (mana-mana filem Hollywood adalah mengikut tahun tayangan di Malaysia) :

1. PELAKON LELAKI PILIHAN

1. HUGH JACKMAN (Les Miserable-2013) - menang!

2. BENEDICT CUMBERBATCH (Star Trek Into Darkness-2013)

3. YOU GE (To Live - 1994)

4. TOM HANKS (Captain Phillips-2013)

5. KATSUO NAKAMURA (Kwaidan - 1964)


2. PELAKON WANITA PILIHAN

1. VERA FARMIGA (The Conjuring - 2013)

2. NAOMI WATTS (The Impossible - 2013)

3. SANDRA BULLOCK (Gravity - 2013)

4. GONG LI (To Live 1994) - menang!

5. MAGGIE CHEUNG (In The Mood For Love - 2000)


3. FILEM TERBAIK MALAYSIA (2013)

KOLUMPO (Sheikh Munasar, Bront Palarae, Rozi Izma)
PSIKO PENCURI HATI (Namron) - menang!
DHUSRAJANAM (M. Suurya)
KIL (Nik Amir Mustapha)
PAPADOM 2 (Afdlin Sahuki) 


4. FILEM PILIHAN

15 filem yang disenaraipendek. 

FUNNY GAMES (US - 2007)
CAPTAIN PHILLIPS (2013)
GRAVITY (2013)
PRISONERS (2013)
STAR TREK INTO DARKNESS (2013)


5. FILEM TERBURUK MALAYSIA (2013)

1. KEN & MARY (Usahasama Jepun)


2. KL ZOMBIE



24 Dec 2013

FPF 2013 : TOP5 Filem Tempatan











Diumumkan 5 calon filem terbaik 2013 menurut PerangFilem 
(Jan. - Dis. 2013):



Penerbit : Tengku Iesta Tengku Alaudin, Rewan Ishak, Nik Amir Mustapha, 
Jeremy Little, Anizan Sarif 
Penulis : Rewan Ishak, Nik Amir Mustapha, Khairulzaman Dzulkifly 
Pengarah : Nik Amir Mustapa 
FLUX VISUAL LAB, PRIMEWORK STUDIOS

Penerbit : Shamsul Cairel, Khairul Anuar Latip, Ken Yap
Penulis : Ayam Fared, Amin Shakib
Pengarah : Nam Ron
FILMMECCA STUDIO, ATTIC POST, EMAS KARYA

PAPADOM 2 
Penerbit : Gayatri Su-lin Pillai, Afdlin Shauki, Dato' Ismail
Penulis : Afdlin Shauki, Haris M. Nor, Nurul Salajudin
Pengarah : Afdlin Shauki
ASTRO SHAW, ISMAIL HOLDINGS, VISION WORK

DHUSRAJANAM 
Penerbit : M. Subash, M. Suurya
Penulis : M. Subash
Pengarah : M. Suurya
GENIUS PARADE 
Penerbit : Sheikh Munasar, James Wong, Bront Palarae, Rozi Izma 
Penulis : Sheikh Munasar, Bront Palarae, Rozi Izma 
Pengarah : Sheikh Munasar, Bront Palarae, Rozi Izma
OTTO FILMS



Sebelum : Rumusan Filem Malaysia 2013

16 Dec 2013

FPF 2013 : Rumusan Filem Malaysia


Daripada lebih kurang 71 buah filem tempatan yang ditayangkan pada 2013, 29 buah filem telah berjaya menarik perhatian PF untuk ditonton dan dinilai mengikut selera sendiri. Ini bermaksud, filem-filem yang dijangka memberi kelainan dan diharapkan memberikan sesuatu adalah meningkat pada tahun ini seterusnya memberi pilihan yang banyak serta dipercayai berkualiti sebelum menontonnya. Ianya umpama dalam rancangan TV Masterchef, dimana juri tidak merasa semua masakan dalam Sajian Peti Saji Misteri, hanya merasa beberapa masakan yang dikira menarik dari segi persembahan dan dipercayai sedap, tapi tak dapat lari dari masakan yang kurang sedap dan tidak menepati tema atau standard yang diinginkan.



Filem yang ditonton termasuk 2 filem usahasama iaitu VIKINGDOM dan filem Ken & Mary (dengan Jepun) yang ditayangkan di Festival Filem Jepun di GSC International Screen. Filem-filem gangster terus diterbitkan dengan lebih kurang 10 filem (tidak termasuk yang bukan berbahasa Melayu - jika ada), hanya 4 filem gangster saja yang ditonton iaitu KL Gangster 2, Langgar, LARI dan Dampak (separuh jalan), membuatkan PF sedikit serik menonton filem seperti ini, apatah lagi muka yang sama seringkali digunapakai. Manakala, jumlah filem seram mengatasi filem gangsterism jika diambil kira juga filem komedi seram iaitu 15 buah filem dan menonton 7 daripadanya; Sembunyi, Paku Pontianak, KL Zombie, Highland Tower, Penanggal, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dan Paku. - SUMBER

Filem HANYUT yang dijangka akan ditayang pada tahun ini sekali lagi tidak menjengah pawagam. Mungkin pihak Tanah Licin Sdn Bhd. ingin menyertai sebanyak festival filem di luar negara, mengakibatkan penggemar filem tempatan sedikit kecewa ditambah pula terdengar khabar atau rebiu terhadap filem Hanyut yang  tidak mencapai apa yang mereka jangkakan daripada rebiu blog luar negara dan hasil dari anugerah dari festival itu sendiri.

Daripada 29 yang ditonton, filem-filem tersebut akan difikir-fikirkan semula untuk dimasukkan ke 10 filem terbaik. Daripada 10 pula, 5 akan disenaraipendek ke dalam FPF2013. Agak sukar kali ini untuk memilih 10 filem yang dianggap baik menurut PF kerana yang mendapat rating 3.5/5 bertambah dari tahun SEBELUMNYA, seterusnya menggambarkan kualiti filem kita sedikit meningkat, walaupun kutipan filem-filem tahun ini dilaporkan merosot teruk.

29 filem (Januari hingga Disember  2013) tersebut adalah (pautan untuk ulasan) :

ONCE UPON A TIME
KL ZOMBIE
TANDA PUTERA
PAKU PONTIANAK
LANGGAR
VIKINGDOM (Usahasama pelakon luar)
KEN & MARY (Usahama Jepun)
DAMPAK
PAPADOM 2


Selepas ini : FPF 2013, CARTA TOP10 Malaysia & CARTA TOP10 Keseluruhan.

*10 filem terbaik (bukan carta) akan dimaklumkan satu persatu di Page FB PerangFilem terlebih dahulu.



13 Dec 2013

PAKU : Sekurang-kurangnya Seram Sebegini



Genre : Seram
Arahan : Ramesh
Pelakon : Aishah Ilias, Johan Asa'ri, Zaidi Omar, Azad Jazmin, Diana Johor, Wan Hanafisu, Sidek Hussin.
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5


Ada sikit-sikit spoilerlah. 

Persetankan dengan janji yang diberi oleh Nusa Seni Karya (NSK) yang ingin menjual filem ini dengan mengatakan di Youtubenya – lebih seram dari Conjuring, cinta lebih kuat dari Twilight, kerana apabila menonton trailernya sekitar bulan MAC tahun ini, PF tertarik untuk menontonnya bukan kerana frasa itu. PAKU merupakan filem tempatan ke 28 yang ditonton PF sepanjang tahun ini, ditulis oleh penulis skrip seram yang terkenal dari Indonesia, Alexander dan diolah oleh penulis Shariza Mahmud (yang membuat cameo juga) agar lebih berperisa lokal supaya dekat dengan selera penonton kita. Filem terbitan pertama NSK ini menaruhkan Ramesh sebagai pengarah. Setelah membaca beberapa artikel berkenaan projek ini nampak mereka berusaha untuk menampilkan filem yang baik untuk dipertontonkan.

Dengan sedikit menyentuh tragedi Highland Tower, ianya bukan kisah hantu dari bangunan usang itu. Ianya berkisar tentang Fahmi (Johan Asari) yang tidak menerima kenyataan isterinya Riana yang meninggal akibat tragedi tersebut lalu meminta bantuan bomoh jawa untuk menghidupkan semula isterinya dan terpaksa mematuhi beberapa syarat seperti tiada ayat Al-Quran di dalam rumah dan tidak dibenarkan laungan azan atau solat di dalam rumah, demi dapat hidup semula dengan isterinya. 

PAKU dimulakan dengan tindakan yang salah pada PF, dimana semasa saat genting Rania dikejar di hospital, babak imbas kembali yang mengenang saat manis Fahmi-Rania dipotong-potong di antaranya sehingga 4-5 kali, agak tidak ‘menyelesakan rasa’. Maaf, dengan kehadiran bomoh jawa (Zaidi Omar) yang agak meyakinkan wataknya berbanding ibu angkat Murni yang jawa juga dalam Penanggal (Normah Damanhuri) – (eh, mereka suami isteri dalam Ombak Rindu, rupanya malam-malam ini kerja mereka lol). PAKU memaparkan aktiviti jelangkung sepertimana yang dilakukan di negara seberang dimana ritual menghidupkan semula mayat yang telah mati. Sebarang adegan yang melibatkan menggali semula kubur memang meremangkan bulu roma. 

Apa-apa yang melibatkan Zaidi Omar agak menarik, bukan saja slang mantera jawanya malah detik-detik antara Fahmi dan bomoh jawa saja berjaya menimbulkan semangat seram. Bukan seperti Conjuring yang lebih kepada detik-detik ingin memeranjatkan (hanya menyebut), PAKU lebih terus maksudnya natural e.g kurang bunyian efek untuk detik-detik cliché, ah kamu faham maksudnya kan? Terkadang tak lari juga dari efek yang kuat. Rania (Aishah Ilias) pula mengingatkan PF kepada hantu Maya Karin dalam Pontianak H.S.M juga boleh diberi kredit. Paku yang tercucuk membolehkan Rania hidup dengan Fahmi seperti sediakala. Namun ada masanya, Rania lapar darah bagi membolehkan dia hidup dalam keadaan seperti itu membuatkan Fahmi tidak tenteram. Apa yang menariknya, babak bomoh jawa ‘lawan’ bomoh melayu (Sidek Hussin) sangat mengujakan. Kisah-kisah buatan orang ‘menghantar’ ada dalam filem ini dan ia divisualisasikan dengan elok. Apatah lagi dibantu oleh plot sampingan Adam (Azad Jazmin dan Diana Johor) dalam dunia korporat tak lari dari mempercayai kuasa bomoh. Ada satu babak Diana Johor tiba-tiba di Highland Tower - shot jauh, agak epik jika tak keterlaluan PF katakan. 

Sekali imbas, kisah paku ini sama seperti filem PAKU PONTIANAK lakonan Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim beberapa bulan lalu. Sudah tentu, PF lima kali lebih suka PAKU. Namun, PAKU tak lari dari elemen-elemen seram yang menjadi tawa di mata penonton namun, tidaklah menjejaskan filem dengan teruk. Pun begitu, ada beberapa persoalan ketika, Adam (Azad) memberikan gambar keluarga Fahmi kepada Bomoh melayu (rasanya ada gambar Rania) dan bomoh melayu itu tak sedar wanita yang datang itu adalah Rania? Bunyi Pontianak seperti bunyi harimau mungkin ada alasannya. Begitu juga dengan latar tahun kejadian H.Tower – 1993 mungkin tidak ada lagi bentuk rumah sedemikian (rumah hadiah bos Fahmi). Menonton PAKU memberikan kepuasan tetapi pengakhiran yang senang agak sedikit menghampakan. Sekurang-kurangnya filem seram sebeginilah sepatutnya dibuat, kenapa harus tunggu lama setelah sekian banyak filem seram kita yang kurang menjadi. Agak sedikit terkilan juga kerana penulis asalnya bukan penulis tempatan, walau bagaimanapun dibantu pengarah Ramesh berjaya menghasilkan yang terbaik. Tahniah untuk semua tenaga kerja PAKU.

6 Dec 2013

Review Fenanggal & KOLUMPO

Genre : Seram
Arahan : Ellie Suriaty
Pelakon : Ummi Nazeera, Fasha Sanda, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Normah Damanhuri dll
Tahun : 2013
Rating : 2/5



Terlalu sayang filem ini. Ianya mengharafkan kecantikan semata tafi didalamnya bercelaru. Banyak kisah yang ingin disamfaikan sehingga akhirnya ada cerita yang terabai i.e kisah Sharifah Zahra tetafi di akhirnya ianya tidak fenting fun. Semua kisahnya sama rata sehingga kisah Murni fun tidak menonjol. Sefatutnya watak Murni lebih dalam diceritakan, ya ada tafi tidak begitu ketara kerana, mana satu sang fenulis skrif dan fengarah Ellie Suriaty ingin utamakan? Terlalu banyak karakter dicifta sehingga jalan cerita begitu banyak simfangnya. Keluarga Arab, Melayu, cinta tiga segi, saka yang diturunkan tanfa kerelaan dan last-last si hero jatuh cinta fulak dengan fenanggal arrghh. Belum lagi muzik latar yang tak henti-henti dari mula sampailah ke kredit akhir, makin serabut ditambah dengan kecelaruan tadi. Agak tak fuas kerana fenanggal itu sendiri kurang dinampakkan dalam keadaan terafung sebaliknya dari fersfektif mata fenanggal saja. Namun begitu, tak semuanya buruk, kalau dilihat gambaran atas skrin, fenanggal jarang ada dalam filem melayu. Nuansanya berbeza. Ada usaha untuk mencifta kelainan selain sinematografinya, frof atau art designnya diusahakan dengan bersungguh-sungguh kecuali di pasar. Busananya walaufun kadang-kadang tak tefat seperti kata ramai iaitu busana Sharifah Zahrah itu sendiri. PF membayangkan filem ini lebih dramatik jika fenanggal itu ditonjolkan dengan lebih seram dan fengakhiran/klimaknya dia terafung dan meminta belas kasihan seterusnya mengeluarkan airmata boleh gitu. wakaka


Genre : Drama
Arahan : Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar
Pelakon : Sh. Amani, Amirul Ariff, Nell Ng, Ruminah Sidek, Azad Jazmin, Mano Maniam, Soffi Jikan
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5


Setelah memerah idea apa yang ingin dijadikan tema, OTTO film (yang pertama kali PF dengar) maka terhasillah filem KOLUMPO arahan 3 pengarah yang berbeza. Semestinya bukan cerita-cerita biasa yang sering disogokkan tentang kehidupan di Kuala Lumpur, ianya sisi berbeza dan suatu kelainan dia memberi pengalaman yang seronok! Nampak gaya OTTO film muncul dengan filem pertama yang boleh dibanggakan seperti Mecca Film menghasilkan Psiko Pencuri Hati.

Rahul

Kisah imigran dari India yang ditipu datang ke Malaysia seterusnya menjadi pekerja disebuah restoren. Kehidupan pendatang seperti Rahul jarang dikemukakan dalam sinema kita. Maka, selok-belok kehidupan Rahul dan rakan senasib membela nasib di kota KL menawarkan tawa dan kadang-kadang memikir cara kehidupan mereka di sini.

Nek Wok & Gienna

Satu cerita yang ringkas dan terfikirkah kita ia boleh difilempendekkan dan memberi impak yang sangat dalam? Dalam usia sebegitu, Ruminah Sidek pelakon yang sangat PF kagumi walaupun menginjak usia, mempamer lakonan yang berkesan seorang wanita nyanyuk. Semoga tuhan memanjangkan usianya. Soalan-soalan yang ditanya berulang kali itu sangat sinonim bagi orang tua sepertinya tatkala berjumpa dengan orang yang baru dikenali. Perhubungan sekejap Gienna dan Nek Wok sangat bermakna berkenaan hubungan ibu dan anak.

Hafid & Siti Nur Hayy

Persoalan tentang lelaki yang tidak mempunyai sifat-sifat kejantanan lelaki adakah bermaksud dia bukan lelaki sejati? Pertemuan dua manusia asing lalu menimbulkan suatu perasaan yang Hafid cari tapi tak disedari ia datang sendiri. Terdapat momen-momen yang membuai keawangan. Pertemuan satu malam di tengah-tengah kota Kolumpo membuat Hafid mengenali sisi perempuan Siti Nur Hayy yang dia tak pernah jumpa. Adakah Siti Nur Hayy hanya imaginasi Hafid saja? Ini kerana ada beberapa tanda yang menunjukkan Siti adalah sedemiakan. Entah mengapa, PF merasakan ini cerita ini dicedok dari mana-mana filem. Namun begitu, ianya seolah menonton drama perkenalan lelaki dan perempuan yang sangat manis.

Satu plus point filem ini, babak pelakon extra di'cameo' oleh pelakon terkenal, tu yang tak menahan tu, sampai Dain Said pun enter frame. Bayangkan Adibah Noor senang buat duit dengan menganga saja. Extra terkenal lain, Namron, Bront, Ameerul Affendi, Azhan Rani, Sabri Yunos, Radhi Khalid, Rosnah Mat Aris, Dira Abu Zahar ramai lagilah.. Pendekatan sebegini juga diambil oleh Elli Suraity dalam Penanggal, babak sekecil-kecil pun harus ada nama yang baik.

3 Dec 2013

Mutu Filem Merudum


FILEM KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof di mana moral dan akhlaknya untuk dijadikan rujukan masyarakat.
TAHUN lalu sebanyak 76 buah filem tempatan dihasilkan berbanding 49 buah filem pada tahun sebelumnya. Dari sudut kuantiti, ini memanglah satu perkembangan positif.

Lebih malang sambutan yang diberikan oleh penonton filem tempatan tahun ini juga merudum berbanding beberapa tahun sebelum ini. Jika dilihat kepada beberapa filem Melayu mahupun Mandarin dan Tamil tempatan, jumlah pungutan tiket cukup menghampakan sehingga ada yang hanya mendapat hasil jualan sekitar puluhan ribu ringgit sahaja.

Ya, benar sekiranya penerbit atau pengarah filem mengatakan bahawa pungutan tiket filem-filem luar juga sama. Mungkin ini adalah hakikat yang sedang dihadapi oleh industri perfileman global.

Bandingkan walaupun hanya 49 buah filem tempatan yang ditayangkan pada 2011 namun jumlah kutipan kasar mencecah RM126.49 juta berbanding 76 buah filem yang hanya mencatat kutipan sebanyak RM97.29 juta pada tahun lalu.

Pada tahun ini dengan 60 buah filem mencatat jumlah kutipan tiket hanya RM60.58 juta (sehingga September).

Tidak dinafikan ada faktor yang tidak diingini berlaku kepada salah sebuah filem tahun ini iaitu KL Gangster 2 yang telah dirakam rompak sebelum tayangannya sehingga jumlah yang sepatutnya diperoleh oleh pengarahnya lebur begitu sahaja.

Ini mungkin satu punca yang secara tidak sengaja berlaku tahun ini namun punca sebenar kepada merudumnya hasil jualan tiket pada tahun ini tidak boleh dituding kepada faktor ini sahaja.

Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Penonton atau pihak berwajib seperti Finas? Ataupun perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap penerbit atau pengarah sendiri?

Tidak keterlaluan jika dikatakan mungkin perkara ini terjadi kerana sikap penerbit dan pengarah tempatan. Boleh dikatakan penghasilan filem yang bukan setaraf selama ini menjadi sebab utama mengapa situasi ini berlaku kepada industri perfileman kita.

Penonton tempatan mungkin sudah bosan dengan apa yang dihidangkan oleh setiap filem yang mereka tonton. Filem-filem yang buruk, tidak bermutu dan mempersendakan intelektualiti penonton berlambak di pawagam. Apakah pengarah atau penerbit mengharapkan filem-filem ini dijamah walaupun buruk, busuk dan beracun kepada akhlak masyarakat?

Setiap tahun, filem yang sama sahaja ditonjolkan. Filem yang bermutu untuk mengubati penyakit sosial pula boleh dibilang dengan jari.

Sekiranya penonton kita dihidangkan dengan filem-filem yang berkualiti mungkin situasi ini tidak akan berlaku.

Dalam hal ini siapakah yang sepatutnya membimbing penonton kita kalau bukan dengan filem-filem kita sendiri.

Penerbit serta pengarah sepatutnya sudah lama menyedari hakikat ini malah pihak berwajib seperti Finas misalnya perlu ada satu pelan dalam memastikan kelangsungan filem-filem bermutu tempatan.

Setiap yang terlibat dalam industri filem kita sepatutnya berganding bahu bagi mewujudkan suasana industri filem kita agar berada pada tahap sepatutnya.

Kalau sebelum ini banyak pihak menganggap dengan jumlah filem meningkat dan kutipan juga meningkat sebagai satu kemajuan. Ini bukan kemajuan kecuali industri filem menerbitkan filem yang wajar untuk ditonton.

Kita selalu terperangkap dengan angka-angka. Padahal filem sebagai karya seni yang berkait rapat dengan pemikiran tidak boleh diterjemah dalam angka. Maka padanlah orang tidak menonton kerana sikap pengarah dan penerbit sebahagian besarnya hanya mengeksploitasi penonton. Ini sikap tidak bertanggungjawab.

SUMBER