Arahan : Ellie Suriaty
Pelakon : Ummi Nazeera, Fasha Sanda, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Normah Damanhuri dll
Tahun : 2013
Rating : 2/5
Terlalu sayang filem ini. Ianya mengharafkan kecantikan semata tafi didalamnya bercelaru. Banyak kisah yang ingin disamfaikan sehingga akhirnya ada cerita yang terabai i.e kisah Sharifah Zahra tetafi di akhirnya ianya tidak fenting fun. Semua kisahnya sama rata sehingga kisah Murni fun tidak menonjol. Sefatutnya watak Murni lebih dalam diceritakan, ya ada tafi tidak begitu ketara kerana, mana satu sang fenulis skrif dan fengarah Ellie Suriaty ingin utamakan? Terlalu banyak karakter dicifta sehingga jalan cerita begitu banyak simfangnya. Keluarga Arab, Melayu, cinta tiga segi, saka yang diturunkan tanfa kerelaan dan last-last si hero jatuh cinta fulak dengan fenanggal arrghh. Belum lagi muzik latar yang tak henti-henti dari mula sampailah ke kredit akhir, makin serabut ditambah dengan kecelaruan tadi. Agak tak fuas kerana fenanggal itu sendiri kurang dinampakkan dalam keadaan terafung sebaliknya dari fersfektif mata fenanggal saja. Namun begitu, tak semuanya buruk, kalau dilihat gambaran atas skrin, fenanggal jarang ada dalam filem melayu. Nuansanya berbeza. Ada usaha untuk mencifta kelainan selain sinematografinya, frof atau art designnya diusahakan dengan bersungguh-sungguh kecuali di pasar. Busananya walaufun kadang-kadang tak tefat seperti kata ramai iaitu busana Sharifah Zahrah itu sendiri. PF membayangkan filem ini lebih dramatik jika fenanggal itu ditonjolkan dengan lebih seram dan fengakhiran/klimaknya dia terafung dan meminta belas kasihan seterusnya mengeluarkan airmata boleh gitu. wakaka
Genre : Drama
Arahan : Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar
Pelakon : Sh. Amani, Amirul Ariff, Nell Ng, Ruminah Sidek, Azad Jazmin, Mano Maniam, Soffi Jikan
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5
Setelah memerah idea apa yang ingin dijadikan tema, OTTO film (yang pertama kali PF dengar) maka terhasillah filem KOLUMPO arahan 3 pengarah yang berbeza. Semestinya bukan cerita-cerita biasa yang sering disogokkan tentang kehidupan di Kuala Lumpur, ianya sisi berbeza dan suatu kelainan dia memberi pengalaman yang seronok! Nampak gaya OTTO film muncul dengan filem pertama yang boleh dibanggakan seperti Mecca Film menghasilkan Psiko Pencuri Hati.
Rahul
Kisah imigran dari India yang ditipu datang ke Malaysia seterusnya menjadi pekerja disebuah restoren. Kehidupan pendatang seperti Rahul jarang dikemukakan dalam sinema kita. Maka, selok-belok kehidupan Rahul dan rakan senasib membela nasib di kota KL menawarkan tawa dan kadang-kadang memikir cara kehidupan mereka di sini.
Nek Wok & Gienna
Satu cerita yang ringkas dan terfikirkah kita ia boleh difilempendekkan dan memberi impak yang sangat dalam? Dalam usia sebegitu, Ruminah Sidek pelakon yang sangat PF kagumi walaupun menginjak usia, mempamer lakonan yang berkesan seorang wanita nyanyuk. Semoga tuhan memanjangkan usianya. Soalan-soalan yang ditanya berulang kali itu sangat sinonim bagi orang tua sepertinya tatkala berjumpa dengan orang yang baru dikenali. Perhubungan sekejap Gienna dan Nek Wok sangat bermakna berkenaan hubungan ibu dan anak.
Hafid & Siti Nur Hayy
Persoalan tentang lelaki yang tidak mempunyai sifat-sifat kejantanan lelaki adakah bermaksud dia bukan lelaki sejati? Pertemuan dua manusia asing lalu menimbulkan suatu perasaan yang Hafid cari tapi tak disedari ia datang sendiri. Terdapat momen-momen yang membuai keawangan. Pertemuan satu malam di tengah-tengah kota Kolumpo membuat Hafid mengenali sisi perempuan Siti Nur Hayy yang dia tak pernah jumpa. Adakah Siti Nur Hayy hanya imaginasi Hafid saja? Ini kerana ada beberapa tanda yang menunjukkan Siti adalah sedemiakan. Entah mengapa, PF merasakan ini cerita ini dicedok dari mana-mana filem. Namun begitu, ianya seolah menonton drama perkenalan lelaki dan perempuan yang sangat manis.
Satu plus point filem ini, babak pelakon extra di'cameo' oleh pelakon terkenal, tu yang tak menahan tu, sampai Dain Said pun enter frame. Bayangkan Adibah Noor senang buat duit dengan menganga saja. Extra terkenal lain, Namron, Bront, Ameerul Affendi, Azhan Rani, Sabri Yunos, Radhi Khalid, Rosnah Mat Aris, Dira Abu Zahar ramai lagilah.. Pendekatan sebegini juga diambil oleh Elli Suraity dalam Penanggal, babak sekecil-kecil pun harus ada nama yang baik.
5 comments:
Aku suka dengan barisan pelakon-pelakon dalam filem kOLUMPO ni. Bila Bront buat filem (of coz la dengan lg 2orang pengarah)....aku tengok mesti ada muka Adibah Noor, Namron, Amirul Effendi(cuma Zahiril Azim je xde),Sofi Jikan, Radhi Khalid, Nell Ng, Mano Maniam,Sharifah Amani, (ada yg perasan Dain Said pn ada jgk)dll....xdapat nk sebut semua, ramai sangat. Maksud aku muka2 ni jarang nampak dalam filem2 MIG@David Teoh and De'gang, kalau pun ada.
At least, ada kelainan untuk para penonton merasa suatu yang berbeza kat pawagam.
mereka mcm kesatuan tunjuk perasaan pun ada. haha
Ish tak cukuplah 3.5/5 je, patut lebih lagiii,haha
Haha tak cukup 3.5/5 je, patut lebihh! Tapi Kolumpo memang seronok :)
ya lah. belum cukup puaskan hati PF to da max... haha mmg bagus tapi harapkan kisah rahul lagi seronok dari tu
Post a Comment