Genre : Aksi 1
Arahan : Faizal Ishak
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Johan Asari, Syazwan Zulkifli, Syafie Naswip, Zahiril Adzim, Shiera Ayob dll.
Tahun : 2012
Rating : 2.5/5
Kalau ikutkan rating yang diberi, filem ni dinilaikan oleh PF adalah 'cukup makan'. Filem ini tidaklah buruk sebenarnya. PF suka kelainan dalam filem Malaysia yang dikembangkan dari drama berantai ini. Janganlah tanya, adakah PF mengikuti siri dramanya, kerana PF memang tak follow semua drama berantai kat Malaysia ni kecuali drama Seru dahulu. Pada pandangan PF, gejala satu tempat di pusat pemulihan akhlak buat cerita ini tidak boleh lari kemana, kecuali ceritanya mungkin boleh dikreatifkan lagi. PF tak tahu bagaimana, mungkin kelakuan buruk dalam tu terlalu berhati-hati disebabkan kekangan penapisan dan sebagainya menyebabkan adakala ianya bosan. Konflik dalaman itu biasa saja yang kita dengar, hanya kali ini diungkit keluar dan menjadi bahan tontonan apa yang berlaku 'di dalam'. Kredit filem ini pada lakonan Sharnaaz Ahmad dan babak Ali (Adlin Aman Ramli) terhadap Botak tepi dikatil tapi semua itu tidak cukup untuk menunjukkan kelainan filem ini. Keinsafan Botak di hadapan Al Quran pula hanya penyedap rasa saja. Pengarah banyak ambik shot dari celah-celah bawah menghala kepada pelakon macam penonton ni skodeng dalam Sekolah Indera Sakti pulak yek. Pungutan filem ini yang dikira berjaya bolehlah buat produsernya menghela nafas lega. Tahniah.
Genre : Drama
Arahan : U-Wei Hj Shaari
Pelakon : Nurul Jasmin, Hasyimah Yon, Puteri Salbiah, Misbun Sidek, Zaidi Omar dll.
Tahun : 1995
Rating : 3/5
Perghhh lama benar filem ni. Baru-baru ni berkesempatan menontonnya di youtube. U-wei yang sangat terkenal dengan isu feminisme di dalam filemnya, Black Widow juga salah satu daripadanya tetapi 'sedikit bandar' jika dilihat dari segi luaran berbanding filem-filemnya yang lain. Daripada novel produser kontroversi Raja Azmi, filem ini sangat berani tapi digagalkan dengan lakonan pelakon utama Nurul Jasmin dan yang lain. PF melihat jelmaan Raja Azmi dalam Nurul Jasmin yang hampir seiras itu. Semestinya kita berprasangka Raja Azmi memasukkan Misbun yang kaku tu walaupun tiada bakat. Masayu jika kita lihat lebih jalang dari Zaleha (Perempuan, Isteri & ...). Karya Raja Azmi ini ada sesuatu pastinya yg menarik Uwei utk mengarah tapi sayangnya beliau tak boleh 'pergi jauh' disebabkan kekangan pelakon itu sendiri. Kadang-kadang, kita lihat babak yang tak menjadi dan dialog-dialog yang lemah. Contohnya, Masayu dan Imran (Misbun) berpegang tangan tetapi tidak memandang wajah di katil. Berapa kali take agaknya, inikah yang terbaik?
Rasa sedikit geram ketika ibu Masayu (Aton - Hasyimah Yon) di dalam tapak pembinaan klinik di malam hari itu, tidak memberi impak yang sepatutnya mungkin disebabkan dialog yang terhad atau lakonan beliau? Tertunggu-tunggu klimak ketika itu tapi sayang tidak kesampaian. Di sebalik semua, dipaparkan juga seorang wanita yang cuba memberi gambaran elok diri terhadap masyarakat walaupun di belakang, moralnya teruk akibat sumpahan ibunya (tidak pelik di dunia realiti tanpa mengira sumpahan tersebut). Benarkah shooting filem ini ada dibuat di Mauritius? Malas nak kaji di Internet.
Dua babak yang penting adalah saat pengakuan Aton kepada Masayu DAN Aton (semasa muda - Puteri Salbiah) yang terlanjur dengan Imran (Zaidi Omar) yang kesemuanya berlaku di tempat yang sama-bangsal. Pelakon-pelakon lama seperti Puteri Salbiah dan Zaidi Omar dan beberapa lagi adalah sebahagian penyelamat filem ini, begitu juga dengan pelakon lelaki yang ingin mengahwini Masayu itu. Isu wanita dalam Black Widow yang sensitif ini boleh mengundang kontroversi tapi PF tak ingat ketika itu kerana pada zaman filem ini keluar masih bersekolah menengah dan kurang ambil perhatian. Nampaknya, untuk mengulang kejayaan Perempuan, Isteri &....(1993) tidak berjaya.
Dua babak yang penting adalah saat pengakuan Aton kepada Masayu DAN Aton (semasa muda - Puteri Salbiah) yang terlanjur dengan Imran (Zaidi Omar) yang kesemuanya berlaku di tempat yang sama-bangsal. Pelakon-pelakon lama seperti Puteri Salbiah dan Zaidi Omar dan beberapa lagi adalah sebahagian penyelamat filem ini, begitu juga dengan pelakon lelaki yang ingin mengahwini Masayu itu. Isu wanita dalam Black Widow yang sensitif ini boleh mengundang kontroversi tapi PF tak ingat ketika itu kerana pada zaman filem ini keluar masih bersekolah menengah dan kurang ambil perhatian. Nampaknya, untuk mengulang kejayaan Perempuan, Isteri &....(1993) tidak berjaya.
Black Widow
p/s : kalau nak cilok ayat-ayat PF letak kat memana forum ke apa ke... kredit la sikit. Bukan PF minta duit kamu pun.
2 comments:
Black Widow tak silap saya dulu hampir diharamkan, sangat kontroversi waktu tu. saya ingat juga...tapi ingat2 lupa.hehe.
PF rasa tak, ingat lagi masa tu keluar kat wayang zaman sekolah lagi dan tak berani dan tak biasa nak masuk wayang
Post a Comment