10 Feb 2013

Mengenali Hitam Putih Yasujiro Ozu



THE ONLY SON
Genre : Drama
Arahan : Yasujiro Ozu
Pelakon : Chouko Lida, Shinichi Himori, Chisu Ryu
Tahun : 1936
Rating : 3.5/5


PF mula-mula mengenali nama Yasujiro Ozu ketika membaca blog Arwah Yasmin Ahmad. Arwah amat mengagumi pengarahan Ozu. Dari situ mula terdetik untuk mengenali filem Ozu, cuma baru kali ini berpeluang kerana ada pihak yang memuatnaik filem-filem lama Ozu di youtube yang disedari pada hujung tahun lalu - Dis 2012. Arwah Yasmin sangat mempengaruhi dalam pembacaan PF sehingga menonton filem Love & Honour yang juga filem Jepun semasa filem itu ditayang di Int. Screen di GSC setelah dicadangkan oleh Arwah diblognya.

Nonomiya pertama kali datang Tokyo
Berbalik kepada filem The Only Son, mengisahkan seorang ibu tunggal Nonomiya yang bekerja di kilang perusahaan sutera mempunyai seorang anak tunggal lelaki bernama Ryosuke. Ryosuke sangat bercita-cita untuk melanjutkan ke sekolah tinggi  walaupun ibunya tak mampu. Sehingga suatu hari ibunya bertukar fikiran untuk menanggung pengajiannya dan dari situ Ryosuke berjanji untuk menjadi lelaki yang berguna/baik yang diterjemah daripada sarikata sebagai 'become a great man' suatu hari nanti. Jika lagu kita ada kategorikan sebagai 'easy listening' iaitu lagu yang mendamaikan dan tak memecah telinga bila mendengarnya, PF anggap bagi filem ini ianya sebagai 'easy watching'. Walapun ada konflik, tetapi seakan konflik itu dihadapi dengan tenang oleh PF sebagai penonton. Dengar kata arwah Yasmin membuat filemnya dengan mengambil filem Ozu sebagai rujukan. Memang benar, PF ada rasa sentuhan-sentuhan tersebut. 

Filem hitam putih ini adalah filem pertama Ozu yang bersuara setelah banyak membikin filem bisu (menurut youtube uploader filem ini). The Only Son hampir tiada konflik pada suatu tahap, PF bertanya mana konflik filem ini sebab itu terpacul isitilah yang PF cipta di atas. Menurut Lucy Scher dalam bukunya "Reading Sreenplays, How to Analyse & Evaluate Filem Scripts" mukasurat 44 mengatakan, ;

Having done the hardwork of figuring out the story in the synopsis, the question of premis section is : will this story make a good film? Is the idea or concept strong enough for a feature film? What does all drama need? The answer is conflict..... Without conflict there is no story.

Cara Ozu menangani konflik isi The Only Son ini dengan tenang sehingga PF anggap filem ini tiada konflik yang nak diberitahu sebagai cerita. Jika tiada pun, PF okay saja sebab kelainan yang cuba dibawa merupakan kejutan yang jarang diperolehi. Tetapi rupanya isi hati Nonomiya terhadap janji anaknya itulah konfliknya. Sudah tentu babak berbicara Nonomiya dan Ryosuke di hadapan kilang sampah itu epik dalam filem ini. Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Ozu mengapa Ryosuke bertanyakan pendapat tentang diri kepada ibunya tidak jauh dari kilang sampah itu. Kedua, semestinya isi hati ibu Ryosuke semasa ia tidak boleh tidur malam. Berjayakah Nonomiya melihat anaknya menjadi 'great man' setelah habis bergolok gadai untuk membiaya persekolahan Ryosuke? Mungkin menjadi 'great man' itu tidak semestinya mempunyai kekayaan wang.

FULL MOVIE

***************


PASSING FANCY 
Genre : Drama
Arahan : Yasujiro Ozu
Pelakon : Takeshi Sakamoto, Den Obinata, Tokkan Kozou, Chouko Lida, Nobuko Fushimi
Tahun : 1933
Rating : 3.5/5



Ini filem bisu. Yasujiro Ozu ada mengarahkan beberapa filem bisu termasuk filem pendek. Terima kasih kepada seorang pengikut blog ini yang mengenalkan rangkaian filem bisu Ozu kepada PF. Dipendekkan sinopsis filem ini, dua orang kawan, seorang duda, Kihachi mempunyai seoang anak lelaki, Tomio dan rakannya, Jiro. Kedua-duanya bekerja di kilang arak. Kihachi buta huruf, menaruh hati dengan seorang gadis yang dijumpai tiada arah tuju di bandar Tokyo. Diringkaskan gadis itu, Haru memendam rasa kepada Jiro. Tomio anak Kihachi tiba-tiba jatuh sakit dan memerlukan wang. Gadis yang cantik dan Tomio yang jatuh sakit, dua-dua ini menguji persahabatan mereka. 

Tomio nakal kadang-kadang
Pada mulanya PF malas nak layan filem bisu. Oleh kerana Ozu ada buat beberapa filem bisu, apa salahnya PF mencuba satu daripadanya. Filem ini bercampur baur antara kisah lucu dan sedih. Filem bisu biasalah, tindakan sesuatu atau babak yang penting akan ada teks dialog menyusul selepas itu. Walaupun bisu, filem ini tidak gagal mendapatkan emosi PF sebagai penonton. Kerja pelakon bisu rasanya tak berat dari segi lontaran suara tapi lebih kepada emosi tak kira gembira, sedih dan sebagainya. Agaknya, bagaimana shooting filem bisu? Rasanya mereka menghafal skrip macam biasa. Tapi rasa rugi sebab penat menghafal tapi tidak boleh didengari penonton (teringat filem The Artist - 2011). Cuba bayangkan filem kita pada zaman ini membuat filem hitam putih yang bisu dan bukan berlatarbelakang zaman semasa. Dalam Passing Fancy, Kihachi dianggap sebagai pelakon komedi dan serius yang berjaya. Alangkah pedih apabila orang yang kita minati, rupanya menaruh hati pada rakan sendiri. Pelakon kanak-kanak Tokkan Kozou juga berbakat. Jika dibanding cerita The Artist dan Passing Fancy, PF lebih tertarik jalan cerita Passing Fancy. Nilai persahabatan dan kekeluargaan bijak di satukan oleh Ozu. Dan ending yang bagi PF, tak disangka sebab Kihachi kononnya nak bayar hutang Jiro akhirnya kalah dengan perasaan homesicknya. Dan hutang tersebut tidak tahu dapat dibalas atau tidak......... Walau bagaimanapun PF lebih memilih filem bersuara.


FULL MOVIE


**********
Yasujiro Ozu

No comments: