Amaran : Kedua-dua ulasan filem ini mengandungi spoiler.
Genre : Seram
Arahan : Pierra Andre
Pelakon : Mikael Andre, Nizam, Shima Anuar, Adibah Yunus
Tahun : 2013
Rating : 3/5
Kisah seram sebegini sebenarnya
bukanlah makanan PF sangat, tetapi ada lah juga tengok beberapa filem yang sama
konsep sepertinya iaitu Haunted Changi, Grave Encounters dan Paranormal
Aktivity 1 untuk meneroka atau melihat
apa yang ditawarkan oleh pembikin seram sebegini. Satu sebab kenapa agak kurang
gemar adalah kerana filem sebegini kononnya realiti yang ‘berlagak benar’ yang boleh
disangsikan lantas mengurangi kejujuran karya itu sendiri. SERU itu berlainan
sedikit kerana ia tak melibatkan bangunan berhantu dan menjadi filem no 1 PF
bagi filem tempatan (tidak menonton Penunggu Istana) dan jika filem luar REC
menjadi pilihan teratas. Setelah bersetuju dengan ajakan rakan yang ingin menonton filem ni pada Jumaat petang lalu, mendapati HT ditayang dipanggung
kecil saja padahal filem baru 2 hari, mungkin nak bagi laluan kat filem THOR 2, dan didapati dua slot HT hampir penuh dalam panggung yang kecil tu, agak tak sangka juga rupanya filem hantu masih ramai pengikutnya.
Pierre Andre kini mencuba filem
seram yang jarang dibikin di Malaysia dengan cara ala realiti, HT yang
dengarnya hanya mengambil masa 5 hari penggambaran saja. Adakah pengarah
bersama filem SERU ini berjaya mengekalkan benchmark SERU? Sekumpulan remaja diketuai
oleh Mikael Andre (Mika adik kepada pengarah Pierre), Nizam dan beberapa orang
lagi termasuk beberapa awek cuba memasuki bangunan tinggalan Highland Towers
yang menjadi tragedi runtuhan pada tahun 1993. (Ya, mereka menggunakan nama sebenar supaya seboleh-bolehnya menjadi realiti). PF
tak kisah mula-mula filem Pierre Andre hendak bercerita bagaimana Mika ingin
mendapatkan dana dari MIG untuk menjayakan projek ini (David Teo cameo tu…), tu
semua tak berapa penting, yang penting dalam bangunan HT tu saja PF nak tengok.
Boleh kata apabila mereka melalui jalan naik ke H.T keseraman mula terasa. Malah, sekitar belukar atau tumbuhan meliar
memang membangkit suasana angker. Walau begitu, biasalah, macam filem-filem
Grave Encounters, Haunted Changi, takde beza. Mula konflik sana-sini yang tidak
seberapa. Adakalanya babak ‘berlakon’ memang ketara iaitu susunan kerusi dan 2
rakan hilang. Agak surprise sedikit (menyatakan
saja, bukan bererti tak bagus), Pierre Andre cuba meninggalkan elemen-elemen
biasa yang didapati dalam filem seram seperti objek-objek yang bergerak sendiri e.g daun pintu
contohnya, cuma tidak ditangkap dalam bingkai kamera. Dan mengapa ketika baju
Mika ditarik oleh ‘sesuatu’ mereka bertiga ketika itu cabut lari? Bukan ke
tujuan mereka ke situ nak tangkap gambar entiti? Sudah berada disitu tetapi mereka mensia-siakannya.
Babak yang paling menarik PF kira
semasa 2 orang pelakon lelaki itu (yang pakai topi, kurus tu memang cool habis karakternya) berjalan dalam
gelap untuk mengambil bateri di van. Di sinilah keseraman anda patut rasa lebih
lagi. Persembahan semua pelakon dikira
baik dan Pierre bijak di situ mengawal emosi pelakon masing-masing supaya tak
over menjerit sana-sini. Part yang tidak digemari PF di mana ustazzzzz masuk
campur. Lokasi HT yang dekat dengan bandar mungkin mengurangkan elemen escapism
(betul ke penggunaannya di sini?). Fahamkan? Dan di sini HT tak dapat lari
dengan rasukan-penyembuhan dan mood PF terus hilang kat situ.
Arahan : Khir Rahman
Pelakon : Siti Saleha, johan Asari, Azhan Rani, Dian P Ramlee, Miera Liyana, Dato' Jalaluddin Hassan
Tahun : 2013
Rating : 3/5
Khir Rahman kembali dengan Balada
Pencinta (BP) bagi menarik penonton massa. Pada mulanya PF agak berat nak ke
panggung untuk menonton filem ini, tetapi ada suara-suara yang boleh dipercayai
mengatakan bahawa ianya sesuatu yang tidak rugi maka PF pun melangkah kaki ke
sana. Kerana, jika anda tahu …Dalam Botol itu bagaimana, seharusnya Balada
Pencinta tidak akan menghampakan sekurang-kurangnya separuh harga tiket anda
(kot? haha…), jadi BP diberi peluang. Jalan ceritanya biasa hubungan antara 2
darjat, pilihan ibu bapa, yang menjadi pilihan adalah jahat dan yang miskin
baik budi pekerti. Pada mulanya, Aisyah menjadi watak misteri dan kita akan
benci kerana permainannya mencuri hati Amir. Amir pula tiada punya apa setelah
insaf dari kegiatan samseng dsb mula mengenal erti cinta yang tulus dari hati
seorang wanita. Konflik bermula apabila Boy (Sein) datang dan konflik demi konflik
menimpa Amir, Majid (teman serumah Amir) dan keluarga Aisyah. Tiada apa yang
dapat PF katakana di sini hanya, permainan Khir Rahman menangani filem komersil
agak baik dan boleh dilayan. Jujur, ia berada dilandasan yang betul ditambah
dengan lagu-lagu yang sedap didengar. Dan tidak disangka-sangka, wujud pulak ‘filem gangster' dihujung-hujung movie. Hah, rasanya ini melodrama yang
bercampur-campur tapi well-blend!
Pada mulanya seakan Ombak Rindu
wanita alim-alim gitu yang takboleh bersentuhan, lepas tu datang pula Majid (Azhan
Rani) yang merempit bawa tunang ke sana-sini. Sangat rapat dengan masyarakat
dengan penggambaran di sekitar Jalan Masjid India, Pasar Seni, kemudian, tak nak
lari dari keluarga yang kaya ibu-bapa yang tipikal menjodohkan dengan orang
yang sepatutnya. Semuanya pernah kita lihat dimana-mana baik drama mahupun
filem. Walau pun PF agak bosan dengan cerita sebegini tapi ini dikecualikan
kerana cara penyampaian itu yang lagi menonjol. Satu yang PF agak
tertanya-tanya, wajarkah Wati (tunang Majid), Majid, dan skandal Wati, slow –talk di gerai makan dimana
kemungkinan perang besar bakal terjadi sebaliknya mengharapkan menjadi majlis aman-damai
berlaku si situ? Lagi satu kalau tak komen pasal lakonan bukan PFlahkan, semua
bagi lakonan yang baik, Sein (Psiko Pencuri Hati yang superb), Azhan Rani,
Johan Asari sehinggalah ke adik Amir (Miera Liyana). Kalau nak bandingkan Siti
Saleha dalam KL Zombi dan Balada Pencinta, Siti menunjukkan lakonan yang
cemerlang terutama di balik tiang Jakel di Jalan Masjid India. In fact, scene
itu adalah kegemaran PF, seakan boleh lawan scene Maya Karin menangis di depan Aaron Aziz di kampung dalam Ombak Rindu tu lah. Kalau anda nak tahu, jalan cerita sebegini tak
habis di sini, filem selepas ini, Aku Pilih Kamu terbitan MIG (trailer
dimainkan sebelum tayangan B.P) pun konsep kahwin pilihan mak-bapak dan si
perempuana ada pilihan sendiri. Haaish, yakinkan PFlah ya..
No comments:
Post a Comment