16 Dec 2013

FPF 2013 : Rumusan Filem Malaysia


Daripada lebih kurang 71 buah filem tempatan yang ditayangkan pada 2013, 29 buah filem telah berjaya menarik perhatian PF untuk ditonton dan dinilai mengikut selera sendiri. Ini bermaksud, filem-filem yang dijangka memberi kelainan dan diharapkan memberikan sesuatu adalah meningkat pada tahun ini seterusnya memberi pilihan yang banyak serta dipercayai berkualiti sebelum menontonnya. Ianya umpama dalam rancangan TV Masterchef, dimana juri tidak merasa semua masakan dalam Sajian Peti Saji Misteri, hanya merasa beberapa masakan yang dikira menarik dari segi persembahan dan dipercayai sedap, tapi tak dapat lari dari masakan yang kurang sedap dan tidak menepati tema atau standard yang diinginkan.



Filem yang ditonton termasuk 2 filem usahasama iaitu VIKINGDOM dan filem Ken & Mary (dengan Jepun) yang ditayangkan di Festival Filem Jepun di GSC International Screen. Filem-filem gangster terus diterbitkan dengan lebih kurang 10 filem (tidak termasuk yang bukan berbahasa Melayu - jika ada), hanya 4 filem gangster saja yang ditonton iaitu KL Gangster 2, Langgar, LARI dan Dampak (separuh jalan), membuatkan PF sedikit serik menonton filem seperti ini, apatah lagi muka yang sama seringkali digunapakai. Manakala, jumlah filem seram mengatasi filem gangsterism jika diambil kira juga filem komedi seram iaitu 15 buah filem dan menonton 7 daripadanya; Sembunyi, Paku Pontianak, KL Zombie, Highland Tower, Penanggal, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dan Paku. - SUMBER

Filem HANYUT yang dijangka akan ditayang pada tahun ini sekali lagi tidak menjengah pawagam. Mungkin pihak Tanah Licin Sdn Bhd. ingin menyertai sebanyak festival filem di luar negara, mengakibatkan penggemar filem tempatan sedikit kecewa ditambah pula terdengar khabar atau rebiu terhadap filem Hanyut yang  tidak mencapai apa yang mereka jangkakan daripada rebiu blog luar negara dan hasil dari anugerah dari festival itu sendiri.

Daripada 29 yang ditonton, filem-filem tersebut akan difikir-fikirkan semula untuk dimasukkan ke 10 filem terbaik. Daripada 10 pula, 5 akan disenaraipendek ke dalam FPF2013. Agak sukar kali ini untuk memilih 10 filem yang dianggap baik menurut PF kerana yang mendapat rating 3.5/5 bertambah dari tahun SEBELUMNYA, seterusnya menggambarkan kualiti filem kita sedikit meningkat, walaupun kutipan filem-filem tahun ini dilaporkan merosot teruk.

29 filem (Januari hingga Disember  2013) tersebut adalah (pautan untuk ulasan) :

ONCE UPON A TIME
KL ZOMBIE
TANDA PUTERA
PAKU PONTIANAK
LANGGAR
VIKINGDOM (Usahasama pelakon luar)
KEN & MARY (Usahama Jepun)
DAMPAK
PAPADOM 2


Selepas ini : FPF 2013, CARTA TOP10 Malaysia & CARTA TOP10 Keseluruhan.

*10 filem terbaik (bukan carta) akan dimaklumkan satu persatu di Page FB PerangFilem terlebih dahulu.



2 comments:

Hady Abd Hamid said...

cayalah bro, tak sabar nak tunggu!

PerangFilem said...

Macih!