26 Jun 2012

Tiada Nama Bunohan di LA Film Fest.



Sudah menjadi amalan PF akan menguar-uarkan filem Malaysia yang menyertai festival filem luar negara tidak kiralah festival filem nyamuk, semut apatah lagi gajahkan? Terhad pada berita yang terjangkau.

Seperti entry LA FILM FEST. yang lalu, Bunohan menyertai festival filem ini pada 14 Jun hingga 24 Jun 2012. Malangnya nama Bunohan tiada dalam senarai pemenang. Mungkin, objektif festival ini memandang sesuatu yang lain daripada apa yang ada dalam Bunohan. Jika menang sudah tentu terpapar didada akhbar or blogkan?

Senarai pemenang :

Narrative Award (for Best Narrative Feature)

ALL IS WELL (Portugal)


Honorable Mention (for Best Narrative Feature)

THURSDAY TILL SUNDAY (Chile)

Documentary Award (for Best Documentary Feature)

DROUGHT (Mexico)

Best Performance in the Narrative Competition

Wendell Pierce, Emory Cohen, E.J. Bonilla and Aja Naomi King in Joshua Sanchez’s FOUR

Audience Award for Best Narrative Feature

BEASTS OF THE SOUTHERN WILD

Audience Award for Best Documentary Feature

BIRTH STORY: INA MAY GASKIN AND THE FARM MIDWIVES

Audience Award for Best International Feature

SEARCHING FOR SUGAR MAN

Best Narrative Short Film

The Chair

Best Documentary Short Film

 Kudzu Vine

Best Animated/Experimental Short Film

The Pub 



23 Jun 2012

Jalan Kembali : Bohsia 2 Boleh Laa.




Genre : Aksi (1) 
Arahan : Syamsul Yusof
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sofi Jikan, Salina Saibi, Zizan
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Filem Mat Rempit Kat Malaysia
Rating : 3/5


Nampak gayanya Syamsul Yusof berjaya menarik PF ke panggung untuk menonton filem rempitnya kerana PF tak suka elemen rempit-rempit ni. Mungin sebab kecewa dengan filem eksperimen Osman Ali - Jiwa Taiko yang tak habis-habis menjual adegan ranjangnya tu dari satu filem ke filemnya. Kemon lah, apa jua alasannya, wajibkah semua filem seseorang pengarah itu ada adegan ranjang? Sex sell katanya.

Tanpa menonton filem Bohsia 1, PF merasakan Jalan Kembali memberi sedikit kepuasan yang sederhana. Agak berbaloi jugalah berbanding Jiwa Taiko, bagi filem-filem anak-anak muda liar di Kuala Lumpur.

Walaupun jalan cerita yang tak memberi kejutan aka klise tapi cara persembahan boleh membuat penonton terpaku ke layar, sebab pacenya yang laju. Cuma, adegan-adegan badut tok Bomoh (Harun Salim Bachik), Abu (Kaza), dan Zizan hanya untuk penonton ketawa. Tak salah pun. Ia umpama ‘sengaja memberi rezeki’ kepada mereka terutama watak bomoh dan Abu tu. Zizan pula cuma mengulang apa yang ada dalam KL Gangster. Walaupun begitu aksinya memang melucukan. Kadang-kadang penat tengok dia berlakon sebab cakap sambil tinggi suara sampai naik urat lehernya setiap masa. Bukan Zizan saja. Boleh kata semua pelakon meninggi suara termasuk Kak Rock.

Bagi PF yang tak bergelumang dengan dunia rempit ni (hanya pernah menunggang skooter), agak kurang pasti dengan cara rempit-rempit atau bohsia-bohsia ni bercakap. Kadang-kadang, Tasya (Nabila Huda) agak keterlaluan kadang-kadang agak cemerlang. Watak Sofi Jikan pula mungkin memang dicipta sebegitu rupa bak kata produser Datuk Yusof Haslam

“Menurut Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, adegan watak Keting yang merupakan seorang mat rempit itu langsung tidak mengina Islam ataupun memaparkan adegan yang keterlaluan, sebaliknya ia bertujuan memberi keinsafan kepada para penonton filem ini.

“Bagi saya, memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti yang pernah dilalui dan diceritakan oleh kawan saya. Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan. Contohnya, dalam adegan filem ini watak Keting hanya sekadar meninggikan suara dan mencabar watak imam itu” (Sumber)

Bagi PF, Keting cuba lari dari KL Gangster atau watak-watak Sofi Jikan dalam filem-filemnya, walaupun memang over dan menjengkelkan. PF memang suka lakonan Salina Saibi. Cuma jarang melihat lakonannya dalam filem. Maklumlah dia kroni Syamsul Yusof yang PF tak banyak tonton kecuali Khurafat. Kredit bagi aksi-aksi pertelingkahan dalam filem ini boleh diberi thumbs up. Antaranya, Amy (Salina) yang dipukul oleh orang-orang Keting tu. Pendek kata, say goodbye to Jiwa Taiko.


Trend erk motor kecik ni?
"Ada lagi ke bas malam-malam ni?"
Satu persoalan dari segi timeframing, ketika Musibat (Syamsul) dan Keting berlumba, biasanya mestilah lewat malam kan? Sehingga Keting kalah dan berhenti didepan masjid lalu azan Subuh berkumandang (takkan azan Isyak pulakkan?). Persoalannya, si Tasya (pakai baju yang sama ketika Mus dan Keting race) pergi ke rumah Mus, dan Mus tanya kepada Tasya “apahal kau datang rumah aku malam-malam buta ni?” Jadi, bukan ke dah lepas subuh masa tu? Lagi satu yang PF perhatikan, si Tasya ni naik apa pergi ke sana sini? Tiba-tiba aje dah sampai ke destinasi. Bagi la dia sekurang-kurangnya kancil buruk ke, motor kapcai ke, takpun ada orang hantar ke. Takkan jalan kaki kot. Maklumlah bohsia takde pendapatan tetap. Wakaka. Walaupun benda ni kecik, tapi bila wujud adegan sedemikian tak dapat elak mesti tertanya-tanya juga kat kepala.

PF cukup bagi 3 bintang. Jika jalan cerita lain sikit dan dikurangkan watak badut, akan bagi 3.5. Jika dikurangkan volume suara pelakon-pelakon dan ayat-ayat skema pun 3.5. Dapat 4 jika papar lebih lagi aksi dan perilaku masalah sosial mungkin. Mungkin dah judulnya Jalan Kembali, elemen keislaman mengambil tempat. Tapi okaylah tu, semoga ada yang mengambil iktibar tak kira mat rempit, bohsia atau cikgu sekalipun termasuk diri sendiri huhu. Sehingga ulasan ni ditulis, Jalan Kembali sudah mengutip RM4juta lebih walaupun takde sangat adegan atas katil yang melampau. Tahniah la dari PerangFilem. *Putar lagu Forgive Me - Maher Zain.

20 Jun 2012

Filem Iran Pilihan : Part 1


Sempena entry Formula Kejayaan Filem Iran, PF teringin hendak berkongsi filem Iran yang menjadi kegemaran PF. Banyak juga yang telah ditonton sehingga ada yang terlupa. PF salah seorang penggemar filem Iran kerana filem Iran ini macam pelik sikit kadang-kadang tak tercapai dek akal kita akan jalan ceritanya. Ini membuatkan ianya unik selain daripada sarat dengan isu-isu kemanusiaan. PF teringat dahulu ketika Astro (tak ingat channel mana satu) ada menayangkan filem-filem dari Iran. Salah satunya adalah TEN arahan Abbas Kariostami, yang hanya berlokasi di dalam kereta. Satu lagi, (lupa tajuk) di mana dua adik-beradik kecil, si abang membawa adik perempuannya mendaki bukit menggunakan kereta sorong dan mendukung kerana adiknya itu sakit kaki/cacat untuk sampai ke puncak yang mempunyai sebuah rumah/pondok kosong. Jika sesiapa ingat judulnya boleh beritahu kay. Bagi PF, tiada spesifik pengarah Iran yang digemari kerana semuanya mempunyai falsafah yang tersendiri. 

Ada beberapa judul yang PF teringin sangat ingin tonton tetapi susah nak cari. Bila dah dapat, tiada sarikata BI pula. Antara yang dicari adalah : The Day I Become A Woman, Goodbye, Close Up, Buddha Collapse Out of Shame, Kelid, sehinggalah yang terbaru, Facing Mirrors dan banyak lagi. Hampir kebanyakan blogger-blogger internet menyenaraikan The Cow, Gabbeh dan The Hidden Half sebagai filem terbaik Iran selain A Separation. Alangkah indahnya bila dapat melihat filem-filem ini semua, walaupun kurang pasti akan isi kandungannya.

Rasanya ramai peminat di Malaysia tahu akan filem Children of Heaven yang amat digemari ramai termasuk PF. Tanpa memasukkan filem itu di sini, disenaraikan filem Iran yang menjadi pilihan PF [randomly order]:

1. HEIRAN (2009)
(tonton di GSC International Screen)


2. THE COLOUR OF PARADISE 1999 
(Youtube)


3. THE SONG OF SPARROWS (2008)
(GSC)


4. TWO LEGGED HORSE (2008)
(GSC)


5. A SEPARATION (2011)
(TGV/ Astro First)


6. TURTLES CAN FLY (2004)
(Youtube)


7.  TASTE OF CHERRY (1997)
(Youtube)


8. STONING OF SORAYA M. (2008)
(Youtube)


PF terjumpa satu blog yang hebat dari India - MOVIESSANSFRONTIERS yang mengulas filem terbaik dari Festival Filem seluruh dunia!



17 Jun 2012

Filem Iran Tentang Tukar Jantina Menang Anugerah di US

Poster FACING MIRRORS ala ...Dalam Botol

PF lambat tahu bahawa filem Iran yang membawa isu pertukaran jantina (perempuan ke lelaki) iaitu Facing Mirrors menang Anugerah Circle Award di Washinton Film Festival 2012 (festival filem nyamuk hah?  -  sekurang-kurangnya dapat perhatian). Kalau 'circle' ni mungkin anugerah dari pengkritik filem di festival berkenaan, bukan dari juri yang dilantik. Berita kemenangan ini telah disiarkan di BBC News pada 27 April 2012 ( sumber ).

Sinopsis :
Iranian femme director Negar Azarbeyjani's first feature, "Facing Mirrors," presents two women poles apart in class and beliefs -- one a naive traditionalist forced by circumstances to support her family, the other a rich pre-op transsexual running away from home. When a long taxi ride entangles their destinies, they slowly forge an unlikely friendship rooted in newfound solidarity, rather than moralistic notions of tolerance, which allows each to help the other accomplish complementary goals. This fascinating dual character study could lure gay and straight auds alike.


Review : Variety

Trailer :



14 Jun 2012

Apa Yang Nak Disampaikan Dalam Jiwa Taiko?



Genre : Aksi (1) 
Arahan : Osman Ali
Kos : RM1.5 juta
Pelakon : Remy Ishak, Diana Danielle, Bront Palarae, Fizz Fairuz, Beto Kusyairi, Mislina
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Ermm....
Rating : 2.5/5




Jiwa Taiko merupakan filem recycle sejak satu dua tahun kebelakangan ini. Kenapa Osman Ali di antara pengarah yang berjaya di negara ini masih buat filem bertema sama (gangster insaf dan cinta)? Tema sama tak kisah sebenarnya, tapi jalan cerita pun hampir sama. Jadi, macam mana tu? Jalan cerita yang sedikit sama dengan KL Gangster dan Chow Kit (bahagian kedua) dan ditambah pula dengan tema cinta yang agak klise tidak menarik perhatian PF terhadap filem ini. Apa yang nak disampaikan dalam filem ini? Bekas gangster yang jiwang, pengorbanan cinta seorang kawan, gangster yang baru kenal erti cinta? 

Apakehal Freez (Fizz Fairuz) marah sangat dengan Firman (Remy) hingga nak bergaduh dan melabelnya sebagai perosak manusia(?), padahal Firman tak tahu pun yang Lara (Nadiya Nissa) suka padanya? Apakah? Lain la kalau Firman tahu dan mempermain-mainkan Lara. Overprotected yang tak bertempat si Freez ni. Lagi satu, sedang Pinto dan Firman berlawan di pantai, si Freez ni kenapa tak tolong? Pegi pulak teman si Lara ni bersalin yang dibidan oleh Trisya (Diana). Lara bersalin pun agak cepat tempohnya. Selama 9 bulan tapi rasanya baru semalam, geng Pinto bakar rumah WiraCinta. Ermm.... Geng Pinto yang dikatakan bahaya dan ganas pun dapat ditewaskan dengan mudah oleh orang-orang rumah WiraCinta yang ada 3-4 perempuan yang boleh disangkal keperwiraannya walaupun dah berlatih silat segala. (Err... Bila nak habis filem ni, sambil PF membelek-belek handphone....)

Pendek kata, Jiwa Taiko sangat senang tapi berwadah berat yang tak terbawa oleh elemen gangster/jenayah itu. 

Kredit bagi filem ini adalah Nadiya Nissa dan Bront Palarae. Kalau nak skip filem ni pun boleh dan duit tu lagi sedap pergi makan KFC. Takde apa yang menarik walaupun paper kompang pasal adegan 18sx itu. Hehe.... 

13 Jun 2012

Teks Dan Subteks Dalam Filem


Di petik dari Getaran Seni

KARYA seni yang baik menyampaikan maksud dalam dua pendekatan iaitu teks dan subteks. Sesuatu yang bersifat teks adalah yang boleh dilihat mata kasar, sementara subteks perlu dilihat dan dirasakan oleh mata hati berdasarkan sejauh manakah ilmu dan penghayatan seseorang itu. Teks penting untuk menarik orang melihat dan subteks untuk membawa orang meneroka hal-hal yang tersirat menerusi tanda-tanda semiotik.

Filem pada umumnya adalah sebuah karya seni. Ini kerana filem mengadunkan pelbagai jurusan seni; lakon, nyanyi, muzik dan lukisan. Tetapi tidak semua filem bertaraf karya seni kerana sebahagian besar hanya ada teks tetapi tidak ada subteks. Bagi yang menganggap filem sebagai santapan minda dan jiwa, mereka akan menolak filem yang hanya ada teks dan menyampaikan pesan dan pemikiran secara didaktik.

Mesti ada makna yang berlapis-lapis untuk diterokai oleh penonton. Banyak filem Barat misalnya memperjuangkan Yahudi dan memberi gambaran buruk kepada Nazi. Tetapi pembuatan filem begini dibuat secara berseni dan tidak kelihatan sebagai propaganda untuk memuliakan Yahudi dan mengutuk Nazi. Dari sudut teks, filem ini mungkin dilihat sebagai memperjuangkan kemanusiaan. Tetapi subteksnya bukanlah kemanusiaan tetapi perjuangan Yahudi.

Malangnya sebahagian besar filem kita hanya berbentuk teks. Kalau hendak diandaikan, filem teks tidak lebih daripada kertas tisu yang digunakan untuk mengesat kekotoran kemudian dibuang ke dalam longkang. Begitulah juga dengan filem kita yang hanya menceritakan tetapi tidak ada sesuatu yang terlindung dan menuntut pemikiran untuk menemuinya. Filem beginilah yang berlambak di pawagam kita.

Sebab itulah juga filem kita hanya ditonton oleh remaja atau mat rempit sementara menunggu malam untuk membuat onar di jalan raya. Filem teks tidak ditonton oleh kelas menengah dan elit kerana ia filem yang kosong. Golongan berpendidikan tinggi tidak menonton filem kita yang hanya ada paparan tetapi tidak ada makna di sebaliknya.

Semiotik adalah suatu yang mendokong filem yang mengutamakan subteks berbanding teks. Ini adalah kaedah membaca sistem tanda atau perlambangan dalam karya seni, tidak kiralah karya sastera, filem atau lukisan. Ada kalanya pada luaran atau teks sesebuah filem itu tidak ada yang menarik tetapi dari sudut semiotiknya ia membawa persoalan atau gagasan yang besar.

Tetapi sebahagian besar filem kita hanya kelihatan besar tetapi sebenarnya kerdil dan kosong. Filem besar dan persoalan atau gagasan besar adalah dua perkara yang berbeza. Sebaiknya biarlah filem kita kecil tetapi membawa gagasan besar dalam subteksnya. Mahukah penerbit filem kita melakukannya?


10 Jun 2012

Formula Kejayaan Filem Iran Kata Mansor Puteh

Mansor Puteh
Mansor Puteh telah menulis satu artikel seperti tajuk di atas di dalam ruangan Rencana - Mingguan Malaysia pada Ahad 10 Jun 2012. Malangnya tidak ada dalam versi online di Mingguan Malaysia dan juga di BLOGnya. Mungkin 2-3 hari lagi baru ada kot tapi yang hairan ada artikel dihari yang sama dan dimukasurat yang sama, ada di upload. Tidak pentingkah? Maka PF mengambil inisiatif sendiri untuk menulis semula isi pentingnya.

1. Iran mula menerbitkan filem empat tahun selepas Revolusi Islam tahun 1979 apabila Ayatollah Khomeini membenarkan mereka meneruskan penerbitan filem tetapi dengan membuat filem yang bersih, halal dan islamik.

2. Kemuncak pencapaian mereka adalah filem A Separation menang di Oscar kategori Bahasa Asing. Kemenangan itu tidak berlaku tanpa sokongan kerajaan Iran. 

< PF : Kerajaan Malaysia ada juga suntik modal RM50jutakan? >

3. Mansor Puteh yang menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Fajr di Tehran baru-baru ini mendapati kerajaan Iran menghadiahkan kereta buatan nasional mereka iaitu Saipa kepada semua pemenang dalam pesta itu.

3. Pengkarya baru di Iran mendapat peluang mengarah filem dengan mudah. Manakala yang lama dapat terus mengarah. Berbeza di Malaysia pengarah baru terpaksa meminjam, merayu dan memberontak.

4. Dalam festival Filem Malaysia, pengarah yang menang ternganga tidak dapat peluang arah filem baru. Pengarah terbaik ada yang menganggur, bekerja sebagai pensyarah atau yang tiada kaitan dengan filem.

5. A Separation yang berkos US 500,000 (RM1.5 juta) lebih kurang sama atau jauh lebih rendah dengan bajet filem Malaysia tapi filem Malaysia tak dapat pergi jauh. Ini kerana >> pengarahnya jujur serta berhati dan berwajah Iran. Sedangkan filem Malaysia meniru gaya Barat atau ala Hollywood dan ala Hong Kong dan ala Thailand <<

6. Filem Malaysia hanya sesuai untuk remaja dan tidak untuk orang lebih dewasa dan lebih matang. Sebab itu pesta filem antarabangsa tolak filem Malaysia. 

< PF : yang datang panggung adalah golongan remaja. Golongan intelek, profesional atau akademik tak pergi tengok wayang TETAPI kenapa karyawan Iran MASIH buat filem yang lebih matang tanpa memikirkan keuntungan? >

7. Di Iran ada pihak beria-ia menggalakkan Iran menang anugerah diperingkat antarabangsa sehingga mewujudkan sistem yang boleh membawa pencapaian itu (tidak dinyatakan sistem bagaimana). Itupun terpaksa ambil 3 dekad sebelum Iran menang Oscar.

8. Di Malaysia tiada seorang pun berkata Malaysia mesti menang Oscar sebab pihak berkuasa kita tak ada fokus. Mereka tidak tahu sejauh mana pengarah dan filem tempatan boleh dibawa. Kalau ada pun Malaysia menang Oscar adalah usaha individu yang menaruh harapan terpendam. 

< PF: Contoh PGL yang dihantar pencalonan Oscar dan usaha filem  Mek Ani yang dikhabar untuk dihantar ke Oscar tetapi projek itu dengarnya terkubur begitu saja >

9. Di Iran tumpuan karyawan adalah filem artistik dan falsafah dalam bidang perfileman. 

< PF : Oh! sama sekali tidak boleh dibanding dengan Malaysia. Karyawan sebegini boleh dikira dengan jari. Kalau filem sejarah sekalipun, adegan seks macam wajib ada i.e Embun, Paloh. Stoning of Soraya M. kisah perzinaan pun takde adegan seksual >

10. Di Iran mereka tak tekankan gosip, acara perkahwinan yang luar biasa dan perangai pelik-pelik artis. Mereka hanya berbincang tentang isi filem dan makna sesebuah filem tersebut.  

11. Selagi Malaysia tidak berusaha untuk mencari jalan keluar dari kepompong dan kebenakan ini, selagi itu perusahaan filem kita tidak akan berjaya. 

< PF : setuju! >

12. Sejarah filem Malaysia bermula dengan Laila dan Majnun sebuah kisah dari Farsi (Iran) maka tidak hairan kalau tradisi atau amalan berganding dengan Iran itu dapat dimulakan setelah ia lama tergantung begitu saja. Tentu boleh diambil ikitbar kenapa perusahaan filem Melayu bermula dengan Laila dan Majnun. Soalannya ialah : Adakah Malaysia mahu dan layak menang Oscar.

< PF : tak tahulah. PF pun harap satu hari akan ada filem Malaysia menang Oscar. Setakat tercalon 5 terbaik pun satu kejayaan besar bagi perfileman Malaysia kerana yang hantar pencalonan adalah beribu dari seluruh dunia. Ingat, bukan taksub dengan Oscar tetapi khalayak Oscar lebih ramai seluruh dunia berbanding anugerah filem yang lain di muka bumi ini (ya kot) >

P/S : semua perkataan adalah dicedok bulat-bulat dari artikel tersebut. Cuba kalian senaraikan filem Malaysia yang benar-benar berciri dan berjatikan Malaysia?

6 Jun 2012

The Raid : Redemption - 95% Ganas


Genre : Aksi (1) (Indonesia)
Arahan : Gareth Evans
Kos : Tidak DiKetahui
Pelakon : Iko Uwais, Ray Sehatapy, Yayan Ruhian, Joe Taslim, Doni Alamsyah, Pierre Gruno
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Filem aksi tembak-tembak dan lawan-lawan
Rating : 4/5


Akhirnya PF dapat menonton filem sebutan ramai hingga menjadi bualan di alam maya dan alam nyata di US sana.

Anugerah yang dimenangi dan pencalonan :

3 Anugerah Perdana di Armsterdam Fantastic Film Festival 2012 ( Silver Scream Award, Best Director ; Gareth Evans),
Dublin International Film Festival 2012 (Best Audience Awards, Dublin Film Critic ) ,
Toronto International Film Festival 2012 ( People's Choice Awards - Midnight Madness) dan
Tercalon Deauville Asian Film Festival 2012 bagi kategori Action Asia Award.

Jadi, setelah menonton sendiri The Raid : Redemption ini, adakah ianya setimpal dengan segala macam publisiti dan pujian menggunung itu? Jawapannya ya. Cuma yang agak kurang adalah plotnya yang ringkas seringkas-ringkasnya dan PF hanya menonton dilayar kaca saja menyebabkan impaknya sedikit kurang. Kalau korang kata nak filem aksi tanpa aksi cintan-cintun, kaji-mengkaji, main bowling dan bertepuk tampar (rujuk SINI), The Raid mungkin menjadi film of the year anda. Pada satu ketika PF merasakan aksinya adalah sama saja dengan aksi Hollywood atau Hong Kongwood yang lain, yang menyebabkan ianya luar biasa adalah aksi-aksi seni pertahankan diri yang pantas bercampur ganas lagi mengerikan dan mendebarkan. Perghh! banyak no elemen-elemen bombastikThe Raid sememangnya menjual aksi, itu pokok utama bukan perkara remeh-temeh.

Bila kita disogokkan dengan aksi semata, pasti sampai satu tahap terasa sedikit kekurangan di sisi lainnya.  Jika tanya part yang paling best semestinya semasa akhir filem di mana 2 lawan 1. Semacam geram pun ada, semacam tipu pun ada sebab Mad Dog tu kebal sangat tak mati-mati di belasah Rama dan sorang lagi tu. Orang kata Iko Uwais adalah bintang yang perlu diberi perhatian pada masa akan datang, tapi harap-harap jangan buat just another movie. Kepada penggemar, rugilah kalau anda skip filem ini.

p/s : Bila kita tengok kehebatan sesebuah filem tak kira dari mana datangnya, mesti akan ditanya, ADAKAH atau BILAKAH Malaysia mampu/akan buat cerita sebegini? 

Penjahat guna parang saja.
Yayan Ruhian (kanan) penjahat yang tak handsome (biasalah) tapi awesome!

***

Kita saksikan The Raid versi Kucing Tanah Liat yang tak kurang hebat!


5 Jun 2012

2 Filem Yang Maha Tak Faham

Dalam melayari web Sinema Malaysia - www.sinemamalaysia.com.my, kononnya nak buat post Part II bagi 15 Favourite Malaysia Movies [Drama] tetapi bila habis browse mengikut filem-filem yang diterbitkan mengikut abad itu; seperti CONTOH ini, malangnya tak sampai (tambahan) 10 filem yang benar-benar boleh di anggap kegemaran PF. Ada sesetengah yang mungkin PF suka tetapi sudah lupa tentang filem tersebut ataupun tidak boleh dikategorikan sebagai "drama". Jadi tidak adil untuk diletak sebagai 'favourite'  dan "tidak cukup ilmu" terhadap filem berkenaan. Apa yang pasti filem KAMI (1982) dan Sayang Salmah ada dalam "senarai tak siap" tu.

Jadi PF gantikan dengan 2 Filem Malaysia Yang Maha Tak Faham gara-gara nilai seni yang tak tercapai dek akal - yang pernah ditonton sebelum 2012 :

BEAUTIFUL WASHING MACHINE (2005)
Pengarah : James Lee


Menontonnya di pawagam GSC dengan seorang teman selepas mendapat tahu ia menang anugerah di Bangkok International Film Festival. Selepas habis tayangan saja, habis dikutuk oleh teman tadi kerana mengajaknya menonton filem ini. Filem arthouse yang maha perlahan. Bayangkan seorang lelaki memandang mesin basuh yang berputar mengambil masa yang lama. Untuk meneruskan legasinya, James Lee terjun pula ke aliran mainstream supaya filemnya diterima ramai i.e Histeria, Sini Ada Hantu & Tolong! Awek Aku Pontianak.

Review Beautiful Washing Machine by Variety


SEMAN
Pengarah : Mansor Puteh



*Filem ini takde poster kot...

Menonton filem ini bagaikan bukan sebuah filem. Hanya orang tertentu saja boleh faham. Suatu karya pelik dan mempunyai nilai artistik yang tinggi tetapi kalau yang faham tu, mungkin boleh cerna terutama orang yang belajar perfileman. Maklumlah, pengarahnya siapakan? Apa yang PF paling ingat adalah beberapa keping pokok besar yang palsu/kertas dan pelakon Rosnah Mat Aris pakai topi bercermin mata besar. Filem ini adakala hitam putih dan berwarna - ingat-ingat lupa kerana sudah lama menontonnya semasa tayangan percuma di ASWARA (sebelum itu Akademi Seni Kebangsaan). Kesimpulannya, inilah filem Malaysia paling pelik PF pernah tonton (ingat ya sebelum 2012) dan boleh dikatakan PF tidak dapat menerima filem ini. 

Reviewnya boleh baca di SINI, orang yang lebih faham tentang SEMAN. Btw, filem Malaysian Snow apa khabar? 

4 Jun 2012

Artikel Dari Website Filem Indonesia



Malaysia Wajibkan Tayang Dua Film Lokal Setiap Minggu

Berita : Senin, 21 Mei 2012 : Amalia Sekarjati

Malaysia mengeluarkan kebijakan baru terkait industri film mereka, yakni mengharuskan dua film Malaysia tayang di bioskop setiap minggunya. Kebijakan ini berlaku 24 Mei mendatang dan merupakan pengembangan dari kebijakan Skema Wajib Tayang yang saat ini berlaku. Pelaksanaan kebijakan tersebut diatur dan dipantau melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), badan pemerintahan yang dibentuk untuk mendorong, memelihara, dan memfasilitasi kemajuan industri film di Malaysia. Kebijakan seperti ini sebenarnya pernah berlaku di Indonesia pada tahun 80an, saat peredaran film diatur oleh Peredaran Film Indonesia (Perfin). Namun, hal tersebut tidak berlaku lagi, walaupun Perfin sebagai lembaga sebenarnya masih ada.

Sebelum peraturan baru tersebut berlaku, Skema Wajib Tayang mengharuskan bioskop memutar satu film Malaysia, yang sudah terdaftar di FINAS, selama empat belas hari berturut-turut di studio yang berkapasitas kursi paling besar pada masing-masing bioskop. Film tersebut bisa diturunkan hanya jika terjadi kondisi tertentu: jumlah penonton kurang dari 30% dari jumlah tempat duduk setelah penayangan empat hari berturut-turut, jumlah penonton tidak kurang dari 15% dari jumlah tempat duduk setelah penayangan tiga hari berturut-turut, atau jika jumlah penonton kurang dari 15%. Jika ada perubahan terkait penurunan film atau penukaran penayangan film ke studio yang lebih kecil, bioskop harus melaporkan kepada FINAS. Jika kebijakan Skema Wajib Tayang yang baru sudah berlaku, maka ada dua film Malaysia yang diperlakukan sesuai kebijakan tersebut. Kebijakan tersebut diberlakukan ketika film lokal merasa sulit melawan film-film impor. Beberapa film lokal pada tahun 1980 hanya bertahan satu sampai dua hari di bioskop.

Skema Wajib Tayang ini merupakan bentuk dukungan pemerintah Malaysia untuk memelihara industri film di sana dengan mengatur kebijakan ekshibisi film, yang memungkinkan sebuah film mendapatkan jaminan tempat dan masa tayangnya. Seiring meningkatnya produksi film Malaysia, jika hanya satu film Malaysia setiap minggu maka akan banyak film yang menunggu dirilis. Kebijakan baru—dua film setiap minggu dengan masa tayang minimal dua minggu—dianggap bisa menguatkan dukungan terhadap kemajuan industri film di Malaysia.

Prosedur Skema Wajib Tayang di Malaysia sebagai berikut: pembuat film mendaftarkan filmnya empat bulan sebelum tanggal tayang yang diinginkan ke FINAS dengan membawa beberapa dokumen: surat pemberitahuan pembuatan film dan persetujuan dari FINAS (sebelum film diproduksi), surat tanda lulus sensor, anggaran biaya pembuatan film, daftar bioskop yang dipilih, data lengkap film termasuk poster, dan juga materi film untuk ditonton petugas sebelum rilis. FINAS kemudian akan memberitahukan tanggal berapa film tersebut akan rilis sesuai urutan film yang sudah terdaftar di FINAS sebelumnya. Lalu, FINAS yang mengatur dan menjadwalkan ke bioskop. Pengaturan jadwal pemutaran film lokal diatur oleh FINAS, kecuali untuk film-film yang tidak melalui jalur Skema Wajib Tayang dan film impor diserahkan pengaturannya kepada masing-masing bioskop. Jika sudah selesai tayang, baik Finas, pembuat film (produser), dan bioskop, akan mendapat angka jumlah penonton dan juga nilai pendapatan kotor film tersebut.

Insentif

Penghitungan pendapatan bersih yang diperoleh produser, tidak hanya sekadar membagi hasil penjualan antara produser dan pemilik bioskop. Lagi-lagi, pemerintah turut terlibat dalam pengaturan ini lewat kebijakan Skema Insentif Kembalinya Film (Film Returns Incentive Scheme). Dalam skema ini pembuat film bisa mendapatkan kembali potongan pajak sebesar 20 persen (di sini dikenal sebagai pajak tontonan) jika penjualan tiket mencapai 2-4 juta RM, 10 persen jika penjualan tiket melebihi 4 juta RM, dan 5% jika penjualan tiket mencapai 6 juta RM. Untuk film yang penjualan tiket mencapai lebih dari 6 juta RM, tidak mendapat potongan pajak karena dianggap sudah mendapat keuntungan. Skema tersebut berlaku sejak Februari 2011, menggantikan kebijakan potongan pajak hiburan yang sebelumnya hanya berlaku untuk film-film dengan 60% dialog berbahasa Malaysia.

Jadi, nilai pendapatan kotor film (berdasarkan jumlah penonton kali harga tiket yang berlaku di masing-masing bioskop), dikenakan pajak sebesar 20%. Pajak 20% ini dibebankan pada penonton yang mereka bayarkan ketika membeli tiket bioskop. Setelah dikurangi pajak, produser biasanya mendapatkan bagian sebesar 45% dari angka tersebut, dan sisanya merupakan bagian bioskop.

FINAS bertanggung jawab untuk mengurus ke kantor pajak dan mengembalikan pajak 20% tersebut ke produser sesuai dengan Skema Insentif di atas.. Pembayaran ini biasanya diberikan setelah beberapa bulan kemudian. Sedangkan untuk film asing, pajak 20% akan masuk ke dalam kas pemerintah.

Sebagai contoh, peringkat pertama film Malaysia produksi tahun 2011 dengan nilai pendapatan kotor tertinggi, KL Gangster. Dengan biaya produksi sebesar 1,51 juta RM, film tersebut menghasilkan pendapatan kotor sebesar 11,74 juta RM. Setelah dikurangi pajak 20% dan pembagian penjualan sebesar 45%, maka produser film tersebut mendapat sekitar 4,23 RM dan keuntungan sekitar 2,72 juta RM. Film ini tidak mendapaat pengembalian pajak, karena nilai pendapatan kotornya lebih dari 6 juta RM.

Contoh kedua adalah film Aku Bukan Tomboy, yang biaya produksi dan pendapatan kotornya mendekati rata-rata biaya produksi dan pendapatan kotor film Malaysia pada tahun 2011. Film tersebut menghasilkan pendapatan kotor sebesar 2,55 juta RM dengan biaya produksi sebesar 1,51 juta RM. Setelah dikurangi pajak 20% dan pembagian penjualan sebesar 45%, produser film mendapatkan 918.000 RM. Namun, dengan adanya kebijakan intensif tadi, maka produser mendapatkan kembali biaya pajak yang sudah dibayarkan sebesar 510.000 RM sehingga total pendapatan bersih menjadi 1,43 juta RM.

Meningkat

Berdasarkan data yang diakses di www.finas.gov.my, jumlah produksi film Malaysia yang rilis di bioskop, baik yang melalui Skema Wajib Tayang dan yang tidak, dari tahun 2009-2011 menunjukkan peningkatan. Tahun 2009 ada 27 film, tahun 2010 ada 39 film, dan 49 film pada tahun 2011. Rata-rata biaya produksi masing-masing film sebesar 1,5 juta RM atau sekitar Rp 4,5 milyar (2009), 1,42 juta RM (2010), dan 1,44 juta RM (2011). Rata-rata penonton tiap film sebanyak 223.000 orang (2009), 237.000 orang (2010), dan 268.000 orang (2011) dengan harga tiket rata-rata sebesar 8,43 RM atau sekitar Rp 25.000 (2009), 9,3 RM (2010), dan 9,5 RM (2011). Sedangkan rata-rata pendapatan kotornya sebesar 1,88 juta RM (2009), 2,204 juta RM (2010), dan 2,548 juta RM (2011).

Angka tahun lalu menunjukkan setiap film rata-rata menghasilkan pendapatan kotor sebesar 2,548 juta RM atau sekitar Rp 7,7 milyar. Dibanding dengan biaya produksi, hasil rata-rata ini menunjukkan bahwa banyak film yang rugi, walaupun nilai kerugian tersebut diperkecil dengan peraturan insentif tadi. Untuk kembali modal—dengan biaya produksi rata-rata seperti di atas— sebuah film harus bisa mendapatkan sekitar 421.000 penonton atau pendapatan kotor sebesar 4 juta RM, sebelum dikurangi pajak dan tanpa mendapat bantuan insentif.

Untuk tahun 2012, sudah ada 35 film yang terdaftar di FINAS sampai akhir Juni, dan lima film sedang tayang, sementara 16 lainnya sudah selesai tayang. Tahun ini diperkirakan akan ada 70 film Malaysia yang rilis, jumlah produksi film Malaysia terbanyak sejauh ini. Dengan populasi penduduk Malaysia yang hanya 28 juta, angka tersebut tergolong tinggi sebagai angka per kapita.

Sedangkan untuk total jumlah penonton film lain yang beredar di Malaysia dan dibagi berdasarkan bahasa yang digunakan: Cina sebanyak 5, 44 juta (2009), 8, 02 juta (2010), dan 7,42 juta (2011), India sebanyak 2, 33 juta (2009), 3, 27 juta (2010), dan 2,26 juta (2011), Inggris sebanyak 28, 79 juta (2009), 32, 87 juta (2010), dan 36, 21 juta (2011), Indonesia sebanyak 110.000 (2009 dan 2010), 40.000 (2011). Sementara jumlah total penonton film Malaysia: 6,03 juta (2009), 9,24 juta (2010), dan 13,13 juta (2011). Ini berarti film Malaysia hanya kalah dari film-film berbahasa Inggris.

Selain meningkatnya jumlah produksi dan penonton film Malaysia dan dengan berlakunya kebijakan Skema Wajib Tayang, jumlah bioskop pun bertambah. Pada tahun 2009 ada 93 bioskop dengan 485 layar dan 101.165 kursi, sedangkan per Februari 2012 ada 108 bioskop dengan 651 layar dan 123.313 kursi. Kepemilikan bioskop tersebut berada di bawah beberapa jaringan bioskop yang tersebar di dua belas negara bagian Malaysia. Dua perusahaan pemilik bioskop terbesar adalah GSC dan TGV, tetapi ada pula perusahaan baru seperti Lotus dan MBO, walaupun mereka tidak berlokasi di titik-titik utama.

Terkait film impor, distributor u seperti Fox, Tristar, dan Sony ada di Malaysia. Beberapa rantai bioskop, terutama GSC, juga berfungsi sebagai distributor, khususnya untuk film Hong Kong, tetapi ada juga perusahaan seperti Lotus yang mengkhususkan diri dalam mendistribusikan film Tamil/India. Menurut dua sumber praktisi film di Malaysia, persaingan perusahaan film di sana tergolong sehat dan memberikan keuntungan yang cukup besar.

Selain kebijakan di bidang ekshibisi, FINAS juga memberikan dukungan dana yang terbagi ke dalam tiga bentuk bantuan. Melalui FINAS POST, lembaga ini memfasilitasi proses pembuatan film dengan menyewakan peralatan, mulai dari kamera, lensa, peralatan audio, peralatan editing, sampai ruang editing dan rekaman, juga ruang pemutaran kecil. Juga menyewakan studio untukmixing yang disebut Studio Digital Mix Stage. Kemudian juga menyediakan perpustakaan untuk memberi rujukan baik buku maupun materi audiovisual dan juga membuat Galeri Perfilman untuk menyimpan bukti sejarah dan perkembangan industri film Malaysia. Selain itu juga membuat kursus-kursus seperti workshop film yang berlangsung setiap bulan, yang bisa diikuti dengan membayar iuran.

Baik keterangan data atau statistik yang cukup lengkap dan transparan maupun kemudahan mengakses formulir untuk mengajukan surat izin tertentu, semua tersedia di situs FINAS. Mulai dari jumlah penonton, daftar film yang masuk, sampai keterangan waktu yang dibutuhkan untuk mengurus surat-surat yang diajukan. Keterbukaan ini membantu pembuat film mengetahui prosedur dan langkah kerja yang harus ia tempuh termasuk adanya jaminan dan kepastian.

Amalia Sekarjati
Mahasiswa magang dari Universitas Multimedia Nusantara, publisis di Kineforum, dan baru memulai perjalanannya menulis seputar film.


LINK ASAL

p/s : kebijakan = fomular (kot...)


3 Jun 2012

Cacamarba : Hoore! Hoore! DAN Snow White & The Huntsman



Genre : Drama (Muzikal)
Arahan : Saw Teong Hin
Kos : Tidak diketahui (Sejak Finas tidak siar kos filem di laman webnya)
Pelakon : Akim AF, Farah Nazira, Kilafairy, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik dll.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Magika
Rating : 2.5/5


Selepas mengarah filem besar - PGL, pengarah Saw Teong Hin jarang mendapat/mengarah filem serius. PF merasakan 'graf'nya seakan menurun selepas itu. Apa Kata Hati (komedi romantik) dan yang terbaru Horee! Horee! filem muzikal tribute untuk Allahyarhan Sudirman (A.S). Apa yang PF dapati, jalan cerita seorang gadis lepasan SPM yang gempal dan tidak cantik didorong oleh neneknya (bekas Ratu Kebaya) untuk memasuki rancangan realiti Ratu Idola. PF mungkin takde masalah dengan jalan ceritanya. Mungkin jalan cerita remaja ini saja yang sesuai dalam suasana industri filem kita. Janggalnya, sedikit-sebanyak ada lagu-lagu A.S yang tak kena dengan jalan cerita. Naskah ini cuba sedaya upaya memasukkan lagu dengan lirik yang tak sekata. Contohnya semasa ingin menunaikan haji, kan ada lirik lagu Salam Terakhir “….pemergian ku ini tak dirancang” oh yes pergi haji/umrah sudah tentu dirancang dengan menunggu giliran pergi haji etc. Okay benda2 kecil sebegini mungkin orang akan kata “abaikan” demi tujuan filem ini (tribute) tetapi inilah yang perlu difikir semasa hendak membuat filem ini. Lagi satu semasa lagu Milik Siapakah Gadis ini, lagilah. Akim tidak tahu Aiman milik siapa? Walaupun begitu, semasa lagu Milik Siapakah Gadis Ini, ianya dibuat dengan berkesan dengan lakonlayar yang amat baik dan susunan muzik yang sedap telinga mendengar. Malahan, susunan lagu bagi kesemua yang ada dalam filem ini amat segar sentuhan Audi Mok.

Sebenarnya, 2 perkara saja, samada memilih lagu-lagu A.S kemudian tentukan jalan cerita ATAU sebaliknya. Tapi produksi telah memilih ‘sebaliknya’ yang akhirnya muzikal ini agak tak kesampaian dari segi kesinambungan jalan cerita dan lagu (sorry PF tidak menonton filem tribute yang lain dengan melanggar lirik dan jalan cerita, tidak seperti Magika yang menggunakan lagu original). Tema muzikal riang-ria Horee! Horee! juga cuba bergabung dengan elemen agama membuatkan PF fikir tak tahulah adakah cubaan berani atau silap. Walaupun dalam kelam-kabut itu, apa yang pasti PF dapat merasai perasaan bersulam pilu dan gembira bawaan Aiman, nenek dan keluarganya. Mood itu berjaya dibawa oleh pelakon-pelakon senior itu termasuk adik Farah Nazira seorang pelakon baru. Apa-apapun, orang kata pembuatan filem ini adalah “good effort”, yang tak good effort adalah pelakon extra yang menari-nari i.e orang kampung dan di pasar yang dibuat ala kadar, asal ada. Maksudnya pelakon extra itu tidak ramai. PF faham mungkin kekangan bajet atau produksi tak dapat cari ramai pelakon extra yang boleh menari. Oh dan satu lagi, pelakon-pelakonnya sendiri yang melagukan lagu-lagu tersebut harus diberi tepukan.



Genre : Aksi [2]
Arahan : Rupert Sanders
Kos : US?
Pelakon : Kristen Stewart, Chris Hemsworth, Charlize Theron
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Mirror Mirror
Rating : 3.5/5


Semasa masuk ke pawagam menonton filem ini, PF tak ingat langsung pasal filem Mirror Mirror yang ditayang bulan Mac lepas. Mirror Mirror mengandungi unsur-unsur komedi tetapi SW&TH ini lebih dramatik. Secara keseluruhannya PF LEBIH menggemari SW&TH ini. Pertama, lakonan Charlize Theron lebih jahat berbanding Julia Robert (maklumlah pemenang Oscar 2003), kedua, lebih dramatik, ketiga, CGI yang menarik terutama di taman pari-pari itu. Jalan cerita antara kedua-dua filem ini masih sama cuma dipermain-mainkan di sana-sini. Contoh, Mirror Mirror : anak raja dilain kerajaan yang cuba mencari Snow White yang hilang, tetapi SW&TH, seorang pemburu (Chris Hemsworth) yang pergi mencari Snow White di Rimba Gelap. Cuma, watak Snow White di Mirror Mirror lagi sesuai kot berbanding Kristen sebab wajahnya dekat dengan kartun Snow White. Haha. Dan lagi satu, betapa gelojohnya Raja SW&TH yang berkahwin dengan Snow White keesokan harinya tanpa selidik dahulu latarbelakangnya. Gersang betul!

1 Jun 2012

Palme d'Or Milik Amour



Haneke di Cannes 2012

Inilah filem yang memenangi Palme d'Or 2012 Cannes, Amour (Love) arahan Michael Haneke yang pernah juga memenangi anugerah yang sama pada tahun 2009 menerusi White Ribbon. (PF ada menonton White Ribbon tapi tak faham sangat ler). Juri-juri pada tahun ini adalah terdiri daripada :

Pengarah Itali Nanni Moretti (ketua juri)
Ewan McGregor
Diane Kruger
Pengarah Alexander Payne 
Jean-Paul Gaultier (Kenapa pereka fesyen boleh jadi juri filem ya?)

Trailer :



Kemenangan filem ini boleh baca di SINI

SENARAI filem setakat tahun ini.


Agenda 'bunuh' filem tempatan?



TIDAK dinafikan industri perfileman tempatan semakin berkembang pesat sejak lima tahun kebelakangan ini. Perkembangan itu diukur berdasarkan jumlah penerbitan filem yang meningkat saban tahun.

Pada tahun 2009 misalnya cuma 27 filem tempatan diterbitkan. Jumlah itu meningkat kepada 39 filem (2010) dan melonjak kepada 49 filem (2011). Angka itu dijangka terus meningkat sehingga 60 filem pada hujung tahun ini.

Malah menurut sumber Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kutipan tiket juga bertambah. Pada tahun 2009 kutipan tiket kasar filem-filem tempatan sebanyak RM50.84 juta, 2010 (RM85.97 juta) dan 2011 (RM124.85 juta).

Selari dengan itu juga, mulai 24 Mei lalu, dua filem tempatan ditayangkan serentak di pawagam-pawagam seluruh negara berbanding hanya sebuah filem sebelum ini.

Langkah itu ada rasionalnya dengan pertambahan bilangan pawagam dan kerusi di mana pada pada 2011 terdapat 639 skrin dengan 120,941 kerusi berbanding 571 skrin dengan 110,424 kerusi (2010).
Aku Ada, Kau Ada??? terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd. dan Hoore! Hoore! (Astro Shaw dan Independent Pictures) adalah dua filem tempatan pertama yang ditayangkan serentak melalui skim tayangan yang baru diperkenalkan itu.

Dalam senario hari ini, pertambahan bilangan filem tempatan memang patut digalakkan. Cuma yang kurang sedapnya, nisbah bilangan filem tempatan dan jumlah skrin dan kerusi yang disediakan seperti tidak memberi makna dalam erti kata sebenar kepada perkembangan filem-filem tempatan.
Ini kerana banyak pihak terlepas pandang dengan dominasi filem-filem asing terutamanya dari Hollywood, Hong Kong, Bollywood, Korea , Jepun dan Thailand yang semakin tidak dikawal.

Daripada statistik Finas, pada tahun 2005 sahaja terdapat 4,555 filem cereka dari luar negara telah ditayangkan di negara ini. Bilangannya bertambah kepada 6,915 buah filem dari pelbagai negara pada 2011.
Jika diteliti semula berdasarkan fakta dan statistik itu, maknanya pada 2011 sebanyak 6,915 filem asing telah bersaing dengan cuma 49 filem tempatan di pawagam-pawagam seluruh negara.

Jumlah itu tidak termasuk 1,757 lagi filem animasi asing yang turut ditayangkan pada 2011. Perbezaan itu sangat ketara dan memerlukan pemantauan daripada pihak-pihak tertentu terutamanya Finas.
Tidak dinafikan lambakan filem asing yang tidak terkawal banyak mempengaruhi kutipan tiket filem-filem tempatan. Contohnya, melalui tayangan dua filem tempatan serentak dalam satu minggu. Jika dulu, filem tempatan mempunyai ruang lebih lama uuntuk tayangan selain kurang persaingan sesama sendiri.

Pada masa sama, senario yang sedang berlaku itu juga mengurangkan bilangan panggung untuk tayangan filem-filem tempatan kerana kebanyakannya dikuasai filem-filem asing yang berstatus gergasi dan box-office.
Tidak ada gunanya pertambahan bilangan filem tempatan jika pada masa sama filem-filem asing dengan modal, kos penerbitan serta publisiti berskala besar lebih banyak mendominasi pawagam. Salah satu cara bagi mengatasi masalah itu ialah dengan cara mengawal kemasukan dan tayangan filem-filem asing di negara ini pada masa depan.

Jika filem-filem tempatan terikat dengan Skim Wajib Tayang Finas yang memberi masa tayangan sekitar dua minggu maka filem-filem asing juga sepatutnya dikenakan syarat tayangan tertentu.
Contohnya, setiap filem asing patut diberi tempoh tertentu seperti seminggu tayangan atau jika kutipannya menguntungan maka tayangan boleh dilanjutkan kepada dua minggu. Bagaimanapun, jika selepas seminggu jumlah penonton yang menontonnya tidak sampai satu pertiga daripada kapasiti sebuah panggung maka ia patut dihentikan tayangannya.

Ia bagi memberi laluan kepada lebih banyak panggung menayangkan dua filem tempatan serentak dalam satu minggu di samping memberi peluang kepada sesebuah filem tempatan untuk mengutip lebih banyak kutipan tiket dalam persaingan yang dicetuskan itu.

Dalam kata mudah, ketika filem tempatan bertarung sesama sendiri, mereka juga memecahkan lagi jumlah tontonan yang ada kerana ia ditonton oleh kalangan penonton yang sama.
Malah, secara tidak langsung filem-filem asing yang muncul dengan bajet, kos produksi, pemasaran dan promosi yang besar juga akan menenggelamkan filem-filem tempatan yang sedang ditayangkan di pawagam pada satu-satu masa.

Kalaulah senario itu berlaku maka filem KL Gangster terbitan Skop Production mungkin akan kekal menjadi filem tempatan paling tinggi kutipan tiketnya dalam sejarah. Sebabnya, filem tempatan manakah yang mampu mengatasi kutipan tiket filem arahan Syamsul Yusof itu dalam sistem skim tayangan baru yang lebih padat, ditambah dengan lambakan serta dominasi filem-filem dari luar negara selepas ini nanti?


Link ASAL