1 Feb 2012

Mendatarnya Chronicle


Genre : Aksi (2), Drama
Arahan : Josh Trank
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Dane DeHaan, Alex Russell, Michael B. Jordan 
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Banyak
Rating : 2.5/5


3 orang pelajar High School mendapat kuasa superpower dari 'sesuatu' di dalam lubang yang mereka jumpai. Kuasa yang memberikan mereka kelebihan pada mulanya bertukar menjadi bahana yang mereka sendiri tidak dapat menguasainya.

Andrew, Steve dan Matt

Trailer filem ini amat menarik sekali membuatkan peminat filem superhero atau Superman misalnya tak akan melepaskan peluang menyaksikannya. Tetapi jangan harap konsep watak hero menentang watak jahat dalam Chronicle kerana mungkin mahu lari dari jalan cerita biasa filem-filem superpower. Perjalanan bermula apabila 3 pelajar High School menjumpai seakan benda dari angkasa lepas di dalam satu lubang lalu mendapat kuasa daripada benda itu. Kuasa mengapungkan sesuatu benda, meremukkan kereta, mengalihkan benda berat  dan sehinggalah dapat terbang.

Tetapi awas, sepanjang filem ini anda tidak dihidangkan dengan aksi-aksi to the max kuasa mereka semata sebaliknya hanyalah bagaimana mereka discover kuasa dari sehari ke hari dan masalah keluarga Andrew (Dane DeHaan) sehinggakan membuatkan filem ini mendatar sebenarnya. Teknik kamera handheld yang digunakan tidak terlalu memeningkan sangat seperti dalam Cloverfiled. Anda masuk lambat ke panggung pun tak mengapa kerana hanya 15 minit terakhir barulah nyawa filem ini sebenarnya dan special effectnya amat menakjubkan.   

Bermain ragbi di atas awan

7 comments:

Hans Hanis said...

owh
mendatar ek?
aku teringin nak tengok War Horse dengan Haywire

PerangFilem said...

terpulanglah... tp bagi PF lambat sgt nak klimaks

Hans Hanis said...

dekat panggung wayang rumah aku tak tayang filem War Horse dengan Haywire...download je la nampaknya

eh,fb ko apa?

PerangFilem said...

Dah tengok sikit War Horse..tak habis. x minat sangat.

FB? rahsia... hehe

Kakiwayang said...

haha...suka ayat 'anda masuk 15 minit lambat pun xpe'.... sebab awal2 tu memang rasa foul gila cite ni...pastu sikit demi sedikit dia jadi makin menarik...haha...

PerangFilem said...

Terima kasih kakiwayang sebab singgah. Btw, walaupun katanya ada mesej/falsafah superpower dikurnia pada manusia biasa yang tak pandai handle, tetapi PF kurang suka caranya... boleh buat begitu tapi slow sgt..

fina.S said...

pnh tgk citr ni. ^^