28 Jan 2013

Husin, Mon & Jin Pakai Toncit Masih Terhibur Walaupun...



Genre : Komedi (Seram)
Arahan : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak dan pelakon asal Zombie K.P & HKLBR
Tahun : 2013
Rating : 3/5



Awal tahun lalu, PF tertanya-tanya filem tempatan pertama apakah yang akan ditonton kerana masa itu agak kabur dengan senarai filem Malaysia di pawagam. Nampaknya, filem Mamat Khalid ini menjadi pilihan. Sekuel Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) dan melengkapkan trilogi Kampung Pisang ini masih meneruskan hantu-hantu yang mengganggu penduduk Kampung Pisang, selain mengembalikan satira penduduk Kampung Pisang. Mon (Ezlynn) yang kini guru balik ke Kampung Pisang. Husin pula telah pulang dari Singapura dalam keadaan muflis menjalinkan kembali percintaan dengan Mon. Kedatangan Dr Samsudin dari Johor Bahru telah mengucar-kacirkan keadaan kampung. 

HMDJPT adalah kisah asal-usul Kampung Pisang, bagaimana ianya wujud. Tidak dapat dinyatakan di sini takut terkeluar pula spoilernya nanti. Awal filem ini agak tidak menyengat dengan kemunculan Afdlin Shauki berambut panjang itu. Ah, berapa Afdlin dapat untuk itu saja? Dengan watak extra yang tak memberi sepenuhnya. Kemunculan watak-watak baru sebagai penduduk kampung, Kak Limah yang tidak lagi sakit, kedatangan Dr Samsudin secara tiba-tiba dan percintaan Mon dan Husin menjadi latar kepada trilogi kampung Pisang kali ini. Secara keseluruhannya, PF melihat, HMDJPT adalah salinan semula HKLBR. Lawak-lawaknya masih sama yang mana memang itu adalah trademark penduduk di situ. Melihat keadaan itu, penonton adakalanya tidak ketawa melihat babak-babak yang pernah kita lihat di HKLBR kerana tidak ada kejutan. Apatah lagi ketiadaan Abi Hurairah (Johan) ternyata menumpulkan himpunan pelakon kali ini dari segi lawak-lawaknya. Yup, memang benar penangan Johankan? Kak Limah pula, dahulunya adalah subjek utama kali ini hanya mucul sebagai pelakon tambahan di mana kemunculannya kurang memberi kesan. Sekiranya, Kak Limah terlibat sekali dalam himpunan para pelakon itu mungkin kita dapat lihat kepentingan Kak Limah dalam misteri hantu-hantu Kampung Pisang walaupun ianya tidak berkaitan. Tapi, ianya dilupakan kerana memberi peluang kepada isu kedatangan Dr Samsudin tadi.



Melihat himpunan watak penduduk kampung yang ada di antaranya adalah watak baru, ianya tidak menjadi satu hal. Kita boleh terima atas alasan kelainan yang mahu diberi, cuma kadang-kadang tidak tahu mana silapnya bahasa tubuh mereka tidak terkawal seakan rapi dirancang dan tidak natural. Paling nyata adalah pergerakan seragam dan pergerakan biji mata yang teragak-agak dan hilang arah. Apatah lagi, pelakon baru yang agak kaku yang penunggang motor Usop. Wah, teliti benar. Bukan apa, sebab terganggu juga, bukan sengaja mencari kesalahan kecil filem ini. Satu 'penambahbaikan' dalam HMDJPT adalah penggunaan CGI yang kiranya tidaklah cacat mana dan PF tidak ada masalah dengan penggunaan CGI dalam filem ini. Begitu juga dengan kisah masa lalu Kampung Pisang yang cuba diterangkan kepada penonton menjadi filem ini lebih menarik untuk di tonton. Selainnya hiburan ringan yang boleh dilayan walaupun agak kurang umphh berbanding HKLBR. Ermm, apakah maksud toncit sebenarnya? 


Al Fatihah untuk Allahyarham Zami Ismail.

23 Jan 2013

Senarai 73 Filem Malaysia 2012



2012 mencatatkan 73 filem wajib tayang terbanyak yang ditayangkan di Malaysia setakat ini dalam setahun, dengan bertambahnya produksi baru dan filem bukan berbahasa Melayu. 

Cuba kira siapa pelakon yang banyak kali muncul dalam tahun ini? Secara rambangnya PF rasa Yana Samsudin dan Angah Rajalawak. Hantu Gangster mendapat tayangan paling banyak iaitu 99 pawagam. Paling Box Office adalah Ah Beng The Movie : Three Wishes (RM7.6juta) - kenapa tiada dalam senarai Finas? Mungkin tidak ikut syarat wajib tayang kot. 2. Adnan Sempit 2 (6.8j) 3. Jalan Kembali (4.5j), Tak hairanlah Adnan Sempit ada sekuel ke-3nya ya! Paling sedikit adalah filem Tamil - Vajram (RM10 ribu)

Berikut adalah senarai dan produksi masing-masing. 

SESUATU YANG TERTINGGAL | GRAND BRILLIANCE
KERAMAT | METROWEALTH PICTURES
BUJANG TERLAJAK | LINECLEAR MOTION PICTURES
SUMPAHAN KUM KUM | METROWEALTH PICTURES
AZURA | ACE MOTION PICTURES
HANTU DALAM BOTOL KICAP | METROWEALTH PICTURES
CHANTEK EMPAT | SEMUDRA PLANTATION
ADNAN SEMPIT 2 | METROWEALTH PICTURES 
FIST OF DRAGON (MANDARIN) | EVO PICTURES
CINTA KURA-KURA | KRU STUDIOS
**
BUNOHAN | APPARAT
SEEFOOD (ENGLISH) | SILVER ANT
7 PETALA CINTA | METROWEALTH PICTURES
JIDIN SENGAL | OUTLOUD STUDIOS
JANGAN PANDANG-PANDANG | EXCELLENT PICTURES
3 TEMUJANJI | METROWEALTH PICTURES
UNCLE USIN | SKETCH SEVEN
BERANI PUNYA BUDAK | VISION WORKS (M)
CHOW KIT | GRAND BRILLIANCE
NONGKRONG | METROWEALTH PICTURES
**
GHOST BUDDIES (MANDARIN) | DOUBLE VISION
MANTERA | FLARE STUDIOS
YOU BELIEVE IN GHOST? (MANDARIN) | GENIUS PARADE
AKU ADA, KAU ADA? | PENCIL PICTURES
HOORE! HOORE! | ASTRO SHAW / INDEPENDENT PICTURES
MAN SEWEL DATANG KL | WORK MOVE PRODUCTIONS
GERIMIS MENGUNDANG | E-RAMA CREATIVE
X | METROWEALTH PICTURES
JALAN KEMBALI | SKOP DAN GRAND BRILLIANCE
JIWA TAIKO | NUANSA PRODUCTION
**
AIR MATA IBU (MANDARIN) | SHINNING PRODUCTION
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG | METROWEALTH PICTURES
MAEL LAMBONG | EXCELLENT PICTURES
BAIK GILER | LAYAR DIMENSI
AKU, KAU DAN DIA | TAYANGAN UNGGUL
8 JAM | METROWEALTH PICTURES SDN BHD
MOMOK - JANGAN CARI PASAL | GALAKSI SENI SDN BHD
KARMA REBORN (KANTONIS) | GENIUS PARADE
HANTU GANGSTER | PRODIGEE MEDIA SDN BHD
SAM | SKOP PRODUCTION
**
SERAM SEJUK | I-INSAN MULTIMEDIA
LEFTWINGS | BAGUS TIASA SDN BHD
29 FEBRUARI | KRU STUDIOS SDN BHD
SALAM CINTA | METROWEALTH PICTURES SDN. BHD
HANTU AIR | MULTIMEDIA ENTERTAINMENT SDN. BHD
HALIM MUNAN | RR EMPIRE SDN. BHD
KEPONG GANGSTER (KANTONIS) | MAHU PICTURES SDN BHD
UNTUK TIGA HARI | ASTRO SHAW SDN.BHD
AJI NOH MOTOR | MIG PICTURES SDN. BHD
HANTU KAPCAI | KRU STUDIOS SDN. BHD
**
SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU | NUSAN BAKTI CORPORATION SDN. BHD 
TAI KUN | MIG PRODUCTION SDN. BHD
NGORAT | GRAND BRILLIANCE
AKU TERIMA NIKAHNYA | METROWEALTH PICTURES SDN. BHD
CINTA BERUANG | FANTASTIC VILLA SDN. BHD
PE3 | METROWEALTH PICTURES SDN. BHD
VAJRAM (TAMIL) | GENIUS PARADE SDN. BHD
APA CELOP TOQQ | EXCELLENT PICTURES SDN. BHD 
BUDAK PAILANG | MIG PICTURES SDN. BHD
ZAITON, CERITAKU | BRUANG FILM SDN. BHD
**
AJI BOY | MIG PICTURES SDN. BHD
ISTANBUL, AKU DATANG | GRAND BRILLIANCE & RED FILMS
WAR OF THE WORLDS : GOLIATH | TRIPOD ENTERTAINMENT SDN. BHD
PONTI VS OMI | VISION WORKS (M) SDN. BHD 
SEPAH THE MOVIE | PTV FILM PRODUCTION SDN. BHD
LAGENDA BUDAK SETAN II | ASTRO SHAW SDN. BHD
STRAWBERI CINTA | MIG PICTURES SDN. BHD
ADUTHA KHATTAM | NGP FILM SDN. BHD
THE GOLDEN COUPLE | PRIMEWORKS STUDIOUS SDN. BHD.
ADIK MANJA RETURN | ADIK MANJA SDN. BHD
**
THE COLLECTOR | TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD
KAHWIN 5 | KRU STUDIOS SDN. BHD
THE PRINCE OF THE CITY | AXIS LINE ENT. SDN. BHD. 


Lain - lain 

*AH BENG THE MOVIE : THREE WISHES
*RELATIONSHIP STATUS (filem digital)


14 Jan 2013

Serbis : Seni Atau Seks? & Les Miserable, Compliance



Genre : Drama (Filipina)
Arahan : Briliante Ma. Mendoza
Pelakon : Gina Pareno, Coco Martin, Jacklyn Jose, Mercedes Cabral
Tahun : 2008
Rating : 3.5


Tiap kali menonton filem Filipina mesti ada sesuatu yang baru cuba ditampilkan. Walaupun Serbis (Service) berlatarbelakangkan gelaja moral yang sama dengan Walang Kawala ianya lebih berkisar isu kekeluargaan. Filem yang dipertandingkan dalam Festival Filem Cannes 2008 ini mengisahkan keluarga Nayda yang bekerja di bangunan panggung wayang lama ironinya yang bernama 'Family' tetapi sebenarnya bercanggah dengan tempat itu. Mereka menayangkan filem-filem separa lucah dipawagam tersebut dan kebanyakan pelanggan adalah gay/nyah. Nayda mempunyai anak angkat perempuan, Jewel yang menjaga tiket wayang, Roland dan Alan anak sudara yang menjaga projektor wayang dan melukis poster wayang. Suami Nayda, Lando tukang masak di gerai kecil panggung tersebut. Ibu Nayda, Nanay Flor berhadapan dengan kes mahkamah dengan bekas suaminya yang beristeri lain. Di sebalik penayangan filem tersebut, di dalam panggung yang gelap penonton-penonton gay ini berurusan sebagai pelacur lelaki dan melakukan seks di situ. Oh! ini sudah tentu berlawanan dengan Cinema Paradiso. 

Filem ini agak kontroversi juga semasa di Cannes 2008. Baca sajalah di internet dan sambutan semasa penayangan filem ini di sana. Tumpuan filem ini adalah Nayda yang menjaga perniagaan di situ, milik Nanay Flor. Teknik kamera hand-held banyak digunakan semasa pelakon berjalan di tangga-tangga dalam bangunan ini, namun tidak memeningkan. Yang mengganggu adalah bunyi bising kenderaan dan hon-hon kereta/motor kerana panggung tersebut berada ditepi jalan yang sengaja diaudiokan begitu bagi memetaforakan keriuhan watak-watak. Adakah jika  sesebuah filem yang menonjolkan adegan seks dan menampakkan alat sulit para pelakonnya dikatakan sebuah filem yang berani? Pada PF, ya. Apatah lagi bagi negara Asia Tenggara. Dan apatah lagi yang membawa unsur-unsur LGBT. Adakah panggung sebegini memang wujud di Filipina? Apakah perlu adegan Jewel dipermulaan filem dalam keadaan sebegitu? Ingatkan Jewel akan jadi 'permata' filem ini tetapi ianya sekadar kilauan palsu.

Sudah termengandung baru nak menyesal
Kadang-kadang terfikir juga, jika ianya benar (panggung dan seks) maka memang memalukan tetapi realiti memang pahit untuk ditelan. Tapi rasanya masyarakat di sana tidak kisah dengan benda-benda ini walaupun pasti ada segelintir yang memprotes, itu tidak hairan. Dan kadang-kadang terfikir kenapa ada orang yang buat filem sebegini? Adakah ingin memberitahu dunia yang mereka sama hebat dalam isu-isu sebegini dalam masa sama memanipulasi dalam medium kreatif? Adakah ianya di sanjung di festival besar sekadar agenda barat atau ianya benar-benar baik dalam seni (filem) dan barat tidak pernah menyaksikan filem sebegitu?

Terdapat seorang pencuri yang melarikan diri dan dikejar ke segenap ruang panggung sehingga ke tingkat atas adalah untuk memberitahu penonton panggung itu ada tingkat atas dan di atas keadaannya agak baik dari tingkat bawah yang kotor. Manakala, kambing pula sebagai 'pemberitahu kepada penonton' apa yang berlaku di dalam panggung (dalam keadaan cahaya terang). Filem ini menyaksikan konflik bagi setiap ahli keluarga di situ, kecuali Lando (suami Nayda) yang hidup dalam dunianya sendiri seakan sudah biasa dengan keadaan disitu dan kurang ambil port. Dan bagaimana anak lelaki Nayda yang kecil tu mula bergelumang dengan tempat kotor? Ah, dunia semakin pincang. Alan yang menghamilkan Merly belum bersedia mendirikan rumah tangga lalu pergi dari situ sebagai penamat filem ini.

Bolehkah kita pergi Cannes dengan bukan cerita sebegini? Sedangkan jiran-jiran pernah meraih sesuatu di Cannes, contoh lain filem Uncle Boonmie... (Thai). Hanyut terlepas peluang dengarnya kerana telah world premier di Dubai Disember lalu. Serbis tidak sesuai untuk tontonan di bawah umur.

Sekilas :

Les Miserable (2012) Tom Hooper : Menonton dua kali filem ini. Muzikal yang hebat dengan prop yang spektakular. Pernah menonton sedikit Phantom Of The Opera tetapi tidak dapat menerimanya dan tak habis tengok. Les Miserable hebat dari lagu-lagu dan lakonan terutama Hugh Jackman, Anne Hathaway tetapi tidak Russel Crow walau bagaimanapun dia telah mencuba. Bukan mudah menghafal banyak lirik tu! Pasti menjadi favourite filem muzikal selepas Sound of Music! 
"Look down.... look down......!"

4.5/5



Compliance (2012) Craig Zobel : Bila nak tulis ni, baru tahu ianya terbitan 2012. Berdasarkan kisah benar. PF dapat tahu filem ini dari pengarah James Lee kat satu group di FB dan dia recommend filem ni. Filem ini tak salah kerana ia hanya alat penyampai saja. Tak sangka orang Amerika ni bodoh juga terutama si pengurus perempuan restoren makanan segera tu. Takkan polis menyiasat guna telefon saja dan lama pulak tu! Harold juga yang bijak tak percaya kata-kata 'polis' tu. Becky pun sama juga bodoh, takpelah baru 19 tahun. Ada 70 kes yang sama sebegini dilaporkan di US. Ada juga orang yang sakit buat kerja bodoh macam Daniel tu.

2.5/5

Seni Mencipta Adegan

Memahami maksud mise en scene, dipetik dari kolum Pancaindera 13hb Januari 2013 oleh Rasdan.


Seni Mencipta Adegan

Apabila menonton sesebuah filem atau drama televisyen khususnya adegan dalam ruang (in door), suatu yang paling cepat dikesan ialah susun letak prop, pencahayaan, gerak pelakon dalam ruang dan gerak kamera.

Ada sesetengah filem mengambil remeh adegan begini. Pengarah seni tidak memberikan penataan seni yang teliti, penata cahaya tidak mampu menghidupkan suasana dan jurukamera gagal merakam daripada sudut dan gerak kamera yang menarik dan bermakna.

Dalam perfileman semua ini disebut mise en scene iaitu seni mencipta adegan. Mise en scene merupakan istilah Perancis yang bermaksud meletakkan satu subjek dalam adegan. Mise en scene merupakan segala yang kita lihat di dalam sebuah filem iaitu semua yang nampak di layar filem ataupun skrin televisyen.

Mulai dari setting tempat, kostum, solekan, pencahayaan dan ekspresi pelakon dan gerak kamera. Mise en scene meliputi fungsi sebuah adegan dalam filem itu bagi menjelaskan sesuatu atau untuk memberi kesan dramatik - semua elemen itu bergantung dari kehebatan filem itu sendiri.

Penyusunan elemen dalam mise en scene juga sangat penting kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai macam perkara lain seperti harapan pelakon dalam babak tersebut, permasaalahan watak dan lain-lain lagi.

Mise en scene juga berperanan untuk menjadikan penonton tidak senang duduk dan akan melahirkan keinginan untuk terus mengetahui perkembangan tentang sebuah adegan, bahkan keseluruhan filem.

Salah satu unsur mise en scene yang utama adalah set. Set merupakan tempat atau ruang sesuatu babak. Set dicipta berdasarkan pelbagai pertimbangan seperti isipadu dan kesinambungan grafik, misalnya kesinambungan dominasi warna.

Konsisten dalam pemakaian warna tersebut berhubung kait dengan dimensi grafik dan perjalanan cerita tersebut. Set berperanan penting dalam sesebuah filem. Set boleh menyampaikan cerita meskipun tanpa pelakon.

Kostum dan solekan boleh dijadikan cara untuk memenuhi dimensi grafik yang kreatif. Sekali lagi konsisten pemakaian, trend ataupun warna kostum dan solekan sangat bergantung pada sudut pandang seseorang pengarah dalam menggarap ceritanya.

Selain itu juga, kostum boleh menjadi satu simbol terhadap sebuah zaman, negara, mahupun ideologi tertentu.

Kostum selalu dekat dengan set. Set menyediakan latar belakang yang natural dan sesuai dengan cerita sementara kostum membangunkan identiti karakter pelakon.

Kostum boleh menonjolkan sifat sebenar pelakon. Penampilan pelakon yang telah disolek tentu akan berbeza, bergantung konteks dramatik yang diinginkan pengarah.

Pencahayaan menjadi salah satu kunci untuk membangun kesan dan mood cerita. Cahaya pula dapat memanipulasi ruang dan boleh menjadi penguat dalam sesuatu babak.

Dalam filem bercorak detektif, seorang penjahat yang memiliki banyak rencana jahat tidak akan ditampilkan dengan cahaya yang terang benderang.

Sama juga dengan filem seram, kebanyakan cahaya yang digunakan oleh pengarah adalah biru dan hijau.

Permainan cahaya boleh menjadi sesuatu yang kreatif kerana secara tidak sedar, cahaya ternyata memberikan kesan yang berbeza bagi setiap benda yang terkena pantulannya.

Ketika ini cahaya berperanan penting. Dalam sinema Hollywood, cahaya mempunyai peranannya sendiri dan selalu diterapkan, iaitu tiga penjuru cahaya. Sumber cahaya berada di tiga penjuru berbeza dan memiliki peranan yang juga berbeza.

Filem Back To The Future bahagian satu hingga tiga merupakan sebuah filem yang begitu teliti dalam pembikinannya. Filem yang berkisar tentang mesin perjalanan masa ini berjaya menunjukkan perbezaan masa yang ditonjolkan.

Set yang dilakukan oleh pengarahnya, Robert Zemeckis membuktikan seting latar masa sesuatu filem amat penting. Dalam filem keluaran tahun 1985 ini, perbezaan tiga zaman yang dilawati oleh watak Marty McFly lakonan Michael J. Fox begitu ketara.

Difahamkan latar tempat filem ini yang dikenali sebagai bandar Hill Valley hanya dilakukan di Courthouse Square yang terletak di bahagian belakang Universal Studios. Paling menarik lokasi tersebut diubah sebanyak tiga kali bagi menunjukkan perbezaan latar masa yang diingini oleh pengarahnya.

SUMBER : Utusan Pancaindera

10 Jan 2013

Calon-calon Oscar ke 85


Agak surprise juga AMOUR (Palme D'or Cannes 2012) dapat tercalon dalam kategori utama. Selain itu 2 filem bukan-Amerika tercalon dalam Filem Terbaik; Amour dan Les Miserable. Dah sah-sah la Amour menang kategori Filem Asing kan! Kali ini 9 filem saja dalam kategori Filem Terbaik, bukan 10 seperti tahun-tahun sebelumnya.

Lincoln mendapat pencalonan terbanyak iaitu 12, Life of Pi (11), Les Miserable dan Silver Lining (8).
Apa yang menarik calon termuda dalam sejarah Oscar; Quvenzhane Wallis (Beasts of the Southern Wild) berusia 9 tahun dan Emmanuelle Riva (Amour) 85 tahun. Lebih teruja, semua 4 pelakon Silver Linings Playbook berjaya menempatkan diri dalam semua kategori lakonan selepas 31 tahun sejarah sebegitu itu tercatat (Sumber)

1. Best Picture:
"Amour,"
''Argo," 
''Beasts of the Southern Wild," 
''Django Unchained," 
''Les Miserables," 
''Life of Pi," 
''Lincoln," 
''Silver Linings Playbook," 
''Zero Dark Thirty."

2. Actor: 
Bradley Cooper, "Silver Linings Playbook"; 
Daniel Day-Lewis, "Lincoln"; 
Hugh Jackman, "Les Miserables"; 
Joaquin Phoenix, "The Master"; 
Denzel Washington, "Flight."

3. Actress: 
Jessica Chastain, "Zero Dark Thirty"; 
Jennifer Lawrence, "Silver Linings Playbook"; 
Emmanuelle Riva, "Amour"; 
Quvenzhane Wallis, "Beasts of the Southern Wild"; 
Naomi Watts, "The Impossible."

4. Supporting Actor: 
Alan Arkin, "Argo"; 
Robert De Niro, "Silver Linings Playbook"; 
Philip Seymour Hoffman, "The Master"; 
Tommy Lee Jones, "Lincoln"; 
Christoph Waltz, "Django Unchained."

5. Supporting Actress: 
Amy Adams, "The Master"; 
Sally Field, "Lincoln"; 
Anne Hathaway, "Les Miserables"; 
Helen Hunt, "The Sessions"; 
Jacki Weaver, "Silver Linings Playbook."

6. Directing: 
Michael Haneke, "Amour"; 
Benh Zeitlin, "Beasts of the Southern Wild"; 
Ang Lee, "Life of Pi"; 
Steven Spielberg, "Lincoln"; 
David O. Russell, "Silver Linings Playbook."

7. Foreign Language Film: 
"Amour," Austria; 
"Kon-Tiki," Norway; 
"No," Chile; 
"A Royal Affair," Denmark; 
"War Witch," Canada.

8. Adapted Screenplay: 
Chris Terrio, "Argo"; 
Lucy Alibar and Benh Zeitlin, "Beasts of the Southern Wild"; 
David Magee, "Life of Pi"; 
Tony Kushner, "Lincoln"; 
David O. Russell, "Silver LiningsPlaybook."

9. Original Screenplay: 
Michael Haneke, "Amour"; 
Quentin Tarantino, "Django Unchained"; 
John Gatins, "Flight"; 
Wes Anderson and Roman Coppola, "Moonrise Kingdom"; 
Mark Boal, "Zero Dark Thirty."

10. Animated Feature Film: 
"Brave"; 
"Frankenweenie"; 
"ParaNorman"; 
"The Pirates! Band of Misfits"; 
"Wreck-It Ralph."

11. Production Design: 
"Anna Karenina," 
''The Hobbit: An Unexpected Journey," 
''Les Miserables," 
''Life of Pi," ''Lincoln."

12. Cinematography: 
"Anna Karenina," 
''Django Unchained," 
''Life of Pi," 
''Lincoln," 
''Skyfall."

13. Sound Mixing: 
"Argo," 
''Les Miserables," 
''Life of Pi," 
''Lincoln," 
''Skyfall."

14. Sound Editing: 
"Argo," 
''Django Unchained," 
''Life of Pi," 
''Skyfall," 
''Zero Dark Thirty."

15. Original Score:
"Anna Karenina," Dario Marianelli; 
"Argo," Alexandre Desplat; 
"Life of Pi," Mychael Danna; 
"Lincoln," John Williams; 
"Skyfall," Thomas Newman.

16. Original Song: 
"Before My Time" from "Chasing Ice," J. Ralph; 
"Everybody Needs a Best Friend" from "Ted," Walter Murphy and Seth MacFarlane; 
"Pi's Lullaby" from "Life of Pi," Mychael Danna and Bombay Jayashri; 
"Skyfall" from "Skyfall," Adele Adkins and Paul Epworth;
"Suddenly" from "Les Miserables," Claude-Michel Schonberg, Herbert Kretzmer and Alain Boublil.

17. Costume: 
"Anna Karenina," 
''Les Miserables," 
''Lincoln," 
''Mirror Mirror," 
''Snow White and the Huntsman."

18. Documentary Feature: 
"5 Broken Cameras," 
''The Gatekeepers," 
''How to Survive a Plague," 
''The Invisible War," 
''Searching for Sugar Man."

19. Documentary (short subject): 
"Inocente," 
''Kings Point," 
''Mondays at Racine," 
''Open Heart," 
''Redemption."

20. Film Editing:
"Argo," 
''Life of Pi," 
''Lincoln," 
''Silver Linings Playbook," 
''Zero Dark Thirty."

21. Makeup and Hairstyling: 
"Hitchcock," 
''The Hobbit: An Unexpected Journey," 
''Les Miserables."

22. Animated Short Film: 
"Adam and Dog," 
''Fresh Guacamole," 
''Head over Heels," 
''Maggie Simpson in 'The Longest Daycare,'" 
"Paperman."

23. Live Action Short Film: 
"Asad," 
''Buzkashi Boys," 
''Curfew," 
''Death of a Shadow (Dood van een Schaduw)," 
''Henry."

24. Visual Effects: 
"The Hobbit: An Unexpected Journey," 
''Life of Pi," 
''Marvel's The Avengers," 
''Prometheus,"
''Snow White and the Huntsman."

SUMBER


5 Jan 2013

Cacamarba : A Royal Affair, Seraphine, Life Is Beautiful



Genre : Drama (Denmark)
Arahan : Nikolaj Arcel
Pelakon : Alicia Vikander, Mads Mikkelsen, Mikkel Boe
Tahun : 2012
Rating : 3.5/5


Sebenarnya PF kurang gemar costume drama. Oleh kerana, filem ini disebut-sebut sebagai top 5 Filem Bahasa Asing Terbaik Oscar ke 85, PF cuba meneroka keistimewaannya. Selain busana dan latarbelakangnya yang cuba direalisasikan pada zaman tersebut, ARA membawa konflik permaisuri yang jatuh cinta dengan physician peribadi suaminya King Christian VII yang agak gila-gila perangainya. Melakukan seks dengan wanita lain walaupun telah berkahwin, tidak serius dalam memerintah dan tidak pandai akan hal-hal undang-undang/politik negaranya. Dr Johann Struensee yang bijak mengawal Christian cuba mempengaruhinya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah membuntingkan permaisuri. Christian membuat penonton tertanya akan kewibawaannya dan tiada sifat kepimpinan semulajadi hanya kerana mewarisi takhta raja sebelumnya. Filem ini sebenarnya milik Caroline, isteri kepada King Christian. Susunan plot yang teratur buat penonton tidak sukar untuk menelusuri ARA. Dr Johann baik di tangan Mads Mikkelsen dan penamat yang bagi PF tidak dijangka.




Genre : Drama (Perancis)
Arahan : Martin Provost
Pelakon : Yolande Moreau, Ulrich Tukur
Tahun : 2008
Rating : 3/5

Kisah benar tentang Seraphine dalam lingkungan 40an seorang tukang cuci rumah yang sebenarnya memiliki bakat melukis yang luarbiasa. Bakatnya dikesan oleh Wilhelm Uhde lalu membawa lukisannya ke galerinya. Sayang sebenarnya, bakatnya samada lambat dikesan oleh dirinya atau tuhan baru hendak beri dia anugerah melukis pada usia sebegitu. Digambarkan sebagai andartu dan tinggal keseorangan di bilik sewa yang kecil. Lukisannya lebih kepada alam dengan lebih terperinci lagi lukisan dedaunan dan buah-buahan di mana rapat dengan kehidupannya. Filem ini sangat minimal dialog dan bukan kepada peminat filem bising-bising. Banyak scene yang 'begitu saja' tanpa 'keputusan' contohnya dia memanjat pokok dan berjalan ke pokok besar sambil membawa kerusi dan duduk di bawahnya. Mendapat ilham dengan memandang pokok-pokok yang ditiup angin. Mungkin kerana jalan hidupnya sebegitu, maka tiada konflik yang benar-benar maka kita harus terima filem ini seadanya. Melihat lukisannya memang cantik bagi yang pandai menafsir. Bagi mata PF, ada lukisannya yang memang mempunyai sesuatu. Katanya dia ada rahsia dalam bahan-bahan campuran melukis. Diperhatikan dia mengambil darah babi sebagai pewarna merah dan cairan lilin. Kisah benar ini membawa kepahitan pada zaman kemashyurannya. 




Genre : Drama (Itali)
Arahan : Roberto Benigni
Pelakon : Roberto Benigni, Nicolette Braschi, Giorgio Cantarini
Tahun : 1997
Rating : 3/5

Filem ini dua jam. Satu jam pertama berkonsep komedi romatik dan PF sangat tak menggemarinya seperti filem komedi murahan. PF memang tak mengenali Roberto Benigni (Guido) pada mulanya. Seperti pelakon komedi yang bodoh-bodoh alang untuk memikat Dora. Masuk jam kedua berkenaan dia dan keluarganya yang berbangsa Yahudi ditangkap pihak Nazi dan ditempatkan disatu tempat dan dikerah bekerja. Nazi, German... apa-apa jelah yang berkaitan pasal tu. Pada jam kedua ini Guido berubah dari sifat ceria dan gila-gila tu kepada seorang ayah yang penyayang dalam melindungi anaknya dari apa yang berlaku di tempat tahanan dengan mengatakan itu hanyalah permainan untuk mendapatkan hadiah kereta kebal kepada anak lelakinya supaya tidak mengalami perasaan ketakutan. Bagusnya, Guido hanya senyum dan ketawa yang ditunjukkan kepada anaknya dan seberapa boleh mencari muslihat agar anaknya tidak tahu perkara sebenar. Filem ini pasal itulah. Pasal dia mengorat Dora memula itu terlalu panjang dan macam tak perlu kot sampai 1 jam. Atau ada benda-benda yang PF kurang tangkap? Walaupun ada tragedi di hujung cerita, ianya disembunyikan agar happy ending memihak kepada Joshua, anak Gudio itu. Filem ini menang Filem Bahasa Asing Terbaik semasa Oscar 71 dan Grand Prix di Cannes 1998.


3 Jan 2013

The Fall : Fantasi Yang DiManfaatkan


Genre : Aksi2
Arahan : Tarsem Singh
Pelakon : Lee Pace, Catinca Untaru dll
Tahun : 2006
Rating : 4/5



Alexandria
Ada beberapa sebab PF sangat suka filem ini. Filem fantasi yang mempunyai warna yang cantik, sinematografi yang excellent dan entah.. selamba je movie ni walaupun ada aksi-aksi. Dan tak perlulah siap buat gambarajah untuk faham jalan cerita dan watak seperti Inception dan Cloud Atlas kan? Permulaan filem ini sama seperti filem Antichrist - hitam putih dan dalam gerak perlahan. Roy Walker seorang pelakon lagak ngeri mengalami kemalangan lumpuh kaki dan terlantar di hospital di Los Angeles pada tahun 1915. Seorang kanak-kanak perempuan, Alexandria yang patah tangan di hospital yang sama menjadi kawan Roy. Roy bercerita tentang satu cerita epik kepada Alexandria. Roy bukan cerita kosong sebaliknya ada hajat supaya Alexandria membantu cita-citanya untuk mengambil pil di farmasi supaya Roy dapat membunuh diri atas sebab...

Cerita epik yang diceritakan oleh Roy itulah yang menjadi inti filem ini. 5 watak fantasi - bandit yang menjadi mainan Roy direka dan Alexandria terpegun mendengarnya sehingga teruja untuk mengikutinya sampai habis.  Alexandria (Catinca Untaru) dalam filem ini nampak natural dengan sikap semulajadi seorang kanak-kanak, terpesona dengannya. Watak-watak bandit terdiri dari orang-orang di hospital itu sendiri dan juga rakan setugas semasa dia berlakon. PF ingin memetik komentar Tonton Filem tentang adegan bayangan kuda di pintu :

"8 minit awal dan menyedari ini sebuah filem tentang WAYANG, tentu jadi kegemaran peribadi (rujuk babak si budak tgk kuda terbalik di balik dinding dan bila dibuka kuda dibalik cahaya: petanda kisah yg diceritakan adalah dibuat-buat dgn TUJUAN oleh si lelaki atas katil)."


Sutradaranya Tarsem tak mengehadkan khayalan di mana fantasinya menyeberangi beberapa negara di dunia. Tetiba saja kat mereka di Bali, India, China dan lain-lain negara. Bila selak imdb katanya melibatkan 28 negara dan ambil masa 4 tahun untuk siapkan filem ini (tak pasti benar atau palsu). Mula-mula keliru juga, lama-kelamaan sedar ini fantasi ciptaan pengarah dan para penulis lakolanyarnya. Selain babak-babak 5 bandit yang menarik tak lepas mata ini menontonnya, keyakinan Roy menceritakan kisah itu berjaya menarik Alexandria turut menjadi watak dalam kisah dongeng, itu yang menyentuh hati. Hanya dengan kisah itu kita dapat merasakan hubungan yang rapat antara lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. Rujuk Roy yang berkerusi roda dan menangis melawat Alexandria dan menghabiskan kisahnya. Dan akhir sekali, momen manis pabila Alexandria menganggap semua pelakon lagak ngeri yang ditontonnya di'flickers' adalah Roy Walker. Rasa macam rugi pulak baru sekarang dapat tengok filem ni.

Imaginasi Roy untuk mencipta watak The Mystic, paling suka babak ni.
Bandit
Babak di gurun memang lawa
Adakah Roy meneruskan hasratnya itu? The Fall ada jawapannya. Macam iklan ler pulak. Huhu.

1 Jan 2013

In The Mood For Love & Filem Kanak-kanak Iran


Genre : Drama (China)
Arahan : Wong Kar Wai
Pelakon : Tony Leung, Maggie Cheung
Tahun : 2000
Rating : 4/5



PF sedar, Wong Kar Wai adalah salah sorang lagi pengarah hebat dari tanah China selain Zhang Yimou. Bertahun dulu ada tonton Chungking Express tapi masa tu tengok begitu-gitu saja tanpa apresiasi dan tak sampai habis pun. 

Chou dan Chan baru tinggal di apartment sewa bersebelahan dan kebetulan pindah pada hari yang sama. Lama-kelamaan mereka jatuh cinta walaupun masing-masing telah berumahtangga. Ini kerana suami dan isteri mereka berjauhan atas tuntutan kerja. In The Mood for Love (ITMFL) adalah kisah perasaan yang terbina atas rasa kekurangan yang sedia ada. Ada beberapa babak yang diulang 2 kali semasa mereka dibangunan terbiar tu iaitu semasa Chan (Maggie) berkata "tak kisahkah isterimu, apabila kamu pulang lewat.." dan kemudian giliran Chow pula berkata demikian bagi pihaknya. Apa maksudnya tak berapa PF nak tangkap. Sepanjang menontonnya, harus teliti akan busana Chan kerana tiap kali bertukar babak adalah bermaksud hari yang berlainan tetapi tempat yang sama. Walaupun score muzik ini yang juga lagu tema Song Jumeji's theme seringkali berkumandang menandakan terdapat sentuhan perasaan antara Chan dan Chow, tiada rasa bosan kerana mood cinta terbit dihati penonton malah kita seakan menanti apa akan jadi pada babak itu yang semua dipapar dalam gerak perlahan. Oh! Sungguh terbuai.

Terdapat satu babak di mana Chan memandang ke luar tingkap sambil minum kemudian Chow juga memandang ke luar tingkap pejabatnya sambil merokok bermaksud mereka saling mengingati antara satu sama lain walaupun mereka di tengah ramai. Ini berlawanan dengan satu babak telefon di antara mereka tidak berbicara. Dan apa maksud shot jam dinding yang lama-kelamaan kamera turun ke bawah? Dan yang unik tentang perhubungan ini kerana, Chan selalu melatih untuk 'berpisah' dengan Chow walaupun ianya perit. Yang bagusnya, tiada adegan intimate dalam ITMFL, hanya berpelukan oleh Chan itu pun hanya menjatuhkan kepala ke bahu Chow.

Kesimpulan cinta Chow, ianya sangat dalam tetapi perasaan itu tidak sepatutnya ada dan dia ingin merahsiakannya di satu lubang dinding batu dan disumbat dengan lumpur. Sangat syahdu menonton filem ini.


>>>> <<<<


Where The Friend's Home, The White Ballon, The Mirror
Genre : Drama (Iran)
Arahan : Abbas Kiarostami, Jaafar Panahi
Pelakon : Various Kids Actors
Tahun : 1987, 1995, 1997
Rating : 3/2.5/3


Kenapa PF gabungkan ketiga-tiga filem ini? Sebab semuanya berkonsep sama saja. Filem kanak-kanak yang tak dapat lari dari karya Iran. Tema yang senang dan tiada kejutan bagi PF yang selalu menonton filem dari sana :

Where The Friend's Home - Ingin memulangkan buku sekolah kawan
The White Ballon - Kanak-kanak perempuan ingin membeli ikan emas sempena tahun baru
The Mirror - Kanak-kanak perempuan yang sesat ketika pulang dari sekolah

Kecuali The Mirror ada sedikit kelainan yang cuba untuk memaparkan realiti di balik tabir. Tahun lepas ada menonton Hayat yang lebih kurang sama. Mungkin adegan berlari-lari dalam keempat-empat filem ini mempunyai signifikan dalam filem kanak-kanak mereka dan semuanya mempunyai lapisan kedua yang PF tidak sentuh di sini kerana kurang ilmu :) Semuanya boleh tonton di Youtube.

Selamat Tahun Baru 2013!!

Filem-Filem 2013 Part 1 (JAN - JUN)



Tontonan sepanjang 2013.

JANUARI
------------
WHERE IS THE FRIEND'S HOME (DRAMA-IRAN) --- 3
THE MIRROR (DRAMA-IRAN) --- 3
THE WHITE BALLON (DRAMA-IRAN) --- 2.5
UPSIDE DOWN (AKSI 2) --- 2.5
IN THE MOOD FOR LOVE (DRAMA-CHINA) --- 4
THE FALL (AKSI2) --- 4
SERAPHINE (DRAMA-PERANCIS) --- 3
A ROYAL AFFAIR (DRAMA-DENMARK) --- 3.5
LIFE IS BEAUTIFUL (DRAMA-ITALI) --- 3
LES MISERABLE (AKSI1) --- 4.5
THE TOWER (AKSI2-KOREA) --- 3.5
THE BEAST OF SOUTHERN WILD (DRAMA) --- 3
COMPLIANCE (DRAMA) --- 2.5
SERBIS (DRAMA-FILIPINA) --- 3.5
TWILIGHT SAMURAI (AKSI1-JEPUN) --- 2.5
MAMA (SERAM) --- 3.5
THE IMPOSSIBLE (AKSI2) --- 4
MANILA - THE NAIL OF BRIGHTNESS (DRAMA-FILIPINA) --- 3.5
HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT (KOMEDI) --- 3

FEBRUARI
-------------
HANSEL & GRETEL (AKSI2) --- 2
BLACK WIDOW - WAJAH AYU (DRAMA) --- 3
JUVANA (AKSI1) --- 2.5
PASSING FANCY (DRAMA-JEPUN) --- 3.5
THE ONLY SON (DRAMA-JEPUN) --- 3.5
ONCE UPON A TIME (KOMEDI-MALAYSIA) --- 2.5
MOONRISE KINGDOM (DRAMA) --- 3
FRENKENWEENIE (ANIMASI) --- 3
KON-TIKI (AKSI-NORWAY) --- 3.5
FLIGHT (DRAMA) --- 3
FUNNY GAMES US (AKSI1) --- 3.5

MAC
-------
ROCK OO! RIMBA BARA KEMBALI (DRAMA/KOMEDI) --- 3.5
JACK & THE GIANT SLAYER (AKSI2) --- 2
DARK SKIES (SERAM) --- 2
LAWAK KE DER 2 (KOMEDI) --- 3.5
THE CALL (Halle Berry) (AKSI1) --- 3.5
OZ THE GREAT & POWERFULL (AKSI2) --- 3
WARM BODIES (THRILLER/GANAS) --- 2
STOKER (DRAMA) --- 3.5
THE CROODS (ANIMASI) --- 3.5
OLYMPUS HAS FALLEN (AKSI2) --- 3
SEMBUNYI : AMUKAN AZAZIL (SERAM) --- 3.5

APRIL
--------
AMOUR (DRAMA-AUSTRIA) --- 4
THE HOST (AKSI2) --- 3
THE GATE OF THE GHOST (THAI-AKSI1) --- 3
PAPERBOY (DRAMA) --- 2.5

MAY
-------
KONTRADIKSI (DRAMA) --- 3
THE EXOTIC MARIGOLD HOTEL (DRAMA-UK) --- 4
BOLA KAMPUNG THE MOVIE (ANIMASI) --- 3.5
PITCH PERFECT (DRAMA-MUSICAL) --- 3
IRON MAN 3 (AKSI2) --- 3.5
STAR TREK : INTO DARKNESS (AKSI2) --- 4
TWILIGHT GANGSTER (KOREA-AKSI1) --- 3
TEXAS CHAINSAW 2013 : EVIL HAS MANY FACES (GANAS/THRILLER) --- 2.5
THE KID WITH THE BIKE (DRAMA-PERANCIS/ITALI/BELGIUM) --- 3.5
GRAVE ENCOUNTERS (SERAM) --- 2.5
EBOLA SYNDROM (GANAS/THRILLER) --- 4
PIETA (DRAMA-KOREA) --- 3.5
FAST & FURIOUS 6 --- 3
EPIC (ANIMASI) --- 3
KIL (DRAMA) --- 3.5

JUN
-----
BLANCANIEVES (SPAIN-DRAMA) --- 3.5
LARI (AKSI1) --- 2.5
AFTER EARTH (AKSI2) --- 2.5
NOW YOU SEE ME (AKSI2) --- 3
PEE MAK (THAI-KOMEDI) --- 3.5
MAN OF STEEL (AKSI2) --- 4
WAR WORLD Z - (AKSI2) --- 3
WHITE HOUSE DOWN (AKSI2) --- 3
4 MONTHS, 3 WEEKS & 2 DAYS (DRAMA-ROMANIA) --- 3