29 Sept 2013

Vikingdom, KL Gangster 2, RUSH



Genre : Aksi2
Arahan : Yusry Abd. Halim
Pelakon : Dominic Purcell, Conan Steven, Natassia Malthe, Craig Fairbrass
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5



Setelah membaca ulasan dan komen sana-sini yang puji dan hentam pasal filem Vikingdom termasuklah soalan dari pakar mitos Scandinavian, Dr Karl dari US dan balasan video dari Yusry, PF tetap mengatakan ianya satu filem percubaan yang baik dari Yusry dan KRU Studio dalam konteks filem Malaysia. Yeah, diketahui ada kelemahan dalam Vikingdom sama ada dari kostum, CGI dan lakonan pelakon utamanya, oh ada juga 'nuansa filem melayu' dalam Vikingdom ini, tapi tak mengapalah, KRU belajar dari Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Vikingdom boleh kata setapak ke hadapan berbanding HMM. Ada beberapa part, seakan menonton filem Hollywood (golden girls dan babak peperangan terakhir) pun begitu tak lari dari babak-babak yang fail. Bagi yang bertanya, kenapa KRU pilih cerita Viking, sila tonton video ini sampai habis (durasi 1 minit+ saja) :


Bagi yang belum tahu kontroversinya :


> Director's response to Vikingdom's Controversy


James Coyne (Scriptwriter's response)

p/s : harap filem ULAR daripada KRU taklah seperti filem KARAK.

************



Genre : Aksi1
Arahan : Syamsul Yusof
Pelakon : Rosyam Nor, Aaron Aziz, Ady Putra, Syamsul Yusof, Zizan Razak
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5

Sedikit spolier : Terus-terang PF tak banyak menonton filem gangster kerana bukan genre kegemaran. Filem gangster luar apatah lagi. Filem tempatan seperti, Kepong Gangster, Langgar dan terbaru Dampak kurang memberi kesan yang rata-ratanya membosankan. KL Gangster 2 (KLG2) salah sebuah filem yang dinanti-nanti oleh ramai orang tahun ini. Setelah menontonnya pada hujung minggu sebelum tayangan rasminya bermula pada 3 Okt, (ah celaka, seat row ke 3 dari depan), boleh dikatakan KLG2 tak menghampakan PF. Sebenarnya, ianya lebih kurang sama je dengan KL1 (kau tengoklah poster KLG1 dan KLG2, lebih kurang sama je pun), pacenya laju membuatkan tak rasa bosan (klise lah komen kau!, dan dengar ini - disertakan dengan momentum aksi yang digandakan dan padu - teringat filem LARI (Aaron juga) yang sendu tu). Kali ini, Rosyam Nor sebagai Tailong sangatlah menyerlah, gangster melayu paling ganas kot (dan melahap Zati - kau ingat tak babak gangster Cina rogol dalam CHOW KIT?). Sofi Jikan pula gangster yang 'puitis' agak unik tetapi lama-kelamaan terlalu berbahasa dan membuang dialog, tapi bukan bermakna tiada yang berisi sepanjang lakonan beliau, terutama berkenaan 'blood brother' tu.

Sama seperti KLG1 dimana elemen kekeluargaan disuntik bagi memancing emosi penonton, ah tak malu mengatakan babak-babak yang melibatkan keluarga ni agak touching (Sekali lagi, ianya tak ubah seperti KLG1) Maklum sajalah... PF ada bagitau dalam ulasan filem lepas-lepas pasal bab ni. Jadi, ini prekuel, kalau ikutkan 'turutan cerita', permulaan cerita bahagian pertama (KLG2) adalah lebih dahulu yang mantap, kemudian bahagian kedua (KLG1) adalah lebih kurang 'ulangan' yang agak menurun pada pandangan PF. KLG2 jika dikira jalan cerita hanya begitu-gitu saja tetapi dari segi rekabentuk produksi, aksi, jenaka, dan momentum, memberi nilai hiburan yang memuaskan.

p/s : apa jadi dgn anak kandungan Zati dalam KLG1, dan babak Tailong lawan Jai dan Malik best aperr... teringat The Raid.

***********


Genre : Aksi1
Arahan : Ron Howard
Pelakon : Chris Hemworth, Daniel Bruhl, Olivia Wilde,
Tahun : 2013
Rating : 4/5

Filem ini berlatarbelakangkan tahun 1976 mengisahkan 2 orang pelumba F1 yang saling bersaing, James Hunt (Chris) dan Niki Lauda. PF berani kata, walaupun korang tak minat F1, pasti terpesona dengan filem ini. Takpun kalau tak suka F1, korang convert aje ke sukan lumba basikal ke, lari balapan ke, kan haha. Bila baca wiki, ianya pasal biografi 2 pelumba ini yang bersaing untuk menjadi world no 1 driver, so bukan fiction bagi PF yang kurang tahu pasal pelumba-pelumba F1 ini, dah la tahun sebelum kita lahir pulak tu kan. Macam inilah mau buat filem bio. Penonton disogok dengan permulaan kisah Niki Lauda dan di atur satu-satu sehingga beliau berhenti dalam perlumbaan di mana, mata/markah sangat penting ketika itu demi tak mahu isteri kehilangannya (sebelum itu Niki menemui kemalangan yang mengakibatkan keretanya terbakar). Kemudian bagaimana konfliknya dengan James, dan permasalahan hubungan peribadi James dengan isterinya. Penonton dapat menghayati ketika kereta berlumba dan adrenalin sama memuncak! Drama, aksi dan lucu, wajib tonton bagi yang gemar akan filem-filem sport.

25 Sept 2013

Senarai Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013



Majlis Pengkritik Filem KL kembali lagi dengan senarai bagi tahun 2012/13. Majlis ini yang terdiri daripada blogger-blogger filem termasuk PF (ada sesetengahnya penulis buku), pengkritik filem yang telah lama berkecimpung dalam kritikan filem, wartawan, editor majalah dan pemerhati perfileman tanahair.

Filem-filem yang terlibat adalah dari :

September 2012 (6/9/2012 : Salam Cinta & Hantu Air), sehingga
Ogos 2013 (29/8/2013 : Tanda Putera & KL Zombi)
*Sumber FINAS



Kredit Tonton Filem

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur mengeluarkan senarai pendek pencalonan untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013. Penerima anugerah berkenaan mengikut kategori masing-masing akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2013. Setakat ini, kami mendapati terdapat 73 filem yang melalui skim wajib tayang dan telah ditayangkan pada bulan September 2012 hingga Ogos 2013, tidak menolak beberapa filem terbitan tempatan bukan berbahasa kebangsaan, filem animasi, serta filem bebas yang tidak dimasukkan. Semuanya melalui pertimbangan dan penelitian khusus.

Setakat pemerhatian kami, kuantiti tayangan filem tempatan mendadak naik daripada tahun lepas setelah penganjuran dua filem tayangan seminggu dijalankan. Banyak filem bergenre dalam landasan kotemporari menjadi pilihan para pembikin. Tema sihir, tahyul, dan gangsterisme mendapat tempat teratas, selain percintaan dan persoalan moral dalam Islam turut dicitrakan. Paling menarik, terdapat beberapa penampilan sarana kumpulan minoriti terhadap wahana sosial sekarang yang ditampilkan. Peningkatan penayangan filem tempatan berbahasa ibunda serta "percubaan" filem adaptasi karya kreatif pada tahun lepas dan tahun ini juga amat membanggakan. Percubaan penerbit terbesar negara, MiG untuk meneliti cerita melangkaui pembikinan harus diberi pujian kerana terdapat beberapa filem perdananya yang mempunyai penceritaan yang baik dan tersusun, walaupun bukan terbaik dari segi inti pati (substance).

Dalam pemerhatian kami pada tahun ini, kebanyakan filem yang diharapkan dapat merentasi suatu mutu dan kekuatan yang boleh diiktiraf menjadi suatu permintaan yang sia-sia. Indah khabar daripada rupa. Perkara ini suatu sesalan dalam kumpulan filem yang banyak pada tahun ini. Kami turut mendapati bahawa kebanyakan filem membawakan idea dan cerita asal yang menarik, namun tidak mampu digarap dengan betul dalam beberapa perkara yang jelas, mengganggu pelancaran bentuk hasil akhir sesebuah filem. Mise-en-scène yang sepatutnya tidak dapat dirasai. Masalah ini ditambah dengan kekurangan fahaman tentang bentuk (form) filem, yang tidak menyampaikan jiwa dan kesinambungan teknik terhadap kandungan, menyebabkan inti patinya tidak begitu baik (mediocre). Masalah ini mencacatkan pencitraan filem berkenaan. Hal ini tampak jelas dalam beberapa filem adaptasi, yang jelas mempunyai idea asal yang menarik dan dapat diperkembangkan dengan intepretasi lakon layar baharu namun menjadi sebaliknya.

Atas sebab ini, dari segi mutu, kami merasakan kekuatan filem mutakhir ini agak merosot. Senarai filem yang keluar pada tahun ini antara yang terlemah dalam sejarah filem Malaysia. Tidak ada yang "stand out" dan dapat dibanggakan, sampaikan kami terpaksa menimbangi perkara yang sekurang-kurangnya kecil dan khusus sebagai merit terhadap kepentingan wayang dan pengalaman wayang.

Kami juga amat terganggu dengan suara penguasa dan pencatur politik yang cuba "masuk campur" dalam pengalaman pewayangan tempatan dengan alasan tetek-bengek yang tidak munasabah. Kami ingin menyuarakan pandangan mutlak, bahawa suara penguatkuasa dan politik perlu berada di luar budaya pembikinan dan apresiasi wayang. Filem ialah filem, karya yang memberikan reaksi, renungan, dan intepretasi terhadap sesiapa yang menonton layar tebarannya. Malang untuk filem seperti Tanda Putera dan Kampung Baharu/The New Village dipaksa masuk ke dalam kancah pempolitikan oleh mana-mana pihak dan dihakimi dengan pelbagai label dan kenistaan. Masyarakat perlu bergerak ke luar dan maju. Menuduh sesebuah filem "berdosa" sebelum menontonnya, seperti kes yang berlaku terhadap filem dokumentari, Lelaki Komunis Terakhir (2006) menampilakan kematangan sebenar penonton tempatan sekarang. Filem hanya dinilai atas baik atau buruknya, tidak ada cara lain lagi.

Di sini, kami sertakan senarai pencalonan seperti yang berikut:



Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013


Pengarah Terbaik

Nik Amir Mustapha untuk KIL

Bernard Chauly untuk Istanbul, Aku Datang!

Mamat Khalid untuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali

M. Subash Abdullah untuk Misteri Bisikan Pontianak

Esma Daniel untuk Zaiton, Ceritaku


Pelakon Lelaki Terbaik

Beto Kusyairi untuk Istanbul, Aku Datang!

Redza Minhat untuk KIL

Khir Rahman untuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali

Pekin Ibrahim untuk Cerita Kita

Farid Kamil untuk Lagenda Budak Setan 2




Pelakon Wanita Terbaik

Lisa Surihani untuk Istanbul, Aku Datang!

Vanida Imran untuk Untuk Tiga Hari

Nadia Aqilah untuk Zaiton, Ceritaku

Ruminah Sidek untuk Misteri Bisikan Pontianak

Fazleena Hishamuddin untuk Kontradiksi



Sinematografi Terbaik

Mohd Noor Kassim untuk Zaiton, Ceritaku

Haris Hue Abdullah untuk Istanbul, Aku Datang!

Soon Yung Chong untuk Paper Moon

Soon Yung Chong untuk KIL

Norhanisham Muhamad untuk Sembunyi



Lakon Layar Terbaik

Rafidah Abdullah untuk Istanbul, Aku Datang!

Alfie Palermo untuk Sembunyi

Mamat Khalid untuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali

Nik Amir Mustapha untuk KIL

Rameesh Puncharatnam untuk Olli



Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Adlin Aman Ramlie untuk Juvana

Afdlin Shauki untuk Untuk Tiga Hari

Sharnaaz Ahmad untuk Sembunyi

Hans Isaac untuk Langgar

Saiful Apek untuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali



Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Umie Aida untuk Sembunyi

Anne James untuk KIL

Mislina Mustaffa untuk Misteri Bisikan Pontianak

Fynn Jamal untuk Kontradiksi

Faezah Elai untuk Tanda Putera




Filem Terbaik

Istanbul, Aku Datang! (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Lina Tan Suan Jeu sebagai penerbit)

KIL (Rewan Ishak, Nik Amir Mustapha, Jeremy Little, Anizan Sarif, Tengku Iesta Tengku Alaudin sebagai penerbit)

Rock Oo! Rimba Bara Kembali (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Mamat Khalid, Jalena Rejab sebagai penerbit)

Sembunyi (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Frank Lewis, Kabir Bhatia, Jalena Rejab sebagai penerbit)

Misteri Bisikan Pontianak (M. Suurya sebagai penerbit)

14 Sept 2013

Giliran Dhusrajanam ke Bangkok




Filem M.Suurya, Dhusrajanam akan menyertai World Film Festival Bangkok pada November 2013 nanti. 
Ini berbeza dengan Bangkok International Film Festival yang James Lee (Beautiful Washing Machine) menang pada tahun 2005 tu. 

Good luck!

Website : http://www.worldfilmbkk.com/

Sumber : FB Dhusrajanam

12 Sept 2013

Dhusrajanam : Kelahiran Semula




Genre : Drama (Malaysia)
Arahan : M. Suurya
Pelakon : M.Subash, Kalpana, Vicky Nadaraja, Sansitha, Ti-Amo, Sundraju
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5


Melihatkan trailer filem tamil tempatan ini terdapat tulisan mengatakan "A Strong Message for Local Indian Community", PF berkata wah! berani juga filem ini kiranya hendak mengajar masyarakat melalui gambar bergerak ini. Apa yang ditawarkan oleh filem ini sehingga ayat itu diletakkan dalam trailer dan apakah masyarakat yang dimaksudkan dapat mesej yang disampaikan setelah menontonnya? Jika tidak dapat (mesej yang dijanjikan), adakah mereka geram? Adakah masyarakat lain yang menontonnya tidak boleh mengaitkan apa yang diceritakan? Padahal setelah menontonnya ia boleh dikaitkan. Adakah PF yang melayu ini rasa terpinggir dengan filem ini? Dalam buku "Yasmin How You Know" ada mengatakan (arwah) Yasmin Ahmad, 'kalau nak mesej, nanti saya sms' (bukan melaui filemnya) lebih kurang begitu. Namun, setiap pengarah ada visi dan prinsip masing-masing. Bagi PF, seperti yang pernah disebut dalam tulisan sebelum-sebelum ini, filem itu tak semestinya membawa mesej. Majoriti orang filem tahu akan hal ini. (cewah, nak tunjuk pandai la pf tu kan...)

Dalam meniti Dhusrajanam yang hanya bersarikata Inggeris diterjemah sebagai rebirth, kita lihat satu dimensi seorang lelaki India yang berumur 29 tahun, terkongkong dengan suatu impian yang ingin 'dilepaskan'. Kuttan yang hidup dengan kakak dan abang tiri setelah bapanya meninggal dunia dan dipaksa membantu kakaknya mencari nafkah sebagai penari tradisi India, padahal Kuttan bercita-cita nak jadi pemain badminton terkenal. Kuttan digambarkan sebagai seorang yang lemah dan kurang upaya hanya mampu menurut perintah mereka. Dalam kedaifan keluarga itu (sebenarnya tidak) Kuttan sedaya upaya cuba keluar dari kepompong dan ingin hidup bebas.

Secara peribadinya, memanglah jarang kalau filem membawa tema sebegini. Jika drama mungkin sudah banyak kali. Tapi bagaimana jalan cerita itu direka supaya kisah Kuttan lebih bermakna dan lain dari yang pernah disaksikan. Di tambah pula, watak Kuttan yang agak tidak berapa betul. Filem dalam format 2D agak memberi kelainan bagi filem M.Suurya/ M.Subash kali ini. Justeru, bagi filem-filem mereka yang lazim kita tonton kali ini nampak 'bersih' dan beri mood berbeza (jadi, bagaimana sinematografinya ya, bila kelihatan sama?). Filem dimulakan dengan Kuttan yang membelakangi kamera dan dirunguti kakaknya tentang wajahnya yang serabai yang bagi pf satu sentuhan yang baik bagi permulaan filem ini. 


Dalam zaman yang serba moden, bagaimana terpaksanya tarian tradisi itu 'dikekalkan' bukan kerana seni itu sendiri, malah sebagai penyambung hidup betapa ketidakkeikhlasan dalam menyambung warisan. Kakak tiri Kuttan, hanya memaksa bukan mengajar jurus-jurus tarian pun. Yang nyata dalan filem ini, drama kakak dan seorang lagi penduduk kampung yang 'bertelagah' berkenaan penari dari kampung dan penari dari luar adalah sepertimana realiti masyarakat India (antaranyalah) yang berjaya di bawa ke medium ini. ('Surreal' ke istilahnya tu? hehe). Dan Kuttan (M. Subash) yang tak pernah-pernah menari, dalam filem ini seakan penari yang sedang belajar yang menjadi. Cuba ingat akan tariannya di atas pangkin itu disaksikan oleh 2 orang wanita (salah seorang adalah kakak tirinya) yang ingin mengambilnya membuat persembahan di satu festival. Satu 'pementasan' bahawa tiada festival mungkin untuk kejayaan Kuttan di situ, pf fikir. Kemudian, ada beberapa babak yang mungkin kita akan persoalkan dan tidak mungkin dibuat tanpa sebab. Antaranya, kenapa Kuttan dan seorang penari wanita berlatih menari di dalam bilik tidur yang sempit sedangkan boleh di ruang tamu yang biasanya lebih luas? Dan kenapa almari pakaian di dalam bilik itu menutupi tingkap yang mengakibatkan  terbias sedikit cahaya saja? Padahal ada lagi ruang yang lebih baik untuk almari itu.

Adakah bilik tidur adalah tanda kepada kesenangan? Atau sedikit cahaya yang terbias adalah tanda kepada kesukaran peluang hidup Kuttan? Mungkin tafsiran yang salah atau, mungkin Pf terlebih-lebih 'membaca'. Apa pula maksud Kuttan menggilap shuttlecock yang rosak itu? Dan segalanya yang rosak, shuttlecock, jaring badminton, racket, beg sandang, kasut sukan dan gelanggang badminton yang tak nampak garisan pun yang dikelilingi kandang kambing(?). Semua bermaksud dengan tafsiran yang tersendiri. Begitu juga Kuttan menari dihadapan kubur ayahnya. Tak pasti akan hal ini dalam masyarakat India, tetapi tariannya adalah hasil penipuan terhadapnya, tapi persembahannya yang 'sejati' adalah kerana kasihnya terhadap ayah. Dan tidak patut jika PF tak sebut muzik latar filem ini/skor yang agak baik digubah oleh Shaman.

Seperti Misteri Bisikan Pontianak arahan M. Subash, M. Suurya juga sekali lagi menghabiskan naskah ini serupa dengan membuka semua hal-hal yang menutup point-point yang menjadi soal sebelumnya dengan terang-terangan. Simbol seorang nenek yang memeluk Kuttan dijalanraya adalah simbol kejayaan kepada Kuttan (ingat semula Kuttan memeluk replika manusia yang bermain badminton dengannya dalam bilik atas kemenangannya). Dengan 'korban' yang dilakukan, cita-cita Kuttan terus nampak jalannya (jalan yang dimana Kuttan lalui dihujung cerita itu). Jadi, adakah kita menerima mesej Dhusrajanam dengan jelas?

Sumber : FB Dhusrajanam

Trailer Dhusrajanam


*Filem PENSEL akan di buat versi Cina/mandarin.



5 Sept 2013

Psiko Pencuri Hati : Suka Tapi Tak Puas



Genre : Drama (Thriller)
Arahan : Nam Ron
Pelakon : Bront Palarae, Sharifah Amani, Syed Hussein
Tahun : 2013
Rating : 4/5



Kalau kau keluar panggung dan tersenyum maknanya kau puas dengan filem yang baru ditonton. Barulah bermakna dengan duit yang kau laburkan tu. Alangkah indahnya saat itu terutamanya kaki wayang seperti PF bahawa masa yang diluangkan sangat terisi. Dan apabila kau balik memandu pulang pun masih teringat-ingat dan tak sabar nak tulis reviewkan? (kalau filem buruk pun adakalanya tak sabar jugak nak tulis). Akan tetapi macam KL Zombi yang teruk tu, malas nak tulis semata-mata nak bagitau yang buruk-buruk saja dan cukup sekadar bagi rating 1.5/5. Memang menyumpah apabila keluar panggung. Kalau buat cerita macam tu tak payah guna novel pun boleh buatkan? Dan kalau agak-agak berat tak tervisualkan novel tu baik jangan buat kelak hasilnya teruk, yang katanya hanya berapa % saja ikut novel, kan dah lari roh novel tu. Dapat juta-juta tapi penonton yang hampa. Ok Grand Brilliance (GB)? Dahulu PF puji filem Chow Kit terbitan GB, biasalahkan tak semua filem satu produksi itu cemerlang. 

Berbalik kepada Psiko Pencuri Hati (PPH). PF suka nak bandingkan dengan filem SAM. Kalau SAM macam tu, PPH lagi atas dari SAM untuk genre yang sebegini. Sebab apa PF kata begitu? Ada beberapa sebab yang jelas. Yang buat SAM sedikit ke belakang adalah permulaan yang lemah (Tengok SINI). PPH pasal manusia psiko. Manusia yang obses dengan apa yang dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan kepuasan. Sehingga manusia sejenis ini saling bertemu apa akan jadi? Secara terusnya, mencuri hati, untuk membunuh dan mengambil hati manusia supaya hati jahat tidak lagi berleluasa, merupakan inti apa yang ingin digerakkan oleh sutradara dari situ. Nam Ron, siapa tak kenal, baru kali ini dapat tonton filem arahannya, setelah Jalan Pintas tiada berpeluang dan harap sangat dapat tengok. Lakon layar PPH adalah usahasama beberapa orang seperti Ayam Fared, Nam Ron sendiri, Sharifah Amani dan beberapa lagi PF tak tak sempat nak tangkap semasa opening kredit, sangat berkesan, dialognya (yang bercampur dengan bhs Inggeris). 

Ada beberapa line yang menangkap keluar dari mulut Khai (Syed Hussein) dan Wani (Sh. Amani). Oh tak lupa, Man (Ameerul Affendi) dan Sidi (Bront), ah kira semualah. Apabila talent ini bergabung, maka terhasillah lakonlayar yang cemerlang dan ditambah dengan warna filem, seakan psiko menjadi alam kekalutan manusia yang tercari-cari kebahagiaan yang amat sukar. Ditambah dengan sinematografi yang kena membuatkan PPH menambah mata jika dipertandingkan. Cuma satu yang tak puas adalah, mungkin kita terbiasa dengan filem jenis psiko atau thriller, PPH membongkarkan rahsia dengan mudah dan tidak membuang masa membuatkan PF tak rasa puas akan hal itu. Kurangnya tanda tanya membuatkan penonton hanya terus dihidangkan penyudah seumpama lauk yang tunggu dilapah sampai kenyang. Ini mesti ada kena mengena dengan penonton Malaysia yang malas berfikir (kadangkala PF pun begitu). Mungkin Nam Ron tak mahu ianya terlalu berat dan sesuai dengan penonton kat sini. Sebenarnya PPH ada ciri-ciri drama berat tapi dilonggarkan dengan kesimpulan mudah yang disebut tadi. 

Ada satu watak sidekick kepada Sidi, yang PF telah dijangka lagi semasa Sidi takut-takut lari ke bawah katil, damn.. dan berkata dalam hati ‘aku tahu siapa dia ni’… merupakan sidekick yang kadang-kadang pelik seawal di kedai kopi, kemudian lama-kelamaan, barulah sidekick ini beralun mengikut karakter Sidi. Dan yang paling penting, aduh… PF terkesima dengan lakonan Syed Hussein a.k.a Sein sebagai Khai seorang suami yang cuba menyelamatkan rumahtangganya dan apabila filem ini semakin menunjukkan taringnya, maka taring Sein pun turut keluar dan belum pernah rasanya dia membawa watak sebegini. Pemilihan yang tepat bagi watak Khai dan PF bagi thumbs up! Kedua, Bront, of course kita tahu lakonannya hebat. Cuma sejak akhir-akhir ini lakonannya terlebih-lebih (mungkin tunjuk ajar seseorang pengarah filem yang dibintangi), tapi kali ini dia membawa keadilan pada watak penulis novel yang mencari resepi seorang pembunuh ke dalam novelnya. Sharifah Amani, perghh, kau rasa tak riak wajahnya semasa dia mula-mula ‘diperkenalkan’ kepada penulis novel MANGSA iaitu Sidi di meja makan tu? Seakan terpancar diwajahnya betapa hatinya menjerit tetapi diselindungkan. Sebenarnya tiap ketika Amani hebat dan satu lagi part ketika dia menangis di sebalik satu barang/benda ketika Khai sedang nangis memujuknya. Begitulah, jika aktor-aktor hebat bergabung dan kena dengan arahan sang pengarah, maka terjadilah sebuah filem yang baik. 

Menikmati PPH terasa masa berlalu seakan pendek kerana kita dihanyutkan dengan lakonan, kata-kata dan gambar yang menawan lalu mencari sisa apakah lagi yang bakal menandingi PPH hingga hujung tahun ini.

p/s : tertunggu filem kedua Khir Rahman.