28 Oct 2011

Senarai Filem Bertanding FFM 24



FFM24 yang katanya bakal berlangsung pada 19 November 2011, tapi taktaulah katanya tangguh. Jadi PF tak dapat pastikan di sini, bila sebenarnya tarikh yang betul atau pasti. Berikut adalah senarai 42 filem yang bertanding, disebut sebagai terbanyak dalam sejarah FFM (sampah pun kira ya?) :


1. Mantra*

2. Senario Asam Garam

3. 4 Madu

4. Cuti-Cuti Cinta

5. Ngangkung

6. Aku Tak Bodoh*

7. Hantu Kak Limah Balik Rumah*

8. Aku Masih Dara

9. Janin*

10. Damping Malam

11. Khurafat*

12. Sini Ada Hantu*

13. Kembar Siang

14. Hikayat Merong Mahawangsa*

15. Ratu 

16. ... Dalam Botol*

17. Cun

18. Dilarang Masuk*

19. Senjakala

20. Penunggu Istana

21. Seru*

22. Momok Jangan Panggil Aku

23. Kongsi

24. Nurkasih The Movie*

25. Karak*

26. KL Gangster*

27. 3,2,1 Cinta

28. Rasuk

29. Sekali Lagi

30. Tolong Awek Aku Pontianak*Akan Tonton

31. Senario The Movie Ops Pocot

32. Flat 3A

33. Karipap-karipap Cinta

34. Hantu Bonceng*

35. Bini-biniku Gangster

36. Libas

37. Al-Hijab*

38. Sumpahan Puaka*

39. Raya Tak Jadi

40. Jangan Pandang Congkak 2

41. Klip 3gp

42. Crayon

Filem yang PF tonton antara senarai di atas adalah yang bertanda * iaitu sebanyak 17!! Tak sangka juga, dalam memilih-milih filem Melayu/Malaysia, lebih 10 juga yang PF tonton. Adakah dalam memilih-milih itu, PF puas hati dengan filem-filem tersebut? (Kecuali Tolong Awek Aku Pontianak yang AKAN PF tonton).

Dari 17, yang PF paling suka :

Aku Tak Bodoh
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Khurafat
.. Dalam Botol
Seru
KL Gangster : so-so
Mantra : so-so

Pelawat PF telah bersepakat memilih KL Gangster seperti mana di poll lalu (klik sini).
Tapi bagi PF sendiri, biar simpan dahulu sehinggalah Fest. PerangFilem ke 3 (klik sini) berlangsung sekitar bulan Disember nanti.

Bagaimana dengan anda? Berapa filem Melayu/Malaysia yang anda tonton dari senarai di atas? Sejauh mana kecintaan anda pada filem Malaysia?

Sumber : website FFM24


p/s : PAPADOM yang menang filem terbaik 2 tahun lepas (jika tak silap), tak boleh diterima oleh PF. Walaupun di tayang ulang kali di Astro, tetap tak boleh tonton sampai habis filem PAPADOM. Kenapa ya????????

*Update ; Sudah tonton Tolong Awek Aku Pontianak.. PF bagi 1.5 bintang saja.


24 Oct 2011

HIDDEN (Erra Fazira & Christopher Atkins)


Genre : Seram

PF sangat teruja ingin menonton filem gandingan pelakon Malaysia (Erra Fazira) dengan Hollywood (Christopher Atkins) tanpa membaca sebarang review tentang filem ini sebelum pergi menonton. Maksudnya zero idea tentang Hidden. Di awal kredit PF merasakan nama produser dan pengarah dari negara India, adalah pemilik naskhah ini. Malas nak siasat latarbelakang mereka. Lokasi rumah Dian dan Walter seperti di rumah Ahadiat Akashah.

Berikut adalah apa yang PF dapati (Awas SPOILER tahap dewa), kalau nak tonton cerita ni,  JANGAN BACA.

Ø  Tugas Dian (Erra) adalah memanggil nama anaknya Adam 5-6 kali dalam filem ini termasuk anak tirinya (?) Sam kerana mencari mereka dalam rumah. Bosan sekali!

Ø  Walter (Christopher Atkins) macam nak tak nak berlakon je. Dialog beku. Tak berkembang langsung. Macam malas! Kalau ya tak suka projek ini kenapa terima ya?

Ø  Erra dan Christopher  takde chemistry. Adakah Walter suami Dian yang baru? Takde kemesraan langsung.

Ø  Lakonan Adam nampak kaku (pelakon tak kenal)

Ø  Orang alim (pelakon dari India rasanya) pakai baju melayu lengkap tanpa sampin … alahai….. sedih rasanya. Mcm tak kena wataknya dan seakan mencuba nak buat watak misteri tp tak jadi.

Ø  Ketika pelakon memanggil nama anak atau nama watak lain, effect mcm bergema dalam gua (kesemuanya) walaupun di mana berada e.g hutan. WTF!

Ø  Walter dan Dian ada tukang masak yang cantik, Sandra (Elain Daily) ada skandal lelaki tegap (pelakon India) yang datang setiap pukul 10 malam dan melakukan seks! Kena ke? Hantu yang tiada kaitan dlm filem ini bunuh mereka. Tak relevan langsung.

Ø  Yana (nurse yg rawat Dian), mati sbb ada hantu Adam dlm kereta yg nak balas dendam hanya kerana buat kerja acuh tak acuh. Sbb tu je. WTH!

Ø  Sah-sah penonton tau si Adam mati dan jadi hantu dalam rumah tu, kenapa nak lagi takut2kan penonton dengan hantu Adam?!  Crap! Hantu-hantu pun crap!

Ø  Skrip lemah! Pelakon seakan terkongkong dgn skrip.  (waaa pertama kali PF kritik mutu skrip nih!)

Ø  Takde penyudahnya pun tak pe. Worst ever.

Sekian.

1/5

23 Oct 2011

Sumpahan Puaka : ????


Genre : Drama

Mesti korang terperanjatkan? Kenapa genre filem ini drama? PF baru saja menonton filem ini dan mendapati  80% kandungan filem Sumpahan Puaka berkonsepkan drama. Maka, 20% yang dihujung filem ini  baru memecahkan rahsia segalanya apa yang berlaku sepanjang filem. Jadi PF sendiri dapat merasakan  penonton-penonton  tertipu dengan tajuk dan poster filem ini termasuklah PF sendiri. Kerana PF dapat mendengar rungutan dan keluh kesah mereka sama ada sepanjang  dan di akhir tayangan.

Shamsudin (Imuda) seorang pelukis yang mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah kampung untuk mencari ilham melukis. Tiba di sebuah kampung dia mendapati beberapa kelakuan pelik di kalangan penduduk kampung termasuk Tijah (Mislina Mustafa), tuan punya rumah di mana Shamsudin menyewa di bilik dirumahnya. Tinggal bersama Tijah ialah ibunya yang sakit dan lumpuh. Tijah selalu mendera ibunya gara-gara inginkan duit dan harta ibunya yang sebenarnya tak banyak mana pun  ketika suami Tijah masih bersama mereka.

Pertama sekali, amat jarang sekali Imuda dapat watak utama. Maklumlah, selain faktor usia, nama Imuda memamg sudah tak popular seperti dulu. Mungkin salah satu sebab Imuda memang pelukis di luar filem dan bajet filem ini pun agak tak mahal PF rasa, maka Imuda calon yang sesuai. Setengah jam berlalu, PF pun mula gelisah di mana ciri-ciri filem seram belum keluar! Sebaliknya drama pula dilatari sebuah kampung (Kg. Sepat) yang amat mundur dan kotor sekali ‘berjiran’ dengan landasan keretapi. PF tiada masalah dgn hal ini. Tijah lakonan Mislina antara pelakon yang PF minati gara-gara lakonannya dalam Bukak Api yang hebat dan berani, kali ini rasanya berjaya bawa watak physco gara-gara ditinggal dan ditipu suami.

Penulis skrip M. Subash mengadakan watak Tijah sebagai penggoda dan perempuan gersang akibat lama tidak di sentuh lelaki. PF agak terperanjat juga ada beberapa dialog yang amat 18sx! Contohnya “Abang Sudin tak nak tengok Tijah Mandi?” dan  “rasanya susah nak hidup tanpa belaian jantan” sambil memeluk Shamsudin dari belakang. Dan beberapa lagi yang dialog gersang. Mislina membawa watak ini dengan baik, cuma, PF rasa watak ini tak cukup kuat atau mencabar Mislina sebagai pelakon hebat. Ibu Tijah (Maimun Mutalib) juga amat berkesan lakonannya. Kadang tak siuman, kadang sakit dengan mimik wajah yang meyakinkan. Tak pelik Maimun jadi rebutan produser-produser filem bagi watak seram atau komedi sekarang ini.

Cerita-cerita penduduk kampung yang lain hanya ditonjolkan kisah biasa, tanpa wujud kejadian-kejadian misteri yang membuat filem ini bosan. Harus diingat, filem yang bosan bukan bererti filem yang tak bagus. Twist dihujung filem ini menyatakan segalanya tetapi Sumpahan Puaka banyak menyajikan bunga-bunga tapi manisnya sedikit menjadikannya satu hidangan yang sedikit tawar.


2.5/5

10 Aktor & Aktress Malaysia Paling Berkarakter

Menurut PerangFilem disenaraikan pelakon-pelakon Malaysia yang paling berkarakter dalam lakonan. Duhh..

AKTRESS :

10.  Tiara Jacqueline : Puteri Gunung Ledang


9.     Sharifah Amani – Sepet, Gubra


8. Khatijah Tan - Embun

7.    Fauziah Ahmad – Ali Setan, …Dalam Botol


6.   Azean Irdawati  - Layar Lara, Talentime


5. Normah Damanhuri – Jogho, …Dalam Botol

4. Ellie Suriati – Spinning Gasing, Paloh


3.  Mislina Mustafa – Bukak Api, Karaoke


2. Sofea Jane – Perempuan Isteri & ….


1. Ida Nerina – Layar Lara, Sepet, Susuk

    
    AKTOR :
    
    10. Rosyam Nor – Berlari ke Langit, Kala Malam Bulan Mengambang


9. Bront Palarae - Anak Halal, Belukar

     
       8. Sofi Jikan – KL Gangster, Estet, Hantu Kak Limah

     
       7.  Adlin Aman Ramli – Jogho, Gubra

   

      6. Namron – Aku Tak Bodoh, Paloh


        5. Eman Manan – Lenjan, Wayang


4. Nasir Bilal Khan – Perempuan, Isteri & … Amok


      3. Tan Sri Jins Shamsudin – Esok Masih Ada


      2. Sidi Oraza –  Sayang Salmah, Layar Lara


      1. Khaled Salleh – Jogho & Kaki Bakar

21 Oct 2011

Dalam Mihrab Cinta : Erti Taubat



Genre : Drama (Indonesia)

Klik SINI untuk erti Mihrab Cinta. Terima kasih kepada pemilik blog tersebut.

Sekali lagi PF menyaksikan filem yang ditulis berdasarkan novel Habiburrahman El Shirazy. Bukan peminat beliau sangat tetapi suka lihat filem-filem bertemakan agama kerana di Malaysia kurang filem bertema begini. Secara keseluruhannya filem ini memang tak lari dengan corak persembahan Habiburahman.

Shamsul Hadi dibuang dari pesantren (sekolah pondok) kerana difitnah oleh Borhan atas sebab mencuri. Lantaran itu, dia di buang dari pesantren tetapi kemudian lari dari rumah akibat tertekan. Disebabkan terdesak, dia benar-benar mencuri sehinggalah dipenjarakan. Sehinggalah ditakdirkan bertemu (kemudian dirancang) dengan seorang gadis – Silvi yg mengajar private tuition di sebuah rumah dengan alasan untuk membalas dendam terhadap Borhan. Takdir hidup Samsul Hadi kemudian dipandang tinggi sebagai ustaz. Dia nekad taubat. Keperibadiannya menarik minat orang tua Silvi dan abang Zizi (yang menjatuhkan hukuman mencuri tanpa usul periksa terhadap Samsul Hadi) untuk menjadikan Samsul Hadi sebagai ahli keluarga mereka.

Filem ini bukan filem cinta. Malah tema yang di bawa cukup besar untuk digalas oleh sebuah filem bercorak agama. Filem ini memberi contoh seorang itu bertaubat bukan kerana selepas malapetaka menimpa diri tetapi kerana rasa bersalah dengan umat manusia yang lain. Walau setinggi mana ilmu agama tetapi bila terdesak sanggup melanggari batas. Akibat tak sanggup terus menipu orang lain Samsul Hadi bertaubat dan ingin meneruskan hidup di jalan yang benar.

Bagaimana seorang anak yang telah membikin malu kepada keluarga kini membuatkan keluarga bangga dengan kata-kata nasihat di kaca tv. Di kala ini aku pun turut rasa sebak. Kenapa aku sensitif sejak kebelakangan ini ya? Tatkala ibu Samsul Hadi pergi berjumpa dengan Samsul yang telah lama tak berjumpa tika inilah airmata aku sekali lagi jatuh. Adooi.. aku memang kalah dengan tema ibu/bapa-anak yang meruntun-runtun ni. Sebelum ini Emak Ingin Naik Haji pun sama. Hahaha, ni rahsia kita-kita aje okay… J

Tapi selebihnya kisah lovey-dovey antara Zizi – Samsul Hadi – Silvi seperti tak lari dari Ketika Cinta Bertasbih 2 dulu. Sebenarnya tak ketara sangat kisah cinta dalam filem ini. Watak-watak perempuannya masih terpelihara sebagai muslimah yang malu-malu tentang perasaan cinta. Asmirandah (Silvi) memang comel. Dia juga berlakon dalam Ketika Cinta Bertasbih 2 dulu. Tapi tak lupa adegan  : lamaran – tolak pinangan – alasan – gaduh-gaduh sikit. Habiburahman memang suka benda-benda macam ni kan? Kadang-kadang PF rasa, penulis ini gemar menterjemah his feminine side seolah-olah amat memahami kaum wanita. Bila ada wanita, ada airmata. Airmata yang sarat. Bukan itu, lebih besar lagi, cinta kepada Allah.



3.5/5

19 Oct 2011

Karak : Hantu Alien + Hantu Teknologi = ?


Genre : Seram

PF tau PF ketinggalan tengok filem Karak – Laluan Puaka. Mesti pembaca dah baca sinopsis di mana-mana sumber kan?  Walaupun begitu, PF nak komen sikit pasal filem ini. Memang betul tekaan PF yang tak nak tonton filem ini di panggung nak-nak lagi bila tengok trailernya. Kalau tak memang menyesal!

Satu hal yang kurang logik, asik petir memanjang tapi hujannya tak jugak! Dari awal semasa kereta mereka terjunam dalam gaung sehingga habis cerita, petir sabung menyabung dengan angin bertiup kuat sampai la katanya ke awal pagi di kubur tu, tak setitik air pun jatuh. Memang PF pernah kata buang akal logik dlm filem alien Hollywood e.g alien curi emas di bumi, curi air, tapi itu filem alien awal2 lagi memang tak logik.


Babak dalam tandas masa Jack nak kencing tu, punyalah jauh dan tandas nampak over scary. Kalau aku pun tak jadi kencing kat situ. Lagi satu, si Ida (Kilafairy) pegi beli burger tapi dalam kereta asik2 "Im hungry..." dengan gediknya dari tadi pastu mintak burger dari Nik kat seat belakang padahal dia yang beli kat stall tadi. Masalah identiti la watak Ida ni....

KRU yang mahir dengan teknologi janaan komputer tu, tak nak rugi kepakaran, maka gunalah jugak CGI. Rasanya tak mau hantu nampak sama dengan hantu melayu lain maka lahirlah hantu kaki panjang tapi rambut sama je dengan hantu lain – panjang. Tapi hantu cun pun ada juga. Ala macam filem Cermin, hantu lawa tu.

Kaki panjang. Teringat filem Legion.

Macam alien

Hodohnya. Apa dosa silam kau sampai rupa cenggini?

Masih cantik sambil tersenyum

Pastu bertukar ngeri. *Tengok mulut dia tu, eerie..

Ida yang katanya seorang yang mementingkan kecantikan, tetap nak mandi kat belakang rumah Tok Malam, malam-malam. Walhal mereka dah berapa kali dikejutkan dengan hantu-hantu sebelum tu. Kiranya Ida ni sangat nak selalu bersih dan cantik walaupun sememangnya ada hantu berkeliaran. Salute Ida!

Agaknya Ida ni pun buta ke hapa, si Zura (Sheera Aiyob) pakai rantai punyalah besar tapi tak tegur langsung dari mana Zura dapat rantai tu. Dah la rantai tu tak dibincangkan langsung antara mereka. Weird!

Kau buta ke Ida? Sinar bulan punyalah terang benderang dari celahan tingkap lagi kau tak nampak. 

Di akhir sekali, PF agak keliru di mana pemberita melaporkan mayat 3 rakan sekolej dijumpai mati oleh polis iaitu Jack, Ida dan Nik tetapi belum menjumpai Zura. Adakah Zura yang bercakap dengan Tok Malam masa itu pun sudah mati juga? Padahal Zura masih hidup sempat diucap selamat tinggal oleh roh Nik. Adui kurang faham di celah-celah kecelaruan di seluruh filem ini.

Nik yang nak kembali ke jasadnya.

PF merasakan kalau KRU tak buat filem Karak ini pun tak apa. Mungkin sekadar nak bereksperimentasi. Namun ianya gagal. Nak mengangkat satu-satu kisah ‘hearsay’ ke dalam filem itu bagus, tapi entahlah, tak berapa nak menjadi bila imej hantu terlalu di expose ditambah dengan teknologi. Jadi, seram ke? Tapi bila lihat balik tagline dari filem ini, Dari Mata Saksi, PF tarik balik kata-kata PF dari awal......


2/5

p/s : suka dengar lagu-lagu KRU dulu.

18 Oct 2011

Emak Ingin Naik Haji


Genre : Drama (Indonesia)


Zain seorang duda yang mempunyai emak berumur 61 berhasrat untuk pergi ke haji dengan wang simpanannya. Zain yang hanya bekerja sebagai pelukis menjual hasil lukisannya di bandar. Bekas isterinya zain hanya menuntut haknya sebagai bekas isteri ditambah pula dgn anak mereka yg sakit. Isinya ini.

Dua lagi cerita yang berlingkaran di sisi isi cerita itu, sebenarnya nak diikutkan tidak berkait walaupun ‘bersentuh’ mengingatkan aku filem Cinta oleh Khabir Bhatia. Sebuah keluarga berada  yang beberapa kali menunai haji mahupun umrah dan satu lagi seorang boleh dikatakan orang penting dalam masyarakat hanya ingin merebut jawatan wali kota dengan gelaran haji sebagai umpan undi rakyat. Walaupun judulnya begitu, hal-hal agama tak terlalu berat dipaparkan bukan seperti Ketika Cinta Bertasbih atau pun Ayat-ayat Cinta. Cuma tak lepas dari filem bermesej yang mendidik berlandaskan agama. Tapi apa yang nyata, semua cerita dalam filem ini adalah bertunjangkan duit. Ibu Zain yang kekurangan duit untuk pergi Haji, wakil rakyat yang diperas ugut dengan duit dan keluarga berada banyak duit sehingga pergi haji/umrah beberapa kali.

Tiba pada satu peringkat, PF dah agak jalan cerita filem ini, dan berharap perkara itu tak berlaku. Malangnya ia benar-benar terjadi. Dan pada ketika itu juga, mood PF mula down. Memang spoillahkan kalau kita dapat baca apa yang jadi seterusnya. Sebelum menonton, jangkaan agak besar juga terhadap filem ini memandangkan mendengar pertama kali tajuknya dahulu, amat menarik dan kelihatan satu tema yang baru. Kerana hanya dengan tajuk itu, kita sudah tahu gambaran serba sedikit dan tertanya berjayakah impian murni emak Zain untuk ke tanah suci. Sebab itu filem ini menjadi pilihan pertama untuk ditonton dalam lebih kurang 10 judul filem yang PF terima (versi dowload internet).

3 cerita yang berlainan tadi yang ‘bertembung’ dihujung cerita sebenarnya tidak memeranjatkan. Walau bagaimanapun sempat juga airmata menerjah ke pipi di hujung cerita hanya kerana satu keinginan seorang ibu. Perasaan 'down' yang tadi kini berbalas...


3/5

15 Favorites Malaysia Movie [Drama]

15 filem yang PF ingat buat masa ini yang bergenre DRAMA, Tetapi jika ditanya filem Malaysia pasti tersembul judul-judul filem ini. Kalau tak ingat, bermakna MUNGKIN yang lain belum cukup memberi kesan MUNGKIN..... sehingga 2011. Tidak termasuk filem-filem Tan Sri P.Ramlee :)


 Randomly order :

1. KAKI BAKAR


2. BUDAK KELANTAN


3. BUKAK API



4. DARI JEMAPOH KE MANCHESTER


5. JOGHO



 6. FLOWER IN THE POCKET


7. LAYAR LARA


8. PEREMPUAN ISTERI & ...


 9. SEPET - mewakili filem-filem Arwah Yasmin Ahmad.

 

10. PUTERI GUNUNG LEDANG




11. .. DALAM BOTOL


12. SELUBUNG


13. BUAI LAJU-LAJU


14. PENSEL


 15. AMUK

15 Oct 2011

Real Steel : Transformers Ke Tepi!




Genre : Aksi/Perang (CGI)

PF nak skip sinopsis filem ini. Tapi secara ringkasnya ia berkenaan;  robot > tinju robot > hubungan anak dan bapa . Apa yang PF boleh nyatakan, idea segar dari Hollywood (yang PF sedar) ternyata menjadi. Belum pernah lagi tema tinju robot yang kita saksikan pada skala besar Hollywood. Jalan cerita yang ringkas bukan menjadi alasan ianya diambil ringan oleh pelakon-pelakonnya. Dengan lakonan mantap Hugh Jackmandan Dakota Goyo (ada kaitan dengan Dakota Fanning tak?) ternyata satu chemistry yang baik!  Lakonan comel Dakota Goyo sebagai Max amat mencuit hati terutama adegan merampas microphone dari pengacara gusti lalu mencabar Farra Lemkova dan Tak Mashido.

Bab kesan khas janaan komputer jangan cakaplah. Nak-nak kalau Hollywood buat CGI robot, mcm canggih dan sofistikated punya robot. PF suka acuan dimana “mana tumpah kuah kalau tak ke nasi” merujuk kepada sikap degil Charlie Kenton (Hugh) yang turun kpd anaknya, Max. Kalau dah macam tu, Charlie memang tak boleh buat apa dah! Tetapi sepanjang filem ini Max tidak memanggil ayahnya ‘dad’ sebaliknya memanggil nama ‘Charlie’ sebab mereka tak pernah berjumpa sejak kecil lalu hubungan anak-ayah agak asing bagi mereka (seakaan kurang ajar pula aku rasa). Tapi tak silap PF, di akhir babak sekali yang Max memanggil ‘dad’, sungguh sebak rasanya. ‘Goosebump’ jugalah semasa babak akhir lawan tinju antara Atom dan Robot ciptaan Tak Mashido tu (Zeus ke apa namanya...), macam rasa nak bersorak sekali walau kita tau itu cuma dalam filem je, sama feelingnya dalam The Black Swan di mana Natalie Portman habis buat show tu.

Kesimpulannya, walaupun jalan ceritanya boleh diagak, ianya disusun dengan kemas dan ditambah dengan faktor-faktor di atas dan PF merasakan sekuel Transformers boleh berehat sebentar (jika ada lagi.....)



4/5


p/s : betul ke ada filem Thundercats?

14 Oct 2011

The Thing 2011


Genre : Aksi/Perang (CGI)

Filem remake dari tajuk yang sama The Thing (1982), mengisahkan sekumpulan  satu kumpulan saintis Amerika dan Norway yang menemui makhluk asing yang tertanam di dalam ais di Antartika. Menyedari yang mereka sudah terlambat bahawa, makhluk itu sebenarnya masih hidup dan kemudian sel-sel mahkluk asing itu telah meresap dan meniru sel-sel mereka seterusnya menimbulkan huru-hara di kem kajian mereka.

Walaupun bunyi seperti klise filem-filem makhluk asing ciptaan Hollywood tapi PF masih terhibur menontonnya. Apatah lagi PF memang suka filem-filem alien ni. Tahun ini saja, filem bertema alien yang PF tonton ; Super 8, Cowboy vs Alien, Battle LA dan The Thing. PF tak menonton lagi The Thing versi 1982 tapi sudah pasti efek-efeknya lebih baik dari tahun yang silam itu. Ada satu pelakon yang PF cam, dan kemudian pasti bahawa pelakon Ulrich Thomsen yg memegang watak Dr Sanders adalah pelakon dalam filem A Better World yang PF ulas tak lama dulu. Buangkan akal logik bahawa sel-sel alien itu tak boleh meniru satu bahan medikasi yg menampal gigi ; bahawa jika ada benda itu, ianya adalah 'manusia'. Bukankah semua filem-filem yg disebutkan di atas tidak ada logiknya kenapa mereka berada di bumi? Walau bagaimana pun PF tertunggu filem 'makhluk' yang lain dari lain......


3/5