27 Feb 2012

Poetry : Berani Bikin Tema Sukar

Genre : Drama (Korea)
Arahan : Chang-Dong Lee
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Jong-Hie Yun, Da-Wit Lee, Hira Kim, Nae-Sang Ahn, Myeong-Shin Park
Tahun : 2010
Filem Seumpamanya : --
Rating : 4/5

Mija (Jeong-Hie Yun) seorang warga emas berusia 66 tahun mengalami penyakit alzheimer peringkat awal. Bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa dengan menjaga M. Kang yang menghidapi stroke. Mija tinggal dan menjaga cucu lelakinya bernama Wook. Ibu Wook tinggal di Pusan setelah bercerai. Wook dengan 5 rakannya merogol seorang budak perempuan (Heejin) di makmal sains sekolah. Heejin kemudian membunuh diri dengan terjun sungai. Mija mula mengambil kelas sajak untuk mendapatkan kekuatan bagi menghadapi semua musibah yang berlaku ke atasnya.

                                                                          
Membaca saja sinopsis Poetry membuatkan sesuatu yang ganjil dan janggalkan? Begitulah tema yang dibawa dalam filem yang mengambil masa 2 jam setengah ini. Poetry memaparkan ketidaksanggupan seorang nenek untuk mengharungi kehidupannya lagi jika dilihat pada dasarnya. Setelah mendapati dia menghidapi alzheimer kemudian terpaksa membayar pampasan 5juta Won kepada ibu mangsa anak perempuan yang dirogol, dia menjalani kehidupan seperti biasa. Saksikan saja bagaimana 2 kali Mija berlalu pergi begitu saja ketika sesi perbincangan dengan bapa-bapa budak yang merogol untuk mengatasi masalah menyembunyikan kes itu dari orang ramai demi menjaga masa depan anak-anak mereka. Apa jua alasannya, seolah-olah hidupnya di usia itu bukan untuk memikir masalah-masalah berat lagi. Adalanya Mija berkaraoke.



Dengan mengambil kelas sajak, baginya sajak adalah sesuatu yang sangat indah, indah seperti bunga yang disukainya. Bukan untuk diperlekehkan sebagaimana seorang penyajak yang juga seorang polis mengaitkan sajak dengan seks. Walau bagaimanapun, dia sukar untuk mencipta sajak sebagaimana tugasan dikelasnya. Hanya mencipta 2-3 baris ayat-ayat puitis ketika dia berjalan-jalan atau ketika mendapat sedikit inspirasi. Mija bersikap 'tak mahu beritahu' berkenaan alzheimer kepada anaknya, tentang kes Wook kepada ibunya (anak perempuannya), dan paling penting juga tak mahu beritahu apa sebenarnya hajat dia datang ke kebun ibu Heejin mangsa rogol setelah di desak bapa-bapa budak lelaki tadi. Kadangkala Mija nampak 'tidak betul' membuatkan penonton bersimpati.




Filem ini hampir tiada muzik latar. Penonton disuruh tumpu kepada diri Mija yang boleh dikata hidupnya tidak meriah dikelilingi orang tersayang ataupun duit. Walaupun PF terlalu serius menonton, tiba-tiba satu adegan buat PF tergelak apabila ayah Kibum iaitu salah seorang anak lelaki yang terlibat kes rogol itu menegur Mija berpakaian sangat cantik tatkala ingin berjumpa ibu Heejin untuk meminta pelepasan wang pampasan. PF rasa puas apabila menonton filem corak sebegini. Mungkin PF kurang faham erti lakonlayar yang sebenar-benarnya, mungkin sebab lakonlayar yang hebat tanpa disedari, membuat mata PF terpaku meneliti maksud visual-visual yang terpapar sama seperti filem Uncle Boonmie. Mija lakonan Jeong-Hie Yun amat bersahaja dengan watak wanita berusia 66 tahun. Wook pula remaja yang memberontak kurang berkomunikasi dengan neneknya.


Bagaimana Chang-Dong Lee pengarah dan penulis naskhah ini begitu berani menyatukan idea antara sajak dan crime dan semua ini diletak di atas bahu seorang nenek? Begitulah cabaran yang berani diambil oleh pengkarya ini. Sememangnya suatu karya adalah lebih baik jika pengarah itu sekali yang menulis lakonlayar. Dapatkah Mija membayar wang pampasan tersebut dan mengarang puisinya? PF ingin menontonnya sekali lagi.

25 Feb 2012

Uncle Boonmie Who Can Recall His Past Lives Adalah Filem Art Mistik Sebenarnya


Genre : Drama (+ Misteri) - Thailand
Arahan : Apichatpong Weerasethakul
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Thanapat Saisaymar, Jenjira Pongpas, Sakda Kabuadee
Tahun : 2010
Filem Seumpamanya : The Scent of Green Papaya
Rating : 4/5

Boonmie yang menghidap sakit buah pinggang mengambil keputusan menghabiskan sisa hidupnya bersama orang-orang tersayang di sebuah rumah lama di mana dia dibesarkan dalam perkampungan terpencil dan memiliki sebuah ladang di situ.

Hantu Monyet mata merah

Filem art house yang memenangi Palme D'or di Cannes 2010 ini pada mata PF adalah filem art yang sederhana. Bermula dengan seekor kerbau yang terlepas daripada tambatnya, cuba menggambarkan/metafora roh-roh dari masa lalu datang kepada insan masa sekarang, dalam filem ini adalah Boonmie (PF cuba membaca filem, haha...)  Dengan tidak menyangka bahawa filem ini mempunyai unsur-unsur mistik yang 'memeranjatkan', PF teruja menontonnya. Di rumah lamanya itulah, mendiang isterinya melawat sedang mereka makan malam. Kadangkala amat keliru bila hantu isterinya boleh disentuh dan dipeluk lalu semua itu membuatkan Boonmie terkenang peristiwa-peristiwa lama. Satu detik yang amat menggerunkan apabila anak Boonmie, Boonsang yang hilang turut pulang melawat ayahnya tetapi dalam bukan dalam bentuk manusia tetapi berupa Monyet Hantu seperti dalam cerita-cerita dongeng zaman kecil Boonsang.

Isteri Boonmie, Huay datang melawat 
Boonmie dengan tiba-tiba

Kehadiran Monyet Hantu Bermata Merah, 
Boonsang amat menakutkan

Satu ketakutan amat dirasakan apabila Boonsang menaiki tangga dengan hanya matanya saja yang menyala benar-benar satu petanda seram dalam filem ini. Di masa ini, PF mula bertanya, oh apa jadi dengan filem ini? Suatu yang amat tidak dijangkakan. Sesunggunya, PF amat sukakan surprise! Bukan sesuatu yang kita jangka jalan ceritanya. Dengan mengambil keputusan untuk mati dengan isterinya, Boonmie, Jen, Tong dan Huay berjalan malam ke dalam hutan menuju ke dalam gua menimbulkan seram yang senyap (tak perlu terpekik terlolong nak buat rasa takut). 

Filem yang perlahan semestinya ini, buat PF keliru di mana gambar-gambar still photo askar dipaparkan dekat-dekat penghabisan cerita. Begitu juga babak Tong yang telah menjadi sami di dalam bilik hotel dengan Jen(?) dan seorang remaja perempuan. Jika sesiapa bijak pandai yang telah menonton, bolehlah tolong beritahu. Penantian PF untuk menonton filem ini rasanya tidaklah terlalu berbaloi tetapi masih boleh ditonton ditambah pula dengan kejutan yang tidak disangka.


p/s : pernah lihat ikan keli 'godam' perempuan?


16 Feb 2012

The Descendants : Pengalaman Berbeza


Genre : Drama
Arahan : Alexander Payne
Kos : US 20 juta (anggaran)
Pelakon : George Clooney, Shailene Woodley, Amara Miller, Nick Krause
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Genre Family Drama etc...
Rating : 3.5/5

Seorang ayah ingin memperbaiki hubungan kekeluargaan dengan keluarganya iaitu 2 anak perempuan setelah isterinya koma akibat kemalangan jetski di Waikiki, Hawai.

Ketika menonton trailer filem ini bagaikan tidak ada kuasa langsung untuk menarik PF pergi menonton. Apatah lagi seakan kisah family drama biasa. Oleh kerana antara 10 filem terbaik Oscar tahun ini hanya beberapa saja yang memikat selera 'tekak' PF, kiranya The Descendents masih boleh diterima. Trailer yang seakan tak 'promising' rupanya ada kilauan disebaliknya. Bergenre family drama berlatarbelakangkan kepulauan Hawaii, mungkin ini antara satu yang membuatnya unik berscorekan muzik Hawaii yang santai. Walaupun filem kemelut kekeluargaan yang ditonton biasanya disalut  dengan konflik disadur dengan 'drama' yang vokal, tetapi The Descendent mempersembah dengan keadaan santai sekali. Pertama, muzik latarnya, kedua komedi gelapnya. Pada mulanya filem ini agak kurang menarik, serius, seakan PF pun hilang minat. Walau bagaimanapun tidak dibahagian seterusnya hingga ke akhir.

Adegan Matt King berlari ke rumah rakan isterinya mengingatkan 
PF, Orked berlari ke rumah Mukhsin

Mulut celupar hadiahnya penumbuk

Ketika ibu mereka koma dihospital, anak-anaknya seakan 'normal' tidak ditunjukkan berkesedihan melampau pula. Malah penonton dialihkan fokus ke satu cerita yang yang kurang baik tentang ibunya di mana, ibunya tidak sempat untuk mengetahui segalanya telah terbongkar. Malas cerita banyak, The Descendants satu pengalaman berbeza.


12 Feb 2012

Result Poll 3 : Pengarah Favorite

Pengarah kegemaran pelawat PF ialah U-Wei Hj Shaari & Khabir Bhatia.


*****
Photo credit Khabir Bhatia twitter

Nama Penuh :Mohd Kabir Bhatia Bin Abdullah
Tempat Lahir :New Delhi
Bangsa :India
Kerjaya :Pengarah, Penyunting Filem, Penyunting Video, Penerbit Filem, Penerbit TV, Penulis


Photo credit Senimamalaysia


Nama Penuh :Zuhir Bin Haji Saari
Tempat Lahir :Bentong, Pahang.
Bangsa :Melayu
Kerjaya :Pengarah, Penerbit Filem, Penulis

Film terbaik dari Khabir Bhatia menurut PF :

1. Cinta (2006)
2. Setem (2009)
3. Sepi (2008)
4. Nurkasih The Movie (2011)

Filem terbaik dari U-Wei Hj. Shaari menurut PF :

1. Perempuan Isteri & ... (1993)
2. Kaki Bakar (2001)
3. Jogho (1999)
4. Buai Laju-laju (2004)
-------------------
Tidak tonton
5. Black Widow - Wajah Ayu (1994)
6. Hanyut (belum tayang) (2012)

Sumber : Sinemamalaysia

10 Feb 2012

Tribute to Cinema Paradiso


Seperti dalam post yang LEPAS, PF ada menyebut bahawa filem Cinema Paradiso adalah filem yang paling mengesankan. Filem ini menjadi salah satu all time favourite PF. Mana tidaknya, sudah menonton 5-6 kali filem ini tetapi tidak terasa jemu.

Arahan :



Giuseppe Tornatore 


Pelakon :

Phillipe Noiret : Alfredo
Salvatore Cascio : Salvatore Di Vita kanak-kanak @ Toto
Marco Leonardi : Salvatore Di Vita remaja
Jacques Perrin : Salvatore Di Vita dewasa
Antonella Attili : Maria muda (ibu Salvatore)
Pupella Maggio : Maria tua

Filem Itali 1988 ini mengisahkan Salvatore pembikin filem Roman yang mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya semasa di kampung yang mula mencintai filem. Melalui panggung wayang di tempatnya yang dikenali sebagai Cinema Paradiso kemudian menjalinkan persahabatan yang erat dengan projektor wayang bernama Alfredo.


Toto nak semua ni!
Mereka tak ingin mengecewakan penonton

Filem ini terbahagi kepada 3 generasi Salvatore iaitu semasa Salvatore kanak-kanak yang dipanggil Toto.Toto amat nakal tetapi bijak dalam kelas. Mula mempelajari bagaimana mengendalikan projektor wayang daripada Alfredo setelah puas memujuk Alfredo yang mulanya enggan mengajarnya. Keletahnya membuatkan penonton akan sayang kepadanya! Toto yang mula minat terhadap filem dan mengumpul cebisan-cebisan filem yang dipotong (kebanyakannya adegan bercium) oleh Alfredo dan dibawa pulang ke rumah. Lihat saja dia menggayakan aksi tiap kali melihatnya potongan filem itu. Tetapi minatnya itu amat tidak disenangi ibunya. Pada masa ini kita lihat pada zaman hiburan -penontonan wayang hitam putih diperkenalkan dan penduduk amat taksub dengan filem sehinggakan mereka akan merusuh jika filem tidak ditayang. Penduduk di situ digambarkan hanya wayang gambar saja hiburan yang mereka ada. Pawagam adalah satu tempat untuk berkumpul, bersuka-ria dan bersosial. Sesuatu yang lucu apabila penonton bertepuk tangan apabila melihat adegan-adegan yang mereka suka di panggung dan terlalu emosi sehingga berkongsi sapu tangan apabila menangis. Cuba korang buat macam tu kat pawagam GSC ke, MBO ke... tak menjeling orang sebelah? Tetapi keadaan masih jumud di mana adegan bercium dilarang oleh pihak agama di situ apabila 'pihak penapis' iaitu paderi di situ akan membunyikan loceng. Suatu yang jarang dilihat. PF amat terpesona dengan muzik latar yang seakan mendamaikan ketika Toto leka dialamnya.

Toto yang menyibuk di bilik projektor mula menyintai filem sejak kecil
Tercengang menonton adegan cium
Toto mula menggantikan Alfredo sejak Alfredo buta


Terjadi satu kemalangan, di mana Alfredo menjadi buta. Filem 'dilangkau' terus ke zaman Toto remaja dan mula mengenal erti cinta. Seterusnya, mood filem bertukar menjadi filem cinta. Cinta yang tidak kesampaian antara Salvatore dan Elena anak orang kaya, orang tuanya tidak menyukai Salvatore. Tapi masih berlatarbelakangkan pawagam Cinema Paradiso itu sendiri, Salvatore yang masih bekerja di situ. Alfredo banyak mengajarnya bahawa menjadi tukang projektor hanyalah hamba yang dipergunakan. Setelah dipisahkan apabila Salvatore pulang berkhidmat sebagai tentera, Alfredo berkata Out of The fire of love come ashes. Even the greatest love eventually fizzles out. Alfredo terus mendorong Salvatore untuk merantau dan lupakan cinta agung mereka. Sememangnya, Alfredo seorang yang kuat mempengaruhi hidup Salvatore. Dan sehinggakan, dia tidak pulang ke kampungnya selama 30 tahun.



Toto ketika remaja

Lidah rasa kelu bila bersemuka dengan Elena

PF tak menyangka sebenarnya, versi yang ditonton adalah versi Director's cut di mana filem ini makan masa hampir 3 jam sedangkan apabila diperiksa di internet, tayangan adalah 2 jam saja. Tetapi percayalah, anda takkan merasa lama kerana anda dibuai seterusnya dengan nostalgia apabila Salvatore pulang ke tempat kelahirannya kerana kematian Alfredo, lalu menjejaki Elena dan melihatkan Cinema Paradiso tidak lagi beroperasi seperti dahulu apabila kemunculan tv di rumah-rumah semakin meluas. Cinema paradiso lambang hidup zaman kanak-kanak dan remajanya kini tidak sama dengan hidupnya kini sebagai pengarah filem yang berjaya. Dirasakan benar-benar kita terkenang ke zaman lampaunya dulu. Apabila pandang ke arah Cinema Paradiso bagaikan satu kuasa yang kuat bermula segalanya. Paling lucu kawan sekelas Salvatore semasa kecil yang tak dapat menjawab 5 x 5 apabila disoal gurunya, telah mengahwini Elena. Teringat zaman mereka di sekolah :)))) Jika ditanya zaman mana yang menjadi pilihan PF semestinya zaman kanak-kanak Salvatore amat mengujakan.


Cinema Paradiso berwajah baru selepas terbakar

Saat kematian Alfredo melalui depan Cinema Paradiso

Takdir menemukan mereka semula


Cinema Paradiso banyak plot yang ingin diceritakan. Bagaimana seseorang menghargai filem. Dari kecil hinga ke dewasa hidupnya dekat dengan filem. Begitulah apresiasi yang cuba digambarkan. Walaupun bukan dipapar dengan cara Salvatore buat atau menerbit filem tapi cukup bagaimana filem begitu dekat dengannya dan mempengaruhi hidup masyarakat. Pernah orang mengatakan, jika anda peminat filem, tidak sah jika tidak menonton filem ini. Walaupun Cinema Paradiso telah dirobohkan ironinya, pawagam kini kembali mengambil tempatnya semula. 4.5/5 dari PerangFilem, begitulah ajaibnya Cinema Paradiso.



8 Feb 2012

Bunohan Tewas Di Rotterdam


Seperti mana dalam posting yang LALU, Bunohan dijemput untuk menyertai IFFR - International Festival Filem Rotterdam 2012 daripada 25hb Jan. - 5 Feb. 2012 tetapi malangnya gagal meraih sebarang anugerah.

3 Pemenang utama Tiger Award adalah :

CLIP (SERBIA) 

DE JUEVES A DOMINGO (CHILE/NETHERLAND)
- NO TRAILER - 

EGG & STONE (CHINA)


Bagi NETPAC Award, penghargaan untuk Sinema Asia dimenangi oleh :

SENTIMENTAL ANIMAL (CHINA)

- NO TRAILER - 


Keputusan penuh dan trailer DI SINI

Malahan Bunohan hanya mendapat tempat ke 126 dari 164 filem yang bertanding bagi UPC Audience Award dengan 3.313/5 markah. Walau bagaimanapun filem Indonesia The Blindfold (by Garin Nugroho) di tempat ke 116 dan Hugo mendapat tempat ke 2 bagi anugerah pilihan penonton ini. Keputusan penuh UPC Audience Award DI SINI

Walau apa pun, tahniah kerana Bunohan telah terbang jauh ke Eropah.

Programmer Note by Gertjan Zuilhof about Bunohan :

Dain Said is best known for a film that no-one has seen: Dukun (2007). A genre film (murder, black magic) based on the true story of the singer Mona Fanley (the magic lady) and the politician Datuk Mazlan Idris (exponent of the Malaysian elite). The release of this controversial film has so far been prevented. I asked Said for a DVD, but he says even he doesn’t have one. I didn’t pursue it, because who am I to get a filmmaker in trouble for his film?

Said says that Dukun was his first film or, as he puts it, Bunohan is really his first film because Dukun was never screened. If we follow this reasoning, then Bunohan should be programmed in the Bright Future section, but I would suggest that a mature film like Bunohan by such a substantially and technically mature filmmaker as Said is more at home in Spectrum.

After a series of short films in the 1980s, Said made the experimental short mockumentary Surabaya Johnny in 1990. I wondered what happened between 1990 and 2007, the year of Dukun. There are filmmakers who realise their whole oeuvre in such a period. In any case, Said acquired the reputation of being a prominent commercial director in that period. We often lose talented directors to commercials, so it is a good thing if a chastened and experienced director returns to cinema from time to time.

Filem Yang Memberi Kesan : Part I

Semenjak 2-3 tahun kebelakang ini PerangFilem banyak menonton filem dalam dan luar negara. Apatah lagi sejak berblogging, banyak filem yang menarik yang telah ditonton. PF ingin berkongsi antara filem yang memberi kesan atau pun tak keterlaluan boleh disebut sebagai filem yang menyentuh perasaan. Disenaraikan di bawah filem BUKAN dari Malaysia filem yang memberi kesan Part I (kalau nak tahu lebih lanjut, sila google saja) :

10. CHANGELING (2008)


9. LE GRAND VOYAGE (2004)


8. TWO - LEGGED HORSE (2008)


7. LASKAR PELANGI (2008)


6. CAPTAIN ABU RAED (2007)


5. AFTERSHOCK (2010)


4. RIDING ALONE FOR THOUSANDS OF MILES (2005)


3. MY SISTER'S KEEPER ( 2009)


2. CHILDREN OF HEAVEN (1997)


1. CINEMA PARADISO (1988)
Tribute to this movie (click here)



5 Feb 2012

Cacamarba : The Grey, My Sister's Keeper & Undertow



Genre : Aksi 1
Arahan : Joe Carnahan
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Lian Neeson, Dallas Robert, Frank Grillo, Joe Anderson, Nonso Anozie dll.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : The Way Back
Rating : 3.5/5

Menonton The Grey mengajak anda terlibat sama dalam ketakutan apabila diburu serigala di Alaska. Kapal terbang yang dinaiki oleh sekumpulan pasukan 'oil drilling' diketuai oleh Liam Neeson terhempas di kawasan Alaska yang diselubungi salji tebal. Dalam keadaan cuaca yang amat sejuk dan buruk mereka struggle untuk melarikan diri dari dikejar serigala liar yang memerhati gerak geri mereka yang dianggap sebagai penceroboh. Ottway yang berpengalaman,seorang berpengetahuan tentang spesis serigala yang mendiami kawasan itu.
Dalam usaha mereka berusaha survival, takdir tidak dapat dielakkan apabila seorang demi seorang mati dibunuh oleh serigala.  



Genre : Drama
Arahan : Nick Cassavetes
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Abigail Breslin, Sofia Vassilieva, Cameron Diaz, Alex Baldwin
Tahun : 2009
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5

Berdasarkan novel Jodi Picoult, Anna Fitzgerald ingin mendapatkan 'medical emancipation' dari ibunya yang mahukan Anna menderma buah pinggangnya kepada kakaknya, Kate yang menderita sakit leukimia. Anna yang lahirnya dirancang semata-mata bertujuan untuk menyelamatkan kakaknya itu. Anna telah menderma apa yang perlu kepada Kate sejak umurnya 5 tahun. Apabila umur Anna berusia 11 tahun dia mula mencari peguam untuk menguruskan 'medical emancipation'nya lalu bertemu dengan Campbell Alexander (Alex Baldwin) untuk tidak lagi menderma organnya kepada kakaknya itu atas tujuan dirinya juga berharga untuk meneruskan kehidupan. Selepas Anna sendiri berlawan dengan ibunya di mahkamah barulah disedari mengapa Anna berbuat demikian. 

My Sister's Keeper menelusuri jiwa pesakit leukimia yang cuba memenuhi permintaan ibunya Sara (Cameron Diaz) untuk terus melawan sakitnya kerana terlalu sayang dengan anaknya itu. Kate sedar dirinya tidak akan hidup lama cuba mendapatkan apa yang diinginkan selagi sempat. Rasanya berbaloi mengeluarkan air mata menonton filem sedih ini berbanding filem cinta yang mendayu-dayu.




Genre : Drama (Peru) 
Arahan : Javier Fuentes-Leon
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Cristian Mercado, Tatiana Astengo, Manalo Cardona
Tahun : 2009
Filem Seumpamanya : Eyes Wide Open
Rating : 3/5

Berlatarbelakangkan sebuah perkampungan nelayan di Peru mengisahkan Miguel dan Mariela menunggu anak pertama dilahirkan. Dalam pada masa yang sama Miguel mempunyai kekasih Santiago seorang pelukis. Miguel cuba menyembunyikan hubungan mereka dari masyarakat di situ. Cuba lari dari konsep Eyes Wide Open, penulis skrip, Javier juga pengarah cuba mewujudkan watak 'hantu' pada watak Santiago apabila dia mati di dasar laut dan  selalu datang melawat Miguel. Santiago mengatakan yang rohnya tak tenteram selagi Miguel tidak menyatakan hal yang dia sembunyikan dari isterinya. Isaura yang terjumpa gambar bogel yang dilukis Santiago di rumah Santiago menamatkan teka-teki beberapa orang penduduk di situ. 

Memang benarlah apabila kita menonton filem kita seakan dapat 'travel' ke suatu tempat yang mungkin tidak ada dalam list tempat yang akan kita lawati. Sebuah perkampungan nelayan di Peru dengan kehidupan sederhana, keadaan rumah, kita  boleh buat bandingan dengan rumah-rumah nelayan di Terengganu atau Kelantan. Bagaimana penduduk nelayan di sana menghabiskan masa lepak di kedai 'kopi' dan bergembira. Berbalik kepada Undertow, tema drama yang berat dari segi isunya cuba di bawa ke alam mistik Miguel. Filem yang memenangi Audience Award di Fest. Filem Sundance 2010 bagi kategori Best World Dramatic Feature, sekali lagi satu filem yang wujud selepas bangkitnya Brokeback Mountain di Oscar.

2 Feb 2012

No Way Out (Walang Kawala) : LGBT & Jenayah Boleh Bersatu


Genre : Drama (Filipina)
Arahan : Joel Lamangan
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Polo Ravales, Joseph Bitangcol, Emilio Garcia, Jean Garcia
Tahun : 2008
Filem Seumpamanya : Love To Hide
Rating : 3.5/5

Joaquin yang bekerja sebagai nelayan di sebuah perkampungan nelayan di Filipina mempunyai seorang isteri yang baru pulang dari luar negara kerana bekerja lantas terlalu teringin mempunyai anak. Waldo yg berusia 19 tahun iaitu teman lelaki Joquin mula tak mempercayai Joaquin lalu lari ke Manila. Selepas beberapa bulan, Joquin yang tidak mencintai isterinya pergi Manila untuk mencari Waldo.

Joaquin mendapati Waldo pernah dilanggan oleh Rufo, seorang polis biseksual yang amat berbahaya seterusnya mendapat bayangan di mana Waldo menghilang. Rufo menangkap Joaquin dan mengurung dirumahnya sama seperti apa yang dibuat kepada Waldo sebagai hamba seks dan ingin memperdagangkan mereka ke Sabah dengan mangsa-mangsa yang lain. Isteri Rufo yang sering dipukul oleh Rufo menolong Joaquin dan Waldo melarikan diri.


Waldo tak dapat terima isteri Joaquin mengandung

Tema sebegini amat jarang sekali diangkat dalam genrenya. Bukan sekadar konflik kekeluargaan atau institusi perkahwinan dalam Eyes Wide Open (2009), Undertow (2009) mahupun Brokeback Mountain (2005) malahan jenayah dan pemerdagangan orang menjadi isu utama. Jangan bercakap tentang isu moral di sini kerana semua yang dipaparkan hanyalah sisi gelap kota Manila, tiada yang murni. Dari kelab gay dan penyalahgunaan kuasa seorang polis hinggalah pemerdagangan orang.

Sesuatu yang PF kira agak jarang ditonton adalah watak polis iaitu Rufo yang amat hitam wataknya. Bukan saja biseksual, kuat cemburu, kaki pukul, panas baran, menyalahguna kuasa serta terlibat dengan kerja jenayah di mana ia bertentangan dengan kerjanya sendiri. Rufo bukan hadir diawal filem, tetapi menjadi ‘hero’ di bahagian 3/4 filem ini. Watak utama Joaquin dibantu oleh Waldo dirasakan sedikit tenggelam sehingga ke habisnya. Walau bagaimanapun kisah naif mereka di tangan Rufo amat di’kasihani’ kerana latar Joaquin dan Waldo yang berasal dari luar bandar. Bayangkan Rufo menyalahguna kuasa menangkap Waldo dan Joaquin (berasingan) lalu mengurung dirumahnya hanya untuk memuas nafsu sebelum dijual ke Sabah. Malahan isteri Rufo, Beng hanya mendiamkan diri dengan apa yang berlaku di bilik atas dan ini sesuatu yang menjadi pantang dalam 3 filem lain yang di sebut di atas tadi. Beng meminum secawan air perlambangan sebenarnya gejolak dalam hati Beng.
 

Rufo cuba menakluk mangsa-mangsanya

Beng yang tidak dapat melahirkan anak, menjadikan ikan yang dibelanya di dalam aquarium sebagai ‘peneman’ sepi. Simbol ikan ini juga dikaitkan dengan kerja Joaquin sebagai sebagai nelayan di mana Beng dan Joaquin bertemu di rumah yang membuatkan Rufo naik berang. Rufo disifatkan sebagai penakluk kepada semua watak; di kelab gay sebagai pelanggan yang disegani, sebagai polis (sudah tentu), di rumah dan sebagai bos menjual orang. Bagaimanakah kesudahannya? Adakah Waldo dan Joaquin selamat dari dijual?

PF merasakan Walang Kawala melukis satu kisah moral yang sangat teruk dalam keseluruhan filem. Oleh itu, jangan biarkan budak bawah umur menonton filem ini.  

1 Feb 2012

Mendatarnya Chronicle


Genre : Aksi (2), Drama
Arahan : Josh Trank
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Dane DeHaan, Alex Russell, Michael B. Jordan 
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Banyak
Rating : 2.5/5


3 orang pelajar High School mendapat kuasa superpower dari 'sesuatu' di dalam lubang yang mereka jumpai. Kuasa yang memberikan mereka kelebihan pada mulanya bertukar menjadi bahana yang mereka sendiri tidak dapat menguasainya.

Andrew, Steve dan Matt

Trailer filem ini amat menarik sekali membuatkan peminat filem superhero atau Superman misalnya tak akan melepaskan peluang menyaksikannya. Tetapi jangan harap konsep watak hero menentang watak jahat dalam Chronicle kerana mungkin mahu lari dari jalan cerita biasa filem-filem superpower. Perjalanan bermula apabila 3 pelajar High School menjumpai seakan benda dari angkasa lepas di dalam satu lubang lalu mendapat kuasa daripada benda itu. Kuasa mengapungkan sesuatu benda, meremukkan kereta, mengalihkan benda berat  dan sehinggalah dapat terbang.

Tetapi awas, sepanjang filem ini anda tidak dihidangkan dengan aksi-aksi to the max kuasa mereka semata sebaliknya hanyalah bagaimana mereka discover kuasa dari sehari ke hari dan masalah keluarga Andrew (Dane DeHaan) sehinggakan membuatkan filem ini mendatar sebenarnya. Teknik kamera handheld yang digunakan tidak terlalu memeningkan sangat seperti dalam Cloverfiled. Anda masuk lambat ke panggung pun tak mengapa kerana hanya 15 minit terakhir barulah nyawa filem ini sebenarnya dan special effectnya amat menakjubkan.   

Bermain ragbi di atas awan