28 Sept 2011

Antichrist : Anda berani?


Genre : Ganas/Thriller (Denmark)

Synopsis "A grieving couple retreats to their cabin in the woods, hoping to repair their broken hearts and troubled marriage. But nature takes its course and things go from bad to worse"

Secara jujurnya aku nak beritahu filem ini sangat pelik dan gila kerana :

Perempuan gila
Lelaki sabar
Sex
Anu
Ganas
CANTIK

Walaupun hanya melihatnya di youtube dengan sari kata bahasa negara mana aku pun tak pasti, kecuali diselang seli dengan dialog bahasa Inggeris.  Memang pernah tonton filem ganas tapi filem ini menang sebab ia terlalu cantik. Sinematografinya pun meletup. Filem heavy drama yang slow lagi MURUNG ini memang menguji kesabaran. Best actress Cannes 2009 Charlotte Gainsbourg (She) mmg berkesan sekali menjiwai watak perempuan mental sebab kehilangan anak. Nick (setahun) anak mereka, menyaksikan sendiri ibu bapanya berehem2 di atas ranjang lalu berjalan di luar tingkap dan terjatuh dari apartment. Tetapi adegan mereka berehem2 di dalam bilik air dan adegan tragik Nick terjatuh itu difilemkan dalam format hitam putih, slow motion dan diiringi lagu klasik penuh seni sekali. 


Charlotte Gainsbourg sanggup bogel dalam banyak adegan yang aku rasa Kate Winslet pun kalah dalam filem Holy Smoke. Kadang-kadang aku jijik sekali bila anu William Dafoe (Spiderman 2002) (He) yang dipancutkan oleh Charlotte keluar darah selepas Charlotte menghentak dengan kayu…. Dalam filem arus perdana, biasanya kemaluan lelaki di tayang dari jarak yang jauh (e.g Lan Yu) tetapi tidak bagi filem ini. Kedua-duanya Willem dan Charlotte mempertaruhkan kemaluan mereka ke dalam bentuk seni ini boleh kata dengan jarak dekat (tak tau lah kalau ada teknik2 tampal dalam filem). Taktau la kalau produksi ini gunakan dildo pulak..


 Lagi adegan yang sangat disturbing :

  1. Di awal2 filem – di bilik air, adegan ‘F’ ditunjukkan dekat (!)
  2. She lari bogel di waktu malam menuju ke pokok lalu masturbasi kemudian He datang menge’F’
  3. She menggunting kemaluannya
  4. She menggerudi betis He untuk memasukkan batang besi.

Ada baca di artikel lama dulu, yang She memotong anu He tapi aku tak nampak pulak scene tu. Lagipun di youtube ada satu ‘episod’ yang takde atau sengaja di skip. Mungkinkah sebab adegan yg sgt mengganggu tidak juga kerana scene2 sensored ada gak yang di upload. Ermmm entah lah. Kalau anda suka Irreversible mungkin suka Antichrist. Jika tidak, anda akan geli!

Sinopsis lengkap dan spoiler :


3.5/5

27 Sept 2011

Akan Datang Dis. 2011





         [Semua filem yang dipertandingkan adalah yang ditonton oleh PF sahaja pada tahun 2011 (Jan - Dis) tanpa mengambil kira bila filem itu diterbitkan]


Anugerah Filem Pilihan (kategori) :

           1|  SERAM (PURE HORROR)

           2|  DRAMA (PELBAGAI)

           3|  KOMEDI (PELBAGAI)

           4|  ANIMASI

           5|  THRILLER/GANAS

          6.1 |  AKSI/PERANG (CGI)

          6.2 |  AKSI/PERANG (RAW)

Anugerah Perdana :

   1| PELAKON KANAK-KANAK PILIHAN *NEW

     2|      PELAKON WANITA PILIHAN

     3|      PELAKON LELAKI PILIHAN

     4|      LAKONLAYAR PILIHAN

     5|      SINEMATOGRAFI PILIHAN

     6|      BUSANA PILIHAN

     7|      CERITA PILIHAN

     8|      PENGARAH PILIHAN

     9|      FILEM MALAYSIA PILIHAN 2011

     10|      FILEM TERBAIK 2011

 *****

Filem Popular :

FILEM BOX OFFICE POPULAR 2011 (POLL)* NEW

#SPECIAL MENTION by JURY


Nota juri  (nak jugakkk tu….) :

Dari mana datang istilah Fest. Filem Nyamuk

Festival filem nyamuk ini setahu aku datang dari wartawan hiburan Malaysia yang memperkecilkan kejayaan filem Malaysia yang dihantar ke festival luar negara yang bertaraf kecil-kecilan (nyamuk) yang tak popular atau gah. Ramai tahu, dalam setahun ada beratus-ratus festival filem di adakan di seluruh dunia. 

Jadi, bila filem Malaysia yang menang sesuatu anugerah di festival filem seperti ini, mereka memperkecilkan sebab festival itu hanya picisan dan tak berkualiti bukan seperti Cannes, Berlin mahupun Oscar. Tetapi apabila seorang pengarah tu menang di Berlin, baru terbeliak biji mata mereka!

Mengambil inspirasi itu, Fest. Perangfilem pun menggelarkan diri dengan nama yang sama wahaha..

Objektif : Selain merekod filem-filem yang berkualiti setiap tahun, ianya juga sebagai rujukan kepada pelawat blog ini untuk menonton filem yang baik dari pandangan PerangFilem.

24 Sept 2011

Two-Legged Horse : Kuda Simpati



TWO LEGGED HORSE

Genre : Drama (Iran)

Filem arahan Samira Makhmalbaf ini mengisahkan seorang lelaki berada menawarkan kerja kepada sesiapa budak lelaki sebagai pendukung anaknya yang kudung kaki akibat terkena periuk api. Dengan membayar satu dollar sehari, satu ‘ujibakat’ sebelumnya diadakan untuk memilih budak lelaki yang sesuai. Seorang budak lelaki istimewa terpilih untuk kerja itu. Maka bermulalah, rutin budak istimewa itu menghantar dan menjemput si kanak-kanak kudung itu dari sekolah. Sehinggakan mereka pulang ke sekolah sambil berlumba dengan keldai-keldai, perhubungan mereka semakin lebih daripada rutin seharian ; bermain, memandikan, dan menyertai perlawanan gusti kanak-kanak di situ. Sampai satu masa apa yang dikehendaki oleh kanak-kanak kudung itu, bukanlah seorang budak, tetapi kuda.


Tiap kali menonton filem dari timur tengah khususnya dari Iran, pasti tema berbeza-beza yang aku tonton. Antaranya Heiran – kisah remaja perempuan yang sanggup lari dari rumah kerana ingin mencari teman lelakinya di bandar, Song of Sparrows – kisah seorang bapa menyara keluarganya di Iran dan yang terkenal Children of Heaven – adik beradik yg berkongsi kasut ke sekolah. Kali ini , seperti sinopsis di atas, satu cerita yang unik yang aku rasa tak pernah terfikir dek fikiran kita. Satunya, kerana latar belakang tempat cerita ini dan satu lagi kerana betapa kreatifnya pemikiran si pembikinnya. Aku rasa satu contoh yang baik bagi filem Malaysia yang setanding filem-filem sebegini adalah filem Pensel.

Berbalik kepada Two Legged Horse, kita tak mengetahui nama kedua-dua watak utamanya, seorang dipanggil ‘Master’ – si kudung, seorang di panggil ‘Horse’ – pendukung si kudung. Penonton akan kasihan kerana Horse yg sebatang kara hanya tinggal di ‘rumah’ seakan terowong yang panjang dan gelap, aku tak pasti apakah benda itu tapi yang pasti mukanya yg comot hitam setiap kali keluar dari situ di waktu pagi. Yang aku geram tentang Master, walaupun kudung kaki tapi keletahnya tak kalah sebagai budak nakal dan sewenang-wenangnya memperlekehkan si Horse. Satu lagi yang unik, ramai pelakon extra kanak-kanak lelaki yang kelihatan seakan sama kerana memakai pakaian tradisional mereka mungkin.

Walaupun begitu, filem yang sunyi tanpa muzik latar ini membuat aku ketawa kecil melihat keletah mereka berdua (kadang-kadang tanpa muzik latar menspoilkan mood aku kerana ada bab2 yang menyentuh tapi disokong oleh diam). Horse yang cukup sifat fizikal, cuma jalan tak berapa nak betul dan sedikit terencat. Mungkin kerana anak orang berada, Master boleh sesuka hati memecat Horse ketika kalah bergusti dan ketika itu ungkit-mengungkit apa berlaku antara mereka lalu menjadi adegan yang sangat menarik.

Aku tak pasti adakah Horse itu, diluar filem memang istimewa kerana lakonannya memang menjadi. Tapi tak mustahil pelakon yg baik boleh membawa watak sedemikian seperti lakonan M. Subash dalam Pensel walaupun dia sebenarnya manusia normal di luar. Bagitu juga Master, walaupun OKU tapi berbakat sebagai seorang pelakon cilik. Bayangkan pelakon OKU sebegini ada peluang berlakon… plus berbakat? Mana nak cari?

Filem ini sebenarnya ingin memberitahu bahawa sahabat itu sangat penting walaupun kita mungkin hidup selesa. Dengan digambarkan sebagai Master mendapat tricycle (basikal beroda tiga) ingatkan dia boleh berdikari tetapi pemikiran kanak-kanak usianya mana boleh memikir nasib di hadapan. Begitu juga dengan hal cinta, Horse yang cemburu lalu meninggalkan Master terkapai-kapai, dia sanggup ‘berlari’ jauh mengejar Horse… Masa inilah scene menangis si Master amat bermakna sekali dimana tangisan kehilangan dan penyesalan amat dirasai aku. Horse tahu, jalan hidupnya bergantung kepada Master lalu ‘mengambilnya’ semula.

Tetapi takdir hidup Horse yang bergantung kepada Master membiarkan hidupnya di atur oleh budak yang jauh lebih muda daripadanya. Dan aku tak sanggup melihat pengakhirannya di mana, Horse adalah kuda berkaki dua. Seperti kata pengarahnya : Let’s ask ourselves how many times has each of us become somebody else’s horse? Or used someone as our horse? klik >> : http://www.makhmalbaf.com/movies.php?m=61

*Two-Legged Horse ditayang di International Screen GSC terpilih sekarang.


4/5

22 Sept 2011

5 Filem Buruan

Okay, ada beberapa movie sebenarnya yang aku cari dan tunggu. Tapi 5 filem berikut adalah filem yang terlalu bernafsu untuk aku tonton :

1. Hanyut (mungkin awal 2012) : Filem kedua termahal setakat ini yang di hasilkan di Malaysia tak silap (RM11 juta kos pembikinan) selepas Puteri Gunung Ledang (RM20 juta). Selain itu PerangFilem amat meminati filem-filem U-Wei Hj. Shaari.

2. Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives : yang memenangi Palm D'or di Cannes. Jiran kita sudah menang anugerah tertinggi di Cannes. Malaysia bila?
3. Salo' : Filem yang katanya diharamkan di kebanyakan negara. Cukup aneh bila lihat sedikit sedutannya di youtube dan penuh kekejaman. Seakan berada di dunia asing dan terasa ingin pulang segera ke rumah aku sendiri.



4. Antichrist : sepasang suami buat retreat di dalam hutan selepas kehilangan anak dan ingin memperbaiki rumahtangga mereka. Most shocking scene bagi aku : si isteri dalam keadaan bogel ,lari menuju ke banir pokok, baring lalu masturbasi.

5. Bunohan : Macam best! (lupa nak letak sebelum ni...)


Tapi PerangFilem (PF) boikot :

Jangan kata PF racist. Korang tau kenapa. Flower in the Pocket (Liew Seng Tat), Gravel Road (Deepak Kumaran), Min (Ho Yu Hang) pun aku tengok.


21 Sept 2011

If I Want To Whistle, I Whistle



Genre : Drama (Romania)

Silviu yg berumur 19 tahun yang menghabiskan masa di pusat pemulihan remaja akan dibebaskan dalam masa 2 minggu lagi. Sebelum dapat keluar dari tempat itu, dia diberitahu oleh adik lelakinya yang ibunya akan membawanya ke Itali tanpa dipersetujui oleh Silviu. Kemudian dia berjumpa dgn Ana, yang menjalankan kajian projek dipenjara itu dan mula jatuh hati padanya. Dalam keadaan terdesak untuk tidak membenarkan adik lelakinya mengikuti ibunya, Silviu menjadi ganas dan terpaksa menjadikan Ana sebagai tebusan.


Ditemuramah


PerangFilem : Filem Romania pertama dalam hidup yang aku tonton ini hanya berkisar di dalam pusat pemulihan/penjara, kafe dan selebihnya jalanraya. banyak yang aku tertanya-tanya bila tengok cerita ini. Adakah ibu Silviu seorang pelacur? Selama ayah Silviu di hospital, siapa yang menjaga adik lelakinya itu? Dikatakan ibunya telah sekian lama menghilangkan diri dan tiba-tiba datang untuk membawa anaknya (adik Silviu) ke Itali. 

Silviu sememangnya tak suka adiknya itu ikut ibunya atas alasan sikapnya/ pekerjaannya yang tak disukai Silviu (bad parenting la.....)


Melawat abangnya


Kerana sayangkan adiknya, Silviu jadi tak keruan apabila di dalam penjara dan sanggup buat apa saja termasuk menjadikan Ana seorang tebusan walau dlm masa sama jatuh hati pasa Ana. Klimaks cerita ini adalah semasa Ana dijadikan tebusan oleh Silviu hingga terpaksa warden di situ memanggil ibunya untuk berbincang.


Keadaan dalam penjara

Filem ini agak mendatar sebenarnya. Dan aku rasa takde apa2 yang menarik kecuali babak tebusan dan Silviu lari dari penjara bersama Ana untuk minum kopi! ...dan berjanji untuk tidak apa2kan Ana. 

Ana & Silviu


Semua ini kerana tak mahu Silviu berjauhan atau kehilangan dengan adiknya itu padahal hanya beberapa hari saja untuk dia dibebaskan. Adakah Silviu menepati janji? Yang penting aku tak suka kesudahannya.


3/5

20 Sept 2011

Bedevilled - Pembalasan Dendam Wanita


Genre : Ganas/Thriller (Korea)


 Hae-Won dan anak Bok-Nam

Bedevilled (2010) mengisahkan Hae-Won seorang gadis dalam umur 20an di arahkan oleh bos tempat kerjanya supaya bercuti kerana masalah ditempat kerja. Lalu dia mengambil keputusan untuk pergi ke pulau Moodo di mana di situ adalah percutian semasa dia kecil. Apa yang diharapkan bukan seperti dahulu semasa dia kanak-kanak. Keadaan telah berubah. Bok-Nam, kawan baiknya semasa kecil telah berkahwin, dan mempunyai anak perempuan tetapi anak itu bukan perkongsian dengan suaminya sekarang. Dengan bercucuk tanam, mereka meneruskan kehidupan yang daif di pulau itu. Digambarkan juga hanya mereka sahaja yang tinggal di pulau itu kecuali pemandu2 bot yang datang ke pulau bagi tujuan pengangkutan.
Kehidupan Bok-Nam yang diseksa oleh suaminya dan saudara2 perempuan suaminya yang lebih tua darinya, amat menyedihkan sehinggakan dia bagai di rasuk syaitan dengan dendam membara, membunuh orang-orang di situ. 

 Dalam penderitaan

Ulasan |spoiler| : ini bukan filem slasher pertama aku tonton dari Asia. Ada yang lebih ‘memeranjatkan dan mengganggu’ lagi (termanya - shocking and disturbing) tetapi aku tak suka jalan  cerita yang berbelok-belok.  Bedevilled mengambil premis sebuah pulau yang melambangkan sebagai tempat yang sukar untuk escape. Ada scene  yang aku kira taklah terperanjat sangat cuma ternyata ada di filemkan (dan aku menjumpainya) di mana suaminya bawak balik pelacur ke pulau tersebut dan melakukannya di dalam bilik dan  Bok-Nam sedar keadaan itu, tetapi makan dengan lahapnya diluar. Apa taknya, Bok-Nam sendiri pun merelakan dirinya di ratah oleh adik suaminya tatkala suami dan anaknya pergi menangkap ikan di laut pada tengah malam. WTF cerita ni kan? Haha….. (Kdg2 suka tengok filem yang melanggar batas sosial dan norma) Ada juga scene si suami menendang kepala Bok-Nam di depan anak perempuannya. Scene 18sx tak payah cakaplah. Dan yang menjadi inti filem slasher, bunuh-membunuh, memukul dengan penukul besar, potong kepala dengan sabit, dsb cukup buat aku disturbing seperti mana menonton filem Hostel (juara kategori Ganas/Thriller pada Festival PerangFilem yang lepas).

 Bok-Nam sering diperlekeh oleh wanita2 tua di situ


Tetapi dalam masa 30-45 minit pertama aku tercari-cari hala tuju filem ini. Aku ingatkan Hae-Won heroin filem ni tapi lama-kelamaan watak Bok-Nam mula mengembang sehingga ke akhir cerita tanpa meninggalkan watak Hae-Won. Bedevilled juga memaparkan sebuah filem art walaupun ia sebuah filem slasher sama seperti I Saw The Devil dari Korea juga tetapi I Saw The Devil agak berfalsafah sikit. Kalau dah art tu, mesti slow kan? Tapi taklah terlalu slow sangat, masih boleh tahan lagi. Ganas juga pembikin filem dari Korea yea….

Di hujung, aku tertarik kerana Bok-Nam juga ingin membunuh Hae-Won kawan baiknya. Aku juga sikit surprise di mana jangkaan penonton bahawa filem ini akan tamat tetapi ada lagi kesudahan yang belum selesai.
 Dendam

Berjayakah Bok-Nam membunuh Hae-Won? Atas sebab apa Bok-Nam ingin mebunuh kawan baiknya itu??? Saksikan Bedevilled sehingga habis. Oh ya! Di cover belakang DVD Bedevilled ini ada mengatakan filem ini adalah “most shocking and disturbing from Korea since The Notorious Old Boy”. Bolehlah aku cari nanti, kalau aku tertarik menonton trailernya di youtube.


4/5

p/s : salute dengan sorang abang tu membeli DVD satu beg plastik penuh! Tak cukup dengan tu ada lagi dalam 10+ keping extra dalam beg berlainan! Ke ada org pesan… taktau la.  Aku kalau nak beli mcm tu, selain ada bajet, kena survey dulu mana movie yang best. Tapi sampai kedai, kalau nampak citer yg ‘mcm best’ beli gak kan? Haha… Ok lah daripada beli rokok….

16 Sept 2011

Koleksi DVD/VCD PerangFilem

Bagi penggemar movie mesti ada simpan koleksi DVD atau VCD kan? Tak kira la ori ke tak ori...
Antara koleksi DVD dan VCD yang aku miliki :











15 Sept 2011

Kasihan Captain Abu Raed!





Genre : Drama (Arab)
Filem ini sebenarnya mula-mula aku dengar semasa Kuala Lumpur International Filem Festival (KLIFF 2007) dan memenangi beberapa anugerah utama termasuk filem terbaik. Aku ingat lagi, aku sendiri pegi malam kemuncak KLIFF ni di PWTC dengan sorang kawan dgn berbaju melayu! (ikut tema malam tu). Kalau korang ingat, pengacara malam itu adalah Sarimah dan Phua Chu Kang. Filem WAYANG berkenaan wayang kulit dan HATI MALAYA mewakili Malaysia masa tu.

Dan bila GSC menayangkan filem ini di slot International Skrin, berfikir juga 2,3 kali sama ada nak menontonnya atau tidak? Apabila cek di youtube, mmg ada filem ini di upload. Menonton di skrin kecil dan lebar memang lain feelnya. Ada dalam 4-5  judul filem dari slot International Skrin yang aku pernah tgk (The Depatures, Heiran, Songs of Sparrow etc…). Rata-ratanya filem luar Hollywood, dan biasalah tak ramai yg menonton dari slot ini.

Captain Abu Raed (CAR, 2007 arahan Amin Matalqa) mengisahkan Abu Raed (Nadim Sawalha) yang kehilangan isteri dan anak, bekerja sbg seorang airport janitor (cleaner la senang cakap) di lapangan terbang Queen Alia International Airport, Jordan. Satu hari ketika menjalankan rutin kerjanya, dia tjumpa topi juruterbang berpangkat kapten di dalam tong sampah dan dia di anggap seorang juruterbang  oleh kanak2 di kawasan perumahan di mana dia tinggal. Walaupun menafikan, kanak2 di situ tetap menganggapnya seorang juruterbang dan menceritakan kisah fantasinya,  terbang ke serata dunia dgn tugas itu dan menanamkan sifat percaya kepada cita-cita masing-masing. Tetapi, kanak2 bernama Murad, jirannya yang dari mula lagi tidak percaya kepada Abu Raed.

 Abu Raed menemui sesuatu

 Kanak-kanak riang

Kanak2 yg bernama Murad ini menghasut yang lain sehingga sanggup ‘menunjukkan bukti’ bahawa Abu Raed bukanlah seorang juruterbang. Aku rasa scene 'bukti' inilah paling  berkuasa dalam filem ini kerana ianya PAAANGG!! sehingga air mata aku boleh jatuh! Aduh kasihan aku melihat Abu Raed.  Seorang juruterbang yang gah di mata kanak2 itu sepatutnya segak bergaya tetapi bukan keadaan Abu Raed ‘ketika itu’. Kenapa inverted coma? Kenalah tonton sendiri… Muzik latarnya juga amat membantu shot ini. Dah lama juga aku tak ‘rasa touching’ mcm ni…. Seingat aku drama di tv di mana seorang ibu menampar muka anaknya dalam suasana tegang kerana bencikan ayahnya. 

 Murad di balik pintu

 Filem ni bukan sekadar kejadian ‘kantoi’ itu. Selain topi itu yang menjadi subjek dan simbol filem ini, watak Murad dan Nour sebenarnya adalah tulang belakang CAR. Perkenalan Abu Raed dengan juruterbang wanita sebenar, Nour yang mempunyai masalah ‘belum kahwin-kahwin lagi’ menemukan erti bahawa kita hidup bukanlah untuk memenuhi kehendak masyarakat semata jika kita akhirnya tak bahagia (mcm tu la lebih kurg….). Bapa Nour yang risau anaknya belum berkahwin ditunjukkan sebagai mendapat ‘rahmat’ dengan kedegilan anaknya itu. 

 Nour dan Abu Raed

Satu adegan ‘ignorance’ di dalam teksi bila kanak2 itu dibebelkan dengan masalah kenaikan harga minyak, roti dan sebagainya oleh pemandu teksi tetapi mereka tak hirau sebaliknya melambai tangan seolah kapal terbang. Apa pentingnya adegan ini ya? Ke saja jer... Satu yang tak logik sikit di mana, Abu Raed pernah berkata kepada Tareq yang dia sudah tinggal lama di situ sebelum Tareq lahir lagi tetapi mungkinkah kanak-kanak di situ tak mengenali Abu Raed selama ini?

 Tareq yang suka berniaga

Plot keluarga Murad yang kacau bilau dengan kesusahan ayahnya mencari rezeki sebenarnya berkait dgn ‘rahmat’ bapa Nour tadi. Apakah ‘rahmat’ itu? Adakah Abu Raed terus membenci Murad? Setelah masuk campur urusan keluarga Murad, apa terjadi kepada Abu Raed akhirnya? Apa kesudahan hidup Murad dari keluarga berantakan? Semuanya dalam Captain Abu Raed…….

4/5

13 Sept 2011

Klise Drama Melayu (extra)

Kali ni aku nak komen skit pasal adegan2 biasa dlm drama melayu kita. Kalau selama ni kita dengar orang merungut adegan di meja makan selalu sangat di paparkan, perkahwinan anak yg dirancang oleh keluarga korporat, rebut harta dan sebagainya... Kali ni aku nak tambah mana yang aku perasan...


Semua bangsa ada adegan di meja makan* hehe

1. Perbualan telefon
Kalau adegan terima panggilan telefon aje (terutama dapat berita musibah etc), mesti penerima panggilaan tu ULANG BALIK AYAT si pemanggil.

"Apa! kemalangan?!"
"Apa? Kamal dekat hospital?"
"Apa! Shikin putus tunang?"

Semata nak bagitau penonton kan............
Adik, dah besar jangan ulang apa si pemanggil cakap taw..

2. Fail pejabat
Kalau di pejabat aje, si bos mesti tanya orang bawah dia,

Bos1 : Mana fail yang saya mintak tu?
Bos2 :  Kan saya suruh letak fail tu atas meja saya pagi ni. Mana fail tu? Lembab!
Bos3 : Ini bukan fail yang saya mintak, awak ni kenapa? Lain yang saya mintak lain yang awak buat!

Tak pernah, aku tengok bos mintak thumb drive ke, hantar emel ke.... dari pekerjanya walaupun dunia kini makin canggih. Heran.. Oh ya, mungkin fail tu boleh di belek2 dan di selak2 untuk lebih praktikal............
 Nah bos! Bos bila kita nak paperless ni bos? Dah tahun 2011 dah ni.

3. Kesuntukan masa
Kalau nak matikan adegan ke... mesti :

"Eh aku dah lambat ni..."
"Eh aku gerak dulu, dah lambat ni" sambil tengok jam tangan...
*Mahal jam aku...

4. Makan untuk hidup
Satu lagi dialog yang selalu terpacul dari mulut2 pelakon kita adalah :

"Dah makan ke?" memang ambik berat betul sebab kalau di luar drama pun orang melayu ni selalu tanya macam ni...

5. Kalau waktu sarapan aje mesti ada ahli keluarga YANG DAH LAMBAT nak pergi kerja atau ke kolej dengan digambarkan meminum SETEGUK air saja lalu pergi dan kata "Man dah lambat ni....."

Updated :

6. Kalau watak gadis atau janda kampung je mesti berjalan kat jalan kampung tu sambil pakai payung dgn mekap tebal. Nak bagi meletup pakai kebaya dan spek hitam (kalau naik kereta/motor x nampak jalan lenggangnya).

*Cuba sesekali buat mcm ni...

7. Kalau watak oang gaji je mesti kasi nama-nama tipikal, Mak Jah, Mak Kiah, Mak Bedah dan segala mcm Mak....

8. Kalau borak kat telefon nak buat temujanji mesti cakap jumpa petang ni  pukul bla..bla...bla tapi tak cakap pun jumpa kat mana. Pelik!


Takat ni je aku membebel. Nanti ada orang marah banyak sgt komplen. Buat tak reti........


Sekian.

12 Sept 2011

Riding Alone for Thousands of Miles


TRAILER


Genre : Drama (Jepun/China)

Filem terbitan 2005 arahan Zhang Yimao (my fav. of him before - House of Flying Daggers) ini mengisahkan Takata seorang warga emas Jepun yang mempunyai perselisihan faham dengan anaknya Ken-Ichi seorang pensyarah di salah sebuah Universiti di Tokyo. Perselisihan faham yang terjemah dari sarikata sebagai 'unexplain reason' itu berlarutan selama 10 tahun sehinggalah Ken-Ichi di masukkan ke hospital atas sebab kesihatan yang diramal sebagai kritikal. Walaupun Takata cuba untuk berbaik semula dgn anaknya itu dengan melawatnya di hospital tetapi ditolak oleh Ken-Ichi sehinggalah isteri Ken-Ichi menyerahkan video tape mengandungi pita rakaman ttg lawatan Ken-Ichi di satu daerah di Yunnan, China ttg opera China yang masyhur di daerah itu. Ken-Ichi yang amat taksub dengan seni opera itu tidak sempat utk mendengar suara penyanyi opera itu (Li Jiamin) secara langsung/ merakam persembahan opera oleh Jiamin dan berjanji utk datang kembali ke Yunnan pada tahun hadapannya.

Takata dan translator


Opera "Riding Alone for Thousand of Miles" : Jiamin di balik topeng

Maka disinilah bermula penggembaraan Takata ke daerah terpencil Yunnan semata-mata untuk mencari penyanyi opera China itu bagi melunaskan impian anaknya yang tak kesampaian. Pelbagai prosedur harus ditempuhi oleh Tanaka kerana Jiamin yang kini meringkuk di dalam penjara atas kesalahan berzina. Permasalahan berlarutan sehingga Takata terpaksa pula mencari anak kepada Li Jiamin (Yang Yang - anak luar nikah Jiamin) yang tinggal di daerah pedalaman dan dibela secara bergilir-gilir oleh orang kampung.  Dikatakan sudah 8 tahun Jiamin tidak berjumpa dgn Yang Yang.  Di Yunnan, Takata mendapat berita bahawa anaknya disahkan penyakit kanser hati dan hayatnya tidak lama.

PF amat tertarik dengan 2 nilai kemanusiaan dalam filem ini.

Pertama, nilai wang sebenarnya bukan perkara pokok dalam segala hal. Di situasi pertama, translator Jasmine menolak wang pemberian Mr Takata di mana Jasmine memang tidak mampu melakukan permintaan Mr Takata lagi kerana dia terlibat dengan komitmen lain. Di situasi ke dua, Jasmine menyuruh Lingo memulangkan semula wang Mr Takata di mana dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kesedihan Mr Takata ketika itu (anaknya sakit).

Kedua, nilai sopan santun Jasmine dalam melayan pelanggannya iaitu Mr Takata. Walaupun ditanya banyak kali oleh Mr Takata kadangkala tak kira waktu (adakalanya larut malam), Jasmine melayannya dengan baik dan bahasa yang sopan. Kadangkala PF agak yang si pemberi perkhidmatan akan membebel atau marah melayan kerenah pelanggannya tapi tidak Jasmine.

  Takata bersama Lingo


Hati seorang ayah yang amat menyayangi anaknya, usahanya diteruskan walaupun sampai satu tahap ianya menjadi kerja sia-sia. Sebaliknya, 'pertemuan' Yang Yang dan Li Jiamin amat bermakna bagi Takata dan itulah sebenarnya erti pengembaraan sebenar baginya. PF suka 'persilangan' di akhir filem ini. Jika anda tonton filem ini pasti tau apa yg dimaksudkan.....

Aksi Yang Yang yang nakal


 Yang Yang di kawasan pergunungan

Dapatkah Takata memenuhi impan anaknya seterusnya memperbaiki hubungan antara ayah dan anak? Adakah Takata mengambil Yang Yang sebagai cucunya? Riding Alone For A Thousand of Miles secara lurusnya menggambarkan pengembaraan Mr Takata ke China seorang diri. Di sebaliknya, opera Riding Alone For A Thousand of Miles mengajarnya mengenal anaknya sendiri. Sesuai sangat untuk tontonan pada Hari Bapa.....
4/5