11 Feb 2014

AKAN DATANG : Bravo 5, Nota & Apokalips X

Filem yang akan datang ini bukan GANGSTER, HANTU dan REMPIT. Jadi, korang masih nak tengok tak?


Filem Nota mengisahkan Kamal (Hans Isaac) dan Erin (Maya Karin) yang berdepan dengan masalah komunikasi dalam hubungan suami isteri kerana mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.Pada ulangtahun perkahwinan ke 10 , Kamal dan Erin membuat keputusan untuk bercuti di Bako dan berusaha memulihkan semula hubungan, kasih sayang antara mereka.

Semasa dalam perjalanan ke hutan Bako, Erin telah menemui sebuah ‘Nota’ yang mengandungi plan Kamal untuk membunuh diri di tempat dia pernah melamar Erin 10 tahun lalu. Erin pula mensyaki Kamal mempunyai perempuan simpanan yang telah hamil. Erin merancang meneruskan pembunuhan Kamal dan nota bunuh diri itu sebagai alibi.

TRAILER

*****


Peperangan hebat berlaku di seluruh pangea sejak mentari terbit dari barat. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.

Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.

Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).

TRAILER

*****

Filem Bravo 5 berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata.

Lima komando terbabit berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi, malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 anggota gerila komunis. Sebelum pertempuran bermula, mereka ada menulis wasiat.


4 comments:

Anonymous said...

Teruja tengok trailer Apokalips tu, 2@3 tahun lepas. Tapi kalau lama sangat menunggu, tak keluar-keluar jugak movienya. Ini boleh menyebabkan hilang mood dan hilang rasa teruja.....yaz

http://twone2121.blogspot.com/ said...

Bravo Lima bila kluar? ada mklumat?

PerangFilem said...

Tak pasti..

fauzizamanhuri said...

aku harap semua pencinta filem malaysia akan ke panggung..... sama2 sokong membeli tiket filem malaysia (yang bermutu sahaja) supaya setiap filem boleh dpt kutipan RM15juta