4 Feb 2014

Cacamarba : Lovely Man, Laga, Blue Jasmine, Her



Arahan : Teddy Soeriaamatdja
Genre : Drama
Tahun : 2011
Rating : 3.5/5


Apa yang boleh dikatakan filem ini sangat menarik. Dialog-dialog yang diluahkan pasti ditunggu-tunggu. Bagaimana reaksi sang anak, bagaimana jawapan sang bapa pula? Apa yang terjadi kemudian? Tiap tutur kata pemeran utama tak mau dilepas oleh PF, okay, PF ulang 2 kali tu. Ianya bukan kisah komuniti pondan secara total tapi hubungan antara bapa dan anak yang dua-duanya tak lari melakukan kesilapan. Ada beberapa adegan yang PF dapat tangkap iaitu permainan cahaya dalam filem ini, tentu fahamkan? :


adegan di warung kopi (penjual menghulur gitar) dimana wajah Epoi gelap tidak kelihatan manakala anaknya dilimpahi cahaya, dan semasa dijalanan yang kebanyakannya berwarna kuning oren suram. Saiful (Epoi) yang dibawa oleh pelakon Donny Damara kelihatan tidak berapa feminin untuk watak nyah tapi dapat meyakinkan watak Epoi dengan jayanya. Berdurasi 1 jam 11 minit Lovely Man sebenarnya bercerita sederhana bagaimana lelaki yang telah berkahwin kemudian bercerai apabila isterinya mendapati keadaan sebenar suaminya seperti apa, lalu dicari oleh anak perempuannya untuk mengadu tentang permasalahan yang sedang dihadapinya.



Arahan : Ismail Yaakob
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 2.5/5


Pengarah Lenjan ini kembali dengan filem terbaru yang memaparkan isu laga ayam. Banyak konflik/subplot antara watak sehinggakan penonton kadang-kadang keliru dengan jalan cerita. Penonton kena hayati betul-betul, siapa pengikut dia ni dan siapa pengikut yang lagi satu di awal cerita sebab semuanya berlaku pantas (Hassan dan Dasuki yang dilakonkan oleh watak utama; Wan Hanafi Su dan Nasir Bilan Khan [memang Bilan tau, hehe]). Dahulu ada terbaca artikel akhbar online MStar, bila cek balik, masih ada INI DIA, Nasir Bilan Khan hanya akan berlakon naskah yang berunsur Islamik tetapi melihatnya melakonkan watak mengintai Marsha Milan Londoh mandi teringat balik artikel tu haha. Marsha pula hanya jadi simbol seks dalam Laga tak lebih dari itu. Bayangkan isteri jadi taruhan boleh disebut terang-terangan dalam buat perbincangan macam jadi benda biasa dalam kampung tu atau itu perkara biasa dalam perjudian laga ayam? Walaupun percubaan yang baik untuk mengetengahkan isu seperti ini, Laga percubaan yang tidak berapa menjadi, arghh susah buat filem ni kan? #mendalamilogikahmadidham lol



Arahan : Woody Allen
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5


PF jarang mengikuti filem Woody Allen. Bila tengok Woody Allen filmography untuk semak senarai filemnya manalah tahu ada tengok judul-judul yang pernah tonton, didapati hanya 2. Percubaan pertama adalah menerusi Midnight In Paris tetapi tidak berjaya memenangi hati. Kedua adalah filem 'banyak bercakap' Annie Hall tak berjaya juga menghabiskannya kerana ianya banyak melibatkan perkara/budaya orang sana sampai kita tak boleh relate dan lama-kelamaan hilang minat akibat kefahaman yang semakin hilang. Apabila Cate Blanchette mendapat pencalonan bagi actress terbaik bagi Oscar 2014, PF cuba menonton walaupun pada mulanya tak tahu ianya karya Woody Allen. Ianya drama kisah wanita pertengahan usia yang mendambakan kemewahan sekali lagi setelah bercerai dengan lelaki yang berada dan berpengaruh. Semasa ia kembali hidup normal dan tiada wang, itu satu cabarannya buatnya mendaki semula dengan kerja di klinik dan sambung belajar. Di situ kita lihat kekuatan Jasmine selain selalu berselisih faham dengan adik tirinya berkenaan dalam memilih pasangan hidup.




Arahan : Spike Jonze
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5


Okay ramai yang meminati filem ini, ada yang bagi full marks dan secara tidak langsung menggambarkan filem ini sempurna. Tidak dinafikan filem ini indah dari segi visual, permainan warna dan emosi. Walaupun dengan hanya suara Samantha (Scarlet) iaitu perisian yang boleh dibeli, ianya berjaya menimbulkan suatu perasaan sehinggakan Theodore menemui keserasian lalu jatuh cinta. Seakan bercinta jarak jauh pula dan mengadakan phone sex! Terdapat juga adegan yang bosan/draggy adakalanya PF sempat membelek handphone untuk membunuh kebosanan itu (menontonnya di panggung). Tidak hairan jika di masa depan berlaku seperti ini sebab lihatlah teknologi yang sedang berlaku sekarang. Dan manusia terus bersendirian walaupun ditengah-tengah ramai.


No comments: