26 Dec 2014

Terbaik Dari Langit: Antara Rumahseni dan Komersil


 
Arahan : Nik Amir Nik Mustafa
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 4/5


Sofea Jane sudah lama tidak berlakon filem panjang sejak kebelakangan ini. Apa filem Sofia yang terkini? Ada tak beliau berlakon secara cameo kerana kalau watak utama atau pembantu memang dah berzaman tak nampak kecuali Hanyut yang semakin hanyut tu. Oleh itu, terima kasihlah kepada Nik Amir/Redza Minhat yang memberi tribute dengan menjelmakan semula 'Sofea Jane' yang kembali menyedut minuman dari dalam plastik sehingga mengeluarkan bunyi yang menjadi tabiatnya, tapi seingat PF dalam Perempuan, Isteri dan Jalang pula, watak Zaleha menyembur air dalam plastik dengan strawnya. Begitulah nostalgiknya Sofia Jane dalam arena perfileman tanahair, sehinggakan namanya dijulang dalam judul lagu.
 
Kekuatan TDL adalah dari sisi-sisi dialognya yang mencengkam, kadangkala sinis terhadap industri sinema kita dan kadangkala ringan. Keseluruhannya ia berpadu antara rumahseni (ya, pf cipta sendiri terjemahannya) pada visualnya kadangkala dan sisi komersil lawaknya supaya penikmat filem kita tidak susah menelannya. Disaluti dengan sinematografi pada bahagian-bahagian tertentu yang membuatkan filem ini damai sebenarnya di sebalik kemelut mereka. Sebuah lagi filem tentang persahabatan dalam bawaan road movie mencari UFO. Stunning! Antara shot-shotnya pun bukan main-main (cewah - macam la aku faham sangatkan).
 
PF berpendapat, watak Berg, Toyu, Ijam dan Ali semasa usia remaja/persekolahan mereka sangat dekat dengan wajah terkini mereka, tentunya satu cabaran besar bagi pengarah untuk mencari rupa yang serupa apatah lagi berbakat. Malah, gaya percakapan/karekter mereka antara 2 zaman yang ditunjukkan tidak lari jauh (teringat filem Boyhood). Semestinya budak-budak sekolah ini diberi kredit yang selayaknya, jika tidak filem eksperimental (Nik Amir) kerana menjamu menu berlainan ini tidak mencapai klimak 'now showing' sekarang. Sofia Jane yang menjadi 'penuteralise' antara 4 rakan itu terkadang tak memberi dialog yang berkesan, sayang rasanya watak Sofia Jane tak begitu mengikat. Macam sepatutnya dia terlibat sedikit konflik antara empat rakan tersebut, bukan sekadar penasihat kepada Toyu. Ok, mungkin sudah ada Zelda yang mengacau plot, tapi macam Nadiya Nissa pun perlu ada masa emo-emo/konflik. Ini tidak, "migraine la".... dan "apa hal korang ni...."

Berg mungkin gambaran ramai pengarah di negara ini yang masih tersorok dicelah 'sampah', orang seni yang kecil punyai idea yang berbeza (namun tak dapat lari dari kesamaan) untuk menebar cerita kepada seramai mungkin manusia melalui bidang yang dicintainya. Dengan bantuan rakan lamanya, Ijam Ashburn, artis yang sudah ada nama, Toyu, Sofia Jane (bekas penjual nasi lemakkan?!) dan Berg sendiri, ah! sangat berisiko sekali filem Berg ini ya, dah la filem eksperimen, tiada nama yang kuat kalau nak harap nama Ijam yang meletup dengan filem Islaminya sebelum ini, tapi wah, dalam panggung tetap ramai orang! (dengan tidak mengira pawagam kecil atau besar) Apa yang membuatkan filem Berg ini mendapat sambutan? Seakan mengejek filem-filem eksperimen seperti Karaoke (kalau boleh katalah), tak pun Konklusi lakonan Fyn Jamal dan sapa tah nama mamat tu (tapi tak tayang di pawagam). Filem eksperimen apa yang berjaya di Malaysia ni? Itulah harapan Nik Amir dan pasukan mereka kalau diikutkan, malah harapan semua pun. Dengan tidak tinggal sekerat dua penonton yang merungut. Itu realiti.

"Kadang-kadang sesetengah benda dibiar tak faham. Benda ni meresap perlahan dalam kepala, berdengung" - Toyu. Seperti filem Under The Skin yang PF tonton baru-baru ini.

Pencarian UFO atau apa-apa saja yang cuba disiratkan dalam Terbaik Dari Langit, adalah sesuatu yang tidak pasti, mungkin ianya janji, mungkin pula tuhan, atau pun ilmu misteri sains. Tidak menolak kemungkin mencari asal-usul dan jalan untuk mengenal erti persahabatan yang melangkau apa yang pernah difikirkan. TDL menjalin dengan baik warisan sinema yang ditinggalkan kepada generasi sekarang oleh kata-kata datuk Berg melalui mimpi imaginasi Berg. Terbaik Dari Langit, inilah masanya untuk membuktikan kata-kata yang filem Melayu/Malaysia itu teruk, pacak kamera saja terus shooting. Korang tahu apa yang patut dilakukan.

 

25 Dec 2014

FPF2014 : Keputusan!



Berikut pencalonan bagi FPF 2014 (Jan - Dis):

1. PELAKON LELAKI PILIHAN
2. PELAKON WANITA PILIHAN
3. FILEM MALAYSIA PILIHAN

4. PENGARAH PILIHAN
5. FILEM PILIHAN (keseluruhan)
6. FILEM TERBURUK MALAYSIA



1. PELAKON LELAKI PILIHAN 





1-
MADS MIKKELSEN : The Hunt (2012)




2-
NOAH WISEMAN : The Babadook (2014)




3-
LEONARDO DICAPRIO : The Wolf of Wall Street (2013) - MENANG!





4-
EIJI OKADA : Women In The Dunes (1964)






5-
MICHAEL GAMBON : The Cook, The Thief, His Wife & Her Lover (1989)








2. PELAKON WANITA PILIHAN






1-
BERENICE BEJO : The Past (2013)




2-
CATE BLANCHETT : Blue Jasmine (2013)




3-
ESSIE DAVIS : The Babadook (2014)




4-
KYOKO KISHIDA : Women In The Dunes (1964)




5-
ROSAMUND PIKE : GONE GIRL (2014) - MENANG!







3. FILEM PILIHAN MALAYSIA (2014)

1. Amir & Loqman Pergi Ke Laut
Pengarah: Mamat Khalid
Green Light Production
2. The Journey
Pengarah: Chiu Keng Guan
Woohoo Studios
3. Terbaik Dari Langit
Pengarah: Nik Amir Mustafa
Playground Production
4. CUAK
Pengarah:
Khairil M. Bahar
Benji Lim
Manesh Nesaratnam
Shamaine Othman
Tony Pietra

Garang Pictures




 
5. Lelaki Harapan Dunia - MENANG!
Pengarah: Liew Seng Tat
Everything Films
















4. PENGARAH PILIHAN





1-
Peter Greenaway : THE COOK, THE THIEF, HIS WIFE & HER LOVER







2-
Thomas Vinterberg : THE HUNT







3-
Hiroshi Teshigahara : WOMEN IN THE DUNES









4-
Nagisa Oshima : EMPIRE OF PASSION - MENANG!








5-
Richard Linklater : BOYHOOD








6-
David Fincher : GONE GIRL








5. FILEM PILIHAN

LIMA BELAS (15 ) filem pilihan dalam tontonan 2014:

1. ILO ILO | 2013 | Anthony Chen 

2. EMPIRE OF PASSION | 1978 | Nagisa Oshima -  MENANG! 3rd

3. BEYOND THE HILLS | 2013 | Cristian Mungiu

4. DAWN OF PLANET OF THE APES | 2014 | Matt Reeves

5. GUARDIAN OF THE GALAXIE | 2014 | James Gunn

6. WOMEN IN THE DUNES | 1964 | Hiroshi Teshigahara - MENANG! 1st

7. HER | 2013 | Spike Jonze

8. THE HUNT | 2012 | Thomas Vinterberg

9. IDA | 2013 | Pawel Powlikowski

10. THE BABADOOK | 2014 | Jennifer Kent

11. GONE GIRL | 2014 | David Fincher

12. BOYHOOD | 2014 | Richard Linklater - MENANG! 2nd

13. THE COOK, THE THIEF, HIS WIFE & HER LOVER | 1989 | Peter Greenaway

14. BLUE JASMINE | 2013 | Woody Allen

15. ALL ABOUT MY MOTHER | 1999 | Pedro Almadovar


**Filem terbaik sepanjang zaman tontonan 2014 (pemakluman saja)

TOKYO STORY
7 SAMURAI
BICYCLE THIEVES
REPULSION
UMBERTO D


6. FILEM TERBURUK MALAYSIA (2014)

BALISTIK
Asia Tropical Films
Suhan Movies
Silver



ZOMBI KILANG BISKUT - MENANG! (haha...)
Enjit Semut Sdn Bhd
Mamat Khalid











Filem berperang:
PART II


19 Dec 2014

Cacamarba: Manisnya Cinta Di Cappadocia & Ophilia



Arahan : Bernard Chauly
Genre : Drama, Komedi
Tahun : 2014
Rating : 2/5


Bernard Chauly kembali lagi setelah kejayaan Istanbul Aku Datang. Adakah kali ini filemnya lebih baik? Opps kalau kita tengok rating pun dah tau kan? Filem ini tidaklah buruk yang disangka. Malah boleh dikatakan ianya segelintir filem yang enak dilihat pada tahun ini. Hanya kerana beberapa faktor yang membuatkan PF kurang mendapat kepuasan. Kalau kamu hendak datang panggung dan santai-santai dengan pasangan masing-masing bolehlah menikmati saat romantis berdua. Malangnya, ceritanya terlalu cliche, malah lebih cliche dri Istanbul Aku Datang. Tak tahulah kenapa produksi RED Film/Astro Shaw dan Bernard mengambil novel Anis Ayuni ke layar perak. Kalau nak buat cerita sebegini tak perlu rasanya ambil dari novel pun boleh buat original screenplay. Seperti biasa sinematografi filem ini sangat memukau, tidak payah cerita panjang sebab rata-rata memuji lokasi dan warna filem ini. Bab lakonan pula, Fazura sangat konsisten dan terbaik sepanjang tayangan manakala babak yang paling digemari adalah ketika Eja sedang nazak. Diperhatikan, apabila filem yang berkaitan dengan RED Film atau Bernard atau Rafidah tak lari dari unsur-unsur LGBT. Kenapa ya? #sekadarbertanya.  


Arahan : Raja Mukhriz
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3/5


Mengandungi spoiler ringan.

Filem skinhead pertama di Malaysia yang juga arahan pertama Raja Mukhriz mendapat tayangan meluas di pawagam setelah filem Gedebe arahan Namron sebelumnya hanya private screening dan bukan di pawagam. Para skinhead mungkin berasa kelainan kerana Ophilia tidaklah hardcore kepada golongan itu. Ia mengambil rupanya saja. Mungkin disebabkan penerbit takut untuk mengambil pendekatan mendalam risau penonton massa tidak dapat memahami budaya skinhead (termasuklah yang menulis ni) lalu nanti akan mengecilkan skop penontonnya. Jangan risau bahawa Ophilia boleh ditonton oleh semua golongan cukup umur. Teringat suatu ketika dahulu pada hujung tahun 90an, ketika menetap di Melaka, PF mendapati ramai golongan ini berkeliaran di station bas dan bandar Melaka, khususnya remaja yang PF kira mereka yang baru tamat persekolahan atau lebih dewasa sedikit dengan cara pakaian dan bergerak dalam kumpulan. Waktu itu, memandang mereka memanglah pelik, dan tertanya apa yang menyebabakan mereka jadi begitu? bagaimana mereka terpengaruh? dengan tidak mahu menghukum, pandangan itu dibiarkan saja. Berlainan dengan zaman sekarang, di mana PF sudah jarang melihat kelibat mereka dimana-mana.

Berbalik kepada Ophilia, usaha ini wajar dipuji untuk memberi lebih warna sinema kita yang tak mahu lari dari tema yang malas-nak-ulang-lagi-kat-sini. Dengan berlatarbelakang zaman ini (2012-2014 dengan penampakan Iphone). Ophilia yang ditulis oleh Ellyna Ahmad memberikan persembahan berkenaan 3 rakan sejak dari bangku sekolah sehingga alam dewasa. Semangat brotherhood yang sangat kental dan sanggup menghadapi apa saja demi persahabatan mereka. Suatu hari, satu insiden berlaku kemudian memaksa mereka melakukan suatu diluar kemampuan dan membahayakan diri mereka. Ophilia adalah perkataan asal Greek bermaksud 'help', itulah kaitannya dengan insiden yang berlaku di mana 3 watak ini memerlukan 'help' untuk menyelamatkan diri dari ketua samseng. Walau bagaimanapun dalam filem ini, nama watak 'Ophilia' diberi nama kepada watak seorang pondan. 

3 karakter dalam Ophilia, Totoi (Kodi pendatang baru yang meyakinkan), Uji (Pekin), dan Ozi Gandum (Que). Uji dianggap abang dan ketua antara mereka. Boleh dikatakan anak orang kaya tetapi tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ayahnya. Uji sangat determined dengan prinsip hidupnya. Totoi pula adalah yang paling muda, sangat pengasih terhadap ibu dan sering kelihatan memakai baju Fred Perry berkolar (mahal ok! sehelai dalam sekitar RM350, kecuali yang tak originallah!). Totoi selain membantu ibu berniaga nasi lemak, juga mempunyai kedai jahit/alter baju. Ozi Gandum pula, lebih mengikut kepala sendiri, kadang-kadang berbelah bagi dalam hidup. Mengalami masalah keluarga membuatkan hidup Ozi bercelaru. Perasankah, babak Que di rumahnya hanya keluar-masuk pintu? Dan pabila 'masuk' hanya chaos semata tanpa keharmonian. Di sini beratnya watak Ozi berbanding yang lain.

Kalau nak ikutkan jalan cerita Ophilia, ceritanya mungkin kedengaran biasa - PF tak mahu beri spoiler lanjut. Itu sebabnya disebut di awal tadi, ianya playsafe atau mungkin untuk elakkan isu sensitif atau fahaman tertentu dan sebagainya. Malah, endingnya sama dengan filem tempatan yang PF tonton tahun ini (kebetulan). Pemilihan cara 'penyelesaian' itu agak mengejutkan sedikit kerana mungkin itu cara Totoi, Uji dan Ozi sempat fikir dalam keadaan singkat dan terdesak untuk selamatkan keadaan yang sengaja untuk mendapat ending yang 'diharapkan'. Kelebihan filem ini adalah 3 watak itu sendiri yang mempunyai chemistry yang baik apatah lagi Que Haidar yang sangat memilih watak dan ini merupakan satu-satu filemnya pada 2014. Babak kegemaran PF semestinya perbualan antara Uji dan Ophilia tapi malangnya hanya satu babak, itupun Ophilia datang secara tiba-tiba. Kesimpulannya, Ophilia menggambarkan sisi kecelaruan orang-orangnya namun cuba berlaku adil kepada golongan skin dan mereka bukanlah seperti yang anda gambarkan.


6 Dec 2014

FPF2014: Suku Akhir


Bulan Disember kembali lagi. Seperti biasa PF akan buat anugerah berangan sendiri untuk menjunjung filem Malaysia yang disayangi ini. Terdapat lebih 73+ filem Malaysia yang ditayangkan pada 2014 sekaligus mencatat rekod tahun terbanyak Malaysia mengeluarkan filem termasuk dari pelbagai bahasa. Dari sebanyak 73+ filem itu hanya DUA PULUH SATU (21) yang berjaya menarik PF ke pawagam/tonton. Ini merupakan penurunan dari tahun lepas, di mana pada tahun 2013, PF menonton DUA PULUH SEMBILAN (29) buah filem. 




Ini dengan terang membawa maksud, industri semakin kurang memberi pilihan kepada citarasa PF, atau paling tidak pun bagi sesetengah filem yang ditonton adalah daya tarikan pengarah yang sebelum ini cemerlang seperti Syafik Yusoff dengan SAM dan kini hadir dengan genre yang PF telah blacklist. Syafik muncul dengan naskah Abang Long Fadil yang  mendapat mixed review dari khalayak penggemar. Begitu juga dengan Balistik, oleh kerana termakan publisiti maka ianya ditonton juga. Filem-filem kitar semula terus bermaharajalela dan filem 'lain sikit' terlalu kurang. Tembus pula dikatakan memberi perspektif berlainan daripada Ahmad Idham lalu PF ingin mencuba apa yang boleh beliau tawarkan.

Balistik memulakan kempen FPF 2014 dibulan Januari dan diakhiri dengan Terbaik Dari Langit pada 25 Disember 2014 nanti. Manakala, buah tangan Mamat Khalid adalah yang terbanyak ditonton iaitu 3 filem; Zombi Kilang Biskut, Apokalips X dan Amir & Loqman Pergi Ke Laut. Berikut adalah filem-filem yang berjaya ke suku akhir (filem-filem tempatan yang ditonton sepanjang 2014). 

*(Klik link untuk ulasan)


LAGA 


CUAK 


SEJOLI: MISI CANTAS CINTA 

ZOMBI KILANG BISKUT 

APOKALIPS X (bukan ulasan PF) 



CEO 





THE CAGE




TERBAIK DARI LANGIT

CERITA HANTU MALAYSIA


Separuh akhir - 10 filem tempatan yang dikira layak akan diumumkan di page FB PerangFilem terlebih daulu.

Akhir - TOP 5 untuk menentukan satu Filem Terbaik Pilihan tahun ini.


p/s: filem tempatan bukan 'tahun semasa' yang ditonton adalah Gadoh (Namron), Syaitan (Bade Azmi) dan Rain Dogs (Ho Yuhang).




26 Nov 2014

Lelaki Yang Disandarkan Untuk Menyelamat Dunia


Arahan : Liew Seng Tat
Genre : Komedi, Drama
Tahun : 2014
Rating : 4/5


"Solomon, you know Malaysia... Truly Asia" Tok bilal.

Ulasan ini mengandungi spoiler. Jika ingin rasa keseronokan filem ini jangan baca sebelum menontonnya. Liew Seng Tat kembali dengan filem keduanya Lelaki Harapan Dunia selepas Flower In The Pocket (2007). Penonton filem pertamanya pasti akan rasa kelainan kerana Seng Tat beralih ke aliran yang lebih mainstream, dengan itu lebih ramai lagi akan mengenali pengarah ini setelah hip yang diberikan serta promosi besar-besaran seperti pemasangan billboard di tepi jalan utama di Lembah Klang dan sebagainya. Masih teringat lagi adegan-adegan dalam filem pertamanya, Flower in The Pocket terutamanya ketika budak sekolah yang berak kemudian hanya cebuk dengan kertas buku teks Bahasa Malaysia (kalau tak silap). Pasti ada sesetengah orang yang tak boleh menerima adegan tersebut. 

Setelah membaca berita-berita penjelajahan LHD ke festival-festival antarabangsa, kini tiba masa untuk penonton kita menjamah sendiri naskhah dari pengarah 'jarang buat' filem panjang. Yang jarang buat filem itulah, dua karyanya dinikmati oleh penonton antarabangsa. Agak sedikit malang, pengkritik luar yang tidak melihat LHD dari konteks Malaysia dengan menyentuh isu gender dan homoseksual: Hollywood Reporter dan Variety
  
Secara ringkasnya, LHD mengisahkan Pak Awang yang ingin menghadiahkan sebuah rumah usang dalam hutan sempena perkahwinan anak perempuannya. Maka, Pak Awang dengan pengaruh yang ada padanya meminta jasa baik orang kampung untuk bergotong royong mengangkat rumah yang digelar Rumah Amerika itu (kerana berwarna putih). Daripada hari pertama projek angkat rumah itu lagi, musibah demi musibah menimpa penduduk kampung. Walhal, acara bergotong-royong sepatutnya mengukuhkan silaturrahim dan semangat kekitaan antara mereka. Ada yang terjelepuk di lantai, unta hilang, lembu hilang, anak gadis diganggu mahkluk lembaga hitam atau Orang Minyak gara-gara seorang penagih dadah lakonan Sofi Jikan menyebarkan cerita yang dia terlihat lembaga hitam di rumah putih. Maka, kampung dilanda huru-hara akibat mereka sendiri tidak menyelidik apa yang sebenarnya berlaku.

Seawal-awal lagi, penduduk kampung dilambangkan tak pandai mengeja/kesilapan kecil yang tak sepatut berlaku, kutu dadah, dan tunggu sehingga filem ini berlarutan ke akhir makin menjadi-jadi sifat orang kampung yang agak tak berapa bijak, mendengar cakap-cakap tanpa usul periksa, songlap, rasuah, mengikut saja kata orang agama dan sebagainya. Banyak lapisan filem ini yang mengkritik melayu sendiri sebab semua dalam kampung itu Melayu, kata Sofi Jikan jika pengarah tipikal Melayu yang arahkan filem ini, pasti dia akan memajmukkan pelakonnya, tapi tidak bagi Seng Tat kerana mahukan ianya lebih surreal. Tak ketinggalan LHD mengkritik negara kita secara tersuratnya (orang Indo bina rumah, warga kulit hitam, keselewangan pemimpin, harga rumah sekarang - anak Pak Awang pulang dari bandar dan ingin duduk di kampung). Laungan kami Lelaki Harapan Dunia yang dijadikan azimat untuk menuju misi mengangkat rumah ke destinasinya hanya semangat awal tapi belum tentu harapan itu dapat direalisasi jika kebodohan orang-orangnya.

Sudah judulnya Lelaki Harapan Dunia, maka tiada pelakon perempuan dalam filem ini walaupun pembantu, mereka hanya cuma selitan saja. Seng Tat, ingin memaparkan suara lelaki, lelaki yang membuat kerja utama (berat) dan juga pembuat keputuasan sehinggakan unta pun jantan! Sehinggakan (lagi) 'watak-watak perempuan' digalas oleh mereka sendiri. Ini dunia lelaki kerana lelaki inilah yang 'menyelamatkan dunia' yang sebenarnya ia tajuk yang sarkastik.


Dua adegan menyapu gincu dibibir oleh Sofi dan Wan Hanafi Su cukup menenggelamkan lelaki-lelaki memakai baju kurung. (SPOILER) PF agak terpana, apabila Pak Awang (Wan Hanafi Su) mengambil keputusan menjadi orang minyak. Pak Awang tewas dengan keadaan. Sepatutnya Pak Awang bukan sebegitu dengan jatidiri yang telah ditunjukkan sebelumnya, tapi sekurang-kurangnya ini adalah suatu yang tidak disangka dalam filem ini yang juga dianggap sebagai mega satira (apatah lagi dengan hanya berseluar dalam). Cuma, tidak dapat dilihat dari adegan-adegan mana yang jadi penyebab penduduk kampung begitu membenci Pak Awang. Sebaliknya hanya alasan-alasan kurang kuat. Selain Wan Hanafi Su PF suka lakonan Jalil Hamid. Natural, hidup sebagai bilal yang buta. Secara keseluruhannya, semua pelakon mempamerkan persembahan yang mantap. Walaupun ada beberapa watak kelihatan tidak berkembang, harus difahami dengan ensemble pelakon-pelakon mungkin Seng Tat sebagai penulis tak mahu establish kesemuanya. Sinematografinya juga sangat cemerlang ketika suasana hutan seterusnya memaparkan keindahan dan kedamaian hutan yang alami. 

Agak terkilan jugak semasa Solomon lari dari rumah putih yang terbakar tetapi orang kampung tidak perasan (aarghh kenapa sama dengan ending Hanyut - belum tengok, hanya baca review). Jika mereka perasan Solomon tu lari, penyudahnya bukan seperti yang dilihat. Kenapa mesti subjek utama dikorbankan. Ini semua akibat kejahilan penduduk. Kesudahan dibiar terbuka adakah bermaksud kebodohan terus menyelubungi penduduk kampung? Seperti kata TontonFilem, jika dibahagian akhirnya anak perempuan yang bakal berkahwin itu muncul di pintu rumah Pak Awang, sedang menyaksikan Pak Awang dikejar kemudian terhenti saling menghadap, pasti suatu rasa yang berbeza kerana anak itu penyebab rumah itu digerakkan nescaya, akan membawa kesan yang dramatik, tapi ia tidak mungkin kerana Seng Tat tidak mahukan imej wanita.

LHD menyucuk orang Melayu yang PF sendiri ada sedikit terasa namun adakalanya kebenaran harus ditelan. Sekiranya ia menghina, adakah seniman seperti Wan Hanafi, Hishamuddin Rais, Roslan Salleh atau Sofi dan lain-lain bersetuju dari awal-awal lagi sebagai pemainnya. Jika begitu bagaimana dengan filem Mamat Khalid yang mempunyai beberapa filemnya yang sering mengejek orang Melayu? Adakah sebab dia Melayu maka kita terlupa atau filemnya tidak sekesan LHD? Adakah kita bangga LHD dijaja ke sembilan festival antarabangsa (setakat ini) dengan pengisian seperti ini? LHD kadangkala tampak biasa tetapi membuat kita berfikir. Ia umpama mengambil resepi Mamat Khalid namun Liew Seng Tat ada cara tersendiri malah boleh kata lebih ke depan dalam menangani isu-isu masyarakat dan kaum. Ia juga membuktikan filem drama komedi (gelap) juga mampu menjelajah dunia selain drama berat walaupun belum ada sebarang pengiktirafan rasmi yang diperoleh setakat ini.

Sumber: Berita Harian

17 Nov 2014

The Hunt, The Babadook, Holy Motors, IDA, All About My Mother



Arahan : Thomas Vinterberg
Genre : Drama (Denmark)
Tahun : 2012
Rating : 4/5


Kisah seorang duda yang bekerja sebagai guru tadika dituduh mencabul kanak-kanak perempuan. Konflik berterusan sehingga dia dipulau oleh masyarakat. Mads Mikkelsen (A Royal Affair) seperti biasa dengan lakonan cemerlangnya membuatkan filem ini tampak hebat di samping penonton akan geram dengan kanak-kanak perempuan tersebut. Filem yang provoking ini memilih prinsip; dendam manusia itu tak berkesudahan.



Arahan : Leos Carax
Genre : Aksi1 (Perancis/German)
Tahun : 2012
Rating : 3/5


Oleh kerana menonton filem ini tanpa sarikata Inggeris maka filem ni ditonton begitu saja tanpa paham sebutir bahasa Perancis. Apa yang dipahami, Monsieur Oscar menaiki limousin dan dibantu oleh driver/pembantu seorang wanita lingkunagn 50an. Oscar banyak berlakon menjadi watak-watak yang berlainan apabila keluar dari limousin dengan mengenakan make-up mengikut sesuatu watak. Watak-watak itu (diambil dari wiki) : The Beggar / Motion Capture Actor / Monsieur Merde / Father / The Accordionist / The Killer / The Killed / The Dying / The Man in the Foyer. tak pasti apa tujuan beliau berbuat demikian, mungkin diupah oleh orang tertentu. Yang pasti watak, Monsieur Merde adalah asalnya dari filem omnibus Tokyo! (2008). 

(Spoiler) Kali ini dalam Holly Motor, Merde menculik seorang model ketika penggambaran iklan, dan di sini terdapat babak di mana Merde membalut model yang seksi itu dengan mengoyak pakaiannya menjadi burqa kemudian, Merde berbogel sambil bergaya seperti berdoa cara Islam lalu berbaring di samping model tersebut. Walau bagaimanapun, model itu tidak diperlakusekskan. Filem ini agak aneh namun kreatif tapi beberapa persoalan berkenaan continuity, Oscar dengan anaknya dan beberapa watak lain. Make-up bagi setiap watak yang nampak natural lagi memberi kesan yang nyata dan percaya. Akibat tak berapa 'dapat' filem ini sekadar itu saja bintang yang diberi.



THE BABADOOK
Arahan : Jenniffer Kent
Genre : Seram (Australia)
Tahun : 2014
Rating : 4/5

Agak jarang menonton filem seram dari Australia. Kalau nak diikutkan premisnya sama di dalam rumah dan diganggu oleh hantu dari sebuah buku. Walaupun begitu, selainnya ia cuba lari dari kisah hantu yang ditonton sejak akhir-akhir ini. Watak Babadook ialah hantu lelaki (dah bosan jugak dengan hantu perempuan) yang kurang pasti motifnya mengganggu Amelia dan anak lelakinya Sam. Lakonan hebat mereka berdua boleh melupakan kekurangan yangg ada. Salute kepada mereka berdua.

(Spoiler) Watak Sam yang amat meyakinkan dengan degilnya dan berani dengan tindakan bijak mengikat ibunya, suatu yg memuaskan hati PF kerana apa, tiada paderi yang dipanggil dalam filem ini dan Babadook mengundang kesudahan yang berbeza merupakan satu kepuasan yang dicari. Babak Sam mengikat ibunya seakan menggantikan babak perempuan yang dirasuk (dalam The Conjuring) dan juga filem-filem seram kita yang selalu memanggil ustaz untuk tujuan penyelesaian. Tidak salah, tapi entah, berilah konklusi bukan sekadar baca doa dan kemudian habis. Tak bolehkah penerbit filem tempatan yg selalu mengeluarkan filem hantu membuat filem sebegini padahal ianya bukan idea yang luarbiasa (yang terbaru ditonton JIN dan berasa sedikit kecewa, tapi PF suka Paku). Maaflah, kerana membandingkan. The Babadook, tiada bunyi efek yang bingit dan melampau untuk membuat penonton terperanjat jika itu modal sekadar mengulang apa yang telah ada. Kalau nak kata seram sangat tu mungkin sukar PF nak putuskan kerana ianya subjektif tetapi filem ini cukup menyelamatkan filem genre seram yang ditonton tahun ini.




ALL ABOUT MY MOTHER
Arahan : Pedro Almodovar
Genre : Drama (Sepanyol/Perancis)
Tahun : 1999
Rating : 4/5


PF telah menonton Talk To Her arahan Pedro. Filem itu dan filem All About My Mother (AAMM) ada beberapa kesamaan fizikal dan sedikit isunya. Seingat PF, hanya 2 ini saja filem beliau yang ditonton. Dalam Talk To Her (TTH), Hospital menjadi latar filem, dalam AAMM hanya permulaan saja. Dalam TTH si hero yang dipersoal orientasi seksnya oleh seorang Doktor, selain watak hero itu sendiri. Dalam AAMM tema LGBT dibawa begitu besar lagi tetapi dari sisi 'sebelah' watak heroin saja. Watak utama Manuela, adalah 'disebabkan' oleh watak LGBT; Lola, begitu juga watak Rosa (Penelope Cruz). Namun, Pedro hanya beri 'memberi muka' pada Lola dihujung cerita saja. Itu belum lagi, watak Huma seorang pelakon teater yang berpacaran dengan pelakon teater yang sama (wanita). Pada PF, cerita ini mampat dalam durasinya. Setiap saat terisi plot-plot yang ingin diceritakan dengan tidak membuang masa. Selain itu, filem ini sangat vibrant dengan warna merah, sehingga terperasan dengan jelas pakaian watak-wataknya yang semestinya mengundang maksud tertentu.








***

IDA
Arahan : Pawel Powlikowski
Genre : Drama (Poland/Denmark/Perancis/UK)
Tahun : 2013
Rating : 4/5



Poster IDA menerangkan kisah filem. Pergi mencari asal usul diri. Ida sebelum bersumpah menjadi biarawati perlu berjumpa dengan saudara terdekat, Wanda satu-satunya ibu saudara yang tinggal dan mereka bertemu seterusnya mencari asal usul keluarga Ida dan mendapati ibu-bapa mereka adalah yahudi. Terikat dgn hukum biarawati juga, adakah Ida mahu menjadi manusia biasa atau biarawati (setelah keluar dari gereja dan melihat dunia luar) Kenapa banyak shot kepala saja? Dan tiba satu saat pula kamera hanya terlihat mata dan ke atas? (tertutup hidung: tak boleh bernafas - Gambar 4, mungkin bermaksud kehidupan beliau yang akan berubah/berhijrah dari orang biasa ke kehidupan "beragama" yang terbatas di upacara mengangkat sumpah). Begitu juga kita sering menghadapi dilema dalam hidup utk menjadi siapa kita. 

Oh ya, ada satu plot dalam IDA macam dalam filem Bunohan berkenaan tengkorak tu.

Ida ketika pergi di sebatang jalan diliputi salji




Ida ketika pulang di sebatang jalan