Arahan : Anthony Chen
Genre : Drama
Tahun : 2013
Rating : 3.5/5
Tiada banyak rungutan ketika menonton filem ini. Maknanya, sebuah filem drama dari seberang tambak yang pertama kali boleh ditonton dengan nyaman dan selesa. Kebanyakan pelakon memberi persembahan natural terutama ibu Jialer iaitu pelakon Malaysia, Yeo Yann Yann, Jialer sendiri dan pembantu rumah. Berlatarbelakangkan semasa ekonomi merudum tahun 1997, Ilo-ilo seperti kebanyakan drama isu pembantu rumah dan majikan tetapi apa yang menyebabkan iainya Cannes Camera d'Or 2013 agak kurang pasti sebab tak cukup ilmu tetapi naratif yang kemas membuatkan ianya "dimakan, menelan dan mendongak kepala sambil menutup mata"
Arahan : Tsai Ming Liang
Genre : Drama
Tahun : 2006
Rating : 3.5/5
Filem kedua Ming Liang yang ditonton selepas The Hole (1998). Pengarah kelahiran Malaysia telah lama didengar tapi baru kali ini menyelongkar karya beliau setelah menang sesuatu dengan Strays Dog (2013). Apa yang boleh dikatakan, filem beliau banyak bermain dengan gambar dengan minimal dialog serta metafora dan imaginasi yang membuak-buak terutama dalam The Hole. Boleh dikatakan juga style Yuhang, Liew Seng Tat dan beberapa pengarah Indie Cina Malaysia yang lain, tetapi Tsai Ming Liang lebih mendalam sentuhan 'art'nya. Muzikal yang kadang-kadang nampak murah terutama jika menonton trailer The Wayward Cloud (2005) dan imaginasi muzikal The Hole. I Dont Want To Sleep Alone yang berlokasi di KL sangat simbolik kadang-kadang tak terfikir dek kelakuan warga Bangladesh itu adakah sejenis LGBT atau apa? Tentu bertuah pelakon tempatan seperti Pearly Chua (Claypot Curry Killers - 2013) dan Norman Bin Atun yang berlakon bawah arahan Ming Liang satu nama besar di Taiwan (hah tau PF lambat!). Kesimpulannya, se'art-art' filem Tsai Ming Liang, PF boleh layan lagi setakat ini.
**
PA : The Marked Ones, Arahan : Christopher Landon
Devil's Due, Arahan : Tyler Gillette, Matt Bettinelli-Olpin
Genre : Seram
Tahun : 2013
Rating : 2/5
Arahan : Silver
Genre : Aksi 1
Tahun : 2013
Rating : 2/5
Nak pujian atau plastik? Tengok rating pun dah tahukan. Permulaan yang suram bagi 2014 bagi filem Malaysia ditambah bersaing dengan Rumah Sewa RM50. Skrip enam tahun disimpan, kos RM2.5juta, seribu peluru yang digunakan, pelakon Cina nombor satu di Malaysia, judul class, Rita Rudaini yang lama tak keluar wayang, promosi sana-sini dalam program TV, bekas hero malaya err boleh ke gitu.. apa lagi mau? Malangnya. Aduhai. Nak PF upload tiket wayang ke? 'Dengki khianat' kau PF! Caaaaabut!
No comments:
Post a Comment