Arahan : Bernard Chauly
Genre : Drama, Komedi
Tahun : 2014
Rating : 2/5
Bernard Chauly kembali lagi setelah kejayaan Istanbul Aku Datang. Adakah kali ini filemnya lebih baik? Opps kalau kita tengok rating pun dah tau kan? Filem ini tidaklah buruk yang disangka. Malah boleh dikatakan ianya segelintir filem yang enak dilihat pada tahun ini. Hanya kerana beberapa faktor yang membuatkan PF kurang mendapat kepuasan. Kalau kamu hendak datang panggung dan santai-santai dengan pasangan masing-masing bolehlah menikmati saat romantis berdua. Malangnya, ceritanya terlalu cliche, malah lebih cliche dri Istanbul Aku Datang. Tak tahulah kenapa produksi RED Film/Astro Shaw dan Bernard mengambil novel Anis Ayuni ke layar perak. Kalau nak buat cerita sebegini tak perlu rasanya ambil dari novel pun boleh buat original screenplay. Seperti biasa sinematografi filem ini sangat memukau, tidak payah cerita panjang sebab rata-rata memuji lokasi dan warna filem ini. Bab lakonan pula, Fazura sangat konsisten dan terbaik sepanjang tayangan manakala babak yang paling digemari adalah ketika Eja sedang nazak. Diperhatikan, apabila filem yang berkaitan dengan RED Film atau Bernard atau Rafidah tak lari dari unsur-unsur LGBT. Kenapa ya? #sekadarbertanya.
Arahan : Raja Mukhriz
Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 3/5
Mengandungi spoiler ringan.
Filem skinhead pertama di Malaysia yang juga arahan pertama Raja Mukhriz mendapat tayangan meluas di pawagam setelah filem Gedebe arahan Namron sebelumnya hanya private screening dan bukan di pawagam. Para skinhead mungkin berasa kelainan kerana Ophilia tidaklah hardcore kepada golongan itu. Ia mengambil rupanya saja. Mungkin disebabkan penerbit takut untuk mengambil pendekatan mendalam risau penonton massa tidak dapat memahami budaya skinhead (termasuklah yang menulis ni) lalu nanti akan mengecilkan skop penontonnya. Jangan risau bahawa Ophilia boleh ditonton oleh semua golongan cukup umur. Teringat suatu ketika dahulu pada hujung tahun 90an, ketika menetap di Melaka, PF mendapati ramai golongan ini berkeliaran di station bas dan bandar Melaka, khususnya remaja yang PF kira mereka yang baru tamat persekolahan atau lebih dewasa sedikit dengan cara pakaian dan bergerak dalam kumpulan. Waktu itu, memandang mereka memanglah pelik, dan tertanya apa yang menyebabakan mereka jadi begitu? bagaimana mereka terpengaruh? dengan tidak mahu menghukum, pandangan itu dibiarkan saja. Berlainan dengan zaman sekarang, di mana PF sudah jarang melihat kelibat mereka dimana-mana.
3 karakter dalam Ophilia, Totoi (Kodi pendatang baru yang meyakinkan), Uji (Pekin), dan Ozi Gandum (Que). Uji dianggap abang dan ketua antara mereka. Boleh dikatakan anak orang kaya tetapi tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ayahnya. Uji sangat determined dengan prinsip hidupnya. Totoi pula adalah yang paling muda, sangat pengasih terhadap ibu dan sering kelihatan memakai baju Fred Perry berkolar (mahal ok! sehelai dalam sekitar RM350, kecuali yang tak originallah!). Totoi selain membantu ibu berniaga nasi lemak, juga mempunyai kedai jahit/alter baju. Ozi Gandum pula, lebih mengikut kepala sendiri, kadang-kadang berbelah bagi dalam hidup. Mengalami masalah keluarga membuatkan hidup Ozi bercelaru. Perasankah, babak Que di rumahnya hanya keluar-masuk pintu? Dan pabila 'masuk' hanya chaos semata tanpa keharmonian. Di sini beratnya watak Ozi berbanding yang lain.
Kalau nak ikutkan jalan cerita Ophilia, ceritanya mungkin kedengaran biasa - PF tak mahu beri spoiler lanjut. Itu sebabnya disebut di awal tadi, ianya playsafe atau mungkin untuk elakkan isu sensitif atau fahaman tertentu dan sebagainya. Malah, endingnya sama dengan filem tempatan yang PF tonton tahun ini (kebetulan). Pemilihan cara 'penyelesaian' itu agak mengejutkan sedikit kerana mungkin itu cara Totoi, Uji dan Ozi sempat fikir dalam keadaan singkat dan terdesak untuk selamatkan keadaan yang sengaja untuk mendapat ending yang 'diharapkan'. Kelebihan filem ini adalah 3 watak itu sendiri yang mempunyai chemistry yang baik apatah lagi Que Haidar yang sangat memilih watak dan ini merupakan satu-satu filemnya pada 2014. Babak kegemaran PF semestinya perbualan antara Uji dan Ophilia tapi malangnya hanya satu babak, itupun Ophilia datang secara tiba-tiba. Kesimpulannya, Ophilia menggambarkan sisi kecelaruan orang-orangnya namun cuba berlaku adil kepada golongan skin dan mereka bukanlah seperti yang anda gambarkan.
No comments:
Post a Comment