20 Apr 2012

My Way, The Cabin In The Woods & The Story of Qiu Ju



Genre : Aksi 1 & 2
Arahan : Je-Kyu Kang
Kos : US25 juta
Pelakon : Dong-gun Jang, Jo Odari, Bingbing Fan, In-kwon Kim
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : filem perang yang lain
Rating : 4/5


Filem perang bukan genre PF. Mungkin ini filem paling mahal Korea Selatan setakat ini, PF gagahkan jua menonton. Perasaannya sama kalau Malaysia mengeluarkan filemnya yang termahal. Menonton dalam keadaan pening bukan satu pilihan tepat. Kepala yang pusing ditambah tembakan-tembakan dan durasi yang panjang sedikit menyeksakan. Yang lainnya filem ini dengan filem perang yang PF tonton adalah watak utama bukanlah askar asli yang sengaja masuk tentera, tetapi adalah hukuman dan dipaksa berperang. Berdasarkan kisah benar, filem ini melibatkan lebih kurang 4-5 medan perang yang berbeza, di kawasan kota yang musnah, di tanah tandus dan di pantai (shooting di Korea, China, France, Russia & Latvia). Boleh kata babak peperangan di tempat-tempat yang dinyatakan tadi memang best dan boleh buat anda kagum! Cuma yang tak best sikit di awal-awal filem ini adalah pasal marathon yang buat PF waarghh.....(menguap). 2 sahabat yang mulanya kawan kemudian terpaksa bermusuh dan kemudian berkawan semula. Sampai satu babak mereka ni macam pasangan gay pun ya. (samalah mcm Snow Flower & Secret Fan yg berkawan rapat ala lesbian). Rasanya pelaburan yang besar ke atas filem ini boleh nampak secara visual tetapi dari ketepatan sejarah, maaf PF tak dapat pastikan. Jika anda berminat boleh membaca sejarah atau latarbelakang 2 watak utamanya. Kepada peminat filem sebegini, jangan lepaskan peluang.

p.s dalam popularnya Kpop dan drama Korea sekarang, perlukah produksi drama atau filem kita pun shooting kat Korea? Apa relevannya?



Genre : Aksi 2 (CGI)
Arahan : Drew Goddard
Kos : US30juta
Pelakon : Kristen Conolly, Chris Hemworth, Anna Hucithson, Fran Kranz, Jesse Williams
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Hunger Games, filem-filem zombi
Rating : 3.5/5

Macam pelik pulak My Way berkos US25 juta dengan adegan-adegan perang segala tapi filem ini US30 juta. Mungkin kesan khas dihujung filem ini yang buat ianya mahal kot! 5 sekawan pergi bercuti ke kabin di dalam hutan milik cousin kepada salah seorang daripada mereka. Percutian mereka berakhir dengan tragedi apabila satu demi satu menemui ajal. Nampak macam stereotype bunyinyakan? Sebenarnya bila menonton filem ini, banyak filem yang pernah PF tonton berlegar-legar dalam kepala secara automatik. Salah satunya elemen-elemen tempat atau lokasi iaitu kabin di dalam hutan (I Spit On Your Grave, Friday Night 13th etc), stesen minyak yang buruk, konon-konon tiada orang (banyak dalam filem Hollywood), zombi-zombi dan terbaru ala-ala Hunger Games. Sebenarnya, The Cabin In The Woods merumuskan semua filem tersebut ke dalam satu. Ditambah dengan satu lagi trademark Hollywood dengan ending ala dunia nak kiamat. Oh, komedi juga untuk penonton ketawa. Ianya satira! Dan tak keterlaluan mengatakan ianya 'tribute' untuk filem horror dan slasher juga! Spoiler : bagaimana control room yang begitu penting (di mana Marty dan Dana tekan button lif) takde Security yang jaga? haha... spoiled la.

p.s : terbaca di imdb Kristen Conolly (Dana) hanya membawa watak 'woman reading on bench' dalam filem The Happening (M.Night Shyamalan)



Genre : Drama
Arahan : Zhang Zhimou
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Gong Li, Peigi Liu, Liuchun Yang, Kesheng Lei
Tahun : 1992
Filem Seumpamanya : 
Rating : 3.5/5

Qiu Ju seorang isteri yang sedang hamil kepada Qinglai. Qiu Ju ingin mencari keadilan kerana ketua kampung menendang anu suaminya sehingga suaminya terpaksa berehat lama dan tidak dapat mencari nafkah. PF pun tak menyangka ada filem dengan jalan cerita sebegini. Sebenarnya itu hanyalah landasan saja, tetapi perlu dilihat secara mata halus akan makna yang tersirat. Filem ini berkisar kepada penindasan, keadilan, semangat seorang wanita dan kasih sayang kepada suami yang ditangani oleh Qiu Ji sebagai rakyat biasa. Kebanyakan filem Zhang Yimou yang PF tonton adalah dari novel dan ianya berbeza-beza genre. Qiu Ju yang sanggup ke bandar - yang asing baginya, datang beberapa kali dalam keadaan hamil ditemani adik iparnya sehingga ditipu oleh penduduk bandar. PF mendapati figura Zhang Ziyi (The Road Home) dan Gong Li (filem ini dan Rise The Red Lantern) mempunyai aura yang sama. Satu kerana memiliki wajah/ekspresi yang sama dan kedua bahasa tubuh yang sama. Mungkin watak-watak antara 2 pelakon ini sendiri tak jauh lari dari filem yang disebutkan tadi. Mood apabila menonton filem Zhang Yimou adalah sama apabila PF menonton sesetengah filem Iran terutama yang berdialog mendatar dan berlatarbelakangkan kampung dan kehidupan yang daif dan sederhana di mana menjadi salah satu premis yang menjadi kegemaran PF. Berjayakah Qiu Ji menuntut keadilan? Apakah yang terjadi kepada ketua kampung akibat perbuatannya? PF merasakan suatu yang menarik dipenghujung cerita.

p.s : Adegan Qiu Ju berlari diakhir filem adalah sama dengan Zhang Ziyi berlari dalam The Road Home. Tapi Zhang Ziyi lagi banyak berlari dlm filem dia.


16 Apr 2012

Apabila Pengarah Jadi Operator Pengeluaran

Sekadar Hiasan
Kadang-kadag PF benci Siti Jarum. Kadang-kadang suka pulak. Suka bukan apa, setuju dengan tulisan dia kat Akhbar Mingguan tu. Kesimpulannya, kadang-kadang kita sama pendapat, kadang-kadang tak, biasa la tu. PF sebenarnya tak suka sangat copy paste bahan dari tempat lain. Tapi, penyakit PF ni malas nak menulis tapi gatal pula nak berblog haha. Makin banyak filem Melayu di pawagam saban minggu. Minggu demi minggu berlalu, PF hanya menanti mana yang perlu ditonton saja. Isu ni dah lama. Oleh kerana industri filem Malaysia kembali rancak ya amat, Siti Jarum kembali menulis pasal ni. Kalau filem negara luar, lantak pi lah sampah ke hapa. Pada PF tak salah buat filem ringan atau komersial, tetapi tak perlulah terlalu busuk isinya hingga seringkali terkeluar di mulut PF tatkala menonton filem-filem sebegini di kaca TV berbayar yang diulang cuma tengok-gitu-gitu-tapi-tak-abis sambil berkata "abende ler citer". Semata-mata nak isi slot TV menunggu nak beli hak filem lain agaknya maka diulang banyak kali, ditambah dengan sanggup menayang sinetron Indon yang panjang berjela-jela yang entah-apa-kejadah.

********

Apabila filem Melayu jadi tapai ubi busuk lagi memabukkan

HALA tuju filem kita terpesong lagi. Siti melihat kecenderungan sebahagian besar tauke filem mengikut arus konsumerisme yang gila, ini suatu yang sangat membimbangkan. Dalam kamus filem, pengarah adalah karyawan.

Tapi sebahagian besar pengarah filem kita lebih kepada operator pengeluaran.

Kalau semua pengarah filem jadi karyawan, filem kita tidaklah seburuk sekarang. Tapi sebagai operator pengeluaran, mereka ikut telunjuk tauke saja. Idealisme? Puak ini mana ada idealisme. Materialisme banyaklah.

Filem seharusnya ada tarik tali antara penonton dengan idealisme karyawan. Tanpa menolak hambatan konsumerisme atau kuasa pengguna, filem mesti memberi corak pemikiran yang dimahukan oleh pengarahnya.
Siti tak menafikan tanpa penonton, apalah ertinya sebuah filem. Tapi masa yang sama juga kita kena bertanya apalah ertinya filem kalau hanya ikut telunjuk penonton. Filem bukan tapai ubi yang dibuat untuk penuhi selera pembeli. Tapi filem kita sekarang sudah jadi tapai busuk yang memabukkan.

Kecenderungan menghasilkan filem-filem murahan (bukan belanja murah) yang hanya mengharapkan ketawa memecah panggung adalah penyakit lama filem tempatan. Ini membuktikan filem kita terpesong jauh daripada apa yang sewajarnya. Siti selalu tanya, perlukah kita menonton filem Melayu? Adakah kalau tidak menonton tahap patriotik kita boleh dipersoalkan? Tapi kalau yang macam tapai busuk yang memabukkan, perlu jugakah?

Seharusnya kita berduka dengan lahirnya sekian banyak filem tapai busuk yang mempersenda sesama kita secara kurang ajar, biadab dan bertaraf kaki lima. Filem begini bukan saja tidak perlu wajar diulas malah tidak disebut kerana ia melakukan kesongsangan moral; menyajikan budaya yang merosakkan pemikiran rakyat.

Siti fikir kalau ada banyak duit dan mahu berniaga, pilihlah bidang lain yang tidak ada kena-mengena dengan idealisme dan budaya. Membuat filem yang buruk sama maknanya memberi sajian yang merosakkan bangsa.

Setimpal

Kepada yang terlibat menyebarkan dakyah kononnya filem mereka baik apabila mengutip sekian juta ringgit, hentikanlah. Kerana memburu kutipanlah filem Melayu jadi seburuk ini. Tauke filem kena insaf bahawa kutipan berjuta-juta ringgit itu tidak setimpal dengan kebaikan kepada penonton.

Birokrat yang terlibat dalam soal jatuh bangun perfileman wajib menyedari keterpesongan ini. Jangan sekali-kali mengukur sesebuah filem dengan kutipan di panggung. Kita bukan buat fun fair yang boleh diukur berapa banyak kutipan. Filem suatu karya yang perlu membawa pemikiran dan sudah tentu untuk membina bangsa. Tapi tak tahulah Siti kalau tauke filem kita setaraf tauke fun fair yang hanya membilang ringgit dan sen.

Melihat kecenderungan ini, Siti fikir kita sudah tidak wajar lagi menonton filem Melayu. Apakah tidak patriotik kalau kita memulaukan filem Melayu yang sebenarnya tak ada Melayu pun, yang ada hanya bagaimana mempersenda pemikiran Melayu. Biarlah dikatakan tidak patriotik sekalipun malah sebenarnya ini yang lebih patriotik kerana menyelamatkan sekian banyak duit Melayu dari menjadi mangsa tauke filem yang pelahap.

Filem dari kamus Karl Marx adalah senjata yang cukup berkuasa untuk menakluki manusia. Maka pada era Marx filem menjadi karya seni yang sangat tertonjol hingga melahirkan teori Marxisme. Malah dalam kamus Amerika yang bercita-cita menakluki dunia di bawah satu budaya juga melihat filem jauh daripada apa yang kita lakukan di negara ini. Filem Amerika meluaskan penjajahan budayanya dengan memanfaatkan pengaruh filem.

Sementara di China, kelahiran generasi kelima yang kelihatan anti komunis meluahkan idealisme dalam filem. Tentu saja filem ini bernilai besar dan menjadi rujukan sosial untuk melihat kebangkitan generasi yang pernah menderita pada era Revolusi Budaya dulu. Antara mereka yang sangat dominan dalam generasi kelima filem China ialah Zhang Yimou dan Chen Kaige.

Di mana filem kita dalam konteks yang lebih antarabangsa sifatnya? Tentunya tidak adil kalau kita memberi tanggungjawab seperti filem generasi kelima China kepada filem-filem hantu kita setengah masak yang menyerang panggung kita tahun lalu.

Maaf cakaplah Siti tak berbangga sikit pun dengan jumlah filem Melayu yang bertambah sekali ganda atau kutipan yang bertambah tiga kali ganda. Semua itu tak ada maknanya kalau filem Melayu tidak boleh menjadi jurucakap kepada bangsanya. Hal-hal kutipan ini sepatutnya diperkatakan oleh penjual tapai ubi kerana mereka tidak berurusan dengan suatu produk yang melibatkan sosial dan budaya pembelinya.

Kalau Siti kata tapai ubi lebih baik daripada filem Melayu, ada yang mengamuk pula. Tapi itulah yang sebenarnya. Kepada yang mengaku pengarah filem, tolonglah tampil jadi pengarah, bukan operator pengeluaran yang buat kerja ikut kata tauke. Awak itu pengarah filem yang bertaraf karyawan. Ingat, awak bukan operator pengeluaran.

SITI JARUM: Peminat tapai pulut daun getah.


PF : Macam nak bold semua.


Link ASAL

11 Apr 2012

‘OMBAK RINDU’ Dan Minda Songsang Masyarakat Melayu



Penangan "Ombak Rindu"lah menyebabkan Aaron Aziz menang Artis Paling Popular 2011. PF nak kongsi satu blog yang baru tulis review filem ini. Link asal kat SINI. Terima kasih kepada blogger tersebut.

**********

Tuhan tolong lembutkan hati “dia” (Peminat-peminat kisah Ombak Rindu agar mereka sedar mesej merbahaya dalam karya ini). Ya, pada penulis karya popular ini membawa mudarat kepada masyarakat Melayu.

Setelah Ombak Rindu mengutip pulangan box office berjumlah lebih RM10 juta baru penulis tergerak untuk menonton filem ini. Sahabat pertama yang suruh tonton filem ini awal-awal sudah memberi amaran agar tiada objek-objek tajam berhampiran dengan diri sewaktu menonton. Baru sekarang penulis faham mengapa beliau berkata demikian. Mujurlah tiada objek tajam hari itu.

Dan begini ringkasan reaksi penulis semasa menonton di kaca komputer:

Whaaat?!!! … Astaghfirullah … Gila ke hapa pompuan ni?! … You gotta be kidding me … No, don’t go to the loo and leave me with these people (Hariz dan Izzah)!!! Please! Pause! Don’t leave me with them!!!
Sudah tentu reaksi penulis ter-over. Mana tidak, dalam tempoh lebih kurang setengah jam pertama sahajaOmbak Rindu menceritakan yang berikut:


Poster 'Ombak Rindu'
Izzah (Maya Karin), seorang gadis kampung berhijab yang mengajar kanak-kanak mengaji Al-Qur’an berjaya di bawa dari kampungnya ke Kuala Lumpur dan dilacurkan oleh pakciknya kepada seorang pemilik kelab malam. Dia dirogol oleh Hariz (Aaron Aziz) di kelab malam itu dalam keadaan tidak sedar diri.

Setelah dirogol dalam keadaan tidak sedar diri, lantas Izzah memohon agar perogolnya, Hariz, menculiknya pergi dari tempat itu. Maka Hariz membeli Izzah dari pemilik kelab malam tadi dan menyimpannya di sebuah rumah mewah di mana dia “milik” Hariz seorang dan mesti memuaskan nafsunya pada bila-bila masa sahaja.
Izzah memohon agar Hariz bernikah dengannya dan berjanji tidak akan meminta apa-apa daripada Hariz.

Jelas Izzah seorang perempuan yang tidak waras. Jika Izzah itu waras maka gilalah penulis Fauziah Ashari yang mencipta watak sebegitu. Izzah digambarkan sebagai seorang Muslimah mithali di mana kehidupannya yang penuh beriman itu adalah untuk pasrah dan menunduk kepada kehendak lelaki tidak kira betapa sial kelakuan lelaki tersebut terhadap dirinya.
Falsafah hidupnya dalam konteks hubungannya dengan Hariz boleh dikatakan seperti berikut:

Oh, kau rogol aku. Disebabkan kau lelaki pertama aku dan kerana aku tak sanggup dirogol di luar nikah, jadi aku mintak tolong kau kahwin dengan aku. Lepas tu kau rogol la macam mana pun, aku okay je. Aku cuma nak hubungan kita sah supaya aku boleh free-hair dan berkemban depan kau tanpa rasa bersalah. Malah, bila kau datang kat rumah ni untuk nak rogol aku, aku buatkan hidangan air dulu dan bukakkan stokin kau, siap dengan urut-urut sekali. Aku duduk kat lantai dan baring atas dada kau sebab aku Muslimah yang baik. Dan bila kau panik ingatkan aku hamil, lalu kau datang buru dan campak aku sampai terkena mangkok tandas, aku sekadar nangis je. Aku lari pun sampai batu besar kat luar tu, tak jauh. Ya, demi kebahagiaan hidup kau, kita sembunyikan saja pernikahan kita daripada diketahui sesiapa. Sebab aku isteri mithali.
Tak gila?! Begitulah bentuk mesej tauladan yang disampaikan kepada masyarakat Melayu. Gilalah! Izzah gila, Fauziah gila dan penonton setia yang berbelanja lebih RM10 juta tonton filem ini berulang kali semuanya gila. Bloggers dan penulis hiburan yang menklasifikasikan Ombak Rindu sebagai kisah cinta epik yang hebat-meletopz juga sama-sama gila.

Seterusnya kisah Ombak Rindu membawa masuk watak Mila (Lisa Surihani) yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat. Mila seorang artis popular di Malaysia dan tunang kepada si keparat Hariz tadi yang sudah bernikah dengan Izzah.

Mila juga dari keluarga kaya yang berprestij seperti Hariz dan berpendidikan Barat. Maka tidak hairanlah dia tidak berhijab dan wataknya gedik, queen control, bingit, kasar dan taksub.
Pendek kata perwatakan Mila bertentangan dengan watak Muslimah afdhal, Izzah. Namun, Mila amat mencintai Hariz sejak zaman persekolahan lagi. Malah, cita-citanya untuk menjadi artis popular yang berjaya semata-mata untuk menjadi kebanggaan tunangnya itu.

Maka wujudlah cinta segitiga. Sudah pasti dalam cerita sebegini perogol yang bernama Hariz tadi akhirnya jatuh cinta dengan mangsanya, Izzah, yang juga isteri mithalinya. Dan pada suatu hari di sebuah kenduri di rumah supir/bapa kandung Hariz, kedua-dua Izzah dan Hariz dijumpai berpelukan di dalam kamar. Terkejut dan dukacita supir/bapa kandung menjumpai mereka dalam keadaan begitu.

Tetapi apabila diberitahu bahawa mereka sudah bernikah, supir/bapa kandung Hariz berasa lega dan menadah tangan bersyukur ke hadrat Illahi. Isteri supir/ibu kandung Hariz juga turut bergembira.
Pandangan dunia mereka lebih kurang begini:

Alhamdullillah, pelukan halal! Baguslah Hariz menikahi Muslimah afdhal itu walaupun dia juga bersama Mila. Peduli hapa kalau Mila tak tahu apa-apa pasal pompuan ni. Lagipun Mila tu betina menggeletis. Tak apa, poligami itu hak anak kesayangan kami sebagai lelaki beragama Islam. Kalau nak ikut bajet, sebenarnya dia masih boleh kawin 2 betina lagi. Eloklah dia kawin dengan Izzah. Kami pun berkenan dengannya. Kami tahu dia baik sebab dia ayu dan pakai hijab. Dan kami tahu dia baik sebab kami yang jadi tukang hantar barang kat dia selama dia hidup macam pompuan simpanan di rumah rahsia tu.
Hariz digambarkan terpaksa menunaikan janji untuk mengahwini Mila demi menjaga nama baik keluarganya dan memuaskan kehendak ibu angkatnya. Ibu angkatnya pula diberi watak stereotype datin free-hair karat yang kejam.

Pada penulis, watak yang paling merbahaya dalam kisah Ombak Rindu ini adalah isteri supir/ibu kandung kepada Hariz. Jika diukur mengguna metodologi mengesan konspirasi Illuminati yang digemari masyarakat Melayu, watak inilah yang ‘menghalalkan’ kegilaan Izzah sebagai seorang wanita pasrah dan bodoh. ‘Kekuatan’ pada Izzah yang dibelai isteri supir/ibu kandung Hariz ini adalah cinta dan ketaatan Izzah kepada suaminya yang zalim.

“Makcik” ini berkata kehidupan yang penuh kesakitan adalah simbol kesayangan Allah terhadap Izzah (Terimalah segala kezaliman oleh suami sebagai Rahmat). Apabila Izzah yang dalam keadaan hamil difitnah berlaku curang oleh Hariz dan dikasari sehingga jatuh, Makcik ini berkata, “Jangan patah semangat. Ingat, Allah menyayangi orang yang sabar (Tidak apa jika dibelasah suami. Jangan lawan, Allah tidak suka)”.

Dan apabila Izzah ditinggalkan dan nyaris-nyaris keguguran kandungannya akibat mengejar Hariz, Makcik ini berkata, “Tiada yang paling bahagia bagi hidup seorang perempuan selain dari menjadi seorang ibu” (Tidak perlu risaukan isu nafkah, penjagaan dan kasih sayang daripada suami jika dia tidak sudi berikan).

Kesimpulannya, Makcik ini menggunakan agama untuk mengesahkan dan mengesyorkan perwatakan Izzah kepada penonton.

Dengan mengguna metodologi mengesan konspirasi Illuminati yang disebutkan tadi, boleh dilihat bahawa filem Ombak Rindu mengguna simbol-simbol yang rapat dengan sanubari masyarakat Melayu: Rumah kampung dan kain batik.

Izzah yang dipaparkan sebagai wanita tauladan kepada masyarakat Melayu sering dipakaikan kain batik. Kain batik menjadi penutup dan penjaga tubuh Izzah. Kehidupan dan percintaan Izzah dan Hariz dipautkan kepada rumah yang berekabentuk rumah kampung (tetapi mewah dan selesa). Pemandangan alam sekitar bagi kedua-dua mereka luas dan indah, menghadap bukit dan sawah padi.

Bandingkan gambaran tersebut dengan pakaian Mila yang ‘ala Barat’ dan rumahnya pula diperbuat dengan batu di mana rimbunan pohon memberi suasana yang terkongkong atau sempit. Watak dan kehidupan Mila senang untuk dibenci atau diremeh walhal dia juga mangsa seperti Izzah.

Secara ringkas Ombak Rindu, melalui watak Izzah, mengagungkan sifat pasrah dikalangan wanita Melayu terhadap perkara-perkara buruk yang berkalu terhadap mereka.
Izzah sebenarnya boleh melarikan diri, meminta cerai dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menganyayai dirinya. Namun, dia tidak berbuat demikian. Tambah lagi diselitkan unsur-unsur agama untuk memberi justifikasi kepada sifat Izzah.

Penonton-penonton Melayu yang memberi filem dan karya novel asalnya keuntungan sehingga berjuta ringgit rata-rata menjiwai kisah ini sebagai kisah cinta yang hebat. Hariz pula dijadikan perogol kacak kesayangan semua. Oh, so sweet … Perogol pun boleh dilembutkan hatinya, dan boleh jatuh cinta jika wanita itu seperti si Izzah. Maka mesejnya, jadilah kamu wahai wanita seperti Muslimah mithali yang bernama Izzah itu.

Penulis berharap penonton-penonton kisah Ombak Rindu dapat melihat betapa merbahaya mesej dalam karya ini dan impaknya terhadap minda kolektif masyarakat Melayu dari aspek keselamatan diri bagi golongan wanita dan keganasan dalam rumahtangga.

Dengar khabar ramai yang menitiskan air mata menonton ‘Ombak Rindu’. Maka penulis juga tidak ketinggalan. Setelah Mila mendapat tahu berkenaan perkahwinan Izzah dengan Hariz dan mengadakan ‘slow talk’ dengan Izzah di tengah-tengah sawah padi, Mila mengaku kalah.

Hancur berderai segala impiannya dengan pasangan hidup yang dicintainya selama bertahun-tahun. Maka Mila pula meminta Hariz menceraikannya agar dia dapat pergi mencari kebahagiaan di tempat lain. Terhiris hati penulis lalu menangis.


Dahlah lagu tema filem ‘Ombak Rindu’ sedih nak mampus. Tapi nangis hanya buat seketika kerana sejurus selepas itu masuk babak di atas kapal yang sah-sah seperti adegan di dalam filem Hollywood, ‘Titanic’, dan penulis pun ketawa terbahak-bahak.

**********

Ulasan pasal Ombak Rindu :




Battleship : Perang Kapal & Kapal


Genre : Aksi [2]
Arahan : Peter Berg
Kos : US200 juta (anggaran)
Pelakon : Liam Neeson, Taylor Kitsch, Rihanna, Alexander Skarsgard
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Transformers, Battle LA
Rating : 3.5/5



Setelah tahun lepas PF sangatlah berketerujaan menonton Battle LA, tahun ini filem dari genre yang sama boleh dikatakan telah memberi hiburan yang boleh dikatakan sama level dalam aksi peperangan alien ini. Satu planet yang mempunyai ciri-ciri sama dengan kehidupan di bumi telah dikesan oleh sekumpulan manusia. Lalu mereka menghantar isyarat ke planet tersebut dan hidupan di sana pun menghantar 6 (rasanya) benda asing yang berbentuk space craft ke bumi. Satunya telah terjatuh di Hong Kong, yang lain di lautan Pasifik dan sedia berperang dengan angkatan laut Amerika di kepulauan Hawaii. Hopper (Taylor Kitsch) yang tiba-tiba menjadi bidan terjun mengetuai angkatan tentera laut setelah kapal laut dan ketua mereka dikepung oleh kuasa makhluk asing, cuba menggalas tugas tersebut. Maka berlakulah peperangan antara kapal laut dan kapal makhluk asing yang berkuasa hebat.

Permulaan filem ini agak lovey dovey dan cuba memasukkan unsur-unsur humanity antara hero yang bertemu dengan anak admiral (Brooklyn Decker) iaitu Admiral Shane (Liam) dan juga perlawanan bolasepak. Mungkin cuba tak mahu memberi tekanan kepada penonton. Kadang-kadang PF merasakan membazir saja plot-plot sebegini.Yang bestnya, pada awal2 filem ni Liam Neeson ada menyebut nama Malaysia! hehe.  Dengan kapal angkasa yang canggih, penonton terpukau dengan teknologi alien dengan senjata mereka yang jitu. Dengan segala imaginasi Hollywood yang pernah membikin filem alien sebelum ini, rupa bentuk alien dalam Battleship kali ini agak biasa yang diimaginasi lebih kurang sama dengan bentuk manusia dan berjanggut seperti bulu landak  tetapi 'pakaian' mereka ala Iron-Man tapi lebih cantik. 

Apa yang menariknya, mesin gergasi ala Yo-Yo yang dilepaskan oleh alien daripada kapal mereka sangat memakukan mata pabila menontonnya. Namun, apa yang menghairankan, apa tujuan Yo-Yo ni membinasakan jalanraya tu? Jika ingin memusnahkan bandar tapi kenapa hanya jalanraya saja? Satu perkara yang boleh dipersoalkan dalam filem yang berbajet US200 juta ini ialah, walaupun telekomunikasi telah terputus, takkan tiada info yang dapat disampaikan kepada pihak lain contohnya tentera darat ke, udara ke.. untuk datang membantu sehingga kapal laut muzium saja alternatif terakhir ketika itu? PF faham mungkin ingin menonjolkan tentera armada dalam filem ni. Dah namapun Battleship, bukan perang manusia-alien tetapi lebih kepada kapal angkasa - kapal laut. Tapi tak mengapalah. Kita Enjoy saja. Selamat menonton! 
Oh ya! Lakonan Rihanna biasa-biasa saja..


p/s : semasa menulis Battleship ni, terasa goyang di kediaman PF akibat gempa bumi kat Acheh 8.9 skala richter!

8 Apr 2012

Akan Datang : 29 Februari - Filem 3D Malaysia Dari KRU



Walaupun PF agak skeptikal dengan filem-filem KRU termasuklah Vikingdom, PF nak promosi filem KRU yang akan ditayang sempena merdeka nanti iaitu pada 30 Ogos 2012. Layan je lah trailernya :



Apa kata Pancaindera :


BUAT julung kalinya, penyokong industri layar perak tempatan bakal dihidangkan naskah ulung terbitan KRU Studios menggunakan teknologi stereoscopic 3D setaraf dengan pembikin filem luar negara berjudul 29 Februari pada Ogos ini.

Karya arahan Edry Abdul Halim ini membawa kelainan apabila semua penonton tidak lagi disogokkan dengan hiburan semata-mata bahkan pengalaman menonton filem yang sebenar.
Penonton sendiri dapat menjiwai mesej yang ingin disampaikan Edry menerusi bantuan teknologi yang diperkenalkan, sekali gus menaikkan graf teruja berbanding jika menonton filem biasa.
Pengalaman teknologi stereoscopic 3D lebih menarik apabila 29 Februari adalah filem muzikal yang turut mengetengahkan kisah cinta yang penuh melankolik.

"Perlu diingat bahawa teknologi stereoscopic 3D yang dimaksudkan bukan digunakan untuk filem animasi, tapi memerlukan setiap penonton memakai kaca mata untuk merasai kelainan kesan khas di skrin.
"Teknologi sebegini sudah lama digunakan di negara luar seperti Avatar atau 2012 tetapi tidak di Malaysia. Atas sebab itu, KRU Studios mengambil langkah berani menghasilkan filem bersama teknologi itu untuk rakyat Malaysia," katanya pada perbualan Rabu lalu.

Ciri-ciriDitanya apa keistimewaan lain yang ada pada 29 Februari, Edry memberitahu bahawa ia terletak pada penceritaan seorang lelaki bernama Budi yang menyambut hari jadinya empat tahun sekali iaitu pada 29 Februari.
"Penonton akan menyusuri kisah susah senang Budi yang awet muda dan berdepan dengan kisah cinta terhalang sebab berlainan bangsa. Kita himpunkan era transformasi Tanah Melayu dari zaman British, Jepun sehingga ke zaman kemerdekaan," katanya.

Selain itu, Edry menambah perisa dalam karyanya dengan teknologi imej janaan komputer (CGI) pada lebih 1,000 babak dalam 29 Februari tanpa disedari kerana ia bersifat organik.
Katanya, CGI pada filem kali ini diwujudkan untuk menjadikan setiap babak itu lebih hidup seperti zaman Tanah Melayu diserang Jepun dan beberapa lagi babak yang difikirkan bersesuaian.

Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) itu turut mengekalkan ciri latar belakang negara pada 29 Februari seperti mana yang dilakukan pada filem terbitan KRU Studios sebelum ini iaitu Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Baginya, elemen berkenaan bukan saja menjadi identiti KRU Studios malah sebagai pembikin filem tempatan, ia menjadi tanggungjawab utama untuk mengetengahkan nilai murni dan keunikan negara bagi tontonan sedunia.
"Untuk lebih jelas, 29 Februari seperti filem yang dapat 11 Anugerah Akademi pada 1998,Titanic yang cukup tragis dan sarat dengan elemen yang menyentuh jiwa. Cuma saya ubah dan suntik sesuatu yang sesuai dan dibanggakan orang kita," sambung Edry lagi.

Ditanya tentang cabaran yang dihadapi sepanjang menyiapkan 29 Februari, Edry memberitahu bahawa dia berdepan dengan kesukaran teknikal stereoscopic 3D sewaktu penggambaran yang memerlukan dia bekerja sekali ganda.
Itu termasuk penggunaan dua kamera sepanjang penggambaran yang mana salah satunya bertindak sebagai kesan khas untuk paparan 3D.


Link asal kat SINI

6 Apr 2012

Cacamarba : Cinta Kura-Kura & Raise The Red Lantern



Genre : Komedi
Arahan : Nizam Zakaria
Kos : RM1.17
Pelakon : Ariel Zafril, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Fara Fauzana
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Garfield
Rating : 2.5/5

Filem arahan pertama Nizam Zakaria boleh dikatakan tak mengecewakan. Menaruhkan sebagai komedi remaja, Cinta Kura-Kura sangat santai dan menghiburkan. Persembahan Zizan Razak (NIco) walaupun meminjamkan suara saja tapi dialah penyelamat filem ini, kedua suara Fara Fauzana (Ya! lahir dari skrip Nizam). Cumanya, kura-kura sebagai bahan pertaruhan yang mungkin membuat ianya terhad dari segi aksi memek muka sebab muka kura-kura kecik. Penonton taklah dapat tgk aksi comel Nico sebagaimana dalam Garfield dan yang lain-lain misalnya. Mungkin nak buat kelainan. Sebab itulah animasi Nico dibuat seboleh-boleh animasi dengan badannya yang elastik walaupun PF rasa terganggu di situ. Selain itu, warna dalam Cinta Kura-kura amat segar dan nampak terancang dengan baik. Lagi menambah mood filem ini. Yang kurangnya adalah binatang-binatang yang nampak sangat kartunnya macam harimau, gajah dan lembu hitam putih. Biasalah, bajet. PF harap Nizam dapat keluarkan filem serius selepas ini dengan menawarkan sesuatu yang boleh menarik minat produser filem. 




Genre : Drama
Arahan : Zhang Yimou
Kos : Tidak diketahui
Pelakon : Gong Li, Saifei Hei, Cuifen Cao, Jingwu Ma, Qi Zhao 
Tahun : 1991
Filem Seumpamanya : 
Rating : 4/5

Kalau selama ini kita disogokkan dengan cerita melayu dengan lelaki berkahwin empat, kali ini PF menonton filem China, lelaki yang berkahwin empat (tetapi di subtitle dipanggil mistress) tinggal di dalam istana tetapi duduk berasingan. Cumanya kalau dalam Islam lelaki perlu bersikap adil dengan isteri-isterinya dalam segala hal termasuk giliran untuk bersama tapi, 'master' lelaki kaya yang kahwin empat ini lain pula caranya. Suka hati dia nak tidur dengan siapa pada malam-malamnya. Dalam satu 'adat', PF tak pasti waktunya petang atau pagi, keempat-empat isteri akan berdiri bersama orang gaji di tempat masing-masing dan menunggu pengumuman dari master untuk memilih isteri mana untuk dia tidur malam itu. Yang uniknya, filem ini bukan kisah master itu tapi kepada Songlian dan isteri master yang lain. Sebabnya, apabila melibatkan babak master saja, kamera akan zoom jauh, ataupun diambil berselindung kain katil yang takkan menampakkan wajahnya dengan jelas.  Isteri-isterinya pula mempunyai karakter masing-masing. Isteri pertama yang dah tua, sudah tak menjadi pilihan master, isteri kedua yang baik hati tapi jahat sebenarnya, isteri ketiga seorang penyanyi opera yang bersikap sombong, dan isteri keempat, Songlian (Gong Li) yang menjadi heroin filem ini yang gagal di Universiti dan selalu memendam rasa. Lampu merah lantern akan dipasang untuk meraikan isteri baru (Songlian) dan meraikan berita kehamilan isteri sebagaimana tajuk filem ini. Pergolakan berlaku apabila Songlian mengenali setiap isteri master dan mengetahui sendiri latarbelakang tempat yang mereka tingal. 


4 Apr 2012

Pengisytiharan



Suatu masa dahulu, lama dahulu mungkin 10 tahun kebelakang, PF ada menonton satu movie China berkenaan seorang budak perempuan yang mencari seorang budak lelaki di bandar. Dengan kekurangan wang, budak perempuan yang berwajah primitif China, mencari alternatif dengan menulis sendiri iklan yang bukan sedikit tapi berpuluh-puluh dengan hanya menulis tangan. Kesudahannya, PF telah lupa sebagaimana punca budak lelaki tu hilang. Filem ini dimakan masa dan luput sehinggalah PF terbaca di internet (sekarang - 2012). Ada sesuatu yang menggerakkan hati dengan satu tajuk filem, kemudian pergi ke youtube dan search judul filem ini dan telah menjumpai judul filem yang PF ceritakan di atas.

Suatu ketika dahulu, PF ada menonton satu filem China purba lawan-lawan pelakonnya Takeshi Kaneshiro dan Zhang Ziyi. Tak semua filem pertarungan purba China dan kungfu terbang-terbang yang PF suka. Tapi warna, corak, sinematografi segala jadah filem ini buat PF terpesona. PF amat suka filem ini dan sampai satu masa PF pun melupakan filem ini tetapi jika PF melihat trailer filem China segenre sama dengannya, pasti PF teringat semula filem Takeshi dan Zhang Ziyi ini.

Tahun lepas, 2011, PF menonton satu filem China yang berlatarbelakang di pedalaman China. Kampung buruk, tanah kering, gunung, diselit di dalamnya kisah kepiluan sang bapa. Perasaan anak kecil yang walaupun masih kecil tetapi telah 'sedar' akan pengabaian bapanya. Tiada pelakon wanita yang cantik dan pelakon lelaki yang tampan  tetapi semua disalut dengan persembahan yang minimalis tapi berkuasa. Mula mengenal nama sang pengarahnya. 

Tahun ini berbekalkan nama pengarah itu, PF menonton filem China yang berlatarbelakangkan daerah di pedalaman China, rumah kayu, kehidupan serba biasa, tiada kemudahan infrastruktur, kuno, kisah percintaan pandang pertama dan juga tema-tema lainnya yang dalam. Kecintaan si isteri terhadap suami yang telah tiada penuh kesetiaan. Persembahan dengan dialog yang sederhana seperti filem 2011 di atas. Dialog minimalis dalam percintaan mereka bukan alasan cinta tidak kukuh, terus menjerut hati agar melekat pada sang sutradara yang satu ini.

PerangFilem mengisytiharkan  satu-satunya pengarah filem luar yang secara rasmi masuk ke dalam senarai pengarah kegemaran PF buat masa ini :

ZHANG YIMOU
*Filem yang disebut di atas mengikut turutan:

Not One Less
House of Flying Daggers
Riding Alone For Thousand of Miles
The Road Home

Kat bawah adalah DVD filem Zhang Yimou yang baru dibeli di Speedy.. murah saje RM9.90! :) Termasuk DVD BUNOHAN yang juga baru dibeli untuk simpanan sebagai warisan filem Malaysia dan 2 DVD lain The Legend of 1900 (Tornatore - Cinema Paradiso) dan The Red Violin yang dijual murah. Harap berbaloilah. (Ada juga judul yang dijual RM5 tapi takde citer best...)

Raise The Red Lantern, The Story of Qiuju : Zhang Yimou
Bunohan, The Red Violin, The Legend of 1900

3 Apr 2012

5 Wajah Baru Berpotensi : Part 1

5 wajah baru layar perak yang berpotensi berserta filem credit :

5. AERIL ZAFRIL - AKU TAK BODOH, CINTA KURA-KURA
4. SUFIAN MOHAMED - SINI ADA HANTU, TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK
3. SARA ALI - SONGLAP
2. AMEERUL AFFENDI (KIRI) - TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK, 
SINI ADA HANTU, BUNOHAN

1. HUSHAIRY HUSSIN - BUNOHAN


2 Apr 2012

Result Poll 4

*Gambar sekadar hiasan


PF akan mengekalkan apa seadanya ;)

Sejak berblogging, apa yang PF dapati adalah mengkomen filem tempatan lebih banyak diviews oleh pelayar-pelayar maya berbanding filem luar. Tapi nak buat mcm mana kan.......


TQ ;)