8 Feb 2015

10 Filem Paling Seram Malaysia



Sejak kebelakangan ini, wayang kita semakin rancak menayangkan filem seram terutama berkonsepan found footage, hand held dan sebagainya yang dipelopori oleh filem luar negara iaitu Blair Witch Project itu, jika tak silaplah. Di Malaysia filem sebegini bermula dari filem apa ya? Adakah Penunggu Istana (2011)? Maka, bermulah filem-filem seperti Seru, Ia Wujud, Highland Tower, Puaka Balai Gombak, Villa Nabila dan terbaru Bangunan. Filem sebegini kemudian menganjak ke satu level lagi iaitu filem docu seram seperti Villa Nabila dan Bangunan. Sebagai boleh dikatakan peminat filem seram di sini PF senaraikan filem seram yang boleh dikategorikan sebagai 'yang seram' tanpa mengira baiknya jalan cerita atau naratif whatsoever. Maksudya, contoh filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Susuk dan Sembunyi memang tak masuklah ya, sebab ianya tak mencapai tahap keseraman yang tinggi tetapi jika ianya seram + jalan cerita kira bonuslah, LOL. Jika ditanya secara peribadi, PF lebih memilih filem seram konvensional berbanding filem yang pergi ke premis lama semata-mata nak tangkap gambar hantu ni (paranormal activity).

Senarai diambil dari tahun 2008 - 2014.

10. HIGHLAND TOWER (2013)
Piere Andre
Mungkin filem genre yang pergi ke premis hantu terbaik setakat ini.

9. ANAK (2008)
Barney Lee
Filem lakonan terbaik Erra Fazira dalam kerjayanya.


8. AL-HIJAB (2011)
Piere Andre
Permulaan yang dragging dan bosan sedikit.

 
7. PAKU (2013)
Ramesh
Surprisingly PF suka filem ini walaupun ramai kurang gemar atau tidak popular.


6. HISTERIA (2008)
James Lee
James Lee gemar membikin filem seram jika untuk aliran mainstream dan ianya dibuktikan dengan 2 filemnya dalam senarai ini, tetapi PF benci Tolong! Awek Aku Pontianak.


5. SINI ADA HANTU (2011)
James Lee
Filem omnibus seram sememangnya seram terutama hantu pokok pisang dan menghantar mayat menaiki van.
4. KHURAFAT (2011)
Syamsul Yusoff
Keberanian Syamsul boleh membuat filem seram dikatakan berjaya kerana beliau terkenal dengan filem-filem aksi saja.
3. Mantra (2010)
Azhari Zain
Sebenarnya, agak ingat-ingat lupa filem ini tetapi keseramannya tu tak dapat dilupa.


Piere Andre
Filem omnibus dengan 3 cerita yang berkait terbukti Piere banyak belajar dari filem seram sebelumnya walaupun terdapat hal-hal kecil yang diabaikan tapi seram itu tetap wujud!


1. SERU (2011)
Piere Andre & Woo Ming Jin
Hasil yang terbaik apabila mereka bergabung. Tapi KL Zombie oleh Woo Ming Jin, OMG!!



*Ada tak filem seram lain yang PF tertinggal?

8 comments:

Unknown said...

Filem seram yang selain dari PF cakap tu ialah vila nabila, sebab vila nabila memaparkan kisah benar yang berlaku dia dalam vila nabila.

Unknown said...

Filem seram yang selain dari PF cakap tu ialah vila nabila, sebab vila nabila memaparkan kisah benar yang berlaku dia dalam vila nabila.

Syarizal Ariff said...

saya suka dengan filem Seru kerana perjalanan cerita dia menarik dan jalan cerita dia ada lebih kurang macam cerita Quarantine. but totally is nice and i'm very enjoy watch that movie. oh ya, Khurafat too is amazing. jalan cerita dia sangat sangat menarik. admin jangan lupa dengan cerita Karak. Karak also is a great movie. it not just a horror movie but ada terselit kisah persahabatan yang membolehkan semua orang agak touching kalau tengok cerita tu. yang cerita lain agak merepek dan hantu dia sangat cliche. satu lagi cerita Histeria which is the first malay horror movie that i watched! it was nice and very creepy! well done malaysia !

PerangFilem said...

Terima kasih komen yang diberikan.

azim said...

Munafik best kottt

PerangFilem said...

tak baca ke sampai 2014 jerr..

Luyai said...

Seru, munafik, mantra patut duduk top chart!

dish said...

Setinggan.