Genre : Drama
Tahun : 2014
Rating : 4/5
Sofea Jane sudah lama tidak berlakon filem panjang sejak kebelakangan ini. Apa filem Sofia yang terkini? Ada tak beliau berlakon secara cameo kerana kalau watak utama atau pembantu memang dah berzaman tak nampak kecuali Hanyut yang semakin hanyut tu. Oleh itu, terima kasihlah kepada Nik Amir/Redza Minhat yang memberi tribute dengan menjelmakan semula 'Sofea Jane' yang kembali menyedut minuman dari dalam plastik sehingga mengeluarkan bunyi yang menjadi tabiatnya, tapi seingat PF dalam Perempuan, Isteri dan Jalang pula, watak Zaleha menyembur air dalam plastik dengan strawnya. Begitulah nostalgiknya Sofia Jane dalam arena perfileman tanahair, sehinggakan namanya dijulang dalam judul lagu.
Kekuatan TDL adalah dari sisi-sisi dialognya yang mencengkam, kadangkala sinis terhadap industri sinema kita dan kadangkala ringan. Keseluruhannya ia berpadu antara rumahseni (ya, pf cipta sendiri terjemahannya) pada visualnya kadangkala dan sisi komersil lawaknya supaya penikmat filem kita tidak susah menelannya. Disaluti dengan sinematografi pada bahagian-bahagian tertentu yang membuatkan filem ini damai sebenarnya di sebalik kemelut mereka. Sebuah lagi filem tentang persahabatan dalam bawaan road movie mencari UFO. Stunning! Antara shot-shotnya pun bukan main-main (cewah - macam la aku faham sangatkan).
PF berpendapat, watak Berg, Toyu, Ijam dan Ali semasa usia remaja/persekolahan mereka sangat dekat dengan wajah terkini mereka, tentunya satu cabaran besar bagi pengarah untuk mencari rupa yang serupa apatah lagi berbakat. Malah, gaya percakapan/karekter mereka antara 2 zaman yang ditunjukkan tidak lari jauh (teringat filem Boyhood). Semestinya budak-budak sekolah ini diberi kredit yang selayaknya, jika tidak filem eksperimental (Nik Amir) kerana menjamu menu berlainan ini tidak mencapai klimak 'now showing' sekarang. Sofia Jane yang menjadi 'penuteralise' antara 4 rakan itu terkadang tak memberi dialog yang berkesan, sayang rasanya watak Sofia Jane tak begitu mengikat. Macam sepatutnya dia terlibat sedikit konflik antara empat rakan tersebut, bukan sekadar penasihat kepada Toyu. Ok, mungkin sudah ada Zelda yang mengacau plot, tapi macam Nadiya Nissa pun perlu ada masa emo-emo/konflik. Ini tidak, "migraine la".... dan "apa hal korang ni...."
Berg mungkin gambaran ramai pengarah di negara ini yang masih tersorok dicelah 'sampah', orang seni yang kecil punyai idea yang berbeza (namun tak dapat lari dari kesamaan) untuk menebar cerita kepada seramai mungkin manusia melalui bidang yang dicintainya. Dengan bantuan rakan lamanya, Ijam Ashburn, artis yang sudah ada nama, Toyu, Sofia Jane (bekas penjual nasi lemakkan?!) dan Berg sendiri, ah! sangat berisiko sekali filem Berg ini ya, dah la filem eksperimen, tiada nama yang kuat kalau nak harap nama Ijam yang meletup dengan filem Islaminya sebelum ini, tapi wah, dalam panggung tetap ramai orang! (dengan tidak mengira pawagam kecil atau besar) Apa yang membuatkan filem Berg ini mendapat sambutan? Seakan mengejek filem-filem eksperimen seperti Karaoke (kalau boleh katalah), tak pun Konklusi lakonan Fyn Jamal dan sapa tah nama mamat tu (tapi tak tayang di pawagam). Filem eksperimen apa yang berjaya di Malaysia ni? Itulah harapan Nik Amir dan pasukan mereka kalau diikutkan, malah harapan semua pun. Dengan tidak tinggal sekerat dua penonton yang merungut. Itu realiti.
"Kadang-kadang sesetengah benda dibiar tak faham. Benda ni meresap perlahan dalam kepala, berdengung" - Toyu. Seperti filem Under The Skin yang PF tonton baru-baru ini.
Pencarian UFO atau apa-apa saja yang cuba disiratkan dalam Terbaik Dari Langit, adalah sesuatu yang tidak pasti, mungkin ianya janji, mungkin pula tuhan, atau pun ilmu misteri sains. Tidak menolak kemungkin mencari asal-usul dan jalan untuk mengenal erti persahabatan yang melangkau apa yang pernah difikirkan. TDL menjalin dengan baik warisan sinema yang ditinggalkan kepada generasi sekarang oleh kata-kata datuk Berg melalui mimpi imaginasi Berg. Terbaik Dari Langit, inilah masanya untuk membuktikan kata-kata yang filem Melayu/Malaysia itu teruk, pacak kamera saja terus shooting. Korang tahu apa yang patut dilakukan.