19 Feb 2013

Senarai Calon FFM25 : Ramalan & Keputusan


Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke 25 yang bertemakan ‘Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas’ bakal berlangsung pada 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 Mac 2013.

*Ramalan sesaja oleh PF & keputusan rasmi.

Anugerah Perdana:

Filem Terbaik
1. Bunohan (Apparat)* - MENANG
2. Songlap (Red Comm & Primework Studios)
3. Ombak Rindu (Tarantela Pic. & Astro Shaw)
4. Saya Amat Menyintaimu (SAM) (SkopProd.)
5. 29 Februari (KRU Studios)

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik.
Tiada ramalan.
1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors - MENANG
5. Ghost Buddies

Pengarah Terbaik
1. Dain Said (Bunohan)* - MENANG
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu)
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)

Pelakon Lelaki Terbaik
Sukar nak ramal. Shaheizy pun best. Pilihan kedua bolehkan?
1. Faizal Hussein (Bunohan)* - MENANG
2. Pekin Ibrahim (Bunohan)
3. Zahiril Adzim (Bunohan)
4. Shaheizy Sam (S.A.M.)
5. Shaheizy Sam (Songlap)**

Pelakon Wanita Terbaik
1. Maya Karin (Ombak Rindu)* - MENANG
2. Sara Ali (Songlap)
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari)
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko)
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Sinematografi Terbaik
1. Songlap - MENANG
2. Ombak Rindu*
3. Hoore Hoore!
4. Misteri Jalan Lama
5. 29 Februari

Lakon Layar Terbaik
1. Songlap
2. Bunohan* - MENANG
3. Untuk Tiga Hari
4. 29 Februari
5. Seefood

Cerita Asal Terbaik
1. Bunohan - MENANG
2. Songlap*
3. Hantu Gangster
4. 8 Jam
5. Misteri Jalan Lama

Penyunting Terbaik
1. 29 Februari
2. Songlap* - MENANG
3. Hoore Hoore
4. SAM
5. Hantu Kapcai

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Bunohan - MENANG
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Hoore Hoore*
5. Misteri Jalan Lama

Anugerah Cipta:

Filem Pendek Terbaik
Tiada ramalan.
1. Strangers
2. Guang
3. Sanzaru - MENANG
4. Pasport Ekspres
5. Leman

Filem Animasi Terbaik
Tiada ramalan.
1. The Best Recipe
2. Tooth
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib
4. Ninja VS Pirate - MENANG
5. Toi-Toi

Pengarah Harapan
Syafiq mesti menang haha.
1. Syafiq Yusof (SAM)* - MENANG
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)*
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap) - MENANG
5. Omar Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Normah Damanhuri (Songlap)* - MENANG
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

Penataan Seni Terbaik
1. Bunohan - MENANG
2. Songlap*
3. 29 Februari
4. Seefood
5. Misteri Jalan Lama

Penataan Bunyi Terbaik
1. 29 Februari
2. Bunohan - MENANG
3. Hoore Hoore*
4. Songlap
5. Hantu Kapcai

Lagu Tema Terbaik
1. Jagalah Diri (29 Februari)
2. Idola (Hoore Hoore)*
3. Ombak Rindu (Ombak Rindu) - MENANG
4. We Are Gangster (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta (7 Petala Cinta)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Izzue Islam (29 Februari)*  MENANG
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

Pelakon Harapan Wanita
1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)* - MENANG
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)*
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster) - MENANG
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Misteri Jalan Lama
2. 29 Februari - MENANG
3. Songlap
4. Chow Kit*
5. Hantu Gangster

Poster Terbaik
1. 8 Jam*
2. Seefood - MENANG
3. Cinta Kura Kura
4. Bunohan
5. Hantu Air

Anugerah BoxOffice : Ombak Rindu
Anugerah Khas Wanita - Sepanjang Hayat : Mariani
Anugerah Khas Lelaki - Sepnjang Hayat : Dato' Aziz Satar
Anugerah Penggiat TV Lelaki : Mano Maniam
Anugerah Penggiat TV Wanita : Lai Meng
Anugerah Khas Juri : Vajram
Anugerah Pencapaian Khas : Syarikat Malaysia yang membuat Visual Effect untuk Life of Pi
Anugerah Pembela Seni & Budaya Malaysia : Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Pecahan calon:

*Calon filem terbaik

Songlap – 15* Terbanyak dalam sejarah FFM.
Bunohan – 13*
29 Februari - 12*
Hoore! Hoore! – 10
Ombak Rindu – 6*
Seefood – 5
Misteri Jalan Lama – 5
SAM - 5*
Chow Kit – 4
Hantu Gangster – 4
Cinta Kura-Kura – 3
Hantu Kapcai – 3
8 Jam – 2
Azura – 2
Jiwa Taiko – 2
Untuk Tiga Hari – 2

16 Feb 2013

Kara King, Istanbul & Osaka



Filem Namawee - Kara King dan filem Istanbul Aku Datang (Bernard Chauly) akan mewakili Malaysia di Osaka Asian Film Festival 2013 pada 17 Mac 2013. Bila belek-belek website Osaka tu, Kara King adalah filem usahasama dengan Taiwan. Kara King berkenaan :

“Ini adalah kisah tentang bagaimana muzik boleh menjadi medium untuk merapatkan jurang antara seorang bapa dan anaknya, dan saya amat berbangga dapat berlakon dan menjadi anak kepada pelakon kegemaran saya, Ng Mang Tat dalam filem ini.” – Namewee dipetik dari Yahoo News.

Good luck!

Website : Osaka Asian Film Fest. 2013.



10 Feb 2013

Mengenali Hitam Putih Yasujiro Ozu



THE ONLY SON
Genre : Drama
Arahan : Yasujiro Ozu
Pelakon : Chouko Lida, Shinichi Himori, Chisu Ryu
Tahun : 1936
Rating : 3.5/5


PF mula-mula mengenali nama Yasujiro Ozu ketika membaca blog Arwah Yasmin Ahmad. Arwah amat mengagumi pengarahan Ozu. Dari situ mula terdetik untuk mengenali filem Ozu, cuma baru kali ini berpeluang kerana ada pihak yang memuatnaik filem-filem lama Ozu di youtube yang disedari pada hujung tahun lalu - Dis 2012. Arwah Yasmin sangat mempengaruhi dalam pembacaan PF sehingga menonton filem Love & Honour yang juga filem Jepun semasa filem itu ditayang di Int. Screen di GSC setelah dicadangkan oleh Arwah diblognya.

Nonomiya pertama kali datang Tokyo
Berbalik kepada filem The Only Son, mengisahkan seorang ibu tunggal Nonomiya yang bekerja di kilang perusahaan sutera mempunyai seorang anak tunggal lelaki bernama Ryosuke. Ryosuke sangat bercita-cita untuk melanjutkan ke sekolah tinggi  walaupun ibunya tak mampu. Sehingga suatu hari ibunya bertukar fikiran untuk menanggung pengajiannya dan dari situ Ryosuke berjanji untuk menjadi lelaki yang berguna/baik yang diterjemah daripada sarikata sebagai 'become a great man' suatu hari nanti. Jika lagu kita ada kategorikan sebagai 'easy listening' iaitu lagu yang mendamaikan dan tak memecah telinga bila mendengarnya, PF anggap bagi filem ini ianya sebagai 'easy watching'. Walapun ada konflik, tetapi seakan konflik itu dihadapi dengan tenang oleh PF sebagai penonton. Dengar kata arwah Yasmin membuat filemnya dengan mengambil filem Ozu sebagai rujukan. Memang benar, PF ada rasa sentuhan-sentuhan tersebut. 

Filem hitam putih ini adalah filem pertama Ozu yang bersuara setelah banyak membikin filem bisu (menurut youtube uploader filem ini). The Only Son hampir tiada konflik pada suatu tahap, PF bertanya mana konflik filem ini sebab itu terpacul isitilah yang PF cipta di atas. Menurut Lucy Scher dalam bukunya "Reading Sreenplays, How to Analyse & Evaluate Filem Scripts" mukasurat 44 mengatakan, ;

Having done the hardwork of figuring out the story in the synopsis, the question of premis section is : will this story make a good film? Is the idea or concept strong enough for a feature film? What does all drama need? The answer is conflict..... Without conflict there is no story.

Cara Ozu menangani konflik isi The Only Son ini dengan tenang sehingga PF anggap filem ini tiada konflik yang nak diberitahu sebagai cerita. Jika tiada pun, PF okay saja sebab kelainan yang cuba dibawa merupakan kejutan yang jarang diperolehi. Tetapi rupanya isi hati Nonomiya terhadap janji anaknya itulah konfliknya. Sudah tentu babak berbicara Nonomiya dan Ryosuke di hadapan kilang sampah itu epik dalam filem ini. Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Ozu mengapa Ryosuke bertanyakan pendapat tentang diri kepada ibunya tidak jauh dari kilang sampah itu. Kedua, semestinya isi hati ibu Ryosuke semasa ia tidak boleh tidur malam. Berjayakah Nonomiya melihat anaknya menjadi 'great man' setelah habis bergolok gadai untuk membiaya persekolahan Ryosuke? Mungkin menjadi 'great man' itu tidak semestinya mempunyai kekayaan wang.

FULL MOVIE

***************


PASSING FANCY 
Genre : Drama
Arahan : Yasujiro Ozu
Pelakon : Takeshi Sakamoto, Den Obinata, Tokkan Kozou, Chouko Lida, Nobuko Fushimi
Tahun : 1933
Rating : 3.5/5



Ini filem bisu. Yasujiro Ozu ada mengarahkan beberapa filem bisu termasuk filem pendek. Terima kasih kepada seorang pengikut blog ini yang mengenalkan rangkaian filem bisu Ozu kepada PF. Dipendekkan sinopsis filem ini, dua orang kawan, seorang duda, Kihachi mempunyai seoang anak lelaki, Tomio dan rakannya, Jiro. Kedua-duanya bekerja di kilang arak. Kihachi buta huruf, menaruh hati dengan seorang gadis yang dijumpai tiada arah tuju di bandar Tokyo. Diringkaskan gadis itu, Haru memendam rasa kepada Jiro. Tomio anak Kihachi tiba-tiba jatuh sakit dan memerlukan wang. Gadis yang cantik dan Tomio yang jatuh sakit, dua-dua ini menguji persahabatan mereka. 

Tomio nakal kadang-kadang
Pada mulanya PF malas nak layan filem bisu. Oleh kerana Ozu ada buat beberapa filem bisu, apa salahnya PF mencuba satu daripadanya. Filem ini bercampur baur antara kisah lucu dan sedih. Filem bisu biasalah, tindakan sesuatu atau babak yang penting akan ada teks dialog menyusul selepas itu. Walaupun bisu, filem ini tidak gagal mendapatkan emosi PF sebagai penonton. Kerja pelakon bisu rasanya tak berat dari segi lontaran suara tapi lebih kepada emosi tak kira gembira, sedih dan sebagainya. Agaknya, bagaimana shooting filem bisu? Rasanya mereka menghafal skrip macam biasa. Tapi rasa rugi sebab penat menghafal tapi tidak boleh didengari penonton (teringat filem The Artist - 2011). Cuba bayangkan filem kita pada zaman ini membuat filem hitam putih yang bisu dan bukan berlatarbelakang zaman semasa. Dalam Passing Fancy, Kihachi dianggap sebagai pelakon komedi dan serius yang berjaya. Alangkah pedih apabila orang yang kita minati, rupanya menaruh hati pada rakan sendiri. Pelakon kanak-kanak Tokkan Kozou juga berbakat. Jika dibanding cerita The Artist dan Passing Fancy, PF lebih tertarik jalan cerita Passing Fancy. Nilai persahabatan dan kekeluargaan bijak di satukan oleh Ozu. Dan ending yang bagi PF, tak disangka sebab Kihachi kononnya nak bayar hutang Jiro akhirnya kalah dengan perasaan homesicknya. Dan hutang tersebut tidak tahu dapat dibalas atau tidak......... Walau bagaimanapun PF lebih memilih filem bersuara.


FULL MOVIE


**********
Yasujiro Ozu

8 Feb 2013

Meneroka Youtube (I)

Entri khas untuk filem yang tidak disangka kewujudannya dan bukan dari produksi-produksi gergasi di Malaysia. 

1. MONSUN

Terjumpa trailer filem ini di Youtube. Nampaknya seperti amatur. Rupanya filem Monsun adalah hasil pelajar Universiti Malaysia Kelantan. Patutlah semua pelakonnya tidak dikenali.

TRAILER


2. HALILINTAR

Filem terbitan Shahwira Production, jika berdasarkan trailer adalah filem seni mempertahankan diri; silat dan kuasa adiwira. Ingat filem HAQ? (Tidak menontonnya). Percubaan berani tetapi agak takut jika hasilnya seperti MANTERA.

TRAILER


3. GANGSTER MACHA

Tiada subtitle untuk filem ini. Ada 6 Part kesemuanya bermula dengan video di bawah. Search saja video seterusnya dari pemilik akaun asal.

PART 1

PART 2


4. TANAH MATI

Filem pendek ini hasil kerja penuntut ASWARA.

FULL MOVIE

6 Feb 2013

Result Poll 8 : FFM 25


Sebanyak 28 undian atau 68% pelawat PerangFilem mengatakan Bunohan akan memenagi Filem Terbaik FFM25 yang diuar-uarkan akan berlangsung pada Mac 2013 tapi itu pun sudah 3 kali tertunda dari perancangan awal pada hujung Disember 2012, kemudian Januari, akhir sekali kemudian pada Mac pula. Ermm. Filem yang baik memang akan diingati dan disebut-sebut sampai kesudah. 

Songlap tempat kedua dengan 19%.

Lain-lain filem dalam poll :

SAM
29 September
Misteri Jalan Lama
Ombak Rindu
Chow Kit

Website : FFM 25

4 Feb 2013

Cacamarba : Juvana & Black Widow - Wajah Ayu


Genre : Aksi 1
Arahan : Faizal Ishak
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Johan Asari, Syazwan Zulkifli, Syafie Naswip, Zahiril Adzim, Shiera Ayob dll.
Tahun : 2012
Rating : 2.5/5


Kalau ikutkan rating yang diberi, filem ni dinilaikan oleh PF adalah 'cukup makan'. Filem ini tidaklah buruk sebenarnya. PF suka kelainan dalam filem Malaysia yang dikembangkan dari drama berantai ini. Janganlah tanya, adakah PF mengikuti siri dramanya, kerana PF memang tak follow semua drama berantai kat Malaysia ni kecuali drama Seru dahulu. Pada pandangan PF, gejala satu tempat di pusat pemulihan akhlak buat cerita ini tidak boleh lari kemana, kecuali ceritanya mungkin boleh dikreatifkan lagi. PF tak tahu bagaimana, mungkin kelakuan buruk dalam tu terlalu berhati-hati disebabkan kekangan penapisan dan sebagainya menyebabkan adakala ianya bosan. Konflik dalaman itu biasa saja yang kita dengar, hanya kali ini diungkit keluar dan menjadi bahan tontonan apa yang berlaku 'di dalam'. Kredit filem ini pada lakonan Sharnaaz Ahmad dan babak Ali (Adlin Aman Ramli) terhadap Botak tepi dikatil tapi semua itu tidak cukup untuk menunjukkan kelainan filem ini. Keinsafan Botak di hadapan Al Quran pula hanya penyedap rasa saja. Pengarah banyak ambik shot dari celah-celah bawah menghala kepada pelakon macam penonton ni skodeng dalam Sekolah Indera Sakti pulak yek. Pungutan filem ini yang dikira berjaya bolehlah buat produsernya menghela nafas lega. Tahniah.



Genre : Drama
Arahan : U-Wei Hj Shaari
Pelakon : Nurul Jasmin, Hasyimah Yon, Puteri Salbiah, Misbun Sidek, Zaidi Omar dll.
Tahun : 1995
Rating : 3/5


Perghhh lama benar filem ni. Baru-baru ni berkesempatan menontonnya di youtube. U-wei yang sangat terkenal dengan isu feminisme di dalam filemnya, Black Widow juga salah satu daripadanya tetapi 'sedikit bandar' jika dilihat dari segi luaran berbanding filem-filemnya yang lain. Daripada novel produser kontroversi Raja Azmi, filem ini sangat berani tapi digagalkan dengan lakonan pelakon utama Nurul Jasmin dan yang lain. PF melihat jelmaan Raja Azmi dalam Nurul Jasmin yang hampir seiras itu. Semestinya kita berprasangka Raja Azmi memasukkan Misbun yang kaku tu walaupun tiada bakat. Masayu jika kita lihat lebih jalang dari Zaleha (Perempuan, Isteri & ...). Karya Raja Azmi ini ada sesuatu pastinya yg menarik Uwei utk mengarah tapi sayangnya beliau tak boleh 'pergi jauh' disebabkan kekangan pelakon itu sendiri. Kadang-kadang, kita lihat babak yang tak menjadi dan dialog-dialog yang lemah. Contohnya, Masayu dan Imran (Misbun) berpegang tangan tetapi tidak memandang wajah di katil. Berapa kali take agaknya, inikah yang  terbaik?

Rasa sedikit geram ketika ibu Masayu (Aton - Hasyimah Yon) di dalam tapak pembinaan klinik di malam hari itu, tidak memberi impak yang sepatutnya mungkin disebabkan dialog yang terhad atau lakonan beliau? Tertunggu-tunggu klimak ketika itu tapi sayang tidak kesampaian. Di sebalik semua, dipaparkan juga seorang wanita yang cuba memberi gambaran elok diri terhadap masyarakat walaupun di belakang, moralnya teruk akibat sumpahan ibunya (tidak pelik di dunia realiti tanpa mengira sumpahan tersebut). Benarkah shooting filem ini ada dibuat di Mauritius? Malas nak kaji di Internet.

Dua babak yang penting adalah saat pengakuan Aton kepada Masayu DAN Aton (semasa muda - Puteri Salbiah) yang terlanjur dengan Imran (Zaidi Omar) yang kesemuanya berlaku di tempat yang sama-bangsal. Pelakon-pelakon lama seperti Puteri Salbiah dan Zaidi Omar dan beberapa lagi adalah sebahagian penyelamat filem ini, begitu juga dengan pelakon lelaki yang ingin mengahwini Masayu itu. Isu wanita dalam Black Widow yang sensitif ini boleh mengundang kontroversi tapi PF tak ingat ketika itu kerana pada zaman filem ini keluar masih bersekolah menengah dan kurang ambil perhatian. Nampaknya, untuk mengulang kejayaan Perempuan, Isteri &....(1993) tidak berjaya.

Black Widow

p/s : kalau nak cilok ayat-ayat PF letak kat memana forum ke apa ke... kredit la sikit. Bukan PF minta duit kamu pun.