28 Nov 2012

Bunohan & Songlap Tercalon Dalam Festival Filem Asia Pasifik 2012-Updated




APFF55 yang disertai 23 negara Asia Pasifik akan berlangsung di Macau, China pada 13-16 Disember 2012 depan. Antara penggiat yang bakal menyertai delegasi itu adalah pengarah Ombak Rindu, Osman Ali, pengarah dan penerbit Bunohan Dain Said, pelakon Maya Karin (Ombak Rindu), Shaheizy Sam dan Syafie Naswip (Songlap) dan Ummi Nazeera (Hikayat Merong Mahawangsa).

Pada edisi kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Panchaharam Nalliah atau Pansha mengumumkan Malaysia menghantar lima buah filem iaitu :

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
NUR KASIH THE MOVIE

Anugerah︰

Best Picture 
Gang of Waysepur 1&2 (India)
Lore (Austarlia)
I Wish (Jepun)
Masquerade (Korea)
Life Without Principle (Hong Kong)
Bunohan (Malaysia)

Best Director

Dain Said (Bunohan)

Best Actor
Best Actress
Best Supporting Actor
Best Supporting Actress


Best Screenplay

Fariza Azlina (Songlap)

Best Cinematography

Charin Pengpanich (Bunohan)

Best Editing
Best Sound


Best Music
Monoloque (Songlap)

Best Art Director
Special Contribution
Outstanding Achievement


The First Round Juries:

Freddy Wong Hong Kong - Film Critic/ Film Director
Lorna Tee Malaysia / Hong Kong - Producer/ International Film Festival Malaysia
Oh Jung-wan South Korea – Producer / Busan IFF Advisory Board Member
Kong Rithdee Thailand - Film Critic, Bangkok Post / Sight & Sound
Indu Shiriket India - Festival Director, Osian Cinefan Film Festival
Nashen Moodley Australia - Festival Director, Sydney Film Festival
Shen Yang China - Head of Shanghai Film Market / Asian New Talent Competition
Terouka Sozo Japan - Artistic Director, Osaka Asian Film Festival / Film Critic


p/s : FFM 25 ditunda ke awal tahun 2013 pula. Errmm....

26 Nov 2012

Apakah Matlamat Festival Filem Kita?




PENGANJURAN pelbagai festival filem kebelakangan ini menunjukkan satu perkembangan baru dalam industri perfileman negara kita. Dalam keghairahan sesetengah pihak menganjurkan pelbagai jenis festival, namun, penganjuran festival filem kita dilihat masih banyak lagi perkara yang sepatutnya diperbetulkan. Sebagai contoh, festival filem hebat yang dianjurkan oleh Thailand yang dikenali sebagai Festival Filem Antarabangsa Bangkok merupakan festival filem antarabangsa terbesar di Asia Tenggara.

Penganjuran festival filem ini merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak 2002 lalu di mana 80 buah filem terpilih dari seluruh dunia dipertandingkan. Tahun ini, festival tersebut telah memasuki edisi ke-10 dan sambutannya sejak dari mula dianjurkan telah menarik minat berpuluh ribu pelancong dari dalam serta luar negara. Apa yang menarik mengenai penganjuran festival filem ini adalah kerana berjaya mempromosikan produk pelancongan mereka di samping memperkenalkan filem tempatan Thailand di mata dunia.

Pihak penganjur juga telah melantik sebuah syarikat swasta bagi menguruskan festival tersebut di samping melantik perunding yang didatangkan khas dari hollywood bagi menjayakan Festival Filem Antarabangsa Bangkok. Pengunjung serta pelancong yang datang selain daripada menghadiri festival filem tersebut, mereka juga akan berbelanja seperti membeli-belah dan berkunjung ke tempat menarik yang terdapat di Thailand.Selain Thailand, satu lagi negara jiran iaitu Singapura juga turut melakukan perkara yang sama dengan menganjurkan festival filem antarabangsanya yang dikenali sebagai Festival Filem Antarabangsa Singapura (SIFF).

SIFF mula diperkenalkan pada 1987 dan kebiasaannya diadakan pada bulan April atau Mei setiap tahun. Festival ini juga turut menampilkan 300 buah filem dari 45 negara seluruh dunia untuk dipertandingkan. Pelbagai aktiviti perfileman dijalankan ketika festival ini berlangsung termasuklah forum, bengkel, seminar serta dialog perfileman. SIFF juga turut menjana pendapatan kepada Singapura dengan taraf antarabangsanya.

Lain pula yang berlaku kepada festival filem di negara kita, walaupun sudah bermula agak lama iaitu pada 1981 berbanding dengan Festival Filem Antarabangsa Bangkok dan SAFF, namun festival kita jauh ketinggalan berbanding mereka. Festival Filem Malaysia (FFM) yang akan memasuki edisi ke-25 nya akhir tahun ini merupakan festival filem terbesar Malaysia namun, ianya hanya gah pada nama sahaja.

Saban tahun penganjurnya iaitu Finas serta beberapa lagi badan induk perfileman hanya memutarkan janji yang sama namun hasilnya tetap tidak berubah malah semakin teruk. Seiring dengan usianya yang boleh dikatakan matang, sepatutnya kita sendiri dapat berbangga dengan FFM. Tetapi hingga kini filem kita makin mengarut dari segi intipatinya. Setiap tahun kita hanya dengar dengan kontroversi penganjuran serta pemilihan pemenang sahaja. Tiada benda baru dan membina setiap kali acara ini diadakan.

Tidak keterlaluan sekiranya festival ini dianggap hanya menghabiskan duit tajaan semata-mata kerana tiada langsung faedah yang didapati selepas penganjurannya. Kenapa negara kita berjaya menganjurkan aktiviti sukan bertaraf dunia seperti Le Tour De Langkawi dan Piala Monsun sehinggakan peningkatan pelancong yang hadir menyaksikan acara tersebut bertambah dari tahun ke tahun?

Sepatutnya kita juga boleh menganjurkan festival filem antarabangsa seperti mana kejayaan yang telah dicatatkan oleh acara sukan hebat itu. Kita mampu menghasilkannya tetapi tiada siapa yang mampu bergerak untuk melakukannya.

SUMBER : UTUSAN

22 Nov 2012

Akan Datang : Mamak Cupcake & Kolumpo

Belum ada poster kot.
Woo Ming Jin kembali dengan filem melayu ketiga beliau selepas Salon (2005) dan Seru (2011 bersama Pierre Andre). Dengan tema yang baru, seorang mamak (Shaheizy Sam - err muka tak berapa mamak) yang ingin lari dari kebiasaan ; mamak dan cupcake. Kata pengarahnya di laporan berita Awani, dia seorang mamak ingin jadi urban. (KL Zombie arahan Woo belum ada press conference).

Sinopsis : Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.

Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.

Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

TRAILER


Keputusan MOVIE QUIZ 2 dimenangi oleh saudara ZAINI yang menjawab dengan tepat dan pantas. Salute! Fuuu... kena tingkatkan lagi kesukaran nih.

Jawapan (dimana PF telah menonton kesemuanya) :

(1) We Need To Talk About Kevin
(2) Bedevilled (Korea)
(3) Kepong Gangster
(4) Di Bawah Lindungan Kaabah (Indonesia)
(5) Chernobyl Diaries
Bonus : Melancholia

***

Filem KOLUMPO

Filem pertama arahan Bront Palare ini bersinopsis : dari Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita -- cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur. 

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL. Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari. Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini. 

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

TRAILER

21 Nov 2012

Movie Quiz 2

Jika kamu penonton filem tegar, beranikan diri untuk menjawab dari filem apakah petikan-petikan ini di ambil. 

Komen/jawapan hanya dilepaskan jika ada yang menjawab kesemuanya dengan betul. Pemenang akan diumumkan nama blognya/akaun googlenya di entry akan datang. Anonymous tidak dikira. 

(1) 2011

(2) 2010

(3) 2012

(4) 2011

(5) 2012

Soalan Bonus (2011)
Tak dapat jawab pun takpe. Dapat jawab lagi baik.


Selamat mencoba!

20 Nov 2012

HIP FPF 2012


Bulan Disember menjelang tiba. Dalam banyak-banyak, berikut adalah filem yang disebut-sebut menjadi Filem Terbaik Festival PerangFilem 2012 daripada hasil tontonan PF pada tahun ini. Walau bagaimanapun, masih ada lagi peluang bagi filem-filem mendatang sehingga awal bulan Disember ;) Jika korang dah tonton kebanyakan filem di bawah, boleh la buat ramalan kononnya. (Feeling-feeling Oscar.. ceh!)

[Randomly Order] - Klik link untuk review.














STONING OF SORAYA M. (tiada review)








***


Dari mana datangnya istilah Fest. Filem Nyamuk? 

Festival filem nyamuk ini setahu PF datang dari wartawan hiburan Malaysia yang memperkecilkan kejayaan filem Malaysia yang dihantar ke festival luar negara yang bertaraf kecil-kecilan (nyamuk) yang tak popular atau gah atau berprestij. Ramai tahu, dalam setahun ada beratus mungkin beribu festival filem diadakan di seluruh dunia. 

Jadi, bila filem Malaysia yang menang sesuatu anugerah di festival filem seperti ini, mereka memperkecilkan sebab festival itu hanya picisan dan tak berkualiti bukan seperti Cannes, Berlin mahupun Oscar. 

Mengambil inspirasi itu, Fest. Perangfilem pun menggelarkan diri dengan nama yang sama. Hehe.

Objektif : Selain merekod filem-filem yang berkualiti setiap tahun, ianya juga sebagai rujukan kepada pelawat blog ini untuk menonton filem yang baik dari pandangan PerangFilem.


Lanjut : FPF 2012


5 Nov 2012

Keperitan Zaiton Kurang Menarik Penonton




Genre : Drama
Arahan : Esma Daniel
Pelakon : Nadia Aqilah Bajuri, Karl Shafek, Sharonizam Noor, Norlia Ghani
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : -
Rating : 2.5/5


Malaysia kurang buat filem biografi tentang seseorang tokoh. Namun kemunculan Zaiton Ceritaku (ZC) sedikit sebanyak menarik perhatian penggemar filem tempatan. Menonton ZC pada hujung minggu dengan harapan bolehlah melihat ramai penonton yang akan menontonnya tetapi dalam panggung yang sama ketika PF menonton tak sampai 10 orang. Begitu juga dari bacaan PF di forum wayang di internet menyatakan sambutan yang kurang terhadap feature filem pertama (jika tidak silap) Bruang Filem ini. Antara satu sebabnya mungkin filem Skyfall sedang ditayang sama. 


PF sebenarnya agak terkejut melihat 10 minit pertama filem ini kerana tak menjangka filem ini dimulakan dengan kemalangan Zaiton dan anaknya dalam sebuah van. Ingatkan nak tayangkan sedikit kemasyhuran Zaiton atau asal-usulnya sebagai penyanyi tetapi tidak. Oleh itu, jelaslah ZC ingin menceritakan kisah hidup Zaiton selepas kemalangan pada 21 Februari 1990 yang menyebabkan dia hilang segalanya. Orang Malaysia tahu setahap mana kepopularitian Zaiton tetapi jika orang luar menontonnya pasti ianya tidak dapat merasai atau menghayati naik jatuh hidup Zaiton. Jika kegemilangan Zaiton digambarkan hanya dengan 'mimpi' dia disambut gah pabila keluar kereta dan mendapat naib johan, setakat itu sajakah kedudukan Zaiton? Terus terang bagi PF, kisah-kisah hidup Zaiton yang dipapar selepas kemalangan tersebut hanya kecil-kecil dan kurang bagi impak yang mengesankan. Mungkin benar kepayahan yang di alami benar-benar menyentuh hati orang sekelilingnya (di luar filem), tapi tak tahu mana silapnya, ia tidak sampai sepenuhnya ke jiwa PF apabila visual yang dipapar hanya sekadar menyampai tanpa rasa. Orang lain PF tak tahu. Filem ini bernaratif mendatar dan tiada klimaks sehingga akhir. Tidak salah sebegitu jika itu jalan sebenar Zaiton Sameon. Nadia Aqilah Bajuri yang memegang watak Zaiton ini telah mencuba sehabis baik namun belum cukup jitu membawa penderitaan Zaiton. Oh... pada ketika itu fikiran PF terasa ingin menonton versi Mislina pula. Bukan ingin memperkecilkan Nadia, tetapi untuk melihat benarkah tuan penerbit Hj Burhanuddin (bos Les Copaque) punya kenyataan bahawa Mislina tidak mencapai standard yang diharapkan. Harus diakaui, membawa watak seorang lagenda yang masih hidup juga bukan mudah. 


PF ada terbaca artikel dimana, ZC tidak memaparkan sepenuhnya kisah yang dialami kerana keaiban Zaiton harus diselindungi. Sebagai umat Islam memang benarlah kenyataan itu, tetapi jika ditapis-tapis, apa yang tinggal? Makan durian sajalah, sebab itulah filem ini anti klimaks seperti yang dikatakan tadi. Filem ini tidaklah buruk, masih boleh ditonton. Esma Daniel selaku pengarah yang pertama kali mengarah cuba membuatkan arahan seni ZC tidak murahan (lihat adegan tingkap ke tingkap di rumah kayu keluarga ibu-bapa Zaiton). Dari segi tatarias, Bruang Filem mungkin dah cuba seadanya mengikut fesyen pada ketika itu, namun, tetap sama, kurang menyerlah.

PF bagi kredit semasa footage asal Zaiton dengan hubungannya dengan filem ini kerana ia menyampaikan hasrat tujuan ZC. Tak mengapalah, usaha filem ini yang dicetuskan oleh Hjh Ainon boleh dipandang dengan kekangan plot-plot yang lagi penting (mungkin) yang harus dielak demi menjaga sensitiviti dan maruah Zaiton serta keluarga. Namun, jika ingin berbuat sesuatu melibatkan nama besar bukan hanya melepaskan batok ditangga. Harus fikir seelok-eloknya, seumpama nasi lemak yang dihidang bukan nasi lemak yang kurang lemaknya.



Satu persembahan live Zaiton Sameon :