11 Oct 2012

Jan Dara : Most Famous Erotic Novel In Thai Literature




Genre : Drama (Thailand)
Arahan : Nonzee Nimibutr
Pelakon : Suniwit Panjamawat, Santisuk Promsiri, Christy Chung, Eakarat Sarsukh, Wipawee Charoenpura
Patharawarin Timkul
Tahun : 2001
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5


Berdasarkan kisah novel paling erotik Thailand ini telah memberi amaran di awal-awal filem bahawa, filem ini penuh dengan aksi erotik dan hanya untuk hiburan semata-mata bukan untuk ahli-ahli agama menontonnya. PF akui sedikit kurang faham tentang filem ini lalu membaca sinopsis penuh di wikipedia dan dari situ faham keseluruhan cerita. Selepas Nang Nak, pengarah ini muncul dengan Jan Dara watak seorang anak lelaki yang di abai dan dibenci oleh 'ayah'nya Khun Luang kerana isterinya mati setelah melahirkan Jan Dara. Khun Luang juga seorang kaki perempuan. Cerita ini hanya berlegar-legar dirumah Khun Luang dan rumah tamu milik Khun Luang. Lebih mudah jika sinopsis diringkaskan macam ni:

+ = kahwin
* = skandal

Khun Luang (lelaki) + Ibu Jan Dara = Jan Dara
Khun Luang + Aunt Waad (adik kepada Ibu Jan Dara) = Khun Kaew (anak perempuan)
Khun Luang + Khun Boonlueang (perempuan) = tiada anak
Khun Luang * Khun Kaew
Jan Dara*Khun Boonlueang
Jan Dara + Khun Kaew (bukan kerana cinta)
Khun Boonlueang * Khun Kaew

Lain -lain:
Anak tukang masak (lelaki) * Saisoi (orang gaji perempuan yang menjaga Khun Kaew semasa kecil)
Jan Dara bercinta dengan Hyacinth
Jan Dara * Saisoi
Jan Dara * anak maid

(Filem ini bergenerasi dengan watak-watak semasa zaman kanak-kanak-remaja-dewasa)

Jan Dara dipukul bapanya dirawat oleh Aunt Waad
Seingat PF, jarang menonton filem mat saleh di mana kanak-kanak dalam lingkungan seusia 5-10 tahun melihat orang dewasa berjimak, tetapi filem Thailand ini selamba je dalam beberapa adegan kanak-kanak terlihat aksi itu. Sesekali terfikir apa yang budak tu fikir semasa shooting atau kesan terhadap emosi kanak-kanak tu di luar filem. Orang Barat sukalah apabila filem Asia seperti ini ataupun lebih dari mereka bila bab-bab seks ni. PF memang tak tahu jalan cerita Jan Dara pada awalnya hanya dengan sedikit bayangan pada poster dan tagline filem ini kerana PF lebih suka kejutan apabila menonton sesebuah filem. Dalam tahun ini PF memang ada terjumpa kejutan dalam beberapa buah filem dan menyukainya.

Sangat keliru wajah Boonleuang dan Khun Kaew (dewasa) yang hampir sama. Dalam pada khusyuk menonton tiba-tiba watak Hyacinth (GF Jan Dara yang iras wanita India) berbahasa melayu pulak dengan dialog "selepas ngaji akan pulang cepat-cepat dengan selamat". Bapa Hyacinth digambar seorang India yang juga berbahasa Melayu. Berlatarbelakang pada tahun 1930an, mungkin masyarakat Thai mungkin masih jumud bab-bab hubungan antara ahli saudara sehingga semuanya rosak kecuali terdapat satu adegan membaca doa bagi memasuki rumah baru. Filem sarat aksi erotik jika dibagi berlebihan kadangkala amat memualkan bermula dengan Jan Dara pada usia 5 tahun sudah mengenal nafsu lelaki apatah lagi pabila berusia 20/19 tahun. 

Tapi ada satu lagi yang belum dapat tangkap, kenapa Khun Kaew marah-marah Saisoi apabila Saisoi selalu berasmara dengan lelaki (anak tukang masak) itu? Adakah Khun Kaew cemburu akan lelaki itu atau Saisoi? Adakah Khun Kaew sudah berperasaan lgbt dengan Saisoi?

Filem ini pada akhirnya menyimpulkan bahawa Jan Dara tu sebenarnya 'tidak lari' dari mewarisi sifat 'ayah'nya Khun Luang. Huh.... cukup-cukuplah filem sebegini. Patutlah katanya Most Famous Erotic Novel In Thai Literature. Malaysia pun ada, Ombak Rindu.

3 comments:

Anonymous said...

kalu xsilap.. filem nie ade version 2012 nyer.. dorang remake balik.. kalu xsilap la.. =)

PerangFilem said...

Mmg terbaca ada buat remake tahun bila takpasti. Tapi versi 2001 ni dah elok dah dan jarak antara 2nya pun tak jauh rasanya.

Unknown said...

baru abes tngok.walaupun sarat dengan aksi erotik, tp cerita ini sangat sedih dan menyayat hati.penuh dengan kehidupan yg kelam dan terbelenggu dengan satu kehidupan yg sama.khun kaew marah2 soisoi rasanya sbb die lgbt dng soisoi sbb tu die buang soisoi bile soisoi mngandung.khun kaew sngaja wat style yg sama mcm Khun Boonlueang sbb die pun lgbt dgn khun b.apabila nafsu menjadi raja inilah yg terjadi kpd keluarga khun luang.bukan stakat hitam dan kotor mlah derita yg x berhenti.